Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bunuh diri dipaksa beli-belah

Posted: 10 Dec 2013 09:27 AM PST

Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.

Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.

Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.

Foto

MAYAT Tao terdampar di atas lantai selepas jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.


Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.


"Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

"Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar," kata saksi berkenaan.

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

"Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

"Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang," katanya, semalam.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Perut berbonjol selepas pembedahan

Posted: 10 Dec 2013 09:23 AM PST

Toronto: Seorang lelaki mendakwa pembedahan yang cuai menyebabkan dia menanggung kesukaran apabila wujud benjolan pada perutnya.

Yves Rivest, 36, berkata masalah itu bermula pada 2003 apabila sebuah lori sampah melanggarnya ketika dia bekerja.

Insiden itu menyebabkan dia terbaring di bawah lori dan tayar depan kenderaan itu menggilis di antara kedua-dua pahanya sehingga ke perut.

Bekas pekerja pembersihan dari Montreal itu berkata, dia koma selama tiga minggu dan mendapati bahagian dalam perutnya membonjol keluar.

Foto

RIVEST mengalami nasib malang selepas dilanggar lori sampah pada 2003.


"Doktor kemudian menjalankan pembedahan untuk menutup bukaan pada perut tetapi gagal menyebabkan mereka melakukan pemindahan kulit untuk menutup bonjolan berkenaan," katanya kepada media semalam.


Rivest berkata selepas kemalangan itu doktor ada bertemu dengannya dan menjelaskan keadaan itu mungkin hanya berlanjutan sekurang-kurangnya setahun.

"Sebaik saja perut saya sembuh, mereka akan membedah saya sekali lagi untuk memulihkan keadaan," katanya.

Mereka memang melakukan pembedahan itu tetapi malangnya ia tidak bertahan lama.
Kata Rivest, berlaku tekanan kuat pada perutnya menyebabkan kantung itu terkeluar semula.

Keadaan itu, kata Rivest, memaksa doktor mengambil kulit pada kakinya untuk menutup benjolan berkenaan pada 2004.

Kini, kata Rivest, benjolan itu membesar sehingga 70 sentimeter dan seberat hampir 13 kilogram.

Masalahnya, kata Rivest, doktor enggan membedah untuk membetulkan keadaan kecuali dia berjaya menurunkan berat badannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Pengasas implan payudara silikon dijel

Posted: 10 Dec 2013 09:21 AM PST

Marseille (Perancis): Mahkamah memutuskan bahawa ahli perniagaan Perancis yang menjual puluhan ribu implan payudara silikon di seluruh dunia bersalah kerana menipu.

Dengan puluhan wanita hadir dalam perbicaraan, tribunal di Marseille menjatuhkan Jean-Claude Mas, pengasas Poly Implant Prothese (PIP) hukuman maksimum empat tahun penjara di atas kesalahannya itu.

Dia juga diarah membayar denda sebanyak 75,000 euro (RM330,260).
Peguamnya Yves Haddad berkata, Mas bercadang merayu terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, dalam keputusan yang bakal membabitkan ribuan wanita di seluruh dunia yang mahu menuntut bayaran pampasan, mahkamah juga memutuskan yang syarikat menguji produk Jerman, TUeV Rheinland yang meluluskan PIP untuk pensijilan, turut menjadi mangsa penipuan Mas.

Tidak diketahui bagaimana keputusan semalam memberi kesan kepada keputusan mMahkamah komersial Toulon bulan lalu mengarahkan TUeV membayar kerugian kepada lebih 1,600 wanita dan enam pengedar implan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Yingluck enggan letak jawatan

Posted: 10 Dec 2013 09:20 AM PST

Bangkok: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra semalam menolak tuntutan penunjuk perasaan antikerajaan agar meletakkan jawatan menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau turut menggesa mereka penentangnya menghentikan "revolusi rakyat".

Bangkok digegarkan dengan perhimpunan besar-besaran selama lebih sebulan oleh pembangkang yang mahu menyingkirkan Yingluck dan menamatkan pengaruh abangnya Thaksin daripada politik negara itu.

Yingluck yang kelmarin membubarkan Parlimen dan mengumumkan pilihan raya awal dalam usaha meredakan kekacauan politik, berkata, kabinetnya dibenarkan undang-undang negara itu untuk memerintah sebagai kerajaan sementara hingga pilihan raya diadakan.

"Saya menggesa penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi dan menggunakan sistem pilihan raya untuk memilih kerajaan seterusnya," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet awal semalam.

Yingluck yang berkata dia belum membincangkan dengan partinya sama ada akan bertanding dalam pilihan raya pada 2 Februari depan kelihatan berang apabila penunjuk perasaan menggesa keluarganya diusir dari Thailand.

"Saya sudah bertolak ansur setakat yang mampu, jadi tolong berlaku adil pada saya," katanya.

Pemimpin demonstrasi, Suthep Thaugsuban menolak pilihan raya itu dan berikrar untuk menubuhkan kerajaan sama yang akan menggantung sistem demokratik di Thailand dan menggubal semula perlembagaannya.


