Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


MUAY THAI: Emas tunggal

Posted: 21 Dec 2013 09:07 AM PST

Nay Pyi Taw: Lokman Akimi Mat Roji menyumbang satu pingat emas dari acara muaythai selepas memenangi pertarungan akhir kelas 51 kilogram lelaki pada Sukan SEA semalam.

Lokman, 24, mempamerkan persembahan menakjubkan apabila mengatasi peserta Vietnam, Nguyen Ngo Trieu Nhat 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Tinju Wunna Theikdi.


"Saya amat bersyukur meraih pingat emas ini untuk kontinjen negara. Terima kasih kepada persatuan, Majlis Sukan Negara dan Polis Diraja Malaysia.

"Saya akan meningkatkan lagi prestasi selepas ini dan berharap adik-adik yang berminat dengan sukan ini supaya meneruskan minat mereka ke tahap tertinggi," kata anggota polis berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.


Pada separuh akhir kelmarin, Lokman menundukkan Somsay Sapaseuth dari Laos 3-0.


Kejayaannya membolehkan Persatuan Muaythai Malaysia menepati sasaran satu pingat emas pada temasya kali ini.

Foto

LOKMAN (tengah) meraikan kemenangan ke atas Ngo Trieu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

'Bangkit benam Arsenal!'

Posted: 21 Dec 2013 09:03 AM PST

London: Penyerang Sepanyol Fernando Torres menggesa rakan sepasukan Chelsea "segera bangkit" apabila menentang Arsenal, esok dan menyesuaikan diri dengan gaya permainan diharapkan Jose Mourinho.

Juara Eropah 2012 itu menduduki tangga ketiga Liga Perdana diletakkan selaku pencabar utama gelaran juara, kini membuat persiapan untuk kunjungan ke Stadium Emirates.


Chelsea mara ke peringkat kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara tetapi kekalahan mengejut 2-1 pada suku akhir Piala Liga kepada Sunderland menggambarkan prestasi tidak konsisten mereka sepanjang musim ini.

"Apabila pengurus datang untuk menilai kualiti pemain, dia perlu membentuk pasukan dan pemain perlu menyesuaikan dengan cara permainan mahu diterapkan," kata Torres.


"Kami melalui proses itu tetapi bukan semudah disangka. Ia mengambil masa selama dua bulan dan berkemungkinan berlanjutan tiga tahun mencari penyelesaian.


"Dalam bola sepak moden sekarang, kita tiada banyak masa seperti itu lagi dan perlu segera bangkit. Setiap pemain perlu menyesuaikan diri seperti dimahukan oleh pengurus." Sejak menyertai Chelsea daripada Liverpool dengan nilai 50 juta pound (RM250 juta) pada Januari 2011, Torres mempamer prestasi tidak menentu.

Torres membantu Chelsea menjulang kejuaraan berganda Liga Juara-Juara, Piala FA pada 2012 dan meledak jaringan solo memastikan kemenangan final Piala Europa menewaskan Benfica di Amsterdam.


Kemarau gol berterusan dilalui di Stamford Bridgee bersama rakan penyerang, Samuel Eto'o dan Demba Ba sepanjang musim ini benar-benar mengecewakan Mourinho.

"Kami tahu kami perlu menjaringkan lebih banyak gol dan meningkatkan permainan," kata penyerang yang turut menjulang Piala Dunia 2010 untuk negaranya termasuk muncul juara Eropah 2008 dan 2012.


"Saya tidak rasa Mourinho hanya menyalahkan penyerang. Sudah tentu bertanggungjawab bersama kerana menjadi tanggungjawab mereka menjaringkan gol. Saya rasa ia juga mengambil berat terhadap prestasi pasukan dan saya mahu melihat pasukan ini kembali meningkat." Torres mengambil masa selama tiga tahun menjaringkan 41 gol untuk Chelsea tetapi tajam di Liverpool apabila menjaringkan 81 dalam 142 perlawanan termasuk 33 pada musim pertamanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Spurs terdesak untuk cari pengganti AVB

Posted: 21 Dec 2013 09:02 AM PST

London: Tottenham Hotspur yang akan berdepan Southampton dalam saingan Liga Perdana hari ini semakin terdesak meningkatkan usaha untuk mendapatkan pengurus yang baru.

Skuad itu masih belum membuat keputusan terhadap senarai pendek sama ada mendapatkan pengurus untuk pelantikan dalam jangka masa pendek atau panjang. Ketua jurulatih sementara, Tim Sherwood akan mengendali pasukan itu sekali lagi untuk perlawanan menentang Southampton hari ini tetapi pengerusi Spurs, Daniel Levy masih bergelut mendapatkan pengganti Andre Villas-Boas yang dipecat beberapa hari lalu. Sherwood berkata: "Saya tidak tahu apa yang lebih berbeza kerana saya tidak pernah mengendali kelab tanpa pengarah bola sepak. Saya bersikap terbuka." Beberapa pemain yang baru dibeli bergelut untuk memberikan impak tetapi Sherwood berkata kelab itu perlu berhati-hati agar membelanjakan wang terhadap pemain yang akan meningkatkan keupayaan kesebelasan utama. "Setiap kelab yang berjaya sentiasa membeli pemain, ia menjadi lumrah," kata Sherwood. "Saya hanya akan membeli pemain yang akan memberikan perbezaan terhadap kesebelasan utama skuad. Mereka memerlukan masa kerana kebanyakan pemain baru menyertai pasukan ini pada musim panas lalu. Apabila pemain luar datang dan bermain di negara yang berbeza walaupun saya tidak pernah melaluinya, ia memang memerlukan masa." "Anda pasti mahu mengekalkan pemain muda bersama kelab ini. Anda bekerja keras untuk membangunkan mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Pelumba Sukan SEA beraksi

