Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jamu selera celah kubur

Posted: 23 Mar 2014 10:35 AM PDT

Sebuah restoran di India memberikan pengalaman "menyeramkan" kepada pelanggan yang berkunjung di restoran itu.

Ia menyediakan pengalaman makan di tanah perkuburan apabila restoran itu dibina di atas tapak tanah perkuburan lama.

Bagaimanapun, pemilik restoran berkata, tempat itu baik untuk perniagaan.

Restoran New Lucky menampilkan konsep berbeza berbanding estoran lain dengan meletakkan meja makan di sekitar bekas tapak perkuburan Islam lama.

Pemiliknya, Krishan Kutti memutuskan untuk mengekalkan kubur itu bagi menjalankan perniagaannya.

Namun di sebalik ruang dalamannya yang "menyeramkan", restoran itu menjadi tarikan ramai dan tempat yang popular untuk dikunjungi.

"Tanah perkuburan ini mendatangkan rezeki kepada saya.

Perniagaan meningkat dan berkembang kerananya dan memberikan pengunjung pengalaman yang unik.

"Kami mengekalkan keadaannya asal dan pelanggan nampaknya tidak kisah," katanya.

Bagaimanapun, Krishan tidak pasti siapa pemilik sebenar tanah perkuburan itu.

Beberapa penduduk tempatan mendakwa ia menempatkan perkuburan pengikut ahli Sufi abad ke 16.

Terdapat 12 kubur di dalam restoran berkenaan dan ia di kelilingi pagar besi.

Setiap hari sebelum memulakan perniagaan, pekerja restoran menghabiskan masa membersihkan kubur itu dan menghiasnya dengan bunga segar.

"Kami mulakan perniagaan dengan memberi penghormatan kepada kubur berkenaan.

Foto
Foto


Kami membersihkannya menutupnya dengan kain dan menabur bunga ke atasnya.


Ia penting sebagai penghormatan kepada si mati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Remaja habis masa 10 jam sehari untuk berselfie

Posted: 23 Mar 2014 09:11 AM PDT

London: Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian.

Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.

Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar.

Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.

Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny.

Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya.

"Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri.

"Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa," kata Danny.

Kini, dia yang mula memuat naik "selfie" di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu.

"Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa.

"Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya.


Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar "selfie" di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal.


Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui "like" atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya.

Ia akan merosakkan sesiapa saja," katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Kokain dalam kondom

Posted: 23 Mar 2014 09:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Berlin: Pihak berkuasa kastam Jerman memintas bungkusan yang dialamatkan ke Vatican mengandungi 14 kondom berisi kokain, baru-baru ini.

Luna Maya tidak mahu lepas peluang

Posted: 23 Mar 2014 09:08 AM PDT

Jakarta: Stadium Gelora Bung Karno semalam berubah warna menjadi merah dan putih apabila puluhan ribu penyokong Parti Gerindra menghadiri rapat umum terbesar parti berkenaan.

Turut menyertai perhimpunan itu ialah selebriti terkenal yang antaranya Luna Maya, Raffi Ahmad dan Narji.

Ketiga-tiganya menjadi pengacara pada acara berkenaan.

"Gerindra Menang, Prabowo presiden.

Mari kita membantu mengubah Indonesia," seru Raffi dan Luna ketika memulakan kempen berkenaan.

Luna sebelum ini berkata, dia menginginkan presiden yang dapat mewujudkan keamanan di samping peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat Indonesia.

"Kalau peluang kerja wujud di seluruh negara, tidak akan ada yang berhijrah ke Jakarta.


Kesesakan akan dapat dikurangkan," katanya.

Selain dihadiri pegawai atasan Gerindra, khususnya calon presiden parti, Prabowo Subianto, rapat umum itu turut dihiburkan oleh penyanyi dangdut yang berpakaian seksi dan goyangan sensasi.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Baju Merah tunjuk perasaan 5 April

Posted: 23 Mar 2014 09:08 AM PDT

Bangkok: Penyokong Perdana Menteri Yingluck Shinawatra mengancam mengadakan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran ketika usaha untuk mendakwa beliau semakin meningkat.

Ancaman itu meluaskan kemungkinan konfrontasi dengan penunjuk perasaan yang membantu menggagalkan pilihan raya Februari lalu yang dijangka dimenangi Yingluck.

Mahkamah Perlembagaan memutuskan pilihan raya itu tidak sah Jumaat lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, pilihan raya baru mungkin dapat diadakan beberapa bulan lagi, menyebabkan Yingluck yang mengetuai kerajaan sementara akan memerintah negara itu dengan kuasa terhad.

"Kepada penyokong baju merah, siap berkemas dan bersedia untuk mengadakan perhimpunan terbesar.

Pada 5 April depan, destinasi kita ialah Bangkok atau tempat lain.


Ia akan diumumkan kemudian," kata Jatuporn Prompan, pengerusi 'baju merah' Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator kepada penyokongnya.

Jatuporn membantu menganjurkan kebangkitan 'baju merah' menentang kerajaan sebelum ini yang berakhir dengan pertumpahan darah pada Mei 2010.

