Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pemuja syaitan pembunuh bersiri

Posted: 16 Feb 2014 08:59 AM PST

Seorang wanita pemuja syaitan yang dikenakan tuduhan membunuh bersama suaminya mengakui dia pembunuh bersiri.

Akhbar tempatan, Daily Item melaporkan, Miranda Barbour, 19, mengaku bersalah membunuh Troy LaFerrara di Port Trevorton pada 11 November.


Dia juga mengaku membunuh ramai lagi di Alaska, Texas, Carolina Utara dan California sejak enam tahun lalu.

"Apabila jumlah yang saya bunuh mencecah 22 orang, saya berhenti mengira," kata Miranda.


Dia mendedahkan kekejamannya kepada media dalam temu bual menerusi telefon di Penjara Northumberland County baru-baru ini dan berkata, "Saya boleh tunjukkan tempat mereka berada." Katanya, dia sedia mengaku salah atas tuduhan membunuh LaFerrara.


La Ferrara dibunuh selepas bersetuju mengadakan seks dengan bayaran AS$100 (RM330) selepas mereka berkenalan melalui laman Craiglist.

Miranda didakwa menikam LaFerrara 20 kali sementara suaminya, Elytte Barbour, 22, menjerut leher mangsa dengan tali.


Miranda memberitahu media, dia mengaku melakukan jenayah berkenaan kerana mahu berhenti hidup berpura-pura tetapi tidak menyesal dengan perbuatannya itu kerana baginya, dia hanya membunuh "penjahat." "Sudah tiba masa saya luahkan semuanya. Saya tidak peduli sama ada orang ramai mahu mempercayai saya atau tidak yang penting saya mahu meluahkannya," katanya.

Dia pernah dicabul saudaranya ketika berumur empat tahun menyertai kumpulan pemuja syaitan di Alaska pada usia 13 tahun sebelum mula membunuh.


Katanya, dia pernah dua kali hamil dan menggugurkan satu daripadanya.


Ketua polis Sunbury Steve Mazzeo berkata, pihak berkuasa memandang serius pengakuan Miranda.


"Kami meneliti rakaman pengakuannya dan saya tidak mahu mengesahkan atau menyangkal apa-apa buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Heboh lagi Putin kahwini juara Olimpik

Posted: 16 Feb 2014 08:41 AM PST

Moscow: Khabar angin mengenai perkahwinan Presiden Russia Vladimir Putin muncul kembali selepas stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar wanita yang didakwa teman wanitanya memakai "cincin perkahwinan."

Sewaktu pemimpin itu sedang sibuk mengendalikan sukan Olimpik musim sejuk di Sochi, bekas juara gimnastik terkenal yang kini ahli politik Russia, Alina Kabayeva, 30, menunjukkan cincin di jarinya kepada media ketika menghadiri majlis sukan kanak- kanak di Nizhnekamsk. Putin juga kelihatan memakai cincin ketika bertemu Menteri Pertahanan Mesir minggu lalu.


Sebelum ini ada laporan yang tersebar di Internet mendakwa mereka sudah mempunyai dua anak dan sebagainya.

Jurucakap presiden, Dmitry Peskov bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan maklumat di Internet itu khabar angin.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Tabur paku kerana bosan

Posted: 16 Feb 2014 08:40 AM PST

Shenzhen: Seorang lelaki dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah menabur paku di jalan raya yang menyebabkan sejumlah kenderaan pancit dan menyebabkan kemalangan.

Akhbar di Guangdong melaporkan, lelaki itu, Wu bertindak demikian kerana bosan dengan kesibukan lalu lintas di sekitar kediamannya.


Wu memberitahu mahkamah, dia tidak tahan lagi dengan bunyi bising kenderaan yang melalui depan rumahnya hingga menyebabkan dia tidak boleh tidur.

Dia bertindak menaburkan paku di tengah dan tepi jalan sejak 2012 dan meneruskan kegiatannya sehingga ditangkap baru-baru ini.


Perbuatannya menyebabkan beberapa kenderaan berat, termasuk trak, bas dan kereta pancit. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Jual anak sertai pertandingan

Posted: 16 Feb 2014 08:39 AM PST

Guizhou: Seorang lelaki, Zhou dipenjara lima tahun selepas menjual anaknya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membolehkan dia menyertai satu pertandingan bakat.