Posted: 21 Dec 2013 09:02 AM PST

Johor Bahru: Siapakah juara sirkit akhir Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 Cuti- Cuti 1Malaysia di Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Mutiara Rini akan diketahui hari ini.

Paling menarik adalah kehadiran pelumba negara seperti Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Shahrin Amir, Mohd Zulhafiz Saipuddin, Masziyaton Mohd Radzi dan Junaidah Juss yang baru pulang dari temasya Sukan SEA Myanmar turut mengambil bahagian.


Mereka adalah sebahagian daripada 1,500 peserta yang mengesahkan penyertaan selain kehadiran ramai pelumba Singapura.

Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Abdul Ghafar Ismail berkata beliau menjangka perlumbaan hari ini pasti sengit kerana ia adalah penutup tirai tahun ini.


Tambah lagi dengan sambutan hangat serta kehadiran ramai pelumba dari negara jiran Singapura.


"Saya melihat ini sebagai perkembangan amat positif dalam memartabatkan lagi sukan basikal bukit ini terutama membabitkan peserta dua negara berjiran.

"Inilah tujuan kami menganjurkan kejohanan ini selain bertanding secara sihat, ia dapat memupuk persahabatan antara peserta," katanya.


Abdul Ghafar mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta dan berharap semangat kesukanan dikekalkan dalam diri setiap peserta.

Sementara itu kerja-kerja persiapan terakhir kejohanan sedang giat dijalankan bagi memastikan kejohanan berjalan lancar.


Selain sesi pendaftaran dan penyerahan cenderahati, klinik basikal dikendalikan Cyclomotion turut diadakan khusus untuk peminat sukan berbasikal.


Pihak urusetia juga membenarkan peserta menjalani latihan dan memahami keadaan trek perlumbaan.


Ini bertujuan membiasakan mereka dengan laluan sebelum menyertai perlumbaan sebenar hari ini.


Hanya perlumbaan jamboree dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Wanita, Veteran dan Remaja.


Sirkit terakhir itu membabitkan trek sejauh 45 kilometer dengan mendapat kerjasama beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Selain itu, Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai turut berada di lokasi bersama kenderaan ambulans untuk memberikan rawatan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Peserta, orang ramai diingat patuhi peraturan

Posted: 21 Dec 2013 09:00 AM PST

Johor Bahru: Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) mengingatkan orang ramai yang akan menghadiri Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia hari ini serta pesertanya supaya mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan di Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini.

Yang Dipertua MJBT Sallehuddin Hassan berkata, ini kerana, pihaknya sudah mewartakan Hutan Bandar MPJBT sebagai tempat riadah serta kawasan larangan merokok.


"Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini diwujudkan khas untuk kemudahan orang ramai beriadah serta melakukan aktiviti santai bersama keluarga.

"Malah, pokok yang ditanam di sekitar hutan bandar berkenaan dibawa khas dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong, Kuala Lumpur.


"Kerana itu, MPJBT berharap supaya pengunjung memanfaatkan kemudahan dan prasarana disediakan sebaiknya tanpa melakukan kerosakan dan kekotoran," katanya.


Menurut Sallehuddin, tindakan akan diambil sekiranya ada individu yang melanggar peraturan ditetapkan.

Beliau berkata, papan tanda larangan sudah dipasang di sekitar kawasan berkenaan sebagai peringatan kepada pengunjung.


"Justeru, kami yakin pengunjung khasnya yang akan menyertai acara Ahad ini faham, tambahan petugas MPJBT turut akan melakukan pemantauan.

"MPJBT akan mengenakan kompaun RM250 terhadap individu yang melanggar peraturan ditetapkan," katanya.


Sementara itu, Sallehuddin memaklumkan tiada aktiviti jualan akan diadakan pada hari kejohanan.


"Kami sudah berbincang dengan penganjur dan memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana peniaga membuka gerai di Hutan Bandar MPJBT pada hari pertandingan.


"Ia bagi mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya yang akan menyusahkan orang ramai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

PING PONG: Lee Wei puas

Posted: 21 Dec 2013 09:00 AM PST

Nay Pyi Taw: "Saya tetap puas hati walaupun sekadar mendapat pingat gangsa pada penampilan terakhir di Sukan SEA."

