Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kura-kura tewaskan arnab

Posted: 14 Jan 2014 08:31 AM PST

Beijing: Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China semalam.

Pelbagai jenis haiwan seperti kucing, anjing, ayam jantan dan itik saling bersaing ke garisan penamat di cerun bersalji di Hunan, lapor akhbar China News Service.

Seramai 40 pemilik haiwan dibenar meletakkan haiwan peliharaan mereka di atas peralatan ski atau luncuran salji.

Dalam keputusan yang tidak dijangka menyerupai kisah dongeng Greek, seekor kura-kura mengalahkan arnab dengan haiwan reptilia itu mendapat tempat ketiga secara keseluruhan.

Foto

KURA-KURA dan arnab bersaing sesama sendiri dalam pertandingan ski membabitkan haiwan peliharaan di Hunan, China, semalam.


Akhbar melaporkan arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.


"Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura," lapornya.

Kura-kura yang biasanya dijangka berhibernasi ketika musim sejuk dilihat bergerak di atas peralatan ski pemiliknya.

Akhbar itu turut menyiarkan gambar seekor itik kuning memakai tali leher merah yang diberi sijil penghargaan kerana berjaya menamatkan perlumbaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Geram, dendam pemain catur

Posted: 14 Jan 2014 08:29 AM PST

Dublin: Seorang lelaki Itali semalam mengaku membunuh tuan rumah sewanya hanya gara-gara berselisih faham dalam permainan catur.

Tidak cukup dengan itu, Saverio Bellante turut mengaku memamah jantung mangsa.
Sumber polis Ireland berkata, mangsa dikenali sebagai Tom O'Gormon dan pernah bekerja sebagai wartawan akhbar The Voice Today.


Menurut sumber itu, siasatan mendapati jantung mangsa masih ada dalam badannya.
"Sebaliknya satu daripada paru-paru O'Gormon hilang," katanya.


Bellante, 34, adalah pekerja sebuah syarikat farmaseutikal di Ireland dan menyewa bilik di rumah O'Gormon sejak beberapa bulan lalu.


Malam sabtu lalu mereka bermain catur tetapi kemudian berselisih faham kerana O'Gormon didakwa cuba menipu Bellante.

Akibat pertengkaran O'Gormon menghalau suspek menyebabkan dia naik darah dan menyerang mangsa.

Dalam prosiding di mahkamah, semalam, Bellante mengaku salah tetapi enggan melantik peguam bagi membela dirinya.

Sebaliknya Bellante berkata dia mahu membela dirinya sendiri.

Mahkamah memerintahkannya ditahan reman tanpa dibenarkan jaminan selain menjalani pemeriksaan psikiatrik.

Mayat O'Gormon ditemui di rumahnya Ahad lalu dalam keadaan mengerikan dengan puluhan kesan tikaman di kepala dan dadanya.

Menurut sumber, pembunuhan itu dianggap paling kejam terhadap seseorang yang tidak bersalah dalam sejarah Ireland.

Malah, katanya, keadaan di tempat kejadian terlalu mengejutkan sehingga dua pegawai polis yang menemui mayat mangsa terpaksa menjalani kaunseling kerana terlalu trauma.

Sementara itu, rakan Bellante yang dihubungi terkejut kerana perbuatan didakwa dilakukannya terlalu berbeza daripada personalitinya yang sebenar.

Vincenzo Lo Nardo yang mengenali Bellante sejak kecil berkata lelaki terbabit bukan seorang yang bersifat ganas walaupun mereka membesar di kejiranan yang mencabar.

Seorang lagi rakan, Lo Nardo berpendapat Bellante dipengaruhi dadah ketika kejadian walaupun dia bukan seorang penagih.

"Itu saja kemungkinan yang dapat menjelaskan bagaimana dia boleh hilang akal sebegitu," katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Bunuh diri kerana ingin disayangi

Posted: 14 Jan 2014 08:28 AM PST

London: Seorang penari ballet remaja yang terlalu ketagih kepada Internet mengelar tangannya sendiri dan memuat naik gambar berkenaan sebelum membunuh diri dengan melompat di depan kereta api.

Tallulah Wilson, 15, turut mencipta watak fantasi di Internet sebagai seorang penagih kokain.

Tujuannya - kerana dia terlalu ingin diterima orang lain dan disayangi.

Pelajar Royal Ballet School itu juga kerap melawat laman sesawang yang menggalakkan pembunuhan diri dan menyakiti diri sendiri.

Foto

TALLULAH


Perkara itu didedahkan ibunya, Sarah ketika inkues mengenai kematiannya semalam.


Menurutnya, Tallulah banyak menghabiskan masa di Internet kerana murung akibat dibuli, kematian neneknya dan melihat perceraian ibu bapanya.

"Dia tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit atau komputer riba, namun sering menggunakan komputer saya untuk melayari Internet," katanya.

