Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Selamat datang ke hotel buaya

Posted: 22 Feb 2014 06:32 AM PST

Sesiapa yang terbang melintasi Wilayah Utara, Australia mungkin dapat melihat binaan menyerupai seekor buaya yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

Namun, ia sebenarnya sebuah hotel unik yang dibina membentuk reptilia yang di- geruni itu, terletak di tengah Taman Warisan Dunia.

Gagudju Crocodile Holiday Inn, hotel milik warga tempatan di Taman Negara Kakadu, berada kira-kira dua jam perjalanan dari Darwin.

Kakadu adalah taman negara terbesar di Australia meliputi kawasan seluas 19,000 kilometer persegi -sama dengan saiz Republik Slovenia - dan menawarkan semua pengalaman menarik di negara 'Crocodile Dundee' itu.

Foto


Reka bentuk hotel yang unik itu melambangkan 'penduduk' terkenal di Kakadu, buaya air masin.


Terletak di bandar Jabiru, hotel itu menjadi pilihan pelancong yang ingin meneroka kawasan utara Kakadu.

Taman negara itu menjadi habitat kepada lebih 10,000 buaya, bersamaan dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi reptilia itu di Wilayah Utara.

Lebih separuh kawasan di Kakadu yang diisytiharkan sebagai taman negara dalam tiga peringkat antara 1979 hingga 1991 adalah tanah masyarakat orang asli Australia.

Pemilik warga tempatan menguruskan perjalanan taman berkenaan bersama Parks Australia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Enam jam 30 lelaki

Posted: 22 Feb 2014 06:25 AM PST

London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.


Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.


"Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan," katanya.

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

"Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain," katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Penjara 3 tahun curi bayi

Posted: 22 Feb 2014 06:24 AM PST

Kombewa (Kenya): Sebuah mahkamah Kenya mengarahkan seorang wanita yang mencuri bayi di Hospital Kombewa dipenjara tiga tahun, semalam.

Majistret Angelo Kithinji berkata, Damaris Achieng didapati bersalah kerana mencuri bayi seorang wanita yang baru dikenalinya dalam kejadian bulan lalu.

Fakta kes menyatakan, pada 20 Januari lalu, Damaris yang sarat hamil mengalami kesakitan dan dikejarkan ke hospital daerah Kombewa.

Bagaimanapun dalam perjalanan ke hospital, dia berdepan komplikasi menyebabkan berlaku keguguran.

Keadaan itu menyebabkan dia tertekan.

Dalam keterangannya Damaris berkata, dia tidak sanggup pulang tanpa anak bersamanya.

Damaris kemudian berjaya memujuk seorang jururawat untuk membantunya mencuri bayi dari hospital dengan bayaran Sh20,000 (RM764).

Dia diperkenalkan dengan seorang wanita bernama Akinyi yang baru melahirkan anak dan dalam tempoh beberapa hari saja mereka menjadi kawan baik.


Suatu hari ketika Akinyi masuk ke bilik air untuk mandi, Damaris segera melarikan bayi rakannya itu.

Bagaimanapun disebabkan tindakannya yang terburu-buru itu, dia tercicir dokumen pengenalan dirinya memudahkan polis untuk mengesan lalu menahannya.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Jupe nafi suap hakim

Posted: 22 Feb 2014 06:23 AM PST

Jakarta: Julia Perez (Jupe) dilaporkan terlalu berang apabila didakwa menyuap hakim supaya mahkamah menyebelahinya untuk menghukum saingannya, Dewi Perssik, supaya dipenjara.

Media semalam melaporkan ada pihak menuduh Jupe merasuah hakim Mahkamah Agung sehingga Rp700 juta (RM196,119) bagi mendorong mahkamah menyabitkan kesalahan ke atas Dewi.

Peguam Jupe, Malik Bawazier berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkenaan.

"Walaupun berita itu tidak benar, kami tetap mahu mencari pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan.

"Ia sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan imej Jupe," katanya.

Jupe dan Dewi pernah menjadi rakan baik sebelum terbabit dalam pergaduhan ketika melakonkan aksi pergaduhan sebuah filem.