Demikian luahan pemain perseorangan veteran negara Beh Lee Wei (gambar) yang sekadar meraih pingat gangsa acara ping pong individu wanita selepas tewas kepada peserta dari Singapura Isabelle Li semalam. "Perbezaan antara kita dengan Singapura agak jauh. Mereka sering beraksi dalam saingan kompetitif setiap bulan sedangkan kita hanya menyertai beberapa kejohanan saja setiap tahun.


"Malah saya sendiri tidak cukup masa untuk membuat persiapan rapi. Selain sebagai pemain, saya juga bertindak selaku jurulatih kepada barisan pemain muda negara.

"Ditambah dengan status sebagai ibu kepada seorang anak, saya rasakan inilah yang terbaik mampu dilakukan," katanya yang tewas 11-9, 14-12, 11-3 dan 11-9 kepada Isabelle.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

BOLA: Usah ambil jalan mudah: FAM

Posted: 21 Dec 2013 08:59 AM PST

Nay Pyi Taw: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meningatkan mana-mana pegawai atau pemain jangan mengambil jalan mudah untuk mencapai sesuatu.

Beliau melahirkan rasa dukacita terhadap perkembangan terbaru yang berlaku dalam kancah bola sepak negara apabila kelmarin, tiga pegawai Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) digantung seumur hidup oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM dan denda RM20,000 kerana rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.


Manakala lima lagi akan dibicarakan Jawatankuasa Tatatertib pada Jumaat depan se lepas mengaku tidak bersalah.

"Perkara ini juga boleh dibawa ke mahkamah juga. Saya merasa dukacita namun perkara ini berlaku di seluruh dunia, sesuatu yang tidak dapat dielakkan.


"Jadi saya berharap sesiapa saja selepas ini agar bukan saja berfikir sekali, malah dua kali atau tiga kali. Jangan ambil jalan mudah untuk mencapai sesuatu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Bersorak hingga setengah jam habis aksi

Posted: 21 Dec 2013 08:58 AM PST

Rekod terbaik skuad layar

Posted: 21 Dec 2013 08:57 AM PST

Yangon: Gelora lautan di Pantai Ngwesaung langsung tidak menggentarkan skuad pelayaran negara yang gigih berjuang membawa kegemilangan terhadap negara.

Pulang dengan dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa boleh dianggap satu rekod yang baik jika dibandingkan dengan pencapaian di Sukan SEA Jakarta.


Meletakkan lima pingat sebagai sasaran, mereka boleh berbangga dengan pencapaian itu apatah lagi dua emas turut menyumbang untuk matlamat negara mencapai sasaran 40 emas.

Pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy serta gandingan Mohd Faizal Norizan dan Ahmad Shukri Abdul Aziz memenangi dua pingat emas selepas acara masing-masing Laser Standard dan International 420.


Pingat perak hadir menerusi Nor Amira Hamid dalam acara Laser Radial, Mohd Dhiauddin (Optimis lelaki) dan Noraisyah Jamil/Wahidah Salahuddin (International 420 wanita).


Gandingan Khairunnisa Mohd Afendy/Nor Ashikin Mohd Said pula membawa pulang gangsa dalam acara International 470 wanita, selain Nor Nabila Natasha (Optimis wanita) dan acara Optimis berpasukan.

Biarpun secara keseluruhan skuad kita masih ketinggalan berbanding Singapura dan Thailand, pengalaman sebegini cukup berguna untuk saingan di Sukan Asia tahun depan.


Tidak sekadar bergantung kepada nasib, kesungguhan serta skil dimiliki meredah angin dan gelora lautan dalam memastikan pelayaran sempuna menjadi tiket untuk mereka menjejaki podium di Sukan SEA.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

HOKI: Skuad negara kukuh reputasi

Posted: 21 Dec 2013 08:57 AM PST

Yangon: Malaysia mengukuhkan reputasi mereka selaku jaguh hoki Asia Tenggara apabila menewaskan Singapura 5-0 pada aksi final di Stadium Theinphyu semalam. Ia melengkapkan pencapaian skuad hoki negara, sehari selepas skuad wanita turut bergelar juara apabila menewaskan Thailand, 6-1.

Apa yang lebih istimewa ia membantu Malaysia melepasi sasaran 40 pingat apabila mereka sah menjadi penyumbang emas ke-41.


"Memang saya bangga kerana mencapai sasaran yang ditetapkan kontinjen dan kemenangan emas ke-41 sesuatu yang amat bermakna," kata jurulatih, Tai Beng Hai.

"Kita berjaya mencapai pingat emas seperti yang ditetapkan meskipun dua, tiga pemain mengalami kecederaan." Penjaga gol, Roslan Jamaluddin, 35, turut berbangga dengan pencapaian pingat emas keduanya sepanjang bertanding di Sukan SEA apatah lagi selepas menyumbang pingat emas ke-41 negara.


"Sebelum perlawanan, saya lihat kami sudah memenangi pingat emas ke-38 tetapi sekarang saya gembira kerana dapat melepasi sasaran, tahniah kepada kontinjen negara," katanya yang memenangi pingat emas pertamanya pada 2001.


"Memang kita masih menguasai hoki hingga ke saat ini dan berharap ia akan dapat terus dipertahankan."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

No comments:

Post a Comment