Tallulah membunuh diri pada satu petang pada 12 Oktober 2012 di stesen St Pancras. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Sakitnya 'tegang' lima minggu

Posted: 14 Jan 2014 08:27 AM PST

Dublin: Seorang penunggang basikal gunung berdepan pengalaman memeritkan apabila kemaluannya menegang selama lima minggu akibat kecederaan dialami ketika melakukan aktiviti lasak kegemarannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu mengalami masalah dikenali sebagai priapisme selepas jatuh terkangkang atas palang basikalnya.

Kejadian itu mengakibatkan gangguan saraf yang mengalirkan darah ke zakarnya.

Media semalam melaporkan, mangsa hanya mendapatkan rawatan di Hospital Tallaght lima minggu selepas mengalami kecederaan itu.

Pemeriksaan awal menunjukkan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan menyebabkan doktor tertanya-tanya cara untuk membantunya.

Doktor di hospital Tallaght berkata, seseorang yang mengalami priapisme masih boleh mengadakan hubungan seks namun mungkin tidak akan merasai sebarang kenikmatan, sebaliknya cuma menderita.

"Ia juga boleh menyebabkan darah beku jika tidak dirawat segera," katanya.

Selepas beberapa rawatan, masalah lelaki terbabit akhirnya berjaya diselesaikan apabila melalui busa gel serta empat lingkaran platinum kecil yang dimasukkan di antara urat yang membekalkan darah ke kemaluannya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Yingluck hampir mengalah

Posted: 14 Jan 2014 08:26 AM PST

Bangkok: Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra dilaporkan hampir mengalah dengan tuntutan penunjuk perasaan antikerajaan kelmarin, tetapi mengubah fikiran pada saat akhir selepas dinasihati abangnya, Thaksin Shinawatra.

Sumber kerajaan berkata, bekas polis yang kemudian menjadi bilionair dan perdana menteri itu menghubungi Yingluck dan menggesanya agar bersabar dan tetap dengan pendirian untuk mengadakan pilihan raya pada 2 Februari ini.

Kata sumber itu, Yingluck menghubungi Panglima Tentera Thailand Prayuth Chan-ocha melalui telefon menjelang operasi "menutup" Bangkok.

"Dalam perbualan itu Yingluck memaklumkan bahawa dia bosan dengan krisis politik negara dan meminta cadangan daripada Prayuth.

Foto

PENUNJUK perasaan mengikat karikatur menyerupai Yingluck di belakang skuternya di Bangkok, semalam.


"Namun Prayuth enggan memberi sebarang cadangan dan berkata, Yingluck sendiri perlu membuat keputusan kerana apa saja yang berlaku dalam negara, ia menjadi tanggungjawab perdana menteri," katanya.


Sumber itu berkata, Yingluck kemudian memberitahu Prayuth yang dia akan memberikan jawapan pada jam 4 petang.

"Ramai menjangka Yingluck akan mengumumkan peletakan jawatan tetapi dia mengadakan mesyuarat dengan pemimpin eksekutif Parti Phue Thai dan bercakap melalui Skype dengan Thaksin.

"Thaksin kemudian menasihatinya bahawa perlembagaan tidak membenarkan dia meletakkan jawatan," katanya.

Pada pandangan Thaksin, katanya, penunjuk perasaan akan membawa kes Yingluck ke mahkamah kerana mengabaikan tugasnya.

"Dia mungkin berdepan hukuman penjara," katanya.

Sementara itu, Prayuth memberitahu anggota bawahannya agar menghalang keganasan tercetus ketika demonstrasi antikerajaan.

Tentera perlu memakai pakaian preman ketika mengawal kebanyakan bangunan kerajaan bagi mengelak diserang pihak tertentu.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Kakitangan awam turut sokong Suthep

Posted: 14 Jan 2014 08:25 AM PST

Bangkok: Ribuan kakitangan perubatan menyertai demonstrasi antikerajaan dan mengepung satu daripada kawasan utama ibu negara Thai iaitu persimpangan Lat Phrao.

Mereka menuntut pembaharuan politik sebelum pilihan raya diadakan dan penubuhan mekanisme berkecuali untuk menyelia proses berkenaan serta mencegah rasuah dalam sistem demokrasi.

Kumpulan kakitangan perubatan itu berkata, pilihan raya 2 Februari perlu ditunda dan kerajaan sementara diketuai Yingluck Shinawatra perlu berundur bagi memberi laluan kepada pembaharuan politik.

Jurucakapnya berkata, jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka, penunjuk perasaan akan meningkatkan demonstrasi untuk menggulingkan pentadbiran Yingluck.

Kumpulan itu diketuai bekas pegawai kanan kementerian kesihatan dan pakar perubatan, termasuk bekas Menteri Kesihatan Dr Mongkol na Songkla yang dilantik pada 2006.

Sementara itu, Setiausaha Kementerian Kesihatan Awam, Dr Narong Sahamethapat berkata, kementeriannya akan memantau rapat sebarang keganasan di tiga lokasi demonstrasi politik iaitu Buri Ram, Phitsanulok dan Ayutthaya.

