Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rantai emas dalam perut

Posted: 17 Dec 2013 09:54 AM PST

Miami: Seorang pencuri terjerat selepas mesin pengimbas di penjara menunjukkan terdapat dua rantai emas di dalam perutnya.

Joseph Bravo Ramos, 21, ditahan pada 11 Disember lalu sehari selepas sebuah kediaman di Safety Harbor dilaporkan dipecah masuk.

Walaupun pada awalnya Ramos ditahan kerana memandu dengan cuai, polis mendapati bahawa kereta Chevrolet Tahoe 2005 yang dipandunya dilaporkan hilang selepas kejadian rompakan itu.

Ketika di penjara, dia diarahkan berjalan melalui mesin Imbasan SecurPass yang kemudian menunjukkan "imej gelap" di dalam perutnya, menurut Tampabay.com.

Foto

IMEJ rantai emas (dalam bulatan merah) yang kelihatan di dalam perut Ramos (gambar kecil) selepas diimbas mesin SecurPass.


Imej itu ialah dua rantai emas yang ditelan Ramos sebelum dia dihantar ke penjara.


Ramos kemudian diarah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan rantai berkenaan di sebuah hospital sebelum barang kemas terbabit dikenal pasti milik mangsa yang dirompaknya.

Ramos yang didakwa dengan tuduhan merompak turut dituduh menyembunyikan bukti fizikal barang rompakannya.

Dia kini ditahan di penjara Pinellas dengan ikat jamin AS$15,000 (RM48,767).

Mesin imbasan SecurPass yang mengimbas tubuh manusia dipasang di penjara itu Jun lalu.

Menurut jabatan polis, mesin itu boleh mengesan logam, pil, plastik, dadah dan "bahan luar biasa lain yang mungkin disembunyikan tahanan". - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

8 bulan tak sedar batang buluh tertusuk di muka

Posted: 17 Dec 2013 09:50 AM PST

Beijing: Seorang wanita China tidak menyedari terdapat batang buluh sepanjang 13 sentimeter terperangkap dalam mukanya selama lapan bulan.

Doktor yang mendapati ada batang buluh terperangkap di antara pipi dan rahang atas Fu Jinfeng, 61, amat terkejut dengan penemuan itu ketika menjalankan ujian imbasan sinar-X pada kepala warga emas berkenaan. Keluarga wanita terbabit membawanya ke Hospital Xiang Ya di Changsa, Hunan awal Disember lalu kerana dia tidak boleh membuka mulut sepenuhnya untuk makan, selain luka yang dialami sejak lapan bulan lalu belum juga sembuh.


Selepas penemuan mengejutkan itu, doktor mengeluarkan batang buluh itu dari muka Jinfeng. Tidak diketahui bagaimana ia boleh tercucuk menembusi muka wanita tua itu April lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Penjaga zoo mati 'dibaham' harimau

Posted: 17 Dec 2013 09:49 AM PST

Beijing: Seorang penjaga di Zoo Shanghai semalam mati selepas dibaham harimau.

Pihak zoo dalam kenyataannya menerusi Twitter, berkata, polis masih menyiasat punca kejadian.


Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai kejadian berkenaan. Laporan media kerajaan mengenal pasti mangsa ialah Zhou yang berusia 56 tahun. Ia memetik kenyataan seorang rakan sekerja mangsa yang mengatakan lelaki itu memasuki tempat kurungan haiwan berkenaan untuk membersihkannya dan kemudian tidak lagi ditemui selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Pembangkang tak sependapat

Posted: 17 Dec 2013 09:49 AM PST

Bangkok: Parti pembangkang Thai masih berbelah bahagi mengenai sama ada akan memulaukan pilihan raya yang akan diadakan pada 2 Februari depan.

Tindakan memulaukan pilihan raya itu akan menjerumuskan negara itu ke kancah politik lebih buruk selepas ia berdepan dengan tunjuk perasaan jalanan selama beberapa minggu kerana membantah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan abangnya, Thaksin.


Yingluck membubarkan Parlimen dan mengumumkan pilihan raya pada 2 Februari depan selepas anggota parlimen Parti Demokrat meletak jawatan beramai-ramai pada 8 Disember lalu untuk menyertai tunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan menolak pilihan raya jika ia diadakan tanpa sebarang pembaharuan besar-besaran bagi menamatkan pengaruh Thaksin yang mereka dakwa memusnahkan sistem politik negara itu.


