Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kandung anak bermuka dua

Posted: 11 Feb 2014 08:01 AM PST

Sydney: Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak.

Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar.

"Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar," kata Renee.

Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung.

Foto

RENEE (kiri) dan Howie.

Foto

IMBASAN menunjukkan bayi itu mempunyai satu badan dengan sepasang tangan dan kaki, namun mempunyai dua muka.


Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik.


Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya.

Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap.

"Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat," kata Renee dalam rancangan A Current Affair - In Both Brains.

Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini.

Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak.

Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka.

"Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya.

"Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral.

"Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down.

"Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan," kata Howie.

Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Obama, Beyonce ada hubungan sulit?

Posted: 11 Feb 2014 07:55 AM PST

Paris: Media Perancis heboh mendakwa wujud hubungan percintaan antara Presiden Barack Obama dan bintang popular Beyonce.

Desas-desus hubungan sulit antara mereka - yang masing-masing sudah berkeluarga - kali pertama diuar-uarkan di stesen Eropah 1 pagi semalam.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Pengarah Komunikasi akhbar Washington Post Kristine Coratti yang dikatakan bakal mendedahkan hubungan berkenaan.

"Dakwaan itu palsu. Washington Post tidak akan menyiarkan kisah seperti itu," katanya.

Foto

OBAMA dan Beyonce didakwa rakan karib malah penyanyi itu diundang membuat persembahan di Rumah Putih, baru-baru ini.


Beyonce mempersembahkan lagu 'America the Beautiful' ketika majlis pelantikan Presiden Obama pada 2009 selain turut menghiburkan tetamu ketika ulang tahun ke-50 isterinya Michelle di Rumah Putih, bulan lalu.


Khabar angin sebelum ini mengatakan perkahwinan Obama dan Michelle bermasalah berbanding hubungan kukuh Beyonce dan suami, penyanyi rap Jay Z.

Sementara itu, jurugambar Pascal Rostain yang mendedahkan hubungan antara Presiden Francois Hollande dan pelakon Julie Gayet baru-baru ini mendakwa gambar Obama bersama Michelle menunjukkan mereka semakin renggang dan perkara itu akan didedahkan dalam Washington Post.

Bagaimanapun, apabila disoal lagi mengenai desas-desus itu, dia mendakwa ia sekadar 'satu gurauan.' - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Terkurung dalam bank

Posted: 11 Feb 2014 07:52 AM PST

London: Seorang pelanggan terkejut dan marah apabila ditinggalkan terkunci dalam bilik menunggu selama sejam selepas premis itu ditutup.

Wanita itu masuk ke bank Natwest berkenaan sejurus sebelum jam 5 petang untuk mendapatkan penjelasan mengenai akaunnya.

Pengurus cawangan terbabit membenarkannya menggunakan bilik menunggu untuk menghubungi pejabat khidmat pelanggan pusat bank berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu gagal menghubungi mereka dan keluar dari bilik itu untuk memaklumkan pengurus berkenaan namun terkejut apabila mendapati premis sudah ditutup.


"Saya terkejut apabila mesin penggera berbunyi selepas saya cuba membuka pintu.


"Ketika menghubungi pihak polis, mereka memaklumkan saya perlu menunggu sejam untuk mendapat bantuan," katanya.

Wanita itu akhirnya berjaya menghubungi pihak keselamatan bank yang mencadangkan dia keluar melalui pintu kecemasan.

"Sudah tentu saya menolak. Bagaimana jika mereka temui kesan cap jari saya yang menimbulkan masalah lain kelak?" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Aquino tolak teguran jeneral

Posted: 11 Feb 2014 07:51 AM PST

Manila: Presiden Benigno Aquino tidak mengendahkan teguran jeneral tentera Amerika Syarikat (AS) supaya Filipina dan Jepun mengurangkan retorik mereka terhadap China.

Pegawai Operasi Komunikasi Presiden Sonny Coloma memberitahu media, kenyataan Jeneral Herbert Carlisle, pemerintah tentera berbeza dengan pendapat ketua-ketua negara.

