Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Lorong khas untuk pengguna telefon bimbit tegar

Posted: 15 Sep 2014 11:10 AM PDT

Chongqing: Inilah lorong pertama khusus diwujudkan untuk pengguna telefon bimbit tegar.

Laluan sepanjang 30 meter itu mempunyai lorong dicat putih untuk mereka yang sentiasa terpaku pada skrin telefon masing-masing.


Ia mempunyai gambar telefon yang dilukis di atas jalan, perkataan 'telefon bimbit' dan garis putih yang memisahkan lorong itu dengan lorong lain. Lorong itu diwujudkan sebagai reaksi kepada peningkatan jumlah mereka yang ketagih dengan telefon bimbit yang kini menjadi isu besar di China.

Idea untuk mewujudkan lorong khas itu bagaimanapun dilihat ditiru dari satu projek dalam program televisyen di saluran National Geographic yang disiarkan awal tahun ini.


Program itu mendapati hanya segelintir orang mengubah laluan mereka walaupun selepas melihat tanda lukisan di atasnya.


Bagaimanapun, pihak berkuasa di China berkata penanda itu akan membantu untuk mengingatkan pejalan kaki bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengguna telefon ketika berjalan. - Agensi

Foto

PENDUDUK di wilayah ini melihat lorong khas untuk pengguna telefon tegar.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

Jarum keluar dari badan

Posted: 15 Sep 2014 11:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Patna (India): Doktor di Bihar bingung dengan keadaan dialami seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mengluarkan jarum dari beberapa anggota badannya sehingga menyebabkan dia kini terlantar kesakitan.

Remaja 13 tahun bapa termuda di Bahrain

Posted: 15 Sep 2014 11:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Manama: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 32 tahun melahirkan anak selepas hamil hasil hubungan dengan anak lelaki majikannya yang berusia 13 tahun.

Pantau warga asing

Posted: 15 Sep 2014 11:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menggesa supaya kerja memantau warga Indonesia dan asing ditingkatkan bagi mengelak penyebaran pengaruh kumpulan Negara Islam (IS) di negara itu.

Kualiti udara Singapura tidak sihat

Posted: 15 Sep 2014 10:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Singapura: Kualiti udara di republik ini merosot ke paras tidak sihat semalam. Menjelang jam 7 pagi, bacaan jatuh kepada 111.

Kalmaegi tak bawa kerosakan

Posted: 15 Sep 2014 10:58 AM PDT

Manila: Taufan Kalmaegi melepasi Filipina semalam selepas membawa hujan lebat yang mengakibatkan banjir sehingga paras dada di beberapa kawasan, namun kebanyakan tempat tidak terjejas teruk.

Pihak berkuasa berkata, ribut dengan kadar kelajuan angin 160 kilometer sejam (kmsj) membadai Luzon di timur laut Filipina, kelmarin, sebelum menghala ke Laut China Selatan di barat negara itu, semalam.

Tiga terbunuh dan tiga lain masih dilaporkan hilang selepas sebuah feri membawa penumpang karam akibat ombak besar.

Namun Setiausaha Dalam Negeri Manuel Roxas berkata, pihak berkuasa berkata kejadian itu tidak terkait secara langsung dengan ribut terbabit malah tiada laporan mangsa lain akibat ribut terbabit.


"Tiada mangsa maut kerana kami mengeluarkan amaran awal, ketua tempatan bertindak pantas. Penduduk juga sudah dipindahkan lebih awal," katanya.


Bagaimanapun, dia mengakui ribut itu 'sederhana' dan tidak membadai teruk kawasan yang berpopulasi tinggi.

Kebanyakan banjir berlaku di kawasan lembah dan dan ladang di Luzon.

Roxas berkata, kira-kira 7,800 berlindung di pusat pemindahan disediakan kerajaan, namun ramai dijadualkan pulang sebaik ribut reda. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

4 suspek militan IS keturunan Uighur

Posted: 15 Sep 2014 10:57 AM PDT

Jakarta: Empat suspek militan yang ditahan di hujung minggu lalu adalah keturunan Uighur, etnik minoriti China dan didakwa cuba menemui pelampau Indonesia paling dikehendaki.

Polis Indonesia yang sebelum ini mendakwa suspek warga Turki, semalam berkata, mereka masih menyiasat sama ada keempat-empat orang yang ditahan itu mempunyai hubungan dengan kumpulan Negara Islam (IS) yang menguasai sebahagian Syria dan Iraq.