Mereka mahu menubuhkan sebuah 'Majlis Rakyat' bagi melaksanakan pembaharuan sebelum pilihan raya diadakan dan mendesak tentera Thai menyokong rancangan berkenaan.


Meskipun menyokong, menyertai dan mengetuai perhimpunan menentang kerajaan, Parti Demokrat masih berbelah bagi mengenai sama ada akan menyertai pilihan raya itu, kata jurucakapnya, Chavanond Intarakomalyasut.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat parti itu untuk memilih pemimpin baru semalam, Chavanond berkata, memulaukan pilihan raya, seperti yang dilakukannya pada 2006 hingga mendorong tentera merampas kuasa dan menggulingkan Thaksin, akan memuaskan hati penunjuk perasaan tetapi pada masa sama menjejaskan parti itu dalam jangka masa panjang.


"Sebaliknya, menyertai pilihan raya itu akan menyebabkan kami hilang sokongan penunjuk perasaan," katanya.

Dia berkata, pihaknya tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan kerana tarikh akhir untuk mengemukakan senarai calon secara rasmi untuk pilihan raya itu ialah pada 27 Disember.


Dalam pada itu, pemimpin Demokrat Abhisit Vejjajiva menang tanpa bertanding untuk mengetuai semula parti berkenaan.


Mesyuarat berkenaan akan memilih sebuah jawatankuasa eksekutif baru yang antara lain perlu memilih pengganti Suthep Thaugsuban yang meletak jawatan sebagai timbalan ketua kerana mahu mengetuai tunjuk perasaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Remaja perkosa 300 ayam

Posted: 17 Dec 2013 09:48 AM PST

Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.

Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. "Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya," kata Motur.


Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi.

Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.


"Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan," katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.


AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Singapura usir 53 pekerja yang merusuh

Posted: 17 Dec 2013 09:48 AM PST

Singapura: Pihak berkuasa republik ini akan mengusir 53 pekerja Asia Selatan dan mendakwa 28 yang lain atas tuduhan jenayah kerana pembabitan mereka dalam rusuhan, yang pertama dalam tempoh empat dekad, baru-baru ini.

"Kami sudah mengambil tindakan tegas untuk mendakwa dan mengusir mereka yang terbabit. Keputusan itu sebagai amaran bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan tindakan mereka yang mengancam undang-undang negara ini," kata Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean pada sidang akhbar.


Rusuhan pada 8 Disember lalu oleh beratus-ratus pekerja Asia Selatan memaksa kerajaan Singapura mengkaji semula kehadiran hampir sejuta pekerja asing di negara itu.

Rusuhan yang berlaku selepas kematian seorang lelaki warga India akibat dilanggar sebuah bas di kawasan yang dikenali Little India itu menyebabkan 39 orang cedera, termasuk anggota polis.


Dua puluh lima kenderaan turut musnah.


Lima puluh satu daripada 53 orang yang akan diusir ialah warga India sementara seorang rakyat Bangladesh. "Mereka ditahan pagi tadi (semalam) dan akan diusir selepas segala urusan memproses penghantaran pulang diselesaikan," kata Pesuruhjaya Polis Ng Joo Hee. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Penyokong Mursi pulau pungutan suara

Posted: 17 Dec 2013 09:47 AM PST

Kaherah: Penyokong Presiden Mohamed Mursi yang disingkirkan akan memulaukan pungutan suara berkait dengan perlembagaan baru Mesir bulan depan.

Mereka juga akan melancarkan kempen memulaukannya. Perikatan AntiRampasan Kuasa yang anggotai penyokong Ikhwanul Muslimin sebelum ini menimbang untuk menyeru pengikut mereka mengundi menolak perlembagaan itu. Bagaimanapun, usaha polis Mesir untuk memusnahkan pergerakan berkenaan melemahkan peluang mereka untuk menolak perlembagaan baru berkenaan.


"Kami menolak sebarang undian di bawah undang-undang tentera," kata jurucakap Perikatan AntiRampasan Kuasa, Hamza al-Farawy yang menuntut pihak tentera mengembalikan jawatan presiden kepada Mursi. Pungutan suara pada 14 dan 15 Januari itu dijangka mengesahkan perlembagaan baru yang akan menggantikan perlembagan yang digantung tentera selepas penggulingan Mursi Julai lalu.

