Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Gergaji kaki sendiri

Posted: 11 Oct 2013 01:31 PM PDT

Beijing: Seorang lelaki di Hubei yang menghidap penyakit aneh bertindak menggergaji kaki kanannya menggunakan gergaji logam, pisau kecil dan penggaru yang dibungkus dengan tuala.

Menurut laporan terkini dalam Shijiazhuang News, Zheng Yanliang, 47, dari bandar Boading dikenali sebagai lelaki perkasa di bandar terbabit.


Bagaimanapun, tahun lalu dia menghidap penyakit teruk di perutnya sebelum ia beralih ke kakinya. Kesakitan dialami sangat menyakitkan hingga dia tidak mampu untuk berdiri sebelum disahkan menghidap trombosis arteri di kedua-dua belah kakinya.

Ujian angiogram menunjukkan semua arteri di kaki kanannya sudah tiada. Doktor memberitahu Zheng yang penyakit dihidapinya itu sangat jarang ditemui dan dia mungkin hanya dapat hidup tidak melebihi sebulan hingga menyebabkan isterinya menangis.


Sepanjang tiga bulan Zheng terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat hingga dia hampir pengsan.


Dia juga sering menjerit sehingga jiran tetangga tidak dapat tidur pada waktu malam. Tidak tahan lagi dengan kesakitan yang ditanggungnya, beberapa hari berikutnya selepas isterinya masuk tidur, Zheng menggunakan pisau, gergaji logam serta penggaru yang dibalut dengan tuala dan mula memotong kakinya.

Foto

ZHENG melakonkan semula aksi ketika dia memotong kakinya apabila terpaksa menggigit penggaru yang dibalut tuala bagi mengelak jeritannya didengari.

Foto

KEADAAN kaki Zheng selepas dipotong.

Kira-kira 20 minit kemudian isterinya yang terjaga dari tidur terkejut melihat kaki kanan suaminya sudah dipotong 15 sentimeter dari paha. Gergaji logam yang digunakan juga patah dua. Bagaimanapun Zheng bernasib baik kerana tidak terdapat banyak darah ketika dia memotong kakinya itu ekoran penyakit trombosis dihidapi. Walaupun dia tidak lagi mengalami kesakitan di sebelah kaki yang sudah dipotong berkenaan, tetapi sakit di kaki kirinya pula kian buruk. Zheng kini meminta bantuan masyarakat sekeliling untuk mengumpul dana bagi membolehkan dia mendapatkan kaki palsu agar dia dapat meneruskan kehidupan dan menyara keluarganya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

'Pontianak' minum darah, makan mayat anak

Posted: 11 Oct 2013 01:27 PM PDT

Sydney: Seorang lelaki Papua New Guinea (PNG) yang digelar pontianak ditangkap kerana membunuh anak perempuannya dengan menggigit leher, makan mayat dan minum darah mangsa.

Polis menyifatkan kejadian yang berlaku Rabu lalu di kawasan penempatan berhampiran Lae itu sebagai 'kanibalisme.' Akhbar memetik kaunselor tempatan John Kenny, antara mereka yang pertama berada di tempat kejadian sebagai berkata, mangsa yang berusia tiga tahun bersama-sama ibunya mengunjungi bapanya apabila lelaki itu tiba-tiba memeluk anaknya dan melarikan diri ke dalam semak.


Menurut Kenny, lelaki itu kemudian menggigit kanak-kanak berkenaan di leher, menghisap darah mangsa dan memakan dagingnya.

Dua kanak-kanak lelaki yang memanjat pokok kelapa berhampiran dan menyaksikan kejadian itu segera lari untuk meminta bantuan.


"Lelaki itu hanya mentertawakan budak lelaki terbabit sambil menghisap darah dan memakan daging anaknya," kata Kenny.


Apabila penduduk kampung datang untuk menyiasat, lelaki berkenaan mencampakkan mayat anaknya ke dalam semak lalu melarikan diri ke balai polis untuk menyerah diri.

Amalan sihir dan kanibalisme masih diamalkan sebahagian penduduk PNG.


Tahun lalu, polis menangkap puluhan orang berkait dengan amalan kanibalisme. Mereka dituduh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka sementara kemaluan mangsa dimasak sup.

