Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Giliran Cheau Xuean

Posted: 08 Dec 2013 10:35 AM PST

Daripada Hamdan Saaid, Nor Hairulnizam Wahid, Azlan Mohamad Zain dan Saiful Affendy Sapran

Nay Pyi Taw, Myanmar: Selepas atlet wushu negara Diana Bong Siong Lin menyumbang pingat emas pertama kelmarin, semalam giliran Tai Cheau Xuean pula menghadiahkan pingat emas kedua untuk kontinjen negara pada temasya Sukan SEA apabila mendominasi acara Nandao wanita di Stadium Tertutup A Wunna Theikdi Nay.

Kejayaan itu cukup bermakna apabila emas berkenaan yang ke-999 negara sejak Malaysia menyertai Sukan SEA pada 1959.

Atlet berusia 23 tahun itu bagaimanapun terpaksa bersaing sengit dengan atlet tuan rumah, Aint Mi Mi yang yang meraih perak apabila mengumpul 9.67 mata sementara gangsa milik Juwita Niza Wasni dari Indonesia (9.65 mata).

Malaysia turut meraih empat pingat perak dalam acara Duilian, Nanquan, Gunshu serta gabungan Taijijian serta Taijiquan.

Foto

CHEAU Xuean mempamerkan pingat emas yang dimenanginya menerusi acara Nandao.


"Saya bekerja keras untuk meraih pingat emas di sini. Akhirnya impian ini tercapai juga," katanya.


Cheau Xuean berkata, dia akan cuba memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara terakhir yang akan disertainya hari ini iaitu Nangun.

"Sudah tentu saya akan cuba melakukan yang terbaik esok kerana sudah tetapkan sasaran untuk meraih dua emas," katanya yang menyertai skuad negara sejak 2007.

Cheau Xuean muncul penyelamat selepas Diana yang turut beraksi dalam acara sama dan dilihat prospek utama negara merangkul emas, gagal mempamer beraksi cemerlang.

Sementara itu, juara dunia dua kali acara Nanquan, Ho Mun Hua yang turut menjadi prospek negara meraih pingat emas semalam, tetap puas hati dengan dua perak yang dimenanginya iaitu menerusi acara Duilian dan Nanquan.

"Saya tidak rasa kecewa kerana sudah memberikan yang terbaik. Lagipun masih ada dua acara lagi esok (hari ini) untuk meraih sekurang-kurangnya satu emas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Malaysia mula tunjuk taring

Posted: 08 Dec 2013 10:32 AM PST

Nay Pyi Taw: Kontinjen negara mula menunjukkan taring pada hari kelima temasya Sukan SEA ke-27 semalam apabila berjaya menyingkirkan Thailand bagi merampas tempat kedua carta kutipan pingat semalam dengan tambahan satu pingat emas dan empat pingat perak yang disumbang dari kem wushu negara.

Keseluruhan, Malaysia kini mengumpul dua pingat emas, empat pingat perak dan lapan pingat gangsa.

Tuan rumah Myanmar terus mendominasi carta kutipan pingat dengan mengumpul lapan pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Thailand pula jatuh satu anak tangga ke tempat ketiga carta dengan koleksi dua pingat emas, dua pingat perak dan satu gangsa.

Tumpuan pingat Malaysia hari ini masih kepada acara wushu bagi memburu pingat ke-1,000 negara selepas Tai Cheau Xuen menyumbang pingat emas ke-999 negara menerusi acara Nandao wanita.

Turut beraksi pasukan polo air lelaki negara yang akan menentang Myanmar, manakala pasukan bola keranjang lelaki akan bertemu Filipina pada perlawanan awal peringkat kumpulan.

Skuad futsal lelaki negara pula akan membuka tirai kejohanan dengan pertembungan menentang Myanmar dan turut berlangsung adalah perlawanan pusingan awal bagi acara tinju.

Mula turun gelanggang hari ini adalah skuad silat negara yang akan beraksi pada saingan awal.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Sasar tiga emas

Posted: 08 Dec 2013 10:31 AM PST

Nay Pyi Taw: Meskipun hanya mempertaruhkan 12 atlet, skuad silat negara bertekad memberi cabaran sengit kepada pesaing mereka di Sukan SEA Myanmar.

Kesilapan pastinya mahu dielak, andai misi tiga pingat emas itu, seperti yang dicapai di Indonesia tidak terlepas daripada genggaman.