Mereka kemudian membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Baru-baru ini hakim memutuskan Dewi bersalah mencederakan Jupe dan mengarahkan aktres terbabit dipenjara selama tiga bulan.

Foto


Malik berkata, jika fitnah berkenaan berlanjutan pihaknya tidak teragak-agak membawa kes itu ke mahkamah.


"Kami akan mengheret penyebar fitnah itu ke muka pengadilan," katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Jangan pilih 'pemimpin Twitter'

Posted: 22 Feb 2014 06:21 AM PST

Jakarta: Pengundi di Indonesia dinasihat mengelak daripada memilih mana-mana ahli politik yang sering menggunakan Twitter tanpa melakukan tugas sepatutnya.

Tokoh daripada Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia (PDIP) Budiman Sujatmiko berkata, jika seseorang ahli politik itu terlalu asyik menggunakan media sosial, ia menunjukkan tokoh terbabit bukan pemimpin yang baik.

"Saya bersetuju bahawa seseorang ahli politik perlu membina imej sendiri tetapi ia bukan tindakan yang baik jika mereka terlalu banyak 'berkicau' (menggunakan Twitter)," katanya di majlis diskusi Membangun Citra di Media Sosial semalam.

Kata Budiman, pada era sekarang sesuatu fakta harus disebarkan dengan betul.

Pandangan itu disokong Pengarah Political Wave, Yose Rizal.

Kata Yose, walaupun media sosial menjadi landasan seseorang menyampaikan fakta, orang ramai perlu menyedari sesuatu pandangan perlu diikuti dengan tindakan.

"Jika mereka hanya asyik mengomel di Twitter dan tidak bertindak, ia tidak berfaedah," katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Pengguna boikot produk Yingluck

Posted: 22 Feb 2014 06:21 AM PST

Bangkok: Penunjuk perasaan mengikut seruan pemimpin mereka semalam untuk memulaukan produk yang mempunyai kaitan dengan keluarga Yingluck Shinawatra dengan memulangkan kad SIM telefon bimbit syarikat Advanced Info Service Pcl (AIS).

Sesetengah mereka sanggup berbaris di tengah Bangkok untuk menunggu giliran menyerahkan semula kad berkenaan kepada wakil syarikat terbabit.

Seorang daripada mereka, Aunjit Wongsampan, 65, berkata dia tidak berpuas hati dengan perkhidmatan AIS kerana isyarat liputan tidak cukup baik.

"Saya juga rasa AIS sudah terlalu kaya," katanya.

Tindakan orang ramai itu mendorong AIS menghantar mesej pesanan ringkas menyatakan mereka tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan keluarga Shinawatra.

"AIS tidak terbabit dalam politik atau berpihak dengan mana-mana kumpulan.

"Thaksin (abang Yingluck yang pernah menjadi perdana menteri) dan keluarganya sudah menjual semua saham mereka dalam AIS sejak 23 Januari 2006 dan tiada sebarang kaitan lagi dengan syarikat ini," katanya.

Foto

SEBAHAGIAN penunjuk perasaan memulangkan kad SIM milik mereka.


Namun tidak semua pengguna AIS percaya kepada penafian berkenaan.


Apabila Aunjit ditunjukkan dengan mesej itu, dia enggan menukar fikiran.

"Saya tidak percaya kepada AIS lagi dan saya sudah membuat keputusan," katanya.

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Maut cuba halau 'jin'

Posted: 22 Feb 2014 06:20 AM PST

Gaza: Sekurang-kurangnya dua remaja meninggal dunia selepas mereka dibawa ke pusat perubatan alternatif bagi merawat 'gangguan makhluk halus,' lapor media semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang remaja perempuan, Ghada, dipercayai dirasuk jin dan dibawa ke pusat perubatan itu untuk bertemu pemiliknya, dikenali sebagai Sheikh Abu Harith.

Saksi berkata, Abu Harith meletakkan alat perakam di kepala Ghada sambil membaca ayat al-Quran, manakala ibu dan abangnya berdiri di sebelah.

"Kemudian sheikh itu menekan satu daripada jari kaki kiri Ghada menyuruh jin yang merasuk tubuh remaja terbabit supaya keluar.

