Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


13 tahun kahwin dengan patung

Posted: 30 Sep 2013 11:37 AM PDT

Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.

Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.


Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.

"Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama," katanya.


RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks.


Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.

Foto

DAVECAT bersama Sidore di kediaman mereka.

Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.


Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai 'Sintetik' lebih bermakna.

"Pengalaman saya dengan 'Organik' (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. "Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda," katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Digilis kereta api ketika berasmara

Posted: 30 Sep 2013 11:24 AM PDT

Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.

Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.


Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang. Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.

Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.


Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Wanita hamil 13 janin

Posted: 30 Sep 2013 11:22 AM PDT

Baghdad: Seorang wanita Iraq yang berusia awal 40-an hamil dengan 13 janin walaupun sudah melahirkan tujuh anak termasuk anak kembar sejak dia berkahwin 24 tahun lalu.

Suaminya, Fadhil Al Azawi yang juga peladang dari wilayah tengah Salahuddin berkata, ujian perubatan menunjukkan isterinya mengandungkan 13 janin selepas lima tahun tidak hamil.


Fadhil berkata, dia berkahwin dengan seorang lagi wanita tahun lalu selepas isterinya gagal hamil lagi. "Saya gembira dengan kehamilan isteri saya tetapi pada masa yang sama saya juga bimbang bagaimana untuk menjaganya. "Berita isteri saya mengandungkan 13 janin cukup mengejutkan. Saya kini sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut kelahiran bayi. Saya mungkin satu-satunya bapa yang mempunyai anak kembar 13," katanya. Pakar sakit puan di Hospital Takreet, Dr Mikdam Al Jabouri berkata, ujian imbasan menunjukkan wanita itu hamil dengan 13 janin. "Ujian awal menunjukkan empat daripada janin itu sudah mati kerana jantung mereka tidak lagi berdenyut, manakala yang lain dalam keadaan baik.

"Si ibu juga dalam keadaan baik dan ini adalah kes kehamilan paling jarang ditemui. Bagaimanapun, kami menjangka lebih banyak janin akan mati pada awal peringkat kehamilan dan mungkin jumlah yang lahir kelak kecil saja," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Empat tahun jual tiga anak

Posted: 30 Sep 2013 11:22 AM PDT

Bogor: Polis menahan pasangan suami isteri, Asnawati, 39 dan Didin, 40, kerana menjual bayi mereka berusia 10 hari untuk memperoleh wang, Sabtu lalu.

Suspek kes memperdagangkan manusia itu mendakwa terpaksa menjual bayi mereka kerana masalah kemiskinan.


Asnawati, penduduk tempatan kampung Pagelaran di Ciomas dekat Bogor memberitahu polis bayi berkenaan anaknya yang kelapan dan ketiga dijual tetapi tidak memberitahu jumlah wang diperoleh. Ketua Polis Unit Jenayah Ciomas, Lucy Irawan mengesahkan pasangan itu menjual ketiga-tiga anaknya dalam tempoh empat tahun lalu.

Katanya, suspek mendakwa mereka tidak menjual kanak-kanak berkenaan tetapi menyerahkan mereka sebagai anak angkat. Pasangan itu meminta sejumlah wang selepas menyerahkan kanak-kanak berkenaan," katanya, semalam.


Kanak-kanak berkenaan dijual ketika berusia 10 hari.


Didin mendakwa dia menjual bayi mereka kerana tidak mampu membiayai perbelanjaan keluarga.

Jurucakap polis Bogor, Didik Purwanto berkata bayi berkenaan kini dalam jagaan polis. Usaha mencari dua lagi kanak-kanak dilancarkan.


Kes itu terbongkar selepas jiran pasangan berkenaan membuat laporan polis selepas tidak melihat bayi yang dilahirkan Asnawati.

Asnawati mengaku mula melakukan jenayah itu pada 2009. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Komander MNLF dipercayai masih hidup

Posted: 30 Sep 2013 11:21 AM PDT

Manila: Mayat yang ditemui bersama kad pengenalan Habier Malik, komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang mengetuai serangan di Zamboanga baru-baru ini disahkan bukan mayat pemimpin kanan itu.

Pegawai Kebangsaan Filipina berkata, kami dimaklumkan orang yang memiliki lad pengenalan itu bukan Habier.


Pegawai kanan keselamatan Filipina, Alan Purisima memberitahu wartawan, pihaknya berusaha mendapatkan bukti sama ada memang habier yang terbunuh.

Anggota tentera menemui kad pengenalan Habier dalam pakaian seorang pemberontak yang mati.


Wajah mangsa sama seperti Habier hingga mencetus spekulasi dia terbunuh.


Purisima berkata, pihaknya kini mengumpul bukti DNA untuk mengenal pasti mangsa.

Terdapat laporan lain mengatakan Malik meninggalkan Zamboanga sebelum tentera melancarkan opeerasi membersih saki-baki pemberontak, minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Pengebom kereta api ditembak mati

Posted: 30 Sep 2013 11:21 AM PDT

Ruesco: Seorang lelaki dikehendaki mengebom kereta api di daerah Narathiwat Rueso tahun lalu terbunuh dalam serbuan di sebuah rumah, semalam.

Abdulloh Buraheng ditembak tiga empat kali. Sepucuk pistol ditemui berdekatan mayat lelaki itu.


Pasukan keselamatan menyerbu rumah berkenaan di kampung Cucho Bongo di Tambon Sawo jam 1.25 pagi.

Polis Ruesco, Pisith Chatwatanathada berkata, 18 militan terbabit dalam kejadian mengebom kereta api dan waran tangkapan dikeluarkan terhadap empat daripada mereka Ia termasuk Abdullah Braheng yang terbunuh dalam serbuan itu.


