Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tinggalkan suami ke-4

Posted: 05 Apr 2014 09:13 AM PDT

Kuala Lumpur: Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.

Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi.

Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.

Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak November lalu.

Foto

RAZAK menunjukkan gambar Aina (kanan) dan kekasih pengkidnya.


Menurut Razak, isterinya Aina, 32, menghilangkan diri mengikut teman wanita ketika dia keluar rumah membeli sarapan pagi.


"Pada mulanya, dia menyuruh saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilangkan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya.

"Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Razak berkata, dia hanya engenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri.

Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenalkan sebagai rakan lama.

"Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya. Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali wanita terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab.

"Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia dan 'rakannya' sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

"Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini?

"Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang hantaran," katanya.

Menceritakan sejarah perkahwinannya, Razak berkata, ketika ingin mengahwini Aina pada Mei tahun lalu, dia tidak tahu isterinya pernah berkahwin tiga kali.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06

Pengkid curi anak kakak kekasih

Posted: 05 Apr 2014 09:09 AM PDT

Kluang: Kempunan untuk bergelar 'bapa', seorang pengkid berusia 20-an bersama kekasihnya berumur 16 tahun melarikan seorang bayi lelaki berusia setahun dari kediaman ibu mangsa di Kampung Tengah di sini, sejak lima hari lalu.

Bayi lelaki itu adalah anak tunggal kepada kakak kekasih pengkid yang juga ibu tunggal berusia 17 tahun.

Pengkid terbabit dipercayai melakukan perancangan rapi untuk melarikan bayi berkenaan, termasuk pada awalnya menemani ibu mangsa membeli-belah di pasar raya berhampiran Kampung Tengah, jam 2 petang, Rabu lalu.

Sejam selepas menemani ibu mangsa, pengkid itu memberi alasan mahu pulang ke rumah untuk menjemput mangsa dan kekasihnya.

Namun, ibu mangsa yang menanti mereka di pasar raya itu curiga apabila ketiga-tiganya tidak tiba di situ selepas lama menanti.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, ibu mangsa kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas mendapati anaknya, adiknya serta pengkid terbabit tiada di rumah.

"Ibu mangsa turut cuba menghubungi adiknya, namun gagal," katanya Siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai dilarikan ibu saudaranya bersama seorang wanita berperwatakan lelaki.

"Kami percaya kedua-dua suspek membawa lari bayi terbabit untuk dijaga.

Kedua-dua suspek juga menjalin hubungan sejenis," katanya.

Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan bayi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06

Ada peserta tiada lesen

Posted: 05 Apr 2014 09:08 AM PDT

Melaka: Lebih 450 peserta Liga Paintball Kebangsaan, pusingan kedua yang sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula semalam di Dataran Pahlawan, di sini, pulang dengan hampa selepas kejohanan itu dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, penganjuran kejohanan itu menyalahi Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

"Untuk memiliki serta membawa senjata api, seseorang itu hendaklah memiliki lesen, jika tidak, ia dianggap sebagai menyalahi akta senjata api.

"Isu lesen tidak sepatutnya timbul kerana kami awal-awal lagi menjelaskan, jika tidak memiliki lesen, mereka tidak boleh meneruskan kejohanan," katanya yang ditemui di tapak kejohanan, semalam.

Kejohanan itu dijadualkan bermula jam 8 pagi namun ditunda bagi memberi laluan kepada polis untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur, Persekutuan Paintball Malaysia (MPF).

"Kami jelaskan bahawa kami tidak menghalang individu yang memiliki lesen untuk terus bermain, namun hanya 40 orang memiliki lesen dan penganjur memutuskan untuk tidak meneruskan kejohanan," katanya.

Pemeriksaan lesen dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan kerjasama Bukit Aman.

Ketika pemeriksaan dilakukan, Salehhudin mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun, dipercayai seorang daripada penganjur, kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Kami menahan lelaki terbabit mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan selepas dia mengganggu tugas kami.

Dia bertindak kasar dengan menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami.

"Pemeriksaan mendapati lelaki terbabit memiliki rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.

