Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


FAM 'tak sabar' jatuh hukum

Posted: 08 Feb 2014 10:25 AM PST

Kuala Lumpur: Bayangkan keadaan ini. Apa yang akan berlaku andainya empat laporan polis yang dibuat T-Team di Balai Polis Kuala Terengganu pada 3 Februari lalu mendapati dakwaan Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo yang mengatakan mereka dikasari pegawai atasan Johor DT serta pegawai keselamatan pasukan itu adalah benar?

Rodrigues yang juga pemain import skuad T-Team mendakwa hidungnya berdarah selepas ditumbuk manakala Impagliazzo pula berkata kemaluannya disepak oleh pegawai keselamatan skuad Harimau Selatan itu ketika mereka berjalan menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat.

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu, T-Team ketinggalan 1-2 di tangan Johor DT dan mereka enggan masuk ke padang untuk meneruskan permainan pada babak kedua dengan alasan bimbang keselamatan masing-masing tergugat sambil mendakwa ada pemain dan pegawai mereka dikasari di dalam terowong laluan untuk ke bilik persalinan.

Justeru, T-Team bertindak 'memulaukan' babak kedua perlawanan tetapi apa yang mereka lakukan itu membawa padah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghadiahkan kemenangan percuma 3-0 ke atas Johor DT selepas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) badan induk kebangsaan itu bersidang selama lebih empat jam bagi mencari keputusan terbaik.

Foto

RODRIGUES mendakwa hidungnya berdarah selepas ditumbuk dalam terowong.

Foto

PEMAIN Johor DT menunggu pasukan T-Team yang tidak keluar ke padang pada separuh masa kedua ketika perlawanan Piala FA di antara kedua-dua pasukan.


Datuk Seri Afandi Hamzah selaku pengerusi JPKT berkata, tindakan T-Team yang enggan meneruskan baki 45 minit perlawanan dianggap bercanggah dengan Perkara 4.12.15 B Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2013-2016.


Apa yang berlaku sudah berlaku dan keputusan dikeluarkan FAM benar-benar meragut kegembiraan T-Team membuatkan jurulatih Azlan Johar meluahkan rasa dukacitanya dengan keputusan dianggap sebagai tidak didukung semangat kesukanan itu.

Begitupun, apa yang ingin diutarakan ialah, wujud persoalan sama ada keputusan dibuat badan induk kebangsaan itu 'mendahului' siasatan pihak berkuasa kerana laporan polis sudah dibuat dan apa akan terjadi andai didapati dakwaan Rodrigues dan Impagliazzo itu benar-benar berlaku.

Sekiranya ia benar, sudah tentu T-Team mempunyai alasan paling kukuh untuk tidak beraksi - bimbangkan keselamatan semua pemain.

Jika perkara itu disahkan polis, bagaimana FAM mahu berdepan dengan masalah berkenaan? Secara logik akal, mana-mana pasukan pelawat sekalipun pasti bimbang dengan keselamatan kerana tidak menyangka akan dikasari sedemikian rupa. Apatah lagi ia dilakukan oleh orang dalam Johor DT sendiri.

Mampukah FAM menjawab segala persoalan yang mungkin ditimbulkan pengurusan T-Team jika dakwaan mereka disahkan benar oleh polis nanti? Apakah keputusan memberi kemenangan percuma kepada Johor DT itu boleh ditarik balik?

Jika dakwaan Rodrigues dan Impagliazzo itu tidak benar, keputusan FAM yang memihak kepada Johor DT itu pasti boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat tepat dan bersesuaian tetapi bayangkan kemungkinan yang menanti jika ia bukanlah rekaan semata-mata.

Mungkin pandangan penulis tidak akan dipandang oleh FAM tetapi rasanya, adalah lebih baik bagi badan induk kebangsaan itu menunggu hasil siasatan pihak berkuasa sebelum membuat keputusan dan jika bimbang jadual perjalanan Piala FA terganggu, mereka mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan pasukan yang tidak terjejas dengan keputusan T-Team-Johor DT untuk mengharungi perlawanan seperti biasa.

Lagipun, ia adalah Piala FA dan tidak menjejaskan kedudukan pasukan di dalam carta Liga Super!

