Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Bekal 620 setem palsu

Posted: 10 Apr 2014 12:25 PM PDT

Klang: Seorang lelaki yang juga ejen penjual setem didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membekalkan 620 keping setem palsu kepada Pos Malaysia.

Tertuduh, Teh Soon Chai, 35, pemilik Maxwell Trader Enterprise turut berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zaki Mohd Daud di hadapan Majistret Mohd Fadli Yaacob sementara tertuduh diwakili peguam Rajvinder Singh.


Difahamkan, kes menjual setem palsu ini pertama kali berlaku di negara ini dan mengikut kertas pertuduhan, Soon didakwa melakukan kesalahan membekalkan setem berdominasi 60 sen kepada Pejabat Pos Mini Taman Sentosa, di sini, antara 28 Mei hingga 3 Oktober tahun lalu.

Satu laporan kemudian dikemukakan kepada Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Jabatan Pos SKMM pada 11 Oktober lalu berhubung kes pemalsuan setem pos dikesan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.


Laporan daripada Percetakan Keselamatan Nasional Malaysia Sdn Bhd bertarikh 11 Oktober tahun lalu mengesahkan 620 keping setem yang dibekalkan tertuduh adalah palsu.


Pemalsuan setem yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perkhidmatan Pos 2012 (Akta 741) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Foto

TEH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, semalam.

Ahmad Zaki dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan tindakan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh kerana ia membabitkan kepentingan awam selain ingkar kepada Pos Malaysia kerana menjual setem palsu. Sementara itu, Mohd Fadli dalam penghakimannya berkata, tindakan tertuduh yang membekalkan setem palsu kepada Pos Malaysia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap pihak Pos Malaysia kerana beliau adalah pihak yang diberi tanggungjawab membekalkan setem.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Penunggang degil parah langgar jengkaut

Posted: 10 Apr 2014 12:19 PM PDT

Kuala Lumpur: Sikap degil seorang penunggang motosikal melalui Jalan Sungai Besi ke Ampang yang masih dalam pembinaan akhirnya memakan diri apabila dia terbabit kemalangan dengan sebuah jengkaut, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa warga Bangladesh berusia 20-an dipercayai sengaja memasuki laluan itu meskipun belum dibuka secara rasmi.


Difahamkan, ketika mangsa menunggang kira-kira dua kilometer bermula dari susur masuk di Lebuh raya Besraya, sebuah jengkaut yang sedang menjalankan kerja pembinaan berada di tengah jalan berkenaan.

Menurut sumber peronda lebuh raya itu, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh bucu hadapan penyodok jengkaut berkenaan.


"Berikutan itu, paha, betis dan lutut kanan mangsa parah akibat tertusuk besi berkenaan," katanya.


Katanya, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, susur jalan berkenaan menghubungkan laluan sepanjang lima kilometer bermula dari Sungai Besi sehingga laluan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Pandan Indah.


Proses pembinaan laluan berkenaan dijalankan dan belum dibuka kepada pengguna jalan raya malah pihak kontraktor menutup susur masuk ke laluan berkenaan dengan penghadang jalan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Jualan melalui talian laris

Posted: 10 Apr 2014 11:54 AM PDT

Kuala Lumpur: Untuk memikat pelanggan dan mengatasi pesaing, ada penjual pil Misoprostol yang beroperasi di alam siber menawarkan khidmat selepas jualan dan boleh dihubungi 24 jam.

Pemantauan Harian Metro mendapati puluhan laman web dan Facebook (FB) menyediakan khidmat jualan pil berkenaan, malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjual pil tiruan dengan harga jauh lebih murah dengan kuantiti pil lebih banyak.


Kebiasaannya, pil untuk merawat penyakit ulser itu dijual pada harga RM380 untuk 20 biji pil bagi menggugurkan kandungan berusia dua bulan ke atas manakala bagi kandungan di bawah dua bulan pula berharga RM220 untuk 10 biji.