Lebih 90 orang mati ketika tunjuk perasaan di tengah Bangkok itu sementara dalam krisis terbaru, 23 maut dan lebih 700 cedera sejak November.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Tunggu 9 April

Posted: 23 Mar 2014 09:08 AM PDT

Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) akan mengumumkan calon naib presidennya selepas pilihan raya Parlimen yang akan berlangsung 9 April depan.

"Kami akan menunggu sehingga 9 April untuk mengumumkan calon kami.

Kami mahu melihat keputusan pilihan raya umum sebelum membuat pengumuman," kata pengerusinya, Suhardi, semalam.

Beliau memberitahu wartawan ketika diwawancara di rapat umum Gerindra di Stadium Gelora Bung Karno di Senayan.

Menurutnya, parti itu akan mengkaji strategi dan memutuskan calon terbaik untuk berganding dengan ketua penaungnya, Prabowo Subianto berdasarkan keputusan berkenaan.


Prabowo, 62, sudah dicalon untuk jawatan presiden pada pilihan raya Julai depan.

"Calon naib presiden itu mungkin dari Gerindra atau parti lain yang akan dipilih menerusi penggabungan dengan kami," katanya.

Menurutnya, langkah untuk tidak mengumumkan calon berkenaan dibuat kerana tidak mahu menjejaskan undi terhadap parti itu pada 9 April ini.

"Ia mungkin menyebabkan kami tidak dapat kerusi secukupnya atau undi popular untuk mengemukakan calon presiden.


Ini menyebabkan kami bergabung dengan parti lain," kata Suhardi.

Beliau mengaku Setiausaha Agung Gerindra Ahmad Muzani dalam proses menilai lima nama yang boleh digandingkan dengan Probowo dan semua mereka adalah orang awam.

Prabowo ketika berucap pada penyokong parti itu berkata, semakin ramai 'pencuri' ingin berkuasa di Indonesia.

Menurutnya, pencuri itu berada di mana-mana, tidak hanya dalam parti politik.

Beliau berikrar partinya akan membersihkan Indonesia daripada 'pencuri' berkenaan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti.

"Ini ikrar kami.

Sudah terlalu ramai yang ingin mencuri kekayaan negara," kata Prabowo yang tiba di stadium itu dengan helikopter sebelum naik jip dan akhirnya berkuda.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Manila tahan pemimpin kanan pemberontak komunis

Posted: 23 Mar 2014 09:07 AM PDT

Manila: Kemungkinan untuk menyambung semula rundingan damai dengan pemberontak komunis Filipina semakin kabur berikutan penangkapan pasangan suami isteri yang menjadi pemimpin kanan kumpulan itu.

Tentera semalam menyifatkan penangkapan pengerusi Parti Komunis Filipina Benito Tiamzon, dan isterinya yang juga Setiausaha Agung parti, Wilma Tiamzon sebagai satu kejayaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Emmanuel Bautista berkata, Benito menjadi pemimpin partinya dan juga pasukan bersenjata parti berkenaan, Tentera Rakyat Baru (NPA).

"Dia mengarahkan keganasan di seluruh negara, penggunaan periuk api, pembunuhan dan keganasan yang dilakukan NPA," katanya.

Bautista memberitahu pemberita, penahanan itu akan menjadikan gerakan pemberontak yang wujud sejak 45 tahun lalu tiada pemimpin dan berharap lebih ramai anggota kumpulan itu sedar bahawa perjuangan mereka selama ini sia-sia.

Namun penahanan itu mendapat kecaman kedua-dua belah pihak kerana mendakwa ia menyebabkan rundingan damai terhenti.

Pasangan itu ditahan dalam serbuan di pulau Cebu melalui tiga waran tangkap yang dikeluarkan kerana menyebabkan kematian dan cubaan membunuh, kata Bautista.

Menurutnya, lima lagi individu yang ditahan bersama pasangan itu dipercayai pengganas selepas penemuan senjata api dan bahan letupan yang berada dalam simpanan mereka.

Pengerusi panel rundingan yang mewakili parti itu, Luis Jalandoni mengecam penahanan suami isteri dengan mendakwa kedua-duanya dilindungi imuniti.

Luis dalam kenyataannya di laman web kumpulan berkenaan menyifatkan penahanan yang dilakukan ketika permulaan sesi rundingan damai terbaru itu jelas melanggar perjanjian imuniti yang ditandatangani pada 1995.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Russia mahu serang Ukraine?

Posted: 23 Mar 2014 09:06 AM PDT

Ketua Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine semalam mendakwa tentera Russia akan melancarkan serangan terhadap negara itu bila-bila masa.

"Matlamat Putin (Vladimir, Presiden Russia) ialah menguasai seluruh Ukraine, bukan setakat Crimea.

Tenteranya sudah berhimpun di kawasan sempadan, bersedia untuk melancarkan serangan bila-bila masa.

"Mereka akan menyeberang sempadan.

Pada tanggapan Putin, Ukraine perlu menjadi sebahagian Russia," kata Andriy Parubiy.

