Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 23 Jan 2014 09:47 AM PST

BUNDLE PACKAGES

COMBO PACKAGES

PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder.

Badan disambar api

Posted: 22 Jan 2014 09:57 AM PST

Kuala Lumpur: Panik apabila api menyambar badannya, seorang lelaki nekad menyelamatkan diri dengan berlari turun dari rumah kedai tiga tingkat di Jalan Pelangi 17, Taman Pelangi, di sini, sebelum pengsan, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa berusia 30-an berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu sebelum menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Keadaan mangsa dilaporkan kritikal selepas hampir separuh badannya terbakar.

Malah, kereta Nissan Sylphy miliknya turut musnah dalam kejadian itu apabila dinding konkrit premis berkenaan runtuh dan menghempap keretanya.

Seorang lagi mangsa yang menyewa premis di tingkat dua, Datuk Zulkifli Azbdul Aziz pula kerugian dianggarkan RM200,000 selepas barangan milik syarikatnya turut musnah.

Foto

KERETA mangsa remuk dihempap runtuhan konkrit.

Foto

ZULKIFLI menunjukkan kesan terbakar di premisnya.


Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas dimaklumkan pekerjanya dan terus bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati rumah kedai berkenaan yang turut menempatkan pejabat syarikatnya musnah.


"Saya diberitahu, sebelum kejadian ada saksi terdengar bunyi letupan di tingkat tiga premis ini.

"Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba terdengar jeritan seorang lelaki yang berlari turun dalam keadaan terbakar sebelum pengsan," katanya.

Zulkifli berkata, dia jarang bertemu dengan lelaki itu kerana mangsa menyewa di tingkat tiga sebagai stor simpanan barang.

"Saya sendiri tidak mengenali mangsa kerana dia jarang berada di sini.

"Malah, akibat kebakaran ini, semua peralatan seperti komputer, mesin pencetak, barangan syarikat rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan kerugian hampir RM200,000," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.12 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 25 minit kemudian.

"Api berjaya dikawal lima minit kemudian. Dalam kejadian itu seorang lelaki terbakar separuh badan dan dihantar ke HKL untuk rawatan," katanya.

"Seramai 45 anggota bomba pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu," katanya.

Menurutnya, punca dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 23 Jan 2014 09:47 AM PST

BUNDLE PACKAGES

COMBO PACKAGES

PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder.

Kes tumbuk polis sudah ke mahkamah

Posted: 22 Jan 2014 09:51 AM PST

Kuala Lumpur: Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dipercayai penceroboh sebuah kawasan ladang milik FELDA di Sabah menendang dan memaki hamun seorang anggota polis bantuan FELDA kini tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 2011 bagaimanapun video berkenaan baru disebarkan semalam.

Rakaman video durasi 2.12 minit itu menunjukkan seorang lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda memarahi beberapa anggota polis bantuan dalam satu kawasan ladang.

Rakaman itu bermula ketika lelaki berkenaan mendakwa pondok miliknya dirobohkan, namun ia dinafikan anggota polis bantuan terbabit dan seterusnya bertanyakan bagaimana lelaki itu tahu perbuatan meroboh itu dilakukan pihaknya.

Foto

RAKAMAN video pada 2011 tersebar di media sosial.


Lelaki terbabit kemudian mendakwa ada melihat kesan tapak kasut anggota polis bantuan di kawasan berkenaan sebelum anggota itu bertanyakan sekiranya ada bukti lain seperti cap jari mereka di kawasan itu.


Berang dengan jawapan diberikan anggota itu, lelaki terbabit turun daripada kenderaannya sebelum menendang dan menumbuk seorang daripada anggota berkenaan.

Selepas itu , lelaki terbabit mengarahkan mereka untuk membuat laporan polis sebelum anggota itu memberitahu akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Selain itu, lelaki berkenaan bagai mencabar anggota berkenaan dengan mengarahnya untuk menumbuk mukanya, namun anggota berkenaan tidak melayan provokasi lelaki terbabit.

"Kita jumpa di mahkamah. Ini bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Kami cuma mahu berunding dan menjalankan tugas," kata anggota itu.

Meskipun anggota polis bantuan itu cuba diprovokasi namun dia tidak melawan.
Ini menyebabkan lelaki itu seperti tidak berpuas hati dan cuba sekali lagi untuk menumbuk anggota berkenaan, namun diselamatkan anggota lain.