- Agensi

Foto

SEORANG kakitangan kerajaan menutup telinga ketika rakannya meniup wisel sebagai tanda sokongan terhadap demonstrasi di Bangkok.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

PDRC ancam kepung rumah anggota Kabinet Thai

Posted: 14 Jan 2014 08:23 AM PST

Bangkok: Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) akan meningkatkan tekanan melalui protes termasuk mengepung kediaman Yingluck Shinawatra dan menteri utama Kabinet, selain menangkap mereka jika mereka tidak meletakkan jawatan, kata Setiausaha Agungnya, Suthep Thaugsuban (gambar), semalam.

Suthep membuat pengumuman itu ketika berucap di depan penyokongnya di persimpangan Asok.

Suthep juga mengundang lebih ramai orang turun ke jalan raya bagi menjayakan operasi "menutup" Bangkok yang dianjurkan PDRC.

Suthep berkata, dia akan mengetuai penunjuk perasaan dalam perarakan dari persimpangan Asok hingga ke penghujung jalan Sukhumvit, Phetchaburi dan Ekamai sebelum kembali ke Asok.


Dia juga akan mengetuai penunjuk perasaan untuk menguasai beberapa pejabat kerajaan.


Menurutnya, dalam tempoh dua hingga tiga hari berikutnya, penunjuk perasaan akan bertindak mengepung semua pejabat kerajaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Rogol jadi senjata tentera Myanmar

Posted: 14 Jan 2014 08:22 AM PST

Washington: Sebuah kumpulan hak wanita berkata, tentera Myanmar masih menggunakan kaedah merogol sebagai senjata perang dengan lebih 100 wanita dan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa sejak pilihan raya 2010 yang membawa kepada penubuhan kerajaan separa awam.

Liga Wanita Burma yang berpangkalan di Thailand berkata, dalam satu laporan ada 47 kes rogol berkumpulan direkodkan dengan 28 daripada mangsa dibunuh atau mati akibat kecederaan.

Beberapa mangsa dilaporkan berusia lapan tahun.

Kumpulan terbabit berkata, keadaan itu menunjukkan perlunya pembaharuan perundangan dan perubahan perlembagaan 2008 di Myanmar bagi memastikan tentera diletakkan di bawah kawalan awam. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Kubu rahsia ahli parlimen

Posted: 14 Jan 2014 08:21 AM PST

Islamabad: Seorang ahli parlimen Pakistan ditahan kerana membina tempat kurungan persendirian di rumahnya dan menahan tujuh orang 'banduan' dengan ada antara mereka ditahan sejak beberapa tahun lalu.

Rahsia Abdul Rehman Khetran itu hanya terdedah selepas pengawal peribadinya menyerang anggota polis dan melarikan senjata mereka pada hujung minggu lalu.

Selepas menggeledah kediaman Abdul Rehnman yang terletak di wilayah Baluchistan, polis menemui - dan membebaskan - tujuh tahanan, termasuk dua wanita.

Jurucakap polis berkata turut ditahan ialah anak lelaki Abdul Rehman dan enam pengawal peribadinya.

"Turut dirampas sebuah lori dipenuhi peluru," katanya.

Ketua Polis Daerah Barkan, Abdul Ghafoor Marri berkata, tahanan penjara sulit itu dizalimi.

Sementara itu Abdul Rehman menafikan dia melakukan kesalahan dan mendakwa penahanannya bermotif politik.

Baluchistan adalah sebuah wilayah kaya dengan bahan galian tetapi kebanyakan penduduknya miskin.


Ia juga menjadi tempat persembunyian pengedar dadah, Taliban serta pemberontak.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Lelaki murtad Afghanistan diberi suaka

Posted: 14 Jan 2014 08:21 AM PST

London: Seorang lelaki dari Afghanistan diberikan suaka di Britain atas dasar "hak asasi manusia" selepas dia berhijrah ke Britain sejak enam tahun lalu kerana bimbang diancam.

Lelaki terbabit - yang tidak didedahkan identitinya - mula murtad sejak tiba di Britain dan memohon perlindungan daripada kerajaan.

Peguamnya, Sheona York berkata, lelaki terbabit menjadi individu pertama diberikan suaka atas kerana menjadi ateis.

"Dia diberi status pelarian kerana mendakwa bakal menghadapi ancaman bunuh jika pulang ke negara asalnya," katanya.


Kes itu dikendalikan Sheona dari Klinik Perundangan Kent.


Kata Sheona, pihaknya gembira dengan tindakan segera dan positif kerajaan Britain.

"Keputusan ini adalah pengiktirafan penting terhadap amalan ateis dan pegangan tidak agama itu sendiri adalah satu pendirian falsafah," katanya.

Sheona berkata, Afghanistan mengamalkan perundangan Islam menetapkan hukuman mati kepada sesiapa yang didapati murtad.

Lelaki terbabit tiba di Britain ketika berusia 16 tahun pada 2007 kerana melarikan diri daripada konflik dengan keluarganya.

Dibesarkan sebagai Muslim, lelaki terbabit mengunjungi gereja kononnya untuk mencari jika agama itu membawa sebarang "kebenaran" kepadanya.

Lama-kelamaan pegangan agamanya berubah sehingga akhirnya dia langsung tidak mempunyai kepercayaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

No comments:

Post a Comment