Puluhan warga Indonesia dilapor berada di Asia Barat untuk menyertai IS dan kumpulan militan lain hingga mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa yang berusaha menangani keganasan sepanjang beberapa tahun lalu.

Indonesia sudah mengharamkan IS tetapi tidak ada undang-undang yang boleh menyekat suspek militan daripada ke luar negara. Keempat-empat suspek Uighur itu ditahan di wilayah Sulawesi Tengah, kawasan utama gerakan militan di Indonesia. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

Jerebu makin buruk

Posted: 15 Sep 2014 10:57 AM PDT

Jakarta: Ancaman jerebu di Sumatera dilapor semakin serius dengan meningkatnya jumlah bintik panas di sebahagian besar daerah wilayah itu.

Pegawai Badan Pengurusan Bencana, Agus Wibowo berkata, sebanyak 399 bintik panas dikesan di Sumatera menerusi satelit. Daripada jumlah itu, 257 dikesan di Sumatera Selatan dan Jambi, 33. Bintik panas di Riau juga semakin meningkat.


"Sebelum ini, hanya sembilan bintik panas dikesan di Riau tetapi hari ini (semalam), 45," kata Agus.

Peningkatan jumlah bintik panas itu mengganggu jarak penglihatan tetapi tidak seteruk dua hari lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

Prabowo belum puas

Posted: 15 Sep 2014 10:57 AM PDT

Jakarta: Bekas calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto masih belum putus asa untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya Julai lalu apabila dia membawa kes berkenaan ke Mahkamah Agung, semalam.

Langkah itu dibuat selepas Mahkamah Perlembagaan dan Pengadilan Tata Usaha Negara (PTUN) menolak kes berkenaan dan mengekalkan kemenangan pencabarnya, Joko 'Jokowi' Widodo.


Sementara itu, Ketua Suruhanjayan Pilihan Raya, Husni Kamil Manik, ketika ditemui semalam berkata, pihaknya tidak akan menghalang Prabowo dan penyokongnya merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Agung. Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak dakwaan kononnya berlaku kecurangan pada pilihan raya itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

Mesir akan buru pemimpin Ikhwan

Posted: 15 Sep 2014 10:56 AM PDT

Kaherah: Mesir tetap akan memburu dan menahan pemimpin Ikwanul Muslimin yang meninggalkan Qatar.

Rancangan itu dinyatakan pihak berkuasa Mesir selepas Qatar mengarahkan pemimpin gerakan itu meninggalkan negara berkenaan selepas memberi perlindungan kepada mereka sejak penggulingan Presiden Mohamed Mursi.

Tindakan mengusir pemimpin gerakan yang dilabel kumpulan pengganas oleh Mesir, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu itu memberi isyarat bahawa Qatar berusaha membaiki hubungan diplomatiknya dengan negara Arab lain selepas renggang disebabkan gerakan berkenaan.

Sementara itu, Peguam Negara Mesir, Hisham Barakat meminta polis antarabangsa (INTERPOL) untuk menahan pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin termasuk mereka yang diusir dari Qatar.


Perkara itu didedahkan satu sumber kehakiman yang tidak mahu dikenali dan turut menyatakan nama yang dihantar ke INTERPOL itu termasuk "Orang yang diburu untuk siasatan kehakiman di mahkamah Mesir."


Sumber Ikhwanul Muslimin sebelum ini berkata Qatar meminta tujuh pemimpin dan penyokong gerakan itu untuk meninggalkan negara berkenaan dalam masa seminggu sementara sayap politik gerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengumumkan menerima permintaan itu.

Antara pemimpin gerakan berkenaan yang bakal meninggalkan Qatar termasuk Setiausaha Agungnya, Mahmoud Hussein, ahli lembaga eksekutif FJP, Amr Darrag dan Hamza Zoubaa, bekas ahli Parlimen, Ashraf Badreldin, bekas timbalan menteri Baitulmak, amal Abdelsattar dan ulama pro-Ikhwan, Essam Teleima dan Wagdy Ghonim.

Sumber gerakan itu memberitahu, semua pemimpin itu akan memilih untuk pergi ke satu daripada lima negara -Tunisia, Turki,Sudan, Malaysia dan Britain.

Amr yang termasuk dalam kumpulan yang diarah meninggalkan Qatar menulis di dalam Facebooknya mengenai keputusan negara itu: "Kami menghargai sumbangan besar Qatar dalam menyokong kebangkitan Rakyat Mesir menentang junta tentera dan kami faham mengenai keadaan yang dihadapi negara ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

No comments:

Post a Comment