Bekas timbalan perdana menteri itu yang berdepan waran tangkap kerana melancarkan demonstrasi itu, menggesa Yingluck dan Kabinetnya berundur daripada kerajaan sementara itu.

Kira-kira 140,000 penunjuk perasaan membanjiri ibu pejabat kerajaan kelmarin dalam satu daripada jumlah terbesar sejak bantahan bermula, membawa bersama mereka puluhan penjaja dan gerai makanan serta pelbagai aksesori demonstrasi daripada kemeja-T hingga kepada mahkota.


Pemerhati menyuarakan kebimbangan jika sebuah lagi kerajaan yang ada hubungan dengan Thaksin diguling, ia akan mencetuskan satu lagi keganasan politik di negara berkenaan.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

24 perusuh didakwa

Posted: 10 Dec 2013 09:19 AM PST

Singapura: Pihak berkuasa semalam mendakwa 24 warga India yang dituduh menyertai rusuhan pertama di Singapura dalam tempoh 40 tahun.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan dalam rusuhan malam Ahad lalu.

Kejadian berlaku apabila seorang pekerja binaan warga India maut dirempuh sebuah bas persendirian di kawasan dikenali sebagai Little India.

Mereka adalah antara 400 pekerja Asia Selatan yang terbabit dalam kekacauan yang menyebabkan kira-kira 39 anggota polis dan pertahanan awam cedera, selain 25 kenderaan - termasuk 16 kereta polis - musnah terbakar.

Menurut kertas pendakwaan, tertuduh membaling ketulan konkrit dan "menyertai perhimpunan haram untuk menakutkan polis melalui cara jenayah." Suspek - berusia antara 22 dan 40 tahun - kelihatan tenang ketika tuduhan dibaca penterjemah dalam bahasa Tamil.

Mereka akan direman selama seminggu untuk siasatan.


Terdahulu polis berkata, suspek mungkin didakwa atas tuduhan lebih serius dan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Kementerian Luar Singapura berkata mereka sedang bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi India untuk "memudahkan akses dan sokongan" terhadap suspek, termasuk aspek perundangan.


Dua suspek Bangladesh dan masing-masing seorang warga India dan Malaysia yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati mereka tidak terbabit dalam insiden berkenaan.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Pemimpin gesa orang ramai bertenang

Posted: 10 Dec 2013 09:19 AM PST

Singapura: Pemimpin kerajaan semalam merayu orang ramai bertenang selepas negara itu mengalami rusuhan terburuk dalam tempoh beberapa dekad apabila ratusan pekerja asing bertempur dengan polis.

Ramai penduduk Singapura menggunakan media sosial untuk mengulas insiden berkenaan dengan sesetengahnya bernada perkauman.

Seorang daripada mereka, Tan Beng Ming menulis di laman sesawang Yahoo! Singapura: "Penjarakan mereka, rotan mereka dan halau mereka.

Untuk langkah pencegahan hantar semua warga India pulang!" Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Koh Loh menulis: "Hanya warga asing yang memulakan rusuhan.

Itu memang budaya mereka!" Namun Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, insiden berkenaan adalah kes terpencil dan disebabkan sekumpulan samseng.


"Sebahagian besar pekerja asing di sini mematuhi peraturan.


Kita jangan jadikan insiden itu untuk merosakkan pandangan terhadap warga asing di Singapura.

"Jangan kita sebarkan kenyataan kebencian atau ketakutan tidak berasas terutama melalui Internet," katanya.

Lee juga mengarahkan sebuah jawatankuasa siasatan menyiasat insiden itu dengan teliti.

Sementara itu polis menggesa orang ramai tidak menyebarkan khabar angin kerana ia hanya akan menyukarkan siasatan.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Bieber hibur mangsa Haiyan

Posted: 10 Dec 2013 09:18 AM PST

Manila: Justin Bieber menyanyi untuk menghiburkan mangsa taufan Haiyan selepas tiba di zon bencana itu semalam.

Bieber membuat kemunculan mengejut di tengah Tacloban kira-kira sebulan selepas bandar itu musnah dilanda angin kencang.

Penyanyi kelahiran Kanada itu menyampaikan lagu Krismas untuk menghiburkan kanak-kanak di sebuah sekolah.

Saksi berkata Bieber dikawal ketat sepanjang penampilannya.

Jurucakap Tabung Kanak-kanak PBB Kate Donovan berkata, Bieber menyampaikan lagu Holly Night kepada kanak-kanak terbabit.

Gambar dimuat naik di media sosial menunjukkan peminat muda Bieber menggunakan telefon bimbit masing-masing bagi merakam gambar penyanyi berkenaan.


Menjelang kedatangannya Bieber mengepos mesej di laman sesawang untuk mengumpul dana bantuan Prizeo.com menggesa peminatnya - berjumlah 46 juta di Twitter - menderma membantu mangsa taufan Haiyan.