Carlisle sebelum ini mengingatkan pemimpin Filipina dan Jepun supaya berhati-hati mengenai kenyataan yang dibuat terhadap China kerana ia boleh mencetuskan ketegangan.

Aquino, dalam satu temu bual dengan akhbar New York Times minggu lalu menyifatkan, tindakan China menuntut hak ke atas keseluruhan Laut China Selatan sebagai tindakan pemerintah diktator, sama dengan tindakan pemimpin Nazi, Adolf Hitler semasa Perang Dunia Kedua.


Menurut Coloma, kenyataan Aquino itu hanya untuk menyatakan pendirian Filipina yang menggesa solidariti antarabangsa dalam menangani isu pertelingkahan wilayah.


"Aquino menyifatkan amaran Carlisle itu sebagai tidak membantu dalam menyelesaikan pertelingkahan.

"Memang menjadi kebiasaan seorang komander tentera mempunyai pandangan yang berbeza dengan perspektif pemimpin negara.

Dia boleh cakap apa dia suka tetapi presiden perlu memikirkan kepentingan negara. Dia perlu menyuarakan pendapatnya pada masa yang sesuai," kata Coloma. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

China, Taiwan berunding

Posted: 11 Feb 2014 07:44 AM PST

Nanjing: China dan Taiwan semalam mengadakan rundingan pertama kali sejak berpisah 65 tahun lalu akibat perang saudara.

Pegawai Taiwan yang bertanggungjawab ke atas dasar China, Wang Yu-chi berbincang dengan rakan sejawatnya, Zhang Zhijun pada hari pertama persidangan yang dijadualkan berlangsung selama empat hari di Nanjing.

Bilik persidangan disediakan tanpa meletakkan bendera sementara tanda nama di atas meja tidak disertakan dengan jawatan. Ia untuk menjaga sensitiviti kedua-dua pihak.

Sebelum meninggalkan majlis, Wang memberitahu media: "Lawatan ini tidak semudah yang dilihat. Ia hasil rundingan kedua-dua pihak selama bertahun-tahun."


Pertemuan yang berlangsung semalam memperlihatkan hasil yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu dalam usaha membaiki hubungan antara dua negara.


Bagaimanapun, pihak berkuasa komunis Beijing masih berusaha untuk menyatukan keseluruhan China di bawah pemerintahannya dan melihat Taiwan sebagai wilayah yang memberontak, menanti masa untuk disatukan dengan tanah besar China, - jika perlu dengan kekerasan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

5 maut hidu gas beracun

Posted: 11 Feb 2014 07:43 AM PST

Bekasi: Lima orang terbunuh selepas dipercayai terhidu gas beracun dalam satu kebakaran generator di klinik kesihatan Timur Bekasi, Jawa Barat semalam.

"Sembilan orang menjadi mangsa kebakaran itu dan lima daripadanya mati. Mangsa ditemui jam 7 pagi," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Kota Bekasi, Siswo.

Kejadian berlaku di Klinik Sapta Mirtra, Pengasinan Bekasi.

Litar pintas berlaku pada malam kejadian.


"Seorang pekerja cuba menghidupkan generator kerana keadaan sekitar yang gelap," katanya.


Antara mangsa yang terbunuh ialah doktor dan jururawat klinik berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

10 hari bawa 430 gram emas dalam perut

Posted: 11 Feb 2014 07:42 AM PST

Mangalore: Seorang lelaki sanggup menelan emas seberat 430 gram untuk menyeludup emas ke India.

Dia berjaya mengelak daripada dikesan kastam tetapi kegiatannya terbongkar kerana terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

Lelaki yang dikenali sebagai SS, 44, berasal dari Kerala itu menyeludup emas berkenaan dari Dubai.

Kegagalan mengeluarkan emas yang ditelannya menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kasturba.


Sebaik mengetahui perkara berkenaan, doktor di hospital segera menghubungi polis.