Justeru, bukan saja harapan meraih pingat menjadi sandaran tetapi mereka juga saling bertekad menyaingi pencapaian satu sama lain.

Persaingan sihat itu menjadi motivasi 12 atlet silat olahraga dan silat seni yang menjalani latihan di Stadiun Tertutup Zayar Thiri, menjelang pertarungan sebenar mereka hari ini.

Mohd Fauzi Khalid, pemenang pingat emas Sukan SEA Indonesia dua tahun lalu, mahu mencatat hatrik pingat emas seperti yang pernah diraih rakan sepasukan Ahmad Shahril Zailudin.

Ahmad Shahril memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2005, 2007 dan 2011 manakala Mohd Fauzi pula boleh berbangga dengan dua pingat emas yang diraihnya pada 2009 dan 2011.

"Ahmad Shahril kini memburu pingat emas keempat manakala saya ingin mencabar diri untuk meraih satu lagi pingat emas," katanya.

"Jika boleh saya ingin menjadi seperti idola saya, Mohd Nazrin Malek yang bukan saja memenangi pingat emas Sukan SEA tiga kali, malah turut memenangi tiga Kejuaraan Dunia." Fauzi sendiri baru saja memenangi pingat emas pertamanya di Kejohanan Dunia tahun lalu.

Bagi Ahmad Shahril, berdepan pencabar baru langsung tetap tidak menggoyahkan semangatnya untuk beraksi dengan lebih baik di sini.

"Saya akan cuba yang terbaik dan seboleh-bolehnya mahu ia berakhir dengan kemenangan," katanya yang juga pernah memenangi Kejuaraan Dunia pada 2002,2004 dan 2007.

Dia pulang ke pangkuan skuad silat kebangsaan selepas berehat enam bulan berikutan kecederaan yang dialami di pergelangan tangan sewaktu Kejuaraan Dunia 2012.

Dia tewas di final kepada atlet Indonesia.

"Saya kembali berlatih sejak Jun lalu dan kecederaan saya sudah pulih, sedia untuk menghadapi lawan," kata atlet berusia 32 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Siti Rahmah mahu tukar warna pingat

Posted: 08 Dec 2013 10:30 AM PST

Pesilat negara, Siti Rahmah Mohd Nasir mempunyai misi tersendiri di Sukan SEA Myanmar untuk menukar warna pingat kepada emas berbanding perak yang dibawa pulang dari Sukan Sea Indonesia dua tahun lalu.

Jika pada edisi di Laos, dia bermula dengan pingat gangsa dalam kategori 65-70kg, perak di Indonesia dua tahun berikutnya, kini amat berharap untuk pingat emas pula.

"Sememangnya saya agak berdebar kali ini.

Saya bertekad meraih pingat emas di Sukan SEA," kata atlet yang bakal menyertai acara silat olahraga kategori 70-75kg kali ini.

"Selain berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki pencapaian lalu, saya juga mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia.

Doakan saya." Sesungguhnya, Siti Rahmah sudah pun mendapat suntikan motivasi sebelum tiba di Nay Pyi Taw apabila memenangi tiga kejohanan pemanas badan sebelum ke Sukan SEA.

Tiga kejohanan berkenaan adalah Terbuka Vietnam, Terbuka Uzbekistan dan kejohanan jemputan di Indonesia.

Ketika ditanya adakah dia bertemu dengan mana-mana pesilat yang mungkin menjadi pencabarnya kelak, dia enggan mengesahkannya.

"Pencabar saya mungkin dari Indonesia, Vietnam dan Myanmar tetapi saya tidak boleh katakan mereka akan menentang saya di Sukan SEA.


Saya hanya perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kita tidak akan tahu siapa lawan sebenar hinggalah pada hari pertandingan, jadi saya perlu bersedia."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Chiew Sien enggan mengalah

Posted: 08 Dec 2013 10:29 AM PST

Nay Pyi Taw: Pemain perseorangan wanita negara Lim Chiew Sien mengaku berasa sedikit tertekan selepas memikul tugas berat menggantikan Tee Jing Yi pada saat akhir di temasya Sukan SEA Myanmar.

Namun pemain berusia 19 tahun itu yang bakal beraksi pada pentas tertinggi buat kali pertama tetap menyahut cabaran serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Ketika mendapat berita saya akan menggantikan tempat Jing Yi kira-kira dua minggu lalu, saya memang berasa agak gementar.

"Tapi saya percaya selagi kita fokus pada setiap perlawanan dan beraksi pada tahap terbaik, sudah pasti kita akan memperoleh keputusan yang bagus.

