Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kepala 'berduri' ditimpa landak

Posted: 18 Jan 2014 03:59 AM PST

Rio de Janeiro: Seorang suri rumah mengalami kesakitan teruk selepas seekor landak jatuh atas kepalanya ketika dia keluar membawa anjingnya berjalan.

Akibat kejadian, Sandra Nabuco, 52, terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan berikutan 200 duri landak melekat di kulit kepala dan rambutnya.

"Memang mengejutkan. Tiba-tiba saya rasa sesuatu di atas kepala saya dan apabila merabanya tangan saya terkena duri landak.

"Doktor terpaksa menggunakan penyepit untuk mengeluarkan semua duri itu.

Foto

KEPALA Sandra dipenuhi duri landak.


"Mula-mula kami mengiranya tetapi bila sampai 150 kami pun tidak larat meneruskan. Saya anggarkan sekurang-kurangnya 200 duri dicabut," katanya.


Haiwan itu dipercayai jatuh daripada tiang lampu.

Doktor memberikan antibiotik untuk mengelak jangkitan kuman.

Sandra kini mampu ketawa namun menganggap kejadian itu peringatan untuk semua.

"Sekurang-kurangnya saya masih sihat. Saya tidak dapat bayangkan apa berlaku sekiranya kejadian membabitkan kanak-kanak atau orang tua," katanya ketika ditemui, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

SBY, keluarga hampir jadi mangsa sihir

Posted: 18 Jan 2014 03:55 AM PST

Jakarta: Dalam buku barunya yang diterbitkan kelmarin, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengaku beliau dan keluarganya hampir jadi mangsa sihir.

Dalam buku berkenaan yang berjudul Selalu Ada Pilihan, Susilo menceritakan bagaimana beliau dan isteri, Ani, terpaksa bertarung dengan 'awan hitam' di dalam rumah mereka di Cikeas, Bogior, Jawa Barat.

Menurutnya, satu pagi Ahad sebelum pilihan raya 2009, Ani membaca majalah di ruang tamu dan beliau sibuk di perpustakaan.

"Tiba-tiba isteri saya menjerit dan memanggil saya. Saya meluru ke ruang tamu untuk mengetahui apa yang terjadi. Saya melihat awan hitam tebal di bawah siling bergerak masuk ke bilik tidur kami," kata Susilo dalam buku berkenaan.

Foto

SUSILO bersama isterinya, Ani.


"Saya mohon semua orang di dalam rumah itu berdoa. Saya tutup bilik tidur kami sementara pintu lain di buka luas. Akhirnya awan itu bergerak menuju ke luar rumah.


"Alhamdulillah keluarga saya selamat. Kejadian itu seperti dalam sebuah filem seram. Tetapi ia benar berlaku," tulisnya dalam bab berjudul 'Ancaman terhadap Presiden boleh mencapai tahap pembunuhan.'

Menurutnya, ada juga kejadian lain yang tidak boleh beliau jelaskan secara logik.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Lelaki cuba curi keluli mungkin kudung tangan

Posted: 18 Jan 2014 03:54 AM PST

Beijing: Seorang lelaki berdepan kemungkinan kudung apabila lengannya tersepit tiang ketika cuba mencuri keluli di dalam struktur itu.

Kejadian berlaku di Guang'an, wilayah Sichuan ketika lelaki terbabit cuba menggergaji bahagian luar tiang diperbuat daripada konkrit untuk mencuri keluli di dalamnya.

Malangnya, tiang itu terjatuh ke atasnya mengakibatkan lengan kirinya tersepit.
Orang awam yang terdengar jeritannya menghulurkan bantuan dan menghubungi pasukan kecemasan.

Foto

ANGGOTA bomba cuba mnyelamatkan pencuri terbabit.

Anggota bomba berjaya mengangkat tiang berkenaan dan melepaskan mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, doktor berkata mangsa mungkin perlu dipotong lengannya akibat terlalu lama tersepit sehingga terputus bekalan darah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Tunjuk perasaan berterusan

Posted: 18 Jan 2014 03:52 AM PST

Bangkok: Penunjuk perasaan antikerajaan Thai terus berarak semalam, membuktikan mereka masih bersemangat mahu memaksa Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berundur.

Bom yang menggemparkan Bangkok kelmarin nyata tidak mematahkan semangat mereka, malah pemimpin Suthep Thaugsuban mengajak pengikutnya berarak melalui kawasan letupan yang meragut nyawa seorang lelaki untuk memperingati mangsa.

Seramai 36 turut cedera dalam kejadian itu apabila sebuah bom tangan dilontar ke arah penunjuk perasaan yang berarak di pusat bandar.

Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan pula memasuki pekarangan sebuah balai polis tanpa halangan.

Foto

PENUNJUK perasaan antikerajaan masih bersemangat sehari selepas letupan bom di Bangkok mengakibatkan seorang maut dan puluhan lain cedera.