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

'Kami tak campur tangan'

Posted: 08 Feb 2014 10:19 AM PST

Kuala Lumpur: "Itu cerita lain. Kalau siasatan pihak polis mendapati dakwaan Rodrigues dan Impagliazzo itu berasas dan mereka benar-benar dikasari, itu antara pihak berkuasa dengan pihak yang didakwa. Kami sebagai badan induk bola sepak, hanya mengambil keputusan mengikut peruntukan sedia ada."

Itulah jawapan tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika diajukan persoalan mengenai empat laporan polis yang dibuat pengurusan dan pemain T-Team yang mendakwa mereka dikasari pegawai atasan dan pegawai keselamatan Johor DT di terowong menuju ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu.

Hamidin berkata, keputusan memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada Johor DT itu dibuat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) selepas merujuk kepada Perkara 4.12.15 B Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2013-2016.

Justeru, katanya, tidak timbul persoalan yang mengatakan keputusan FAM itu 'mendahului' siasatan pihak berkuasa kerana ia adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.

"Kita menghukum T-Team kerana mereka tidak mahu meneruskan perlawanan babak kedua.

Sama ada dakwaan mereka (ditumbuk dan disepak) itu berlaku atau tidak, ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

"Itu antara pihak berkuasa dengan individu yang didakwa.

Kami tidak boleh campur tangan dalam siasatan itu.

Foto

PENGERUSI JKPT, Datuk Afandi Hamzah (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (FAM), kelmarin.


Kalaupun dakwaan itu benar, kami hanya akan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke Jawatankuasa Tatatertib," katanya.

Hamidin berkata, T-Team dikenakan hukuman selepas enggan meneruskan perlawanan walaupun pegawai perlawanan termasuk pengadil mendapati isu keselamatan tidak menghalang ia daripada diteruskan.

Katanya, keputusan yang menyaksikan Johor DT diberikan kemenangan percuma itu tidak boleh disamakan dengan keputusan dibuat badan induk kebangsaan itu pada perlawanan Pahang-Johor DT kerana ia membabitkan dua perkara berbeza.

"Pada perlawanan membabitkan Pahang-Johor DT, komisioner, pengadil serta polis sependapat mengatakan ia adalah tidak selamat untuk diteruskan sedangkan pada perlawanan T-Team-Johor DT, komisioner dan pengadil mendapati keselamatan pemain T-Team adalah tidak terjejas.


Oleh itu, perlawanan harus diteruskan dan jika enggan bermain, pasukan berkenaan harus dikenakan hukuman," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian badan induk kebangsaan itu yang akan mengheret sesiapa saja didapati bersalah melanggar peraturan sedia ada tanpa mengira status dan kedudukan individu terbabit.

"Sama ada pemain atau pegawai serta pegawai atasan sekalipun, tetap berisiko dikenakan tindakan tatatertib andai mereka melanggar peraturan.

Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan termasuk meneliti semua bukti-bukti yang ada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Azlan jamin siap ikut jadual

Posted: 08 Feb 2014 10:18 AM PST

Padang Besar: Menteri Besar Perlis Azlan Man memberi jaminan semua gelanggang pertandingan bagi penganjuran Sukan Malaysia ke-17 (Sukma) siap mengikut jadual menjelang kejohanan itu yang akan bermula 24 Mei.

Menurutnya pembinaan kolam renang untuk acara akuatik dan stadium utama untuk upacara perasmian terlewat daripada jadual dijangka siap sepenuhnya pada akhir Mac ini.

"Persiapan venue lain berjalan lancar mengikut jadual.

Tempat penginapan atlet dan pegawai yang hampir 10,000 orang juga telah tersedia dan saya beri jaminan semua gelanggang ini dapat digunakan sepenuhnya.

"Ujian juga akan dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan ia disiapkan mengikut spesifikasi dan piawaian ditetapkan," kata Azlan kepada pemberita selepas merasmikan Larian Baton Sukma ke-17 di tapak niaga Arked Mara di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang meninjau gelanggang pertandingan di sini bulan lepas melahirkan kebimbangannya kerana pembinaan kolam renang dan stadium terlewat daripada jadual.

Azlan berkata kerajaan negeri serta agensi berkaitan sedang mengambil langkah perlu untuk menampung dan memenuhi keperluan atlet serta pegawai di samping pelancong yang datang ke Kangar untuk menyaksikan Sukma.

"Saya dimaklumkan semua tempat penginapan seperti hotel, inap desa dan chalet telah habis ditempah.