Foto

PEMAIN badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin (kiri) dan Chong Wei Feng jalani latihan ringan, semalam.


"Kami sudah melakukan persiapan rapi sejak lebih sebulan lalu dan sudah tentu sasaran utama untuk meraih pingat emas," katanya.


Chiew Sien berkata, meskipun Myanmar adalah penampilan pertamanya di Sukan SEA, dia tetap meletakkan sasaran untuk merangkul pingat emas acara perseorangan.

"Cabaran terbesar sudah tentu datang daripada Thailand kerana mereka sentiasa beraksi dengan baik pada pertandingan sebenar.

"Selain itu mereka juga lebih tenang dan sabar. Masalah utama saya ialah tidak sabar dan inilah yang perlu diatasi sebelum turun pada perlawanan pertama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Skuad futsal resah bisa penyokong: Maizal

Posted: 08 Dec 2013 10:28 AM PST

Skuad futsal negara khuatir sokongan padu penyokong tempatan menyukarkan tugas mereka meraih kemenangan pada perlawanan pertama Kumpulan A di Stadium Tertutup Futsal Wunna Theikdi menentang Myanmar hari ini.

Anak buah Maizal Hairi Marzuki memerlukan kemenangan dalam dua perlawanan Kumpulan A termasuk menentang Indonesia bagi memastikan peluang melangkah ke final terbuka dan mengelak daripada bertemu gergasi dunia Thailand yang pasti bergelar juara Kumpulan B di separuh akhir.

"Tiada apa yang kami bimbangkan kecuali sokongan penyokong tuan rumah yang mungkin membangkitkan semangat melawan mereka.

"Pengalaman ketika kami menentang Indonesia dua tahun lalu di Sukan SEA 2011 di negara mereka mungkin berulang, dengan tuan rumah memberikan tentangan sengit hingga kami tewas dalam penentuan pingat gangsa," katanya.

Namun beliau berharap skuad negara kekal fokus untuk merealisasikan impian meraih sekurang-kurangnya pingat perak kerana persediaan setahun setengah dilakukan untuk menghadapi temasya di Nay Pyi Taw ini.

"Apa saja yang kami lakukan selama ini akan diterjemahkan esok (hari ini), pemain perlu mempamerkan komitmen tinggi, disiplin serta semangat berpasukan," katanya yang membariskan 14 pemain berpengalaman dan baru pertama kali tampil di Sukan SEA.

Maizal amat berharap barisan pemainnya dapat meraih pingat kali ini selepas mendapat pendedahan luas di luar negara termasuk di Sepanyol, Korea Selatan dan New Zealand.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Dua peninju mara

Posted: 08 Dec 2013 10:28 AM PST

Dua pingat gangsa sudah berada dalam genggaman skuad tinju selepas dua peninju negara mara ke saingan separuh akhir temasya Sukan SEA Myanmar.

Khir Akyazlan Azmi yang beraksi menerusi kategori 64 kilogram menewaskan peninju Laos Udone Khan Xay dengan kiraan 3-0 pada suku akhir semalam.

Sementara seorang lagi peninju negara, Ramkumar Govindasamy yang beraksi dalam kategori 69 kg, mendapat bye sekali gus melangkah ke separuh akhir.

Pengurus pasukan Datuk Md Yusof Md Said berkata, kejayaan Khir terutamanya diharap menjadi penyuntik semangat kepada peninju negara yang akan beraksi selepas ini.

"Khir begitu cemerlang apabila menjatuhkan lawannya pada pusingan keempat," katanya.

Kedua-dua petinju negara itu akan turun beraksi di saingan separuh akhir pada 13 Disember ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Jurulatih Malaysia kurang cerdik: Kamol

Posted: 08 Dec 2013 10:27 AM PST

Nay Pyi Taw: Jurulatih sepak takraw Malaysia kurang cerdik. Begitulah rumusan hasil perbualan dengan ketua jurulatih Thailand, Kamol Tankimhong semalam.

Menariknya jurulatih berusia 59 tahun itu difahamkan ditawar Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail untuk mengendalikan skuad kebangsaan tahun depan.

Malah beliau mengaku sedia mempertimbangkan tawaran itu selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan April ini.

Sambil mengaku skuad negara mempunyai ramai pemain berbakat, beliau bagaimanapun hairan kenapa bakat muda terutama pemain tekong gagal dibentuk dengan baik.

"Malaysia ada ramai pemain tekong berbakat.