Emas seberat hampir setengah kilogram itu dipercayai sudah berada di dalam perut SS selama 10 hari. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Jakarta perlu fikir 'strategi'

Posted: 11 Feb 2014 07:36 AM PST

Jakarta: Indonesia bakal lumpuh jika negara luar - termasuk Singapura - menghentikan operasi eksport petroleum dan minyak mentah ke negara itu.

Ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan Indonesia, Mahendra Siregar berkata, keadaan Singapura sebagai negara pulau yang kecil tidak menghalang Jakarta bergantung kepadanya untuk bahan penting berkenaan.

"Memang benar Indonesia terlalu bergantung kepada minyak import walaupun saya tidak memiliki butiran lengkap mengenainya," katanya ketika ditemui media semalam.

Menurut Mahendra, Indonesia bukan saja bergantung kepada minyak dari Singapura saja, malah beberapa negara lain.


Puncanya, kata Mahendra, disebabkan produktiviti minyak dalam negara semakin menurun.


"Penurunan pengeluaran minyak dalam negara berlaku secara semula jadi dan ia tidak dapat dielakkan" katanya.

Justeru, kata Mahendra, perlu ada langkah konkrit daripada kerajaan jika mahu bebas daripada terlalu bergantung kepada negara lain.

Antaranya, kata Mahendra, Indonesia perlu mengusahakan sumber tenaga alternatif dan diselarikan dengan penurunan subsidi bahan bakar berkenaan.

"Jika tidak Indonesia akan terus makin mengimport minyak," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Susilo Siswoutomo berkata negara itu perlu mengimport 900,000 tong minyak mentah dan petroleum sehari untuk memenuhi keperluan semasa sebanyak 1.4 juta tong.

Sebahagian besar import itu didatangkan dari Singapura. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Suthep akan ditahan apabila peluang terbuka

Posted: 11 Feb 2014 07:36 AM PST

Bangkok: Polis akan menangkap pemimpin tunjuk perasaan Suthep Thaugsuban sebaik saja ada peluang untuk melaksanakannya.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Paradorn Pattanatabut semalam berkata, pihak berkuasa memantau secara dekat pergerakan Suthep tetapi penangkapannya bergantung kepada keadaan semasa.

Ditanya mengenai penahanan pemimpin pentingn Jawatankuasa Reformasi Demokrasi Rakyat Sonthiyan Chuenruthainaitham kelmarin, Paradorn berkata, dikri darurat membenarkan polis menahannya selama tujuh hari.

"Jika siasatan tidak dilengkapkan dalam tempoh itu polis boleh menahannya selama tujuh hari lagi dengan izin mahkamah.

"Dia tidak boleh ditahan melebihi 30 hari," katanya.

Foto

SUTHEP (kiri) ketika bertemu dengan penunjuk perasaan di Bangkok, semalam.


Kelmarin polis menangkap Sonthiyan ketika dia makan tengah hari di sebuah pasar raya di Lat Phrao.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Berunding selesai konflik

Posted: 11 Feb 2014 07:34 AM PST

Bangkok: Bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra semalam mahu konflik politik di Thailand perlu diselesaikan di meja rundingan.

Penasihat undang-undangnya, Noppadon Pattama berkata, Thaksin menyatakan kebimbangan terhadap situasi politik di negaranya.

Sambil mengesahkan Thaksin berada di Myanmar yang berjiran dengan Thailand minggu lalu, Noppadon berkata, bekas polis yang menjadi bilionair itu turut bimbang kesan protes semasa terhadap ekonomi, pelaburan dan pelancongan negaranya.

"Menurut penilaian Thaksin sektor itu terjejas teruk akibat protes yang berterusan," katanya.

Foto

PENUNJUK perasaan antikerajaan membawa anak patung berwajah Thaksin di Bangkok kelmarin.


Menurut Noppadon Thaksin mahu situasi di Thailand pulih seperti biasa dan pada masa sama memastikan prinsip demokrasi dikekalkan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

No comments:

Post a Comment