Foto

AZLAN (kanan) berlari sambil membawa Baton selepas majlis perasmian pertama Grand Event Larian Baton SUKMA Ke-17.


Ini adalah petanda baik kepada Perlis yang pertama kali menjadi tuan rumah sukan dwitahunan ini yang berakhir pada 4 Jun," katanya.

Beliau berkata pengunjung juga berpeluang menikmati mempelam Harum Manis, produk terkenal di negeri ini, yang banyak mengeluarkan hasil antara Mei hingga Jun.

Mengenai Larian Baton, Azlan berkata acara itu menjadi agenda penting untuk menyemarakkan semangat atlet, pegawai dan rakyat Perlis agar dapat memainkan peranan menjadikan Sukma kali ini antara yang terbaik.

Katanya Larian Baton yang menggantikan Larian Obor Sukma akan dibuat di semua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga 20 Mei bermula dengan DUN Titi Tinggi dalam Parlimen Padang Besar semalam.

Larian berkenaan disertai tidak kurang 200 pelari tidak termasuk peserta yang mewakili badan sukarela sejauh antara 15 kilometer sehingga 25 kilometer.


-BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Tak rela skuad futsal merudum

Posted: 08 Feb 2014 10:16 AM PST

Salam buat semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan terus memberi sokongan kepada pasukan kegemaran masing masing.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedar sokongan terhadap arena sukan nombor satu itu semakin bertambah dan selaku badan induk, kami tidak pernah berhenti meneruskan misi dan visi dalam mempertingkatkan mutu sukan berkenaan.

Selaku badan induk bola sepak, kami turut mentadbir dan memikirkan futsal - sukan yang dianggap sebagai cabang kepada bola sepak.

Seperti yang kita sedia maklum, futsal semakin digemari dan permainan itu boleh dilihat di mana-mana saja di Malaysia sekali gus membuktikan ia bukanlah satu riadah semata-mata dan ia diminati oleh semua golongan masyarakat.

Dengan semangat untuk memajukan bola sepak dan futsal, FAM ingin memastikan skuad futsal negara mampu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Selepas kegagalan di Sukan SEA Myanmar tahun lalu - ia sangat mengecewakan kami - saya bagi pihak FAM tidak sanggup lagi untuk melihat mereka tersungkur lagi tidak kira dalam apa juga kejohanan yang disertai tahun ini.

Empat hari lalu, Jawatankuasa Futsal mengadakan mesyuarat mengenai hala tuju mereka untuk tahun ini.

Buat pertama kalinya, jawatankuasa terbabit mencadangkan supaya satu panel Kejurulatihan Futsal ditubuhkan dengan tugas utamanya adalah untuk memantau persembahan pasukan futsal negara selain mencari bakat baru di dalam Kejohanan Kebangsaan Futsal Felda yang sedang berlangsung.

Dalam masa terdekat ini, FAM sendiri yang akan melantik anggota panel terbabit.

Untuk tahun ini, tugas utama pasukan futsal lelaki negara adalah Kejohanan AFC di Vietnam pada 28 April hingga 11 Mei.

FAM meletakkan sasaran untuk layak ke kelompok 16 pasukan terbaik Asia dan apa juga kejayaan selepas itu adalah bonus buat mereka.

Di bawah pengurusan Datuk Hamdan Khalib dan jurulatih Maizal Hairi Marzuki sambil dibantu Addie Azwan, sasaran kedua perlu mereka penuhi ialah Kejohanan AFF yang akan berlangsung di negara kita pada 17 hingga 28 September.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan AFF ialah pada 2003.

Kami meletak sasaran untuk layak ke final kejohanan AFF itu.

Selain dua kejohanan berkenaan, skuad futsal lelaki juga akan bertanding di Kejohanan OFC di New Caledonia pada 2 hingga 11 Ogos dan Kejohanan Komanwel mulai 2 hingga 11 Oktober.

Dalam memastikan sasaran itu mampu dicapai, FAM akan menghantar pasukan untuk latihan luar negara bermula hujung bulan depan di Bangkok, Thailand.

Sepanjang sesi latihan itu, kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab terkemuka di Bangkok dan kami juga sudah mengatur perlawanan persahabatan di Jepun serta Iran sepanjang 29 Ogos hingga 7 September.

Latihan pusat akan bermula bulan depan di Puchong.