Tiga yang lain ialah Mayuding Sani, Maroning Buraheng and Abdulloh Maero. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

9 tahun penjara kerana kesalahan 20 tahun lalu

Posted: 30 Sep 2013 11:07 AM PDT

Bangkok: Seorang warga Thailand dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Bangkok semalam kerana membunuh seorang perempuan Jepun di Tokyo, dua dekad lalu.

Veerasak Lampongsa, 41, didapati bersalah menikam Megumi Kawachi, 33, dengan pisau buah-buahan dan mencekiknya di sebuah aparment di bandar Jepun, pada Mac 1993.

Suspek mengaku bersalah mencuri wang dan barang berharga sebelum melarikan diri ke Thailand, kata pendakwa.

"Mahkamah mendapati suspek bersalah membunuh dan menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara. Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan kerana dia mengaku bersalah," kata pegawai mahkamah.


Lampongsa bersembunyi sehingga ditahan Oktober tahun lalu di stesen bas di selatan Thailand.


Dia akan menjalani hukuman di Thailand.

Bangkok dan Tokyo tiada perjanjian pertukaran banduan. Bagaimapun undang-undang Thailand membolehkan sesuatu jenayah dilakukan di luar negara diadili di dalam negara sekiranya ada permintaan kerajaan asing atau mangsa. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Bot karam, 71 hilang

Posted: 30 Sep 2013 10:52 AM PDT

Beijing: Lebih 70 orang hilang apabila tiga bot China karam dilanda taufan Wutip di laut China Selatan.

"Setakat ini, 74 mangsa disahkan hilang dalam kejadian sejak petang Ahad lalu," lapor agensi berita rasmi Xinhua, memetik kenyataan pihak berkuasa maritim.

Bot yang membawa 88 nelayan itu dijangka tiba di rantau tengah Vietnam lewat hari ini. Mereka datang dari wilayah selatan Guangdong.

Menurut sumber. bot berkenaan karam selepas cuba berlabuh dekat Pulai Paracel, kira-kira 300 kilometer (200 batu) dari pantai selatan China.


Lima bot membawa 171 orang lagi dikhuatiri terperangkap di laut bergelora itu.


"Lewat hari ini, pasukan penyelamat menyelamatkan 14 mangsa. Usaha menyelamat besar-besaran dilancarkan mencari mangsa taufan itu," lapor laman sesawang Hainan.

Sebanyak 10 kapal, termasuk tiga kapal tentera laut dan enam pesawat dikerah untuk tujuan berkenaan.

Presiden China, Xi Jinping menggesa pihak berkuasa tempatan bekerja keras mencari mangsa yang hilang atau terdampar dan mengurangkan jumlah kematian akibat insiden terbabit.

Namun, katanya, usaha menyelamat dihalang ombak besar dan laut bergelora.

Pihak berkuasa maritim China Ahad lalu meningkatkan amaran taufan kepada tahap oren - tahap kedua daripada empat tahap bahaya lapor Xinhua.

Sementara itu, Pusat Kaji Cuaca Marin Kebangsaan berkata, taufan Wutip dijangka melanda wilayah Guangdong, Hainan dan Guangxi lewat semalam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Vietnam pindah penduduk

Posted: 30 Sep 2013 10:51 AM PDT

Hanoi: Vietnam memindahkan ratusan ribu penduduknya dari kawasan pantai berisiko dilanda taufan Wutip turut melanda perairan Laut China Selatan mengakibatkan ramai nelayan hilang.

Vietnam mengarahkan sekolah ditutup. Setakat ini, 70,000 penduduk di sepanjang pantai sudah dipindahkan ke kawasan selamat sementara angin kencang dan hujan lebat menerbangkan bumbung kediaman.


Taufan Wutip melanda pantai Vietnam kira-kira jam 5 petang dengan angin kuat selaju 103 kilometer sejam dan meningkat 133 kilometer sejam, lapor Pusat Ramalan Kaji Cuaca. Pihak berkuasa bertungkus-lumus memindahkan penduduk ke kawasan selamat sementara tentera bekerjasama membina benteng pasir di sepanjang pantai.

"Kita memindahkan ribuan orang, menyediakan pengangkutan, mengerahkan n 5,000 polis dan tentera," kata pegawai parti komunis tempatan di Wilayah Tri Quang, Nguyen Duc Cuong.


Vietnam dilanda purata lapan hingga 10 taufan tropika setiap tahun, biasanya menyebabkan kerosakan besar dan kematian. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

Acara tarik tali bersama harimau diselar orang ramai

Posted: 30 Sep 2013 10:51 AM PDT

Hunan: Gambar perlawanan tarik tali antara pengunjung zoo dengan harimau Amur di Zoo Changsha Ecological di Hunan yang tersebar di Internet mencetus kemarahan orang ramai, lapor berita China.

Acara berkenaan diadakan sebagai percubaan sebelum perlawanan sebenar diadakan di zoo itu sempena Hari Kebangsaan China.


Seekor ayam dletakkan dalam guni diikat pada hujung tali sebagai umpan menarik perhatian harimau itu. Beberapa peserta kemudian menarik tali itu dari sebalik cermin kaca apabila menyaksikan guni itu diterkam haiwan berkenaan.

Mengikut laporan media, satu kumpulan daripada tujuh peserta terdiri daripada pengunjung zoo ditewaskan harimau berusia empat tahun itu.


Menurut jurucakap zoo, acara berkenaan bertujuan membantu haiwan terbabit bergerak aktif dan mengelak daripada sakit disebabkan pergerakan yang terbatas dalam kandang.


Pertunjukan menggunakan haiwan adalah dilarang mengikut undang-undang 2010, tetapi zoo termasuk Taman Haiwan Liar milik Shanghai kerap melanggar peraturan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/01

No comments:

Post a Comment