"Kau tengok muka saya," kata lelaki itu selepas anggota berkenaan tekad dengan keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Sementara itu, sumber polis yang mengesahkan rakaman video itu menyatakan kejadian itu berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 2011 dan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 23 Jan 2014 09:47 AM PST

BUNDLE PACKAGES

COMBO PACKAGES

PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder.

Patah gigi dibelasah pemandu teksi

Posted: 22 Jan 2014 09:49 AM PST

Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori patah gigi dan lebam pada badan selepas dibelasah sebaik lori dipandunya terlanggar sebuah teksi di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 29 tahun ditemani adiknya berusia 23 tahun dalam perjalanan ke ibu kota sebelum lori dipandunya melanggar sebuah teksi di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa kemudian keluar untuk melihat kerosakan yang berlaku dan ingin berbincang dengan pemandu teksi terbabit.

"Bagaimanapun tiba-tiba pemandu teksi itu mengamuk dan memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.

"Terkejut dengan tindakan berkenaan, mangsa meminta lelaki terbabit bertenang namun gagal apabila dia tiba-tiba menumbuk muka mangsa.

Malah adik mangsa turut diserang lelaki itu," katanya.

Sumber berkata, sebaik dibelasah selama beberapa minit, pemandu teksi berkenaan terus beredar.

"Akibat kejadian itu, mangsa patah sebatang gigi dan lebam di muka serta badan sementara adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.

"Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 23 Jan 2014 09:47 AM PST

BUNDLE PACKAGES

COMBO PACKAGES

PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder.

2 terselamat kereta berpusing

Posted: 22 Jan 2014 09:41 AM PST

Melaka: Seorang kontraktor cedera parah di kepala manakala rakannya tercampak keluar selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Dusun Datok Murad, Ayer Keroh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, Mohd Aidil Khairul Anuar, 28, yang memandu PROTON Iswara cedera di kepala dan tulang belakang manakala rakannya dikenali Asmanizam, 20-an, patah tangan kiri dan kaki kanan.

Difahamkan, ketika kejadian, Mohd Aidil dan rakannya dalam perjalanan dari pusat bandar ke Pusat Autocity di Ayer Keroh sebelum kereta dipandu hilang kawalan.

Menurut sumber, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang memandu di lorong kiri cuba mengelak sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang datang dari dari arah sama sebelum kereta dipandu hilang kawalan.

Foto

KEADAAN kereta dinaiki kedua-dua mangsa selepas merempuh pembahagi jalan.


"Mangsa yang terkejut selepas menyedari sebuah motosikal berada di hadapannya bertindak memusing stereng ke kanan, namun kereta dipercayai mengalami masalah teknikal menyebabkannya melencong ke kiri jalan.


"Kereta kemudian berpusing beberapa kali lalu merempuh tiang elektrik sebelum terdampar di pembahagi jalan," katanya di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 23 Jan 2014 09:47 AM PST

BUNDLE PACKAGES

COMBO PACKAGES

PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder.

Tokan dadah Jerman punah di JB

Posted: 22 Jan 2014 09:38 AM PST

Johor Bahru: Cubaan seorang lelaki warga Jerman menyeludup lebih tiga kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dengan menyembunyikannya di celah beg tangan wanita berjaya dikesan ketika melalui pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, anggota Unit Khas Pemeriksaan Penumpang KDRM mengimbas dan memeriksa sebuah beg pakaian ungu dibawa lelaki terbabit yang berusia 20 tahun.

Pengarah KDRM Johor Datuk Ramli Johari berkata, suspek dikatakan mengambil penerbangan dari Hong Kong sebelum transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Hasil pemeriksaan, kami mendapati ada objek meragukan disembunyikan dalam enam beg tangan wanita dibawa dalam beg pakaian berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut menemui empat bungkusan dibalut dengan kertas karbon disembunyikan di bawah lapisan bahagian dalam beg tangan berkenaan," katanya pada sidang media, di Menara KDRM, semalam.

Difahamkan, lapisan bahagian dalam beg tangan itu sengaja ditebuk untuk menyembunyikan dadah.

Menurutnya, pemeriksaan menemui bungkusan mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

"Ketulan kristal itu dianggarkan seberat 3.308 kg bernilai RM628,520.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori," katanya.

Foto

RAMLI (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

No comments:

Post a Comment