Melihat kepada perancangan yang diatur pengurusan FAM, kami tidak mahu mereka mencipta alasan lagi jika gagal membawa pulang kejayaan yang diimpikan.

Kami di FAM berpendapat, skuad futsal kebangsaan harus menebus aib akibat kegagalan di Sukan SEA Myanmar hujung tahun lalu.

Bagi pasukan futsal wanita negara, kita akan hanya meletakkan sasaran apabila keputusan untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Wanita AFF, Oktober ini menjadi kenyataan manakala Kejohanan AFF pula masih belum dapat dipastikan.

Skuad wanita kebangsaan diuruskan Datuk Rosmadi Ismail dan dilatih Zabri Adil serta dibantu Fairuz Noor.

Mereka akan menyertai Kejohanan Futsal Wanita Dunia di Russia, hujung tahun ini.

Sebagai persiapan untuk Kejohanan Dunia, pasukan akan menjalani latihan luar negara di Bangkok, Thailand selama 14 hari, November nanti.

Adalah menjadi harapan saya untuk melihat kejayaan pasukan futsal negara tahun ini dan seterusnya meningkatkan minat golongan muda untuk bermain futsal.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

KOM tagih magis Ballard

Posted: 08 Feb 2014 10:15 AM PST

Kuala Lumpur: Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, kehadiran Robert J Ballard sebagai Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dilihat mampu menjadi penyelamat kepada sukan olahraga yang kini mencari rentak selepas sekian lama gagal menghasilkan jagoan berwibawa.

Apatah lagi dengan iklim dalaman persatuan yang sebelum ini sering mencetus kontroversi turut menjejaskan peluang atlet mengembangkan karier mereka sehinggalah kepemimpinan persatuan bertukar wajah.

Namun, itu tidak cukup kuat untuk membawa angin perubahan dengan misi terdekat, Sukan SEA Myanmar hanya mampu menghasilkan empat emas, enam perak dan tiga gangsa - pencapaian terburuk olahraga negara selepas 1975 dengan empat emas, tujuh perak dan lima gangsa.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, selepas begitu lama mencari mereka berjaya mendapatkan individu sesuai untuk menggalas tugas berkenaan dengan kontrak empat tahun dan dua tahun sebagai pilihan.

Ballard, 49, yang juga bekas atlet 400m Sukan Olimpik Seoul 1998 mempunyai pengalaman luas sebagai perunding bagi program berprestasi tinggi Indonesia dari 2007 hingga 2009 selain perunding untuk bintang tenis wanita India Sania Mirza pada siri Jelajah WTA-ATP Grand Slam Australia 2013.

"Melihat kepada kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki memang beliau orang yang kita cari.

Malah selepas bertemu dengannya, kami tertarik dengan visi dan misi beliau," katanya.

"Apatah lagi KOM sendiri yang meminta supaya kami mempercepatkan pelantikan itu." Jelas Zolkples, meskipun bidang tugas yang diletakkan di bahu Ballard cukup luas antaranya membabitkan pembangunan atlet dan jurulatih, pembangunan peringkat negeri dan juga pembangunan atlet kebangsaan namun beliau berpendapat 'penyakit' yang perlu dirawat segera adalah bagaimana untuk kembali me naikkan kembali maruah sukan berkenaan melalui pembangunan akar umbi.

"Kita sudah membuang banyak masa kerana mengabaikan aspek pembangunan atlet berikutan masalah dalaman persatuan sewaktu kepemimpinan terdahulu," katanya.

"Dalam keadaan sebegitu persatuan tidak mampu membantu hinggakan kita bergaduh dengan mereka tetapi ketika ini hubungan kita dengan persatuan lebih baik dan Ballard datang pada masa yang sesuai.

"Saya berharap dengan suasana yang lebih baik ini akan memberi faktor positif untuk melakukan lebih banyak program membangunkan olahraga negara." Menurut Zolkples, Ballard sudah mengenalpasti beberapa atlet yang mampu 'dibantu' pada peringkat awal, khususnya mereka yang meraih pingat perak di Sukan SEA Disember lalu.

Atlet pelapis jelasnya menunjukkan peningkatan ketara di Sukan SEA dan tidak mustahil atlet seperti Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Nauraj Singh Randhawa, S Navinraj (lompat tinggi lelaki) dan Hakimi Ismail (lompat kijang) mampu menjadi atlet yang lebih baik dengan sentuhan Ballard.

