Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Hotel berdentum

Posted: 13 Mar 2014 03:19 PM PDT

Shah Alam: Kakitangan sebuah hotel, di sini berdepan detik mencemaskan apabila siling di bahagian lobi hotel berkenaan yang sedang diubah suai runtuh secara tiba-tiba, semalam.

Jurucakap hotel berkenaan ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang selepas siling yang sedang dalam proses pengubahsuaian tiba-tiba runtuh disusuli dentuman kuat.


Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kecederaan ketika kejadian kerana kawasan berkenaan sudah ditutup kepada orang ramai.

"Penghuni hotel tidak berada di sekitar kawasan lobi ketika kejadian berlaku dan kami sudah membersihkan kawasan terbabit," katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd. Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.


Cubaan Harian Metro meninjau lokasi kejadian secara lebih dekat juga tidak berjaya kerana pekarangan hotel ditutup kepada orang ramai dan dikawal pegawal keselamatan.

Foto

KEADAAN siling lobi hotel yang runtuh ketika dalam proses ubah suai. Gambar kecil, kontraktor membuat pengubahsuaian pada bahagian tepi siling hotel yang runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

Titip doa buat MH370

Posted: 13 Mar 2014 12:31 PM PDT

Kuala Lumpur: Ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus meningkatkan usaha secara teknikal, setiap rakyat Malaysia disaran membantu secara spiritual bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang hilang sejak seminggu lalu.

Bagi umat Islam, menjadi kewajipan untuk terus bermunajat kepada Allah SWT agar pesawat penerbangan MH370 ditemui dan semua kru serta penumpangnya selamat.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam menyeru semua masjid mendirikan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini, selain mengadakan bacaan Yasin.

"Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, itu antara sumbangan dan bantuan secara tidak langsung yang boleh kita sumbangkan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Foto

JEMAAH mengaminkan doa yang dibacakan Zakariah.


Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Sabtu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

Usaha Malaysia dipuji komander Tentera Laut AS

Posted: 13 Mar 2014 12:03 PM PDT

Seorang komander Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) memuji usaha kerajaan Malaysia ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Komander William Marks, jurucakap Armada Ketujuh Tentera Laut AS memuji usaha kerajaan Malaysia yang disifatkan berjaya menyusun semua tindakan koordinasi dengan baik ketika usaha SAR yang membabitkan lebih 10 negara.


"Saya memberikan kredit kerana mereka berjaya melakukan tindakan yang bagi saya sebagai satu tugas yang cemerlang. Ia seperti kita mengendalikan papan catur yang besar kerana membabitkan tiga dimensi iaitu darat, laut dan udara. Jika anda tidak melakukan tindakan yang baik, sudah pasti akan berlaku kemalangan. Ia memang satu tindakan yang dirancang dengan baik," kata Marks kepada Sinosphere, blok New York Times berpangkalan di China ketika diwawancara, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

Mungkin tenggelam

Posted: 13 Mar 2014 12:01 PM PDT

Nibong Tebal: Wujud kemungkinan pesawat penerbangan MH370 terhempas di lautan dan tenggelam sehingga menyebabkan pancaran gelombang kecemasan daripada alat pemancar isyarat lokasi kecemasan (ELT) gagal dikesan satelit mencari dan menyelamat setakat ini.

Pandangan itu disuarakan Ketua Rancangan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Mohd Fadzil Ain yang menjelaskan kemungkinan isyarat itu tidak dapat dikesan disebabkan faktor pelemahan air terhadap gelombang radio dikeluarkan alat terbabit.

Beliau berkata, ELT berfungsi memancarkan gelombang radio untuk membolehkan usaha mengesan lokasi dan kedudukan pesawat dilakukan dengan mudah menerusi penggunaan satelit.

"Ia memancarkan gelombang itu pada frekuensi 406 MHz yang boleh dikesan pada jarak 10,000 kaki dan sekiranya di daratan, mana-mana pesawat penyelamat boleh mengenal pastinya dengan mudah.

Foto

PEGAWAI Tentera Udara Vietnam meneliti peta dalam misi pencarian MH370 di kawasan perairan negara itu, semalam.


"ELT akan aktif secara automatik sejurus ia terpelanting keluar dari pesawat dengan memancarkan gelombang kecemasan itu setiap 50 saat dan boleh bertahan 30 hari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

'Kami tak putus asa'

Posted: 13 Mar 2014 12:00 PM PDT

Sepang: Pencarian pesawat MH370 masuk hari keenam semalam masih gagal menemui sebarang petunjuk, namun Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan tiada istilah putus asa dalam pencarian berkenaan.

Malah, beliau juga menegaskan tiada apa-apa yang cuba disembunyikan mengenai insiden berkenaan dan berharap semua pihak terus mendoakan kesejahteraan penumpang pesawat.

Berikut sedutan sidang media diadakan pada jam 5.30 petang semalam.

Dakwaan dibuat penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki MH370 meneruskan penerbangan selama empat jam selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Subang. (Hishammuddin)

Foto

HISHAMMUDDIN bersama Ahmad Jauhari pada sidang media, semalam.


Kami merujuk kepada data terakhir enjin pesawat = diperoleh jam 1.07 pagi dan mendapati pesawat beroperasi dalam keadaan normal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

No comments:

Post a Comment