Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Semangat kembali pulih!

Posted: 13 Aug 2013 11:06 AM PDT

Kuala Lumpur: Semangat dalam kem skuad hoki negara kembali pulih menjelang saingan Piala Asia bermula 24 Ogos ini selepas mengharungi detik sukar sejak dua minggu lalu berikutan kehilangan tonggak utama Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan jalanraya.

Norhizzat tekad julang misi skuad senior

Posted: 13 Aug 2013 11:04 AM PDT

Kuala Lumpur: Selepas membantu pasukan remaja layak beraksi di Piala Dunia, Norhizzat Sumantri berharap dapat membantu skuad senior pada saingan Piala Asia dalam memburu satu-satunya tiket ke Piala Dunia di Belanda tahun depan.

Buru juara komanwel

Posted: 13 Aug 2013 11:03 AM PDT

Kuala Lumpur: Keupayaan penerjun negara masih belum boleh merobohkan keegoan tembok besar China namun dengan prestasi dipamer Pandelela Rinong, peluang negara untuk menggapai emas di Sukan Komanwel tidak lagi mustahil.

Atlet lompat tinggi rebut dua tiket

Posted: 13 Aug 2013 10:56 AM PDT

Kuala Lumpur: Bukan mustahil buat atlet lompat tinggi negara mempertahan penguasaan emas di temasya Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini dan mereka dilihat berada di landasan tepat untuk terus bergelar juara Asia Tenggara.

Cari Chong Wei 'baru'

Posted: 13 Aug 2013 10:55 AM PDT

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu segera mencari pengganti jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dan tidak boleh terus mengharapkan pemain nombor satu dunia itu, kata bekas Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

'Peluang cerah pertahan emas'

Posted: 13 Aug 2013 10:54 AM PDT

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yakin skuad bawah 23 tahun (B-23) negara mampu menguasai pentas Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini sekali gus mencipta sejarah melakar kejuaraan hatrik.

PSM nafi konsert punca rumput rosak

Posted: 13 Aug 2013 10:52 AM PDT

Putrajaya: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang mendakwa penganjuran beberapa konsert dan aktiviti lain di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyebabkan kualiti rumput di stadium itu terjejas.

Awasi kelibat Jang

Posted: 13 Aug 2013 10:51 AM PDT

Kuantan: Penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil berpendapat bukan sekadar Kelantan dan Terengganu perlu diberi perhatian malah perlu berhati-hati dengan Negeri Sembilan memandangkan rekod cemerlang mereka dalam saingan Piala Malaysia.

Sentuhan kebangsaan

Posted: 13 Aug 2013 10:50 AM PDT

Johor Bahru: Kelibat pemain kebangsaan kembali memperkuatkan Johor Darul Takzim (DT) apabila skuad itu melayani kunjungan pasukan Liga A Australia, Perth Glory FC pada aksi persahabatan di Stadium Larkin, malam ini.

Amri tekad tunai Misi 33

Posted: 13 Aug 2013 10:47 AM PDT

Kuala Lumpur: Penyerang Selangor, Amri Yahyah bertekad meleburkan penantian lapan tahun gelaran Piala Malaysia dengan memastikan Misi 33 kali ini bukan sekadar cakap kosong.

No comments:

Post a Comment