"Apa yang saya harapkan perubahan dapat dilihat di Sukan SEA 2017 ketika kita menjadi tuan rumah tetapi tidak mustahil ia boleh dicapai seawal 2015 sewaktu Sukan SEA Singapura," katanya.

Foto

HAKIMI diharap mampu menyerlah dengan sentuhan Ballard.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Townsend semarak semangat Spurs

Posted: 08 Feb 2014 10:00 AM PST

London: Pengurus Tottenham, Tim Sherwood berharap kehadiran semula Andros Townsend berdepan Everton, hari ini akan kembali menyemarakkan peluang skuadnya mendapat tempat beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Townsend kembali menyertai latihan penuh minggu ini untuk kali pertama sejak mengalami kecederaan menentang West Ham Disember lalu, menamatkan aksi cemerlang pemain sayap itu yang begitu memberangsangkan pada permulaan musim.

Selepas menyertai skuad Tottenham tanpa sebarang harapan diberikan kepadanya, pemain antarabangsa England itu menjadi perhatian apabila mempamer aksi cemerlang untuk kelab dan negaranya.

Pemain berusia 22 tahun itu diketepikan dalam sembilan perlawanan yang pasti memberi tamparan hebat kepada Tottenham tetapi prestasi dipamer Sherwood mengendali skuad dengan baik membolehkannya memegang kedudukan selaku pengurus tetap selepas pemecatan Andre Villas-Boas.

Spurs kini menghuni tangga keenam liga mahu kembali memburu kedudukan empat teratas Liga Perdana malah kehadiran semula Townsend hadir tepat masanya ketika mereka menanti kunjungan Everton ke White Hart Lane.

"Dia berada dalam skuad jadi kami berharap dia dapat beraksi dan berada dalam senarai pemilihan," kata Sherwood.

"Dia memberikan segala-galanya pada sesi latihan jadi sekarang bergantung kepada kami berasa yakin untuk menyenaraikannya semula ke dalam skuad.

Dia kelihatan begitu hebat.

"Keputusan tidak menunjukkan kami kehilangannya tetapi apabila kami mendapat pemain seperti Andros, dia mampu mengubah perlawanan serta-merta.

"Ia satu pengalaman hebat dapat melihatnya kembali bermain dan kami begitu gembira mendapatkannya semula berada dalam skuad.

Secara keseluruhan pasukan itu sudah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang musim." Kehadiran semula Townsend memang dinantikan oleh Spurs yang akan beraksi hari ini tanpa kelibat Erik Lamela, Vlad Chiriches dan Sandro yang mengalami kecederaan.

Kemenangan Tottenham akan memastikan pasukan utara London itu terus memberi tekanan terhadap Liverpool yang kini berada di tangga keempat yang mendahului tiga mata di depan pasukan Sherwood yang berdepan perlawanan sukar menentang pendahulu, Arsenal.

Foto

TOWNSEND (kiri) bakal beraksi menentang Everton.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Saingan makin mendebarkan

Posted: 08 Feb 2014 09:58 AM PST

Empat pasukan iaitu Liverpool, Everton, Tottenham dan Manchester United kini memburu tiket terakhir Liga Juara-Juara dan saingan sengit di antara mereka semakin ketara ketika pertarungan liga menghampiri penghujungnya. Apa kelemahan dan kekuatan mereka untuk bekal ke kejohanan terbabit?

Liverpool

Mata:47
Perbezaan Gol: 29

Foto

MATA permata baru United.

Foto

ADEBAYOR (kanan) beraksi cemerlang.

Skuad Brendan Rodgers adalah pasukan yang menguasai perlawanan ketika ini dengan perbezaan dua mata berbanding Everton. Luis Suarez dan Daniel Sturridge senjata Reds untuk ke peringkat Eropah. Secara individu, mereka adalah igauan setiap pertahanan dan apabila digandingkan, mereka sukar dihalang dan membantu pasukan sebagai antara penjaring terbanyak liga musim ini.

Jika Liverpool layak ke empat tangga teratas musim ini, pastinya ia hasil sumbangan kedua-dua penyerang terbabit.