Dalam kes lain pada 2011, seorang lelaki dilihat makan bayi lelaki yang baru dilahirkan isterinya dalam satu ritual sihir. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

Jual dara berleluasa di Medellin

Posted: 11 Oct 2013 01:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Medellin: Kumpulan samseng Colombia dilapor memerangkap kanak-kanak perempuan semuda 10 tahun untuk perdagangan yang menyaksikan dara dilelong kepada tauke dadah dan pelacur asing.

Dialog Thai, BRN ditangguh

Posted: 11 Oct 2013 01:27 PM PDT

Bangkok: Dialog dengan kumpulan pemisah selatan Thai, Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang dijadual diadakan akhir bulan ini ditangguhkan.

Panglima tentera ThaiKetua Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha, semalam.


Beliau juga berkata, anggota keselamatan digerakkan ke kawasan selatan berikutan meningkatnya keganasan yang menyebabkan kematian dan kecederaan sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, pasukan keselamaan diarah supaya bertahan dan bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk membendung serangan militan di rantau itu.


Serangan militan menjadi aktiviti simbolik kemunculan mereka sehingga meletakkan pihak berkuasa selatan dalam keadaan berjaga-jaga.


Menurut panglima tentera itu rundingan pusingan keempat dengan BRN akan ditangguhkan sehingga semua pihak bersedia memandangkan pemisah di wilayah terbabit dilapor berpecah kepada beberapa kumpulan.

Dalam pada itu, Thailand akan meningkatkan bilangan pegawai tentera untuk menghadiri rundingan berkenaan pada masa akan datang.


Menurut Prayuth, kerajaan Thai masih belum di perbincangan berkenaan, katanya menegaskan kerajaan Thailand masih belum membuat sebarang keputusan untuk menerima lima syarat yang dikemukakan BRN.

Menurut Prayuth, kerajaan perlu berhati-hati dalam melayani segala tuntutan kumpulan itu kerana bimbang jika dilayan, ia akan mendorong BRN mengemukakan tuntutan untuk berpisah dari negara berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

3.4 juta penduduk Thai terjejas bencana

Posted: 11 Oct 2013 01:26 PM PDT

Bangkok: Lebih 3.4 juta penduduk di 14,782 kampung di 42 wilayah Thai terjejas akibat banjir sejak 17 September lalu.

Jabatan Pengurusan Bencana yang memberitahu demikian turut mengesahkan angka kematian akibat banjir meningkat kepada 39 sehingga semalam.


Daripada itu, 12 kematian di Surin, sembilan masing-masing di Prachin Buri dan Si Sa Ket, dua di Nakhon Nayok dan Yasothon, dan seorang di Sa Kaeo, Khon Kaen, Chanthaburi, Nakhon Sawan and dan Lopburi.

Angka rasmi diperoleh daripada daftar penempatan menunjukkan banjir memusnahkan 29,289 rumah, 3,259,760 ladang, 5,714 jalan raya, 299 jambatan, 260 sekolah, 442 kuil dan and 61 bangunan kerajaan.


Sehingga semalam air mula surut di Chiang Mai, Mae Hong Son, Phayao, Lampang, Kamphaengphet, Uthai Thani, Nakhon Ratchasima, Kalasin, Mukdahan, Amnatcharoen, Yasothon, Prachuap Khiri Khan, Chumphon dan Ranong.


Bagaimanapun, banjir masih melanda 7,604 kampung di 158 daerah membabitkan 1,650,527 penduduk di 28 wilayah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

Manila bakal banjir lagi

Posted: 11 Oct 2013 01:26 PM PDT

Manila: Taufan Nari mengumpul kekuatan menuju Filipina semalam, mengancam ratusan juta penduduk yang tinggal di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir.

Taufan itu dijangka melanda wilayah penternakan di pulau Luzon awal pagi ini dengan membawa hujan lebat.


Menurut laporan kaji cuaca Filpina , Manila yang terletak kira-kira 135 kilometer ke selatan menjadi sasaran taufan itu.

Jurucakap kaji cuaca, Bernie Belen berkata bandar raya dijangka dilanda banjir sekali lagi.