"Ghada masih sedarkan diri ketika sesi rawatan selesai dan meninggalkan klinik dalam keadaan baik," katanya.

Bagaimanapun, kata saksi, Ghada akhirnya meninggal dunia apabila pulang ke rumah.

Ibu Ghada berkata, dia membawa anak perempuannya itu ke klinik perubatan berkenaan pada 16 Februari lalu.

Dalam kejadian kedua, Israa Zourob, 17, turut menemui ajal ketika dirawat seorang lagi pengamal perubatan seumpamanya, Abu Khalil al-Zamili di depan ibu bapa dan abangnya pada 2 Februari lalu.

Pengamal perubatan itu menyuruh Israa meminum satu liter air yang dicampur dengan setengah kilogram garam kononnya untuk membolehkan jin yang merasuk remaja itu keluar.

Ibu Israa, Um Youssef Zourob berkata, dia tidak tahu sama ada anaknya mati akibat tercekik ketika meminum air garam itu atau mengalami keracunan.

"Saya nampak muka anak saya bertukar biru ketika dipaksa agar meminum air garam itu.

"Selepas seketika Israa longlai dan tidak lagi bergerak," katanya.

Ekoran kejadian itu, polis Gaza menahan seorang daripada pengamal perubatan alternatif terbabit.

Pihak berkuasa berkata, lelaki yang ditahan itu memiliki ijazah sarjana dalam Sains Syariah.

Jurucakap polis Gaza, Abu Shaar berkata, lelaki yang disyaki bertanggungjawab terhadap kematian pesakitnya itu masih disoal siasat.


"Pendakwa raya sudah mengemukakan bukti untuk mendakwanya dan suspek kini menunggu arahan daripada mahkamah," katanya.

Menurut kajian dilakukan Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Palestin, Israa bukan mangsa pertama yang mati akibat rawatan sedemikian.

Pada 1998, Sabira al-Athamna menemui ajal selepas dibelasah pengamal perubatan yang merawatnya atas alasan untuk memaksa makhluk halus yang ada di dalam tubuhnya supaya keluar.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Abu Talha dilaporkan masih hidup di Syria

Posted: 22 Feb 2014 06:19 AM PST

Damsyik: Penyanyi rap Jerman yang berjuang di Syria dan dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara baru-baru ini, dipercayai masih hidup.

Klip video terbaru menunjukkan Deso Dogg - kini dikenali sebagai Abu Talha - dimuat naik di laman sesawang Islam Jerman, Tauhid-Jerman.

Imej itu dipaparkan dua bulan selepas dia dilaporkan cedera dalam serangan udara tentera Syria di wilayah pemberontak di utara negara itu.

Abu Talha dijangka muncul dalam sesi wawancara bertajuk: Serangan Bacul, Jawapan Bernas: Satu Wawancara bersama Abu Talha al-Almani.

Abu Talha dilahirkan sebagai Denis Cuspert di Berlin pada 1975.

Pada akhir 2010, dia meninggalkan karier muzik dan memeluk Islam sebelum menjadi pendakwah dengan nama Abu Maleeq.


Pada akhir 2011, dia berkawan rapat dengan Mohamed Mahmoud atau Abu Usama al-Gharib, warga Austria berketurunan Mesir.


Abu Usama ialah pengasas Barisan Media Islam Sedunia (GIMF), platform propaganda jihad.

Pada 2008, mahkamah Austria menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atasnya atas kesalahan berkaitan keganasan.

Sejurus selepas dibebaskan pada September 2011, dia dilaporkan meninggalkan Austria untuk ke Berlin.

Dia dan Abu Talha kemudian muncul di North Rhine-Westphalia pada tahun itu dan menubuhkan persatuan Millatu Ibrahim.

Pada Jun 2012, pihak berkuasa Jerman mengharamkan pertubuhan itu berikutan beberapa pertempuran yang tercetus antara golongan Salafi dan polis di Bonn yang menyebabkan dua anggota polis cedera parah.

Abu Talha dilaporkan meninggalkan Jerman ketika larangan terhadap Millatu Ibrahim dikeluarkan.