Turut menjadi sandaran adalah prestasi di laman sendiri dan dengan rekod 10 kemenangan satu seri dan kalah setakat musim ini, ia sesuatu yang cukup membanggakan tetapi dengan kehadiran Arsenal, Manchester City dan Chelsea, tidak terkecuali Spurs, pastinya sukar untuk mengekalkan rekod kemenangan di Anfield.

Selain itu, aspek pertahanan dan prestasi di tempat lawan turut membimbangkan apabila dilihat tidak konsisten. Rodgers berharap kepulangan trio iaitu Daniel Agger, Mamadou Sakho dan Jose Enrique selepas pulih daripada kecederaan mampu membantu pasukan berkenaan.

Everton

Mata:45
Perbezaan Gol: 12

Transformasi Everton di bawah kendalian Roberto Martinez begitu pantas dan mengagumkan dan biarpun mereka menyerlah di bawah kendalian David Moyes, Martinez berjaya membawa mereka ke tahap lebih tinggi.

Kemenangan di Old Trafford dan satu mata di Emirates adalah hasil pendekatan lebih positif berbanding pengurus terdahulu. Semua ini berikutan keupayaan Martinez menerapkan gaya hantaran tanpa mengabaikan aspek pertahanan yang menjadi karakter mereka sejak beberapa tahun lalu.

Apa yang menjadi kerisauan Everton adalah saiz skuad itu sendiri. Kecederaan pemain utama benar-benar menjejaskan pasukan itu terutama di posisi tertentu.

Kekalahan 0-4 dalam pertembungan Merseyside adalah contoh terbaik menjelaskan situasi itu apabila John Stones dan Antolin Alcaraz turun menggantikan Seamus Coleman dan Sylvain Distin di bahagian pertahanan.

Mereka mempunyai kesebelasan utama yang mampu menentang siapa saja tetapi kebergantungan kepada kumpulan kecil untuk mengekalkan prestasi dan kecergasan untuk baki musim ini adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.

Tottenham Hotspur

Mata:44
Perbezaan Gol:-1

Sewaktu kendalian Andre Villas-Boas, Spurs memulakan musim dengan tiga kemenangan berturut-turut. Biarpun dengan penjualan Gareth Bale, kelab mendapat pujian pada musim perpindahan dengan skuad yang mampu berdepan mana-mana pasukan di liga itu.

Enam bulan kemudian, Villas-Boas meninggalkan kelab itu dan penggantinya tidak begitu menyukai pemain yang dibeli sebelum ini.

Begitupun kelab itu masih belum tercicir daripada perburuan empat tangga teratas, biarpun selepas Villas-Boas dipecat dan Tim Sherwood beraksi baik sebelum tewas 1-5 kepada Manchester City dan seri dengan Hull dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Skuad berkenaan dilihat masih cukup kuat dan Sherwood dikatakan membantu pemain mendapatkan kembali keyakinan mereka yang sebelum ini hilang.

Memanggil semula Emmanuel Adebayor bukan satu keputusan sukar, tetapi bekas penyerang Arsenal itu beraksi cemerlang selepas kembali dan ini melegakan peminat Spurs yang ketika ini melihat prestasi tidak menentu Roberto Soldado manakala Jermain Defoe menghitung hari sebelum ke Kanada.

Manchester United

Mata:40
Perbezaan Gol: 10

Setahun lalu, masa depan kelab itu dilihat begitu cerah di Old Tarfford. Anak buah Sir Alex Ferguson menikmati kejayaan menjuarai liga buat kali ke-20 dengan ramai pemain muda cemerlang di bawah kendalian jurulatih Scotland itu. Betapa pantasnya masa berubah.

United kini kurang 19 mata berbanding di peringkat sama musim lalu, ketinggalan 15 mata berbanding pendahulu dan di tangga ketujuh, di belakang Liverpool yang ketika ini menduduki tangga keempat. Pemain ternama seperti Robin van Persie dan Wayne Rooney berdepan kecederaan dan kehebatan mereka yang selama ini dicanang hilang sama sekali.

Begitupun dengan baki 14 perlawanan, anak buah David Moyes masih berpeluang menduduki empat tangga teratas. Selepas sekian lama berada di puncak, mereka jatuh tersungkur, tetapi masih berpeluang mara ke Liga Juara-Juara biarpun berdepan musim malapetaka.