Foto

SUTHEP memeluk anggota keluarga penunjuk perasaan yang maut dalam kejadian Jumaat lalu.


Walaupun pelakunya belum dikenal pasti, Suthep menyalahkan kerajaan dan mendakwa kejadian itu tidak akan mengganggu fokus ribuan penunjuk perasaan yang akan terus memprotes pilihan raya Februari ini.


Dakwaan Suthep itu dinafikan kerajaan.

Jurucakap Parti Puea Thai Yingluck, Anusorn Iamsa-ard menuduh Suthep dan pengikutnya terdesak.

"Usaha mereka menutup kota Bangkok gagal jadi mereka mencuba taktik baru termasuk melakukan serangan seperti itu dan menyalahkan kerajaan," katanya.

Kejadian itu yang menunjukkan keadaan semakin meruncing malah memberi kesan terhadap ekonomi Thailand, menambah risiko campur tangan pihak tentera berikutan hanya tinggal dua minggu menjelang tarikh ditetapkan untuk pilihan raya umum.

Pakar sains politik di Universiti Ramkamhaeng Boonyakiat Karavekphan berkata, ada kemungkinan berlaku pertempuran besar antara penunjuk perasaan dan polis atau sesiapa yang setia kepada kerajaan bagi mengundang tindak balas ketenteraan.

Pihak tentera melakukan 18 rampasan kuasa dalam tempoh 81 tahun ini namun kali ini dilihat lebih bersifat berkecuali, malah ramai yang berpendapat mereka tidak akan mencampuri isu ini.

Ketua Angkatan Tentera Thai yang menyampaikan ucapan sempena Hari Tentera, lewat semalam, sebelum ini mengingatkan semua pihak supaya mencari jalan penyelesaian aman.- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Suthep anggap Yingluck 'syaitan'

Posted: 18 Jan 2014 03:50 AM PST

Bangkok: Pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan Suthep Thaugsuban menafikan dia bertanggungjawab ke atas serangan bom yang mengakibatkan seorang maut dan 36 cedera.

Sebaliknya, dia mendakwa kerajaan di sebalik kejadian itu dan menganggap Perdana Menteri Yingluck Shinawatra 'syaitan'.

"Saya bukan manusia seperti itu.

Saya tidak membunuh penyokong sendiri.

"Darah yang membasahi jalanan Bangkok turut menusuk hati saya.

"Kerajaan ini terlalu kejam.

Keperitan inilah yang menjadi penyuntik semangat untuk kita berjuang," katanya di pentas demonstrasi Lumpini.

Media sosial turut hangat dengan spekulasi bahawa ada pegawai tentera bekerjasama dengan anggota Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) melakukan serangan berkenaan.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Pesakit kusta terpaksa makan tikus, kucing, ular

Posted: 18 Jan 2014 03:49 AM PST

Probolingo: Seorang lelaki yang disisihkan keluarganya sejak lima tahun lalu kerana menghidap kusta, hidup dengan memakan haiwan, termasuk tikus, kucing dan ular.

Sarep, 40, dari Desa Menyono di Jawa Timur hidup bersendirian di sebuah pondok di lembah pergunungan Tengger.

"Saya makan apa saja yang boleh ditangkap.

"Untuk memasak haiwan itu, saya gunakan air hujan atau memanggangnya selepas memasang perangkap bagi menangkapnya.


"Saya minum air hujan yang ditadah," katanya.


Lelaki itu berkata, adakalanya ada jiran yang tinggal berhampiran menghantar makanan, tetapi tidak ada seorang pun anggota keluarganya yang datang menjenguk kerana malu dan takut dijangkiti.

Bagaimanapun, menurut Sarep, dia pasrah sehingga maut menjemputnya, lebih-lebih lagi keadaannya kini semakin teruk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Pengebumian jadi bencana

Posted: 18 Jan 2014 03:49 AM PST

Mumbai: Sekurang-kurangnya 18 orang mati akibat berasak-asak ketika ribuan orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang pemimpin Syiah di sini, semalam.

Agensi berita Press Trust of India melaporkan, 40 orang juga cedera dalam kejadian itu yang berlaku sejurus selepas jam 1 pagi (waktu 5.30 pagi waktu Malaysia) di kediaman Syedna Mohammed Burhanuddin yang meninggal dunia pada usia 102 tahun kelmarin.

Mohammed yang akan meraikan ulang tahun kelahirannya ke-103 beberapa minggu akan datang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ialah ketua masyarakat Dawoodi Bohra, satu cabang Syiah di India.

Setakat ini tidak dapat dipastikan punca kejadian. Bagaimanapun, insiden mati akibat berasak-asak sering berlaku di India, sebahagian besarnya kerana kelemahan polis mengawal perhimpunan orang ramai.

Foto

BERIBU-RIBU pengikut Syedna Mohammed menghadiri majlis pengebumiannya di Mumbai, semalam.