Ribut taufan itu menyebabkan hampir 6,000 orang terbunuh dan lebih 1,700 lagi hilang.

Kira-kira empat juta orang kehilangan tempat tinggal.

Kata Bieber sesiapa yang menderma untuk mangsa terbabit mungkin terpilih menyaksikannya secara langsung merakam lagu tahun depan.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Bekas pemimpin PKS dipenjara 16 tahun

Posted: 10 Dec 2013 09:18 AM PST

Jakarta: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara 16 tahun ke atas bekas pemimpin Parti Keadilan Sejahtera (PKS) selepas bersalah terbabit dalam skandal rasuah yang turut membabitkan model majalah dewasa.

Luthfi Hasan Ishaaq - menjadi Presiden PKS ketika skandal itu dibongkar - disabitkan kesalahan petang semalam.

Dia dituduh menerima wang daripada sebuah syarikat pengimport daging.

Pihak berkuasa merampas wang bernilai RM352,880 serta enam kereta mewah daripada Luthfi ketika dia disiasat.

Skandal berkenaan terbongkar selepas seorang pembantu ahli politik terbabit ditemui berdua-duaan dengan seorang penuntut kolej yang berbogel dalam sebuah bilik hotel.

Ia turut menjejas imej PKS yang sebelum ini mendapat sokongan meluas kerana aliran Islam yang dibawanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Bersatu hormati Mandela

Posted: 10 Dec 2013 09:17 AM PST

Soweto: Puluhan ribu warga Afrika Selatan berkumpul dalam suasana sedih bercampur bangga di stadium yang suatu ketika dulu menjadi lokasi pertandingan bola sepak Piala Dunia bersama sejumlah ketua negara dari seluruh dunia bagi memberi penghormatan terakhir kepada ikon global Nelson Mandela.

Hampir 100 pemimpin negara adalah antara 80,000 orang memenuhi Stadium FNB di Soweto - bandar penting dalam sejarah perjuangan Mandela meruntuhkan dasar aparteid sebelum ini.

Di sebalik kesedihan akibat kematian Mandela, suasana di stadium berkenaan kelihatan meriah dengan hadirin bersemangat untuk meraikan memori seorang daripada tokoh politik paling hebat dalam abad ke-20 itu.

Pengusaha akademi sukan di Johannesburg, Shahim Ismail berkata Mandela adalah anugerah Tuhan yang sudah "diambil semula." "Kami tidak akan pernah berhenti untuk mengenang Mandela," katanya dalam satu kenyataan.

Shahim berkata dia mengambil cuti khas untuk menghadiri majlis itu.

Disebabkan kehadiran diutamakan untuk penziarah yang datang lebih awal, orang ramai mula berkumpul sejak subuh dan sebaik saja pintu dibuka, mereka menyerbu masuk ke stadium dan segera mencari tempat terbaik untuk duduk.

Berselimutkan bendera Afrika Selatan mereka menari dan dan menyanyi dengan slogan "Mandela Selamanya" di stadium berkenaan.

Penduduk tempatan, Noma Kova, 36, berkata ia adalah acara sekali seumur hidup.

"Saya tak mahu melihat detik bersejarah ini di televisyen saja," katanya.

Antara pemimpin dunia yang hadir malam tadi ialah Presiden AS dan Cuba yang berkongsi pentas dan mengetepikan perseteruan yang bermula sejak zaman Perang Dingin.


Barack Obama dan isterinya, Michelle tiba menaiki pesawat udara Air Force One awal pagi semalam bersama pasangan George W Bush dan Laura.


Dua lagi bekas presiden, Bill Clinton dan Jimmy Carter tiba secara berasingan.

Kawalan keselamatan pula diketatkan di sekitar stadium dengan helikopter tentera terbang untuk membantu polis memantau keadaan.

Sementara itu, empat cucu Mandela berucap pada majlis itu.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

Polis tuntut naik gaji, penjenayah berpesta

Posted: 10 Dec 2013 09:16 AM PST

Buenos Aires: Kejadian penjarahan merebak ke seluruh Argentina semalam ketika penjenayah mengambil kesempatan daripada mogok polis yang menuntut kenaikan gaji bagi menyeimbangkan keadaan inflasi di negara itu.

Menjelang malam kelmarin, jumlah kematian akibat huru-hara itu meningkat kepada lima orang.

Ketika wakil pasukan polis dan kerajaan berunding orang ramai pula berkurung dalam rumah atau premis perniagaan masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tentera dikerah ke tempat bermasalah bagi mengawal keadaan.

Kekacauan itu merebak ke sekurang-kurangnya 19 daripada 23 wilayah Argentina dan hampir semua pusat perniagaan ditutup.

Ketua Kabinet Presiden Cristina Fernandez, Jorge Capitanich berkata kekacauan itu dirancang kumpulan yang ingin mencetuskan huru-hara dan ketakutan menjelang sambutan ke-30 tamatnya pemerintahan diktator di Argentina.


- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

No comments:

Post a Comment