Di Brussels, panglima tertinggi tentera NATO berkata, Russia sudah mengumpulkan sejumlah besar tentera di sempadan timur Ukraine.

Jeneral Philip Breedlove dari Amerika Syarikat berkata, langkah itu mencetuskan ancaman terhadap Transdniestria, wilayah Moldova yang berjuang menuntut pemisahan.

Beliau memberi amaran itu sehari selepas tentera Russia, lengkap dengan kereta kebal, senjata automatik dan bom asap menawan kemudahan tentera terakhir Ukraine di Crimea, yang digabungkan menjadi sebahagian Russia Jumaat lalu.

"Jumlah tentera Russia di sempadan timur Ukraine amat besar dan seolah-olah sudah bersedia," kata Breedlove dalam satu majlis di Brussel pada satu majlis di Brussels.

Penguasaan Russia terhadap Crimea yang mempunyai populasi Russia selepas penyingkiran Presiden Ukraine yang pronegara itu mencetuskan krisis paling buruk antara Timur dan Barat sejak Perang Dingin.

Amerika Syarikat yang sudahpun mengenakan sekatan dengan menyasarkan sekutu politik dan perniagaan Putin mengancam meluaskan sekatan itu jika tentera Russia menceroboh bahagian timur dan selatan Ukraine yang juga mempunyai ramai penduduk berbangsa Russia.

Breedlove berkata, NATO amat bimbang mengenai ancaman terhadap Transdniestria, wilayah yang mengisytiharkan kemedekaan dari Moldova pada 1990 tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

Ikrar Hamas

Posted: 23 Mar 2014 09:05 AM PDT

Pejuang Hamas semalam menghantar mesej kepada rakyat Israel melalui sistem pesanan ringkas yang berbaur ancaman.

Ia dilakukan 10 tahun selepas ulama Hamas, Sheikh Ahmed Yassin terkorban dalam serangan udara yang dilakukan rejim Zionis itu.

Penduduk Israel dan wartawan yang berada menerima pesanan ringkas yang berbunyi: "Jika Gaza diserang, rakyat Israel akan menderita," dan "Dalam peperangan seterusnya, semua tanah Palestin akan ditawan semula." Sumber Hamas memberitahu perkara itu dilakukan Briged Ezzedine al-Qassam sempena ulang tahun ke-10 pembunuhan Ahmed.

Satu lagi mesej dihantar berbunyi: "Al-Qassam memilih kamu untuk menjadi Shalit seterusnya," merujuk kepada tentera Israel, Gilad Shalit yang diculik dan ditahan selama lima tahun sebelum dibebaskan sebagai pertukaran kepada pembebasan 1,000 rakyat Palestin yang dipenjarakan Israel.

Mesej itu dikatakan dihantar dari telefon bimbit yang berbeza.

Semua nombor yang menghantar mesej itu gagal dihubungi kecuali yang dijawab oleh seorang lelaki Israel yang memberitahu taliannya diceroboh.

Emel majalah IsraelDefence juga digodam dan satu emel mengenai pembunuhan Ahmed dimuat naik.

Emel itu berbunyi: "Kami takkan lupa apa yang dilakukan ke atas beliau (Ahmed).


Kami bersumpah akan membalas dendam dan kali ini akan memenggal kepala pemimpin anda.

"Rejim Zionis membunuhnya menggunakan peluru berpandu dan kini peluru berpandu kami boleh menyerang setiap sudut Israel." Ahmed, pengasas dan ulama Hamas terkorban dalam serangan udara Israel pada 2004.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

AS bebas perisik untuk selamat rundingan damai

Posted: 23 Mar 2014 09:05 AM PDT

Baitulmaqdis: Amerika Syarikat mungkin membebaskan Jonathan Pollard yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup sebagai cara untuk menyelamatkan rundingan damai Israel dengan Palestin.

Memetik sumber diplomatik Barat, radio Israel melaporkan, pentadbiran Presiden Barack Obama tidak menolak kemungkinan membebaskan Pollard sebagai pertukaran kepada persetujuan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk membebaskan tahanan Arab di Israel yang dituduh melakukan keganasan oleh rejim Zionis.

Pollard, bekas penganalisis Tentera Laut AS, ditangkap pada 1985 kerana memberi ribuan dokumen mengenai pengintipan Amerika Syarikat di dunia Arab kepada Israel.

Israel dijadual membebaskan kumpulan 26 tahanan Arab pada 29 atau 30 Mac di bawah persetujuan yang menyaksikan penyambungan semula rundingan damai dengan Palestin.

Rejim Zionis itu bersetuju membebaskan sejumlah 104 tahanan jangka panjang apabila rundingan dimulakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry pada Julai.

Setakat ini ia sudah membebaskan 78 orang yang semuanya dihukum penjara lebih 20 tahun.

Pihak Berkuasa Palestin menuntut supaya antara yang dibebaskan kali ini ialah rakyat Israel keturunan Arab atau warga Palestin yang memegang kad pengenalan Israel.

Kerajaan Netanyahu bagaimanapun menolak tuntutan itu.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

No comments:

Post a Comment