Hamza berkata, gabungan kumpulan Islam yang mengendalikan protes hampir setiap hari akan melancarkan kempen pemulauan. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan bagaimana kempen itu akan dilakukan memandangkan ribuan anggota termasuk pemimpin tertinggi Ikhwan kini dalam tahanan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Wanita, kanak-kanak dirogol, dipenggal

Posted: 17 Dec 2013 09:47 AM PST

Kinshaha: Mayat sekurang-kurangnya 21 orang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang diperkosa, dicincang dan dipenggal, ditemui selepas satu serangan di timur Republik Demokratik Congo.

Misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) MONUSCO berkata, mangsa termasuk seorang bayi yang dibunuh dalam serangan ganas melampau di Kivu Utara minggu lalu.


Sebuah pertubuhan masyarakat setempat menuduh kumpulan pemberontak ADF-Nalu, bertanggung jawab terhadap kekejaman itu.

Kumpulan berkenaan adalah yang tertua dan paling kurang dikenali yang dikatakan berasal dari Uganda tetapi berpangkalan di Republik Demokratik Congo. "Mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak dengan yang paling muda berusia hanya beberapa bulan, dibunuh dengan kejam antara 13 dan 14 Disember," menurut kenyataan MONUSCO.


"Tiga gadis bawah usia 18 tahun dilapor dirogol oleh penyerang dan kemudian dipenggal. Mayat seorang kanak-kanak yang dicincang ditemui di atas pokok di kampung Musuku," kata kenyataan itu lagi.


Serangan berlaku di beberapa kampung berhampiran Beni, bandar yang terletak kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Goma.

Ketua MONUSCO Martin Kobler berikrar pihaknya akan menjejaki kumpulan yang bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Bunuh sebelum diperkosa

Posted: 17 Dec 2013 09:46 AM PST

Kuwait: Seorang wanita menikam seorang lelaki yang mengekorinya sebelum duduk dalam kereta mangsa sementara menunggu ketibaan polis.

Wanita itu sedang memandu pulang di bandar raya Kuwait apabila dia diekori seorang pemandu lelaki, lapor akhbar harian berbahasa Arab Alwatan. "Dia kemudian memberhentikan keretanya dan keluar dari kenderaan dipandunya. Pemandu lelaki terbabit yang turut keluar dari keretanya meluru ke arah wanita itu.


"Ketika lelaki itu menghampirinya, wanita berkenaan segera mengeluarkan pisau dan menikam dada penyerangnya. Dia juga menikam perut dan bahu lelaki itu," lapor Alwatan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Polis enggan buka semula siasatan kes Diana

Posted: 17 Dec 2013 09:45 AM PST

London: Polis Britain semalam menolak kemungkinan membuka semula siasatan mengenai kematian Puteri Diana dalam nahas kereta di Paris pada 1997.

Keputusan itu dibuat selepas meneliti dakwaan mengatakan briged komando elit negara itu (SAS) terbabit dalam kematiannya.

Polis Metropolitan London berkata Ogos lalu, mereka masih mendapatkan maklumat baru mengenai kematian Diana, Dodi al-Fayed dan pemandu mereka selepas kejadian kejar-mengejar bersama paparazzi di sepanjang jalan raya di Paris.

Laporan media pada waktu itu berkata, polis dimaklumkan mengenai maklumat itu daripada mentua seorang bekas tentera.


"Sementara ada kemungkinan komen berkait dengan pembabitan SAS mengenai kematian itu dibuat, tiada bukti kukuh dapat menyokong teori yang menyatakan dakwaan itu berasas," kata polis dalam satu kenyataan.


Polis memutuskan bahawa 'tiada bukti asas diperoleh untuk membuka sebarang siasatan jenaya.'

Bapa Dodi, Mohammed al Fayed, bekas pemilik pusat beli-belah Harrods mendakwa pasangan itu dibunuh atas arahan kerajaan Britain.

Siasatan oleh bekas ketua polis London, John Stevens sebelum ini memutuskan tiada bukti pembunuhan dan pemandu mereka, Henri Paul didapati mabuk pada hari kejadian. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

No comments:

Post a Comment