Cuma saya nampak cara mereka dibentuk mungkin tidak betul.

"Saya sudah lama, hampir 25 tahun dalam sukan ini dan itulah yang saya nampak." Mengenai peluang pasukannya mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini, Kamol lebih bimbang cabaran dalam acara regu dan menyifatkan selain pasukannya, Malaysia, Indonesia dan tuan rumah Myanmar mempunyai peluang sama rata.

"Saya lebih bimbangkan tuan rumah kerana mereka berlatih khusus untuk merampas pingat emas dan saya tahu mereka tidak bertanding di luar negara selama dua tahun serta memanggil beberapa muka lama untuk memantapkan pasukan," ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Bola keranjang lepasi halangan pertama

Posted: 08 Dec 2013 10:26 AM PST

Nay Pyi Taw: Skuad bola keranjang negara melepasi halangan pertama apabila menewaskan Indonesia, 61-53 dalam saingan yang berlangsung sengit di Stadium Tertutup Zayar Thiri, Nay Pyi Taw semalam.

Meskipun mendahului selesa pada separuh masa pertama tetapi pasukan lawan menampilkan kejutan pada babak kedua menyebabkan pasukan kendalian Paul Daniel Jorda Advincula bekerja keras mengelak sebarang kesilapan untuk meraih kemenangan.
"Saya perhatikan ada kemungkinan pemain berasa selesa justeru saya perlu mengingatkan mereka untuk bermain lebih baik," kata jurulatih dari Filipina itu.

"Saya gembira dengan persembahan mereka. Perlawanan pertama perlu dimenangi.
"Itulah caranya untuk kita menunjukkan sudah bersedia. Kami akan berusaha hingga kami meraih pingat emas."
Mengenai perlawanan berikutnya dengan Kemboja selepas ini, Advincula tidak memandang rendah kemampuan negara itu.

"Selalunya dalam bola keranjang, peluang untuk menang 50-50. Pasukan lemah berkemampuan menewaskan pasukan lebih kuat.
"Sudah tentu pemain kita agak gementar dengan perlawaanan pertama tetapi pada perlawanan berikutnya, saya yakin mereka akan lebih tenang."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

Tak mahu bolos

Posted: 08 Dec 2013 10:23 AM PST

Nay Pyi Taw: Pengalaman beraksi di pentas Sukan SEA buat kali ketiga berturut-turut akan dimanfaatkan sepenuhnya pertahanan negara Mohd Fadhli Shas bagi memastikan ibu segala pingat mampu dipertahankan di edisi ke-27 di Myanmar kali ini.

Kejayaan memenangi pingat emas 2009 dan 2011 selain menjulang Piala AFF bersama skuad senior sudah cukup untuk menceritakan kemampuan pertahanan tengah itu yang kini bakal menjadi pemain tunggal meraih empat kejuaraan besar di peringkat Asia Tenggara andai pingat emas edisi 2013 berjaya dipertahankan.

Malah bimbingan di posisi pertahanan tengah amat diperlukan selepas tonggak Kelantan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim terpaksa diketepikan akibat kecederaan dengan Shahrul Saad atau Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris sebagai ganti.

Untuk edisi kali ini, hanya tujuh pemain daripada skuad yang memenangi emas 2011 disenaraikan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee dengan 13 pemain lagi membuat penampilan pertama.


"Sememangnya saya mahu memberikan aksi terbaik untuk membimbing rakan lain terutamanya di bahagian pertahanan agar tidak bolos.


"Saya harap mereka memberikan komitmen tinggi kerana saingan di Myanmar amat mencabar termasuk dengan kemudahan tidak lengkap, mungkin salah satu cabaran psikologi bagi kami. Namun ia bukan masalah besar kerana kami sudah melalui perkara yang sama sebelum ini," kata pemain berusia 22 tahun itu.

Skuad negara yang disasarkan melakar hatrik di Sukan SEA tiba di Nay Pyi Taw kelmarin dan ditempatkan di salah sebuah hotel yang masih dalam pembinaan dan masih belum siap sepenuhnya bersama skuad Vietnam yang turut bersaing dalam Kumpulan A.

Namun segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan hotel berkenaan dilihat mencukupi untuk skuad negara.

Malah Fadhli pernah mengharungi cabaran lebih besar sebelum ini seperti final Piala AFF 2010 dan final Sukan SEA 2011 di Indonesia terutamanya membabitkan aspek keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09

No comments:

Post a Comment