"Walaupun tanpa ribut, hujan lebat boleh menyebabkan banjir di Manila apatah lagi dengan kedatangan taufan," kata Belen. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

67 dibunuh penentang

Posted: 11 Oct 2013 01:25 PM PDT

Beirut: Kumpulan penentang rejim Bashar didakwa membunuh kira-kira 67 orang awam dan menawan 200 yang lain dari perkampungan masyarakat Alawi di Syria, Ogos lalu.

Suku kaum Alawi ialah masyarakat Syiah yang menjadi susur galur keturunan Presiden Bashar al-Assad. Menurut pertubuhan pemerhati hak asasi manusia, data itu diperoleh berdasarkan laporan 105 halaman hasil daripada siasatan dan 35 wawancara, termasuk bersama mangsa yang terselamat dalam serangan 4 Ogos lalu di 10 perkampungan suku kaum Alawi yang prokerajaan di wilayah tepi pantai Latakia. Daripada 190 orang awam yang terbunuh, kumpulan berpangkalan di New York itu berkata, sekurang-kurangnya 67 ditembak mati. Kira-kira 20 kumpulan mengambil bahagian dalam serangan itu sebelum tentera kerajaan mengusir mereka dari perkampungan terbabit pada 18 Ogos. "Dua kumpulan penentang yang mengambil bahagian dalam serangan itu ialah Pertubuhan Negara Islam Iraq dan Sham (Levant) serta Jaish al-Muhajireen Wal-Ansar yang masih menahan tebusan, kebanyakan wanita dan kanak-kanak," menurut kenyataan itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

10 maut hospital terbakar

Posted: 11 Oct 2013 01:25 PM PDT

Tokyo: Satu kebakaran memusnahkan sebuah hospital di Jepun ketika pesakit sedang tidur, menyebabkan 10 orang terbunuh.

Kebakaran yang berlaku awal pagi itu turut menyebabkan lima lagi cedera, kata polis dan agensi pengurusan bencana.


Empat daripada mereka dilapor kritikal. Rakaman video insiden itu yang disiarkan stesen penyiaran NHK menunjukkan anggota bomba mengelilingi hospital di bandar Fukuoka itu ketika asap tebal berkepul keluar dari pintu masuk bangunan yang separuh usang itu. Jelaga hitam turut dilihat melitupi tingkap kaca di tingkat dua. "Kami mengesahkan kematian 10 orang lapan pesakit dan dua kakitangan hospital," kata jurucakap polis tempatan. Dua pekerja hospital itu ialah bekas pengarah hospital dan isterinya. Menurut jurucakap berkenaan, mangsa yang maut semuanya berusia antara 70 hingga 89 tahun.

Kebakaran yang berlaku selama dua jam itu bermula pada jam 2.20 pagi di bangunan empat tingkat berkenaan yang dibuka sebagai hospital ortopedik pada 1970. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

Pyongyang ancam karamkan kapal AS

Posted: 11 Oct 2013 01:24 PM PDT

Seoul: Korea Utara semalam mengancam mengaramkan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat ketika ia mengecam latihan ketenteraan tiga negara.

Amaran terbaru daripada rejim Pyongyang berkenaan dibuat sehari selepas AS melancarkan latihan ketenteraan dua hari bersama Korea Selatan dan Jepun di perairan Semenanjung Korea.

Menurut sumber, latihan berkenaan membabitkan kapal pengangkut berkuasa nuklear USS George Washington, kapal peluru berpandu, helikopter antikapal selam dan pesawat amaran awal.

"Latihan perang itu menunjukkan yang tiga negara bersekutu itu melancarkan perang nuklear yang sebenarnya," kata Jawatankuasa Korea Utara untuk Penyatuan Korea dalam satu kenyataan.


Korea Utara berulang kali menyelar latihan ketenteraan di selatan sempadan negara itu dan mengancam serangan terlebih dulu yang masih belum dikotakan.


Selasa lalu, ia memberi amaran kemungkinan berlaku bencana besar sekiranya latihan terbaru itu dijalankan.

Pegawai Amerika Syarikat dan Korea Selatan menyifafkan latihan berkenaan sebagai usaha melatih anggotanya dalam gerakan mencari dan menyelamat untuk persediaan sekiranya berlaku bencana.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

No comments:

Post a Comment