Zhou menyertai pertunjukan bakat tahun lalu tetapi gagal memasuki pusingan akhir selepas menghabiskan wang untuk membayar yuran penyertaan dan kos pengangkutan.


Lelaki itu yang amat gemar menyanyi tetapi tidak mempunyai modal, akhirnya mengambil keputusan menjual anaknya, supaya dia boleh menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian.

Dia mengiklankan di Internet mengenai hasrat untuk menjual anaknya berusia empat bulan, kononnya isterinya sudah meninggalkan mereka dan tidak berupaya membesarkan kanak-kanak itu bersendirian.


Seorang wanita bersetuju membelinya dan dia menjual bayi itu dengan harga 10,000 yuan (RM5,400).


Apabila isterinya menyedari anak mereka hilang, dia membuat laporan polis dan Zhou ditangkap selepas soal siasat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Rundingan gagal

Posted: 16 Feb 2014 08:39 AM PST

Bangkok: Polis Thai dan pemimpin penunjuk perasaan semalam gagal mencapai persetujuan untuk membuka semula pejabat kerajaan dan jalan raya di Bangkok yang dikuasai penunjuk perasaan selama berbulan lamanya.

Rundingan bersama ketua penunjuk perasaan sami Buddha, Luang Pu Buddha Issara gagal membebaskan kompleks kerajaan di utara Bangkok yang dikuasai penunjuk perasaan pada hari ketiga operasi yang dilancarkan untuk merampas kembali hampir tamat. Issara berkata, kerajaan menggunakan permintaan untuk membuka semula jalan raya sebagai alasan bagi mengekang penunjuk perasaan. "Jika ada pertumpahan darah...adakah pihak berkuasa akan bertanggungjawab? "Atau adakah anda akan menyalahkan mereka yang membuat provokasi?," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Tolak kerajaan perpaduan

Posted: 16 Feb 2014 08:38 AM PST

Pemimpin tunjuk perasaan antikerajaan semalam menolak sebarang kemungkinan berunding dengan pemimpin kerajaan.

Suthep Thaugsuban (gambar) juga menolak sebarang cadangan untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan dengan tokoh parti politik lain.


Bercakap kepada wartawan di sini, Suthep berkata, dia hanya akan berunding dengan Thaksin Shinawatra, yang didakwanya yang memimpin kerajaan Thai secara tersembunyi, jika bekas perdana menteri itu menemuinya di Hotel Dusit Thani, tempat perhimpunan utama penyokongnya.

Bagaimanapun, dia yakin Thaksin akan berani kembali ke Thailand untuk pertemuan itu kerana dia akan ditangkap berkait dengan kesalahan dan hukuman penjara dua tahun atas tuduhan menyalah guna kuasa.


"Kerana itu, pintu rundingan boleh dianggap sudah tertutup.


"Saya tidak akan berunding dengan Yingluck Shinawatra (perdana menteri sementara), sama ada secara sulit atau secara terbuka. Saya juga tidak akan berunding dengan wakil kerajaan kerana mereka tidak mempunyai kuasa," katanya.

Suthep yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) berkata, kumpulannya menentang sebarang cadangan untuk menggantikan kerajaan sementara yang ada sekarang dengan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada anggota Kabinet semua parti.


"Ini kerana kami percaya kerajaan seumpama itu akan turut dianggotai oleh rangkaian Thaksin. "Kerajaan sementara perlu berundur dan digantikan dengan kerajaan yang dilantik rakyat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Letupan Gunung Kelud dalam al-Quran

Posted: 16 Feb 2014 08:38 AM PST

Jakarta: Sebahagian rakyat Indonesia semalam menerima mesej pesanan ringkas yang menghubungkan letusan Gunung Kelud dengan beberapa ayat dalam al-Quran.

Pesanan berantai itu tersebar dengan cepat, berisi maklumat mengenai kronologi letupan itu, yang menurutnya sudah digambarkan di dalam kitab suci itu.