Sejak ketiadaannya, media di Jerman menyuarakan kebimbangan jika dia mungkin pulang ke negara itu untuk melancarkan serangan di negara kelahirannya itu atau menyerang kepentingan Jerman di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Berpisah tak bertemu

Posted: 22 Feb 2014 06:18 AM PST

Seoul: Kegembiraan rakyat Korea Utara dan Korea Selatan yang bertemu kali pertama dengan ahli keluarga selepas terpisah sejak berdekad lamanya ternyata hanya seketika.

Kepiluan jelas terbayang di wajah setiap mereka semalam apabila tempoh pertemuan penuh bermakna itu berakhir.

Setiap seorang daripada individu yang terpisah oleh sempadan politik itu mengalirkan air mata ketika berpisah kerana menyedari mereka mungkin tidak akan bertemu lagi selepas ini.

Dalam detik-detik penuh emosi itu 80 warga tua dari Korea Selatan dan 174 ahli keluarga mereka dari Korea Utara kelihatan seolah-olah enggan melepaskan orang tersayang mereka beredar pergi.

Foto

WARGA emas Korea Utara melekapkan tangan di cermin bas yang dinaiki ahli keluarga dari Korea Selatan di pusat peranginan Gunung Kumgang, Korea Utara semalam.


Mereka ialah kumpulan pertama yang dibenarkan bertemu selepas 60 tahun terpisah akibat Perang Korea antara 1950 hingga 1953.


Semua peserta diberikan sejam untuk mengucapkan selamat tinggal di ruang makan sebuah hotel di pusat peranginan kawasan pergunungan di Korea Utara.

Pada permulaan acara itu, kebanyakan mereka sudah pun bergenang air mata, manakala sesetengahnya menggagahkan diri untuk tersenyum bagi menyembunyikan perasaan di hati.

Beberapa peserta mengambil gambar kenangan, saling bertukar foto lama dan mencatat alamat saudara-mara walaupun hubungan surat-menyurat, telefon atau e-mel dilarang sama sekali antara kedua-dua negara itu.

Rakyat Korea Selatan, Lee Myeong-Ho, 82, dilihat menggenggam erat tangan adik lelakinya, Lee Chol-Ho, 77, dari Korea Utara.

"Saya cuba untuk tidak menangis. Terima kasih kerana membolehkan saya melihat kamu masih hidup dan sihat. Jaga diri dan semoga sihat selalu," katanya.

Park Yang-Gon, 53, pula berlutut di lantai hotel dan menunduk di depan abangnya Yang-Soo, nelayan Korea Selatan yang diculik dan dibawa ke Korea Utara ketika menangkap ikan di perairan berhampiran barat daya negara itu pada 1972.

"Semoga kita dapat bertemu lagi jika diberi kesihatan yang baik," katanya.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Tragedi berdarah suami, isteri di bandar Taj Mahal

Posted: 22 Feb 2014 06:16 AM PST

Lucknow: Seorang lelaki India menikam isterinya sehingga mati sebelum membunuh diri di Agra - bandar raya yang menempatkan ikon percintaan hebat dunia, Taj Mahal - kata polis semalam.

Mayat wanita warga AS, Erin W Willinger, ditemui dengan beberapa kesan tikaman malam kelmarin di kawasan terpencil di Agra.

Pegawai polis Agra, Shalabh Mathur berkata, suami Erin, Bunty Sharma didapati membunuh diri dengan mencurah minyak pada badannya sebelum menyalakan api.

"Erin bertemu Sharma ketika melawat Taj Mahal bersama beberapa rakannya tahun lalu sebelum bercinta dan berkahwin pada Oktober tahun lalu di atas bumbung sebuah hotel dengan berlatar belakang Taj Mahal," katanya.

Menurut polis, Erin, 35, menggunakan nama India, Kiran Sharma dan bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan yang mempromosi sektor pelancongan di Agra.

Sharma, 32, adalah pemandu teksi roda tiga di bandar berkenaan.


Bagaimanapun, kata Mathur, pasangan terbabit berpisah tidak lama selepas berkahwin kerana Erin dituduh curang, "terlalu banyak merokok" dan enggan tinggal di rumah.

"Mereka cuba memulihkan perkahwinan dengan bertemu kaunselor rumah tangga tetapi gagal," katanya.


- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

No comments:

Post a Comment