Sementara itu, Presiden MPF Mohamed Rezal Jamaluddin berkata, kejohanan terbabit dibatalkan kerana pasukan yang bertanding di dalam divisyen satu, dua dan tiga menggunakan 'marker' yang tidak berlesen.

"Polis meminta kami membuat permohonan lesen memiliki senjata tiruan, namun setiap IPD tidak ada prosedur permohonan senjata tiruan, sebaliknya hanya menyediakan permohonan senjata tulen.

"Bagi saya, marker paintball langsung tiada kena mengena dengan senjata tulen.

Jadi kami akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mewujudkan kerjasama kerana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengiktiraf paintball sebagai aktiviti sukan," katanya.

Foto

SEBAHAGIAN daripada peserta pertandingan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06

Isteri dibelasah kerana keciciran wang

Posted: 05 Apr 2014 09:06 AM PDT

Ampang: Hanya kerana mempersoalkan kehilangan wang miliknya yang disimpan di dalam beg tangan, seorang wanita dibelasah dengan tali pinggang oleh suaminya di kediaman mereka di Hiliran Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa berusia 27 tahun menyedari wang tunai dianggarkan RM100 yang disimpan di dalam beg tangannya hilang sebelum mencari di dalam bilik tidurnya kerana beranggapan tercicir.

Menurut sumber, bagaimanapun wang itu tidak ditemui, menyebabkan dia bertanya suaminya berusia 40-an sama ada lelaki itu mengambil wang itu tanpa pengetahuannya.

"Bagaimanapun, tindakannya bertanya suaminya mengundang padah apabila lelaki itu mengamuk dan memaki hamun mangsa kerana menuduhnya yang mencuri.

"Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa memintanya bertenang dan memberitahu dia hanya ingin meminta penjelasan, namun tidak diendahkan suspek yang kemudian menyerang dan menampar muka mangsa," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan, namun lelaki itu bertindak ganas dengan membelasahnya menggunakan tali pinggang.

"Mangsa yang kesakitan cuba melarikan diri ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu bagi menyelamatkan diri.

"Namun suspek yang masih tidak berpuas hati menendang pintu bilik sehingga pecah dan sekali lagi membelasah mangsa selama beberapa minit," katanya.

Sumber itu berkata, selepas puas membelasah isterinya, suspek terus keluar dari rumah dan membiarkan mangsa yang lebam di seluruh badan.

Akibat kejadian itu, mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06

Cinta empat tahun

Posted: 05 Apr 2014 09:05 AM PDT

Kuala Lumpur: Percintaan selama empat tahun antara pengarah termuda Malaysia Mohd Syafiq Mohd Yusof dengan Aeishah Zainal akhirnya termeterai dengan ikatan perkahwinan apabila pasangan itu selamat diijabkabulkan di Surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Majlis dimulakan dengan khutbah disampaikan bapa pengantin perempuan Ustaz Zainal Ismail, 49, dan sekali gus menikahkan pasangan berkenaan.

Tepat jam 9.50 pagi, anak kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam itu sah menjadi suami Aeishah dengan hanya sekali lafaz.

Aeishah menerima mas kahwin RM1,000 serta hantaran termasuk minyak wangi, kasut dan gelang tangan emas dan wang hantaran berjumlah RM15,000. Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Foto

MAJLIS akad nikah Syafiq dan Aeishah diadakan di Surau Tabung Haji Jalan Tun Razak.


Dihadiri kira-kira 100 keluarga serta sahabat terdekat keluarga pengantin, Syafiq yang segak berbaju Melayu putih bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar.


Malahan, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak kisah majlis pernikahannya berlangsung sederhana. Dia menyerahkan segala urusan persiapan kepada ibu bapanya kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Menyingkap kembali detik perkenalan pasangan itu, kedua-duanya baru berusia 22 tahun itu kelihatan malu-malu namun tidak menolak untuk berkongsi sedikit sejarah percintaan mereka.

"Saya berkenalan dengan Aeishah ketika minggu orientasi di Kuala Lumpur Metropolitan Univerisity College (KLMUC) pada 2010. Dia teman wanita pertama saya. Selepas dua bulan, saya terus bawa dia berjumpa keluarga.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06

No comments:

Post a Comment