Mohammed yang digantikan oleh anaknya berusia 70 tahun pernah diberi penghargaan dari kerajaan asing, termasuk dari Jordan dan Mesir.


Kejadian semalam berlaku beberapa bulan selepas kira-kira 115 orang mati dipijak atau lemas di sebuah jambatan berhampiran kuil Hindu Oktober lalu.

Ia berlaku selepas orang ramai cemas berikutan khabar angin jambatan di kuil di negeri Madhya Pradesh itu akan runtuh.

Pada 2006, kejadian serupa di kuil sama meragut 50 nyawa.

Pada Februari lalu, sekurang-kurangnya 36 orang penganut Hindu mati terpijak ketika dalam perjalanan pulang dari festival keagamaan Kumbh Mela di tebing Sungai Ganges. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Schumacher diramal lupa identiti

Posted: 18 Jan 2014 03:47 AM PST

London: Michael Schumacher 'tidak akan menjadi Schumacher' jika dia sedar dari koma.

Pakar perunding neurologi Hospital Homerton di sini, Richard Greenwood berkata, legenda litar lumba itu akan menjadi 'orang biasa' jika berjaya pulih akibat trauma otak teruk dilaluinya.

"Jika Schumacher berjaya mengatasi kecederaan ini, dia bukan lagi menjadi Schumacher yang kita kenali.

"Dia sekadar menjadi seorang 'Joe Bloggs' (gelaran untuk orang yang lupakan nama atau identitinya sendiri).


"Proses pemulihan juga hanya akan benar-benar berkesan jika dia sendiri selesa dengan personaliti dan kehidupan sebagai 'Bloggs'.


"Percayalah, tidak mudah untuk menerima keadaan itu dan ramai yang sukar berbuat demikian," katanya.

Beliau mengulas kenyataan doktor Schumacher yang mengatakan keadaannya pulih sedikit dan tidak lagi dianggap kritikal buat kali pertama sejak kemalangan ketika kemalangan ski di Meribel, Perancis.

Dia diletakkan dalam keadaan koma tiga minggu lalu itu mengalami kecederaan otak yang teruk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Bos 'mafia' wanita ganas ditahan

Posted: 18 Jan 2014 03:46 AM PST

Colombo: Polis Sri Lanka menumpaskan geng jenayah terancang diketuai seorang wanita yang mampu membuatkan ketua mafia berpengalaman di seluruh dunia sekalipun menggigil ketakutan.

Menurut laporan akhbar Sunday Times, wanita itu membelasah orang sehingga tercabut anggota badan, selain terbabit dalam perang merebut kawasan daripada pengedar dadah dan bapa ayam serta mengawal aktiviti pekerja seks termasuk lelaki di sini.

Menurut jurucakap polis, mangsa diseksa menggunakan penukul besi sebelum diarahkan baring di jalan raya di beberapa lokasi sebelum melanggar anggota badan mereka menggunakan kenderaan.

Wanita itu yang mengawal beberapa kelab malam dan kasino di seluruh ibu kota berkenaan ditahan di Kollupitiya minggu lalu bersama beberapa pembantunya.

Kumpulannya dilaporkan beroperasi ala mafia malah membekalkan wanita untuk pelanggan tetapnya sambil menghalang geng lain beroperasi di bandar itu.

Menurut siasatan polis, pelanggan dikenakan upah antara Rs25,000 hingga Rs50,000 (RM1,338 - RM2,675) untuk khidmat seks termasuk oleh pelacur lelaki.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Seoul tingkat kawalan sempadan

Posted: 18 Jan 2014 03:45 AM PST

Seoul: Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye semalam mengarahkan pihak tentera memperkuatkan kawalan sempadan untuk melindungi negara itu daripada kemungkinan provokasi oleh jirannya di utara.

Ini berikutan tawaran Korea Utara, Khamis lalu, untuk menamatkan "semua provokasi dan fitnah" bermula 30 Januari selain mengajak kedua-dua pihak mengetepikan perselisihan mereka.

Selain itu, Korea Selatan diseru membatalkan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat yang sering didakwa Korea Utara sebagai memprovokasi mereka kerana dilihat latihan untuk melakukan serangan terhadap negara jirannya itu.

Lee Jung-Hyun berkata, sebelum ini Korea Utara pernah membuat tawaran sedemikian namun disusuli provokasi ketenteraan.


"Park memerintahkan menteri pertahanan dan menteri lain berkaitan keselamatan supaya mengambil langkah sewajarnya memperkukuhkan kawalan terhadap provokasi Korea Utara," katanya.


Korea Selatan juga menegaskan tidak akan membatalkan latihan ketenteraannya dengan Amerika Syarikat.

Latihan berkenaan diadakan selepas ujian nuklear ketiga dan paling besar Koera Utara malah Pyongyang turut mengugut melakukan serangan terhadap Seoul dan Washington. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

No comments:

Post a Comment