Rooney dan Van Persie sudah kembali, manakala kedatangan Juan Mata dan bakat pemain muda Adnan Januzaj, tidak sukar untuk melihat kebangkitan pasukan juara bertahan terutama di tahap genting ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Spieth, Walker kongsi pendahulu

Posted: 08 Feb 2014 09:51 AM PST

Pebble Beach: Pemain yang dinobatkan Rookie Terbaik Jelajah PGA Amerika Syarikat tahun lalu, Jordan Spieth, dan rakan senegara, Jimmy Walker berkongsi pendahuluan selepas dua pusingan pertama Pebble Beach National Pro-Am.

Beraksi pada saingan petang dingin di persisiran pantai California, Spieth mencatat empat di bawah par 67 di lapangan Monterey Peninsula sementara Walker melakukan tiga di bawah par 69 di Spyglass Hill meletakkan kedua-dua pemain itu mencatat sembilan di bawah par, meskipun Spieth mencatat 134 dan Walker, 135.

Acara menawarkan hadiah kemenangan sebanyak AS6.6 juta (RM19 juta) menampilkan pemain daripada tiga lapangan berbeza pada saingan tiga hari pertama sebelum menamatkan saingan di Pebble Beach, yang mencipta situasi sedikit pelik kerana pemain mencatat kedudukan yang sama bawah par walaupun wujud perbezaan jumlah pukulan keseluruhan.

Pemain Amerika Syarikat, Hunter Mahan melakukan 68 di Spyglass untuk merampas kedudukan tempat kedua dengan lapan di bawah par sementara Andrew Loupe, pendahulu pusingan pertama, tercicir ke tangga keempat dengan tujuh di bawah par selepas mencatat satu di atas par 73 di Pebble Beach, berada satu pukulan di depan rakan senegara Amerika Syarikat, Richard Lee.

Hujan menyebabkan 40 pemain perlu menamatkan saingan hari pertama mereka semalam yang menyebabkan kelewatan permainan pusingan kedua selama sejam tetapi tidak menghalang pusingan kedua disudahkan.

Spieth memulakan tee daripada lubang ke-10 dan melakukan birdie lubang tiga pada empat lubang pertama, sebelum mengatasi catatan lubang 18 dan empat dengan melakukan birdie pada lubang kedua dan par-5 pada lubang keenam sebelum melengkapkan birdie pada lubang kesembilan.

Spieth yang akan bermain pada Pebble Beach hari ini selepas menikmati aksi berpasukan Pro-Am dalam acara jarang dianjurkan apabila pemain amatur dapat menyertai saingan pemain profesional.

"Ia sesuatu menyeronokkan dapat menyertai acara berpasukan.

Kami tidak berpeluang menentang mereka selalu," kata Spieth.- AFP

Foto

SPIETH (kanan) pernah dinobatkan Pendatang Baru Terbaik Jelajah PGA Amerika Syarikat tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Serena tarik diri daripada WTA

Posted: 08 Feb 2014 09:50 AM PST

St Petersburg, Amerika Syarikat: Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams menarik diri daripada kejohanan WTA di Indian Wells bulan depan, kejohanan yang hanya disertainya tahun lalu selepas memboikotnya sejak 2001.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas juara Grand Slam 17 kali itu menarik diri daripada kejohanan WTA yang diadakan di Doha.

Qatar minggu depan berikutan kecederaan belakang dialami di Terbuka Australia.

Serena bagaimanapun tidak menyatakan alasan kecederaan sebagai punca dia menarik diri daripada kejohanan di Indian Wells Mac ini.

"Selepas mempertimbangkannya dengan mendalam, saya tidak akan kembali ke Terbuka BNP Paribas di Indian Wells tahun ini," kata Serena.

"Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua yang terbabit dalam kejohanan itu." Ucapan dan keputusan awalnya untuk menyertai kejohanan itu hanyalah 'penyedap hati' kepada hubungan yang dingin sejak 2001.

Serena dan kakaknya, Venus memboikot kejohanan di California itu sejak 2001 apabila Serena diejek dengan teruk sewaktu menentang Kim Clijsters di final.

Penonton berang ketika itu apabila Venus menarik diri kepada Serena berikutan tendinitis (radang tendon) beberapa ketika sebelum mereka dijadualkan bertemu di separuh akhir dan ada beranggapan ia bukan satu kecederaan tetapi lebih kepada keinginan untuk memudahkan keluarga itu merebut gelaran.

-AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

No comments:

Post a Comment