Kejadian mengenai tarikh, bulan dan tahun serta waktu letusan dikatakan bertepatan dengan ayat dalam al-Quran. Seperti tarikh 13 bulan 2 yang dikaitkan dengan surah Ar-Ra'd (13) dengan ayat 2. Waktu letusannya, jam 22:49 dan 22:50 dihubungkan dengan surah Al-Hajj ayat 49-50. Sementara tahunnya dikaitkan menggunakan surah Thaahaa, surah ke-20 dalam al-Quran dengan ayat ke 14.

Tarikh 13 bulan 2, (Surah 13 ayat 2) yang terjemahannya bermaksud : "Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.


Allah mengatur urusan (MakhlukNya), menjelaskan tanda (KebesaranNya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu." Jam Gunung Kelud meletus, 22:49, 22:50 dihubungkan dengan Surah 22:49-50): "Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang nyata kepadamu. Maka orang-orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia," Tahun 2014 pula dikaitkan dengan Surah 20 ayat 14: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, Maka Sembahlah aku dan dirikan solat untuk mengingat aku." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Letusan kedua mungkin berlaku

Posted: 16 Feb 2014 08:37 AM PST

Kediri: Penduduk di sekitar Gunung Kelud dinasihatkan supaya bersedia menghadapi satu lagi letusan walaupun ia telah memuntahkan material dalam jumlah yang sangar besar Khamis lalu.

Ketua Jabatan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Surono berkata, letusan itu mungkin terjadi lagi.


Sementara itu, sehingga semalam gegaran Kelud semakin berkurangan, Dari pusat memantau, asap tebal masih kelihatan keluar dari kawahnya. Cuaca di kawasan sekitar dilapor panas.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi (PVMG) Muhammad Hendrasto juga tidak menolak kemungkinan gunung itu akan meletus lagi.


Menurutnya, jangkaan itu berdasarkan gegaran masih kerap berlaku.


"Potensi untuk meletus sekali lagi masih ada," katanya.

Dia menasihatkan penduduk berhati-hati dan menjauhi kawasan sekitar satu kilometer dari gunung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Pesawat bawa 18 penumpang hilang

Posted: 16 Feb 2014 08:36 AM PST

Kathmandu: Sebuah pesawat penerbangan Nepal yang membawa 15 penumpang dan tiga anak kapal tengah hari semalam hilang sejurus selepas berlepas dari pusat pelancongan popular.

"Pesawat Nepal Airlines yang membawa 15 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Pokhara pada jam 1.30 tengah hari dan hilang 15 minit kemudian," kata jurucakap polis Nepal, Ganesh KC kepada media. Sejumlah 18 orang berada di atas pesawat, iaitu 14 penumpang dewasa, seorang bayi dan tiga anak kapal, kata jurucakap penerbangan, Ram Hari Sharma.


"Seorang penumpang berasal dari Denmark, manakala yang lain rakyat tempatan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan kepada polis untuk membantu menjejaki lokasi pesawat berkenaan, selain turut bersedia melancarkan operasi menyelamat.


Pesawat kerajaan berkenaan terbang dari Pokhara ke bandar Jumla, Kathmandu, apabila pengawal trafik udara terputus hubungan dengan juruterbangnya. Nepal yang bergantung pada pelancongan sebagai penyumbang ekonomi utama negara berkenaan mengalami sebilangan besar nahas udara sejak beberapa tahun kebelakangan, berpunca daripada juruterbang yang kurang mahir serta pengurusan dan penyelenggaraan pesawat yang kurang baik. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

Haram sembelih haiwan

Posted: 16 Feb 2014 08:35 AM PST

Copenhagen: Langkah kerajaan Denmark untuk mengharamkan amalan sembelihan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam dan Yahudi di negara itu.

Mereka menganggap pengharaman itu dilihat sebagai serangan langsung terhadap amalan agama mereka.


"Kami dan wakil masyarakat Islam berbincang mengenai isu ini," kata pemimpin Yahudi Finn Schwartz. Schwartz berkata, masyarakatnya juga masih berbincang dengan pihak berkuasa Denmark, selain turut berhubung dengan Menteri Pertanian dan Makanan, Dan Jorgensen. Kontroversi itu tercetus Khamis lalu apabila Jorgensen mengumumkan bahawa mulai Isnin depan (hari ini) amalan sembelihan masyarakat Islam dan Yahudi akan diharamkan di negara itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17

No comments:

Post a Comment