Wartawan Harian Metro menyamar sebagai pembeli dan seorang wanita berusia 24 tahun cuba yang menjual pil itu di Internet mendakwa dia pekerja sebuah farmasi di ibu negara.


Wanita itu mendakwa pil dijualnya tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan, namun individu yang mengambilnya cuma berasa sakit seperti senggugut. Menurutnya, hanya tiga jam saja tempoh diperlukan untuk mengugurkan janin yang berusia seawal tiga hingga lima bulan melalui pengambilan pil itu.


"Saya tidak buat perkhidmatan jualan secara terus. Urus niaga hanya melalui Internet dan kurier. Jangan risau, pil ini diluluskan pihak hospital dan tidak akan mendatangkan kesan sampingan jika mahu hamil lagi.

"Bagaimanapun mereka yang mengambil pil ini akan rasa pening, muntah, cirit-birit dan demam," katanya.


Wanita itu berkata, pelanggan hanya perlu memasukkan pil itu ke kemaluan sedalam mungkin dan tunggu selama tiga jam sehingga berlaku pendarahan.

"Kebanyakan pelangan saya berusia antara 21 dan 35 tahun yang mengugurkan janin akibat terlanjur.


"Sebahagian daripada mereka juga penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), pelacur dan pekerja swasta," katanya dalam perbualan telefon selama 30 minit.


Menurutnya, perniagaannya mendapat sambutan kerana ramai gadis masa kini yang hamil luar nikah selepas terlanjur dan takut melakukan rawatan gugur janin di klinik.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Mati berdiri salah tekan

Posted: 10 Apr 2014 11:54 AM PDT

Arau: Angkara tersalah menekan butang, seorang lelaki warga emas maut dalam keadaan berdiri akibat tersepit selepas dihimpit sebuah lori yang diturunkan dari sebuah treler dalam kejadian di Mata Ayer, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa Beh Kai Soon, 60, yang juga pemandu treler terbabit cuba menurunkan muatan berkenaan menggunakan kabel dengan cara berundur ke belakang.

Sumber berkata, mangsa dipercayai mengikat kabel di belakang kepala treler pada bahagian depan lori terbabit untuk diturunkan dengan cara mengundur ke bawah di tapak pembinaan landasan kereta api berkembar, di sini.

"Mangsa yang berada di bahagian depan muatan lori itu bagaimanapun tersalah menekan butang apabila tertekan butang tarik dan menyebabkan kenderaan berkenaan tiba-tiba merempuhnya.

Foto

ORANG ramai melihat keadaan mangsa di Mata Ayer, semalam.


"Akibat itu mangsa dipercayai tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan lelaki berasal dari Pulau Pinang terbabit tersepit dan maut di tempat kejadian disebabkan cedera parah," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Rempuh farmasi dek pedal minyak

Posted: 10 Apr 2014 11:45 AM PDT

Kuching: Akibat tertekan pedal minyak ketika mahu membrek, kenderaan dipandu seorang lelaki warga emas berusia 60-an merempuh pintu kaca sebuah farmasi di Batu 4, Jalan Penrissen, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, lelaki terbabit mahu memberhentikan kereta Proton Wira di tempat parkir, malangnya tertekan pedal minyak dan terus melanggar pintu farmasi berkenaan. Kenderaan lelaki itu merempuh masuk setengah meter ke dalam farmasi berkenaan, tetapi tiada siapa cedera.


Seorang pengunjung kedai berhampiran Alice Wee, 28, berkata, bunyi kuat perlanggaran itu mengejutkan orang ramai.

"Lelaki warga emas segera mengundurkan keretanya sebaik menyedari kenderaannya terbabas. Saya diberitahu lelaki terbabit tertekan pedal minyak bukannya brek ketika mahu memberhentikan kereta di depan kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, malah kenderaannya juga tidak rosak, tetapi pintu kaca kedai brekenaan pecah.


Sementara itu, pekerja farmasi yang ditemui berkata, lelaki terbabit berjanji membayar ganti rugi kerosakan pintu kaca.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

No comments:

Post a Comment