Harian Metro: Arena |
- Ada benar kata Raja
- Musim bertuah
- Mancini kesal jual Balotelli
- 'Saya milik Blues'
- Vertonghen yakin Spurs cemerlang
- Sengat Muhaimin
- Idam jadi Leftenan
- Jadikan 'mereka' motivasi terbaik
| Posted: Kuala Lumpur: Isu membabitkan Artikel 88 terus menjadi sensasi, rentetan kenyataan pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal yang mengkritik pendekatan badan induk sukan itu, tetapi apa yang diperkatakan beliau kurang diberi perhatian. Kekurangan penyerang tempatan berwibawa menurut beliau menjadi faktor kegagalan skuad negara dan lebih panas apabila kritikan itu turut mengaitkan kehadiran semula pemain import sejak musim lalu sebagai punca.
Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni berpendapat penyerang negara era ini tidak lagi mempunyai aura menggerunkan yang mampu menggentarkan pemain lawan.
"Sekarang, adakah pemain Korea bercakap mengenai Safee Sali, ada mereka cakap mengenai Safiq Rahim, ada Jepun bercakap mengenai Apek (Khairul Fahmi Che Mat)?" Beliau memetik kisah Chin Aun yang pada satu ketika dulu bersama pasukan kebangsaan untuk perlawanan menentang Korea di Seoul dan ketika itu beliau selsema dan dibawa berjumpa doktor pasukan Korea.
"Disebabkan takut kepada Chin Aun, Korea boleh katakan beliau ada leukemia. Itu yang kita mahukan daripada pemain kita. Mereka harus yang terbaik di Asia!" Menyentuh mengenai pemain import, Bakri berkata, kehadiran mereka sepatutnya membawa kebaikan kepada pemain tempatan tapi yang berlaku sebaliknya.
|
| Posted: Manchester: Pengurus Manchester United Alex Ferguson menganggap andai berjaya melaksanakan misi merampas kejuaraan daripada Manchester City, musim ini dianggap penuh gemilang buat United. Namun Ferguson menolak andaian kekalahan kepada Real Madrid dan Chelsea pada aksi Liga Juara-Juara dan Piala FA bakal melenyapkan sinar kejayaan mereka merangkul gelaran liga musim ini.
Biarpun Pengurus City Roberto Mancini menganggap pasukannya sudah tidak mungkin mampu mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu, Ferguson tetap bertekad memenangi pertemuan setempat antara Manchester pagi Selasa ini bagi melebarkan jurang kepada 18 mata dengan baki tujuh perlawanan.
"Ya, saya ingin menjuarai Liga Juara-Juara sekali lagi tapi kami tersingkir dalam senario penuh kontroversi. Kekecewaan akibat kekalahan di tangan Chelsea begitu ketara tetapi prestasi pada aksi liga amat konsisten." Sementara itu Nemanja Vidic masih belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan itu selepas kapten kelab itu mengalami kecederaan paha dalam perlawanan menentang Sunderland hujung minggu lalu, begitu juga dengan Jonny Evans.
"Saya memiliki Rio Ferdinand, Chris Smalling dan Phil Jones dan masih ada pengganti yang sesuai." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| Posted: Manchester: Pengurus Manchester City Roberto Mancini percaya kekurangan gol dan pemergian penyerang licik Mario Balotelli ke AC Milan Januari lalu menjejaskan misi mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris. City di tangga kedua, ketinggalan 15 mata berbanding Manchester United yang ditentang di Old Trafford, awal pagi Selasa dan Mancini minggu lalu akur perlumbaan merebut kejuaraan sudah berakhir.
Balotelli, penyerang Itali yang sentiasa diperhatikan Mancini kerana perangai peliknya, melakukan hantaran kepada Sergio Aguero untuk menjaringkan gol pada masa kecederaan hari terakhir musim lalu untuk City mengatasi United dengan perbezaan gol dan muncul juara.
"Kami bolos dengan jaringan yang sama, kami mempunyai pertahanan terbaik, hanya kehilangan gol seperti ini. Kami berdepan banyak kecederaan, kehilangan Sergio, kehilangan Mario," katanya merujuk kepada Aguero yang tidak dapat beraksi pada awal musim dan turut mengalami kecederaan lain.
"Kami tidak sepatutnya ketinggalan 15 mata. Meskipun United bermain dengan baik dan menang banyak perlawanan dan berhak berada di puncak tetapi bukannya dengan kelebihan 15 mata." - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| Posted: London: Fernando Torres berjanji untuk terus berada di Chelsea sehingga sekurang-kurangnya 2016. Penyerang Sepanyol itu gagal menepati nilai pembelian £50 juta (RM232.7 juta) sejak menyertai kelab itu dari Liverpool pada Januari 2011.
Begitupun, Torres, 29, menegaskan dia mahu menamatkan kontrak sedia ada di Blues.
"Ketika ini, kembali ke Atletico bukan satu realiti," katanya.
Begitupun dia mahu terus berkhidmat dan membuktikan tindakan pemilik Blues Roman Abramovich membelinya dengan harga termahal bola sepak Britain satu tindakan tepat.
|
| Vertonghen yakin Spurs cemerlang Posted: London: Kemampuan sebenar Tottenham dalam perebutan tiket Liga Juara-Juara bakal diuji hari ini apabila turun menentang Everton di White Hart Lane tanpa tonggak utama, Gareth Bale. Pemain sayap Wales itu menyumbang 22 gol buat skuad kendalian Andre Villas-Boas musim ini tapi mengalami kecederaan buku lali pada hujung perlawanan Liga Europa menentang Basle, awal pagi Jumaat lalu berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Bale pasti terpaksa disisihkan untuk dua perlawanan dan Spurs yang turut kehilangan khidmat Aaron Lennon pada pertemuan menentang Basle kini mungkin mengharapkan Lewis Holtby dan Gylfi Sigurdsson untuk mencorak jentera serangan kelab itu.
Kecederaan dialami William Gallas yang terpaksa dikeluarkan pada pertemuan menentang Basle memaksa Vertonghen diletakkan di bahagian tengah ketika berdepan the Toffees.
"Bagaimanapun kami perlu mempamerkan persembahan terbaik andai ingin mengalahkan Everton.
|
| Posted: Pulau Pinang: Jentera berwajah baru seakan menaikkan semangat juang Abdul Muhaimin Roslan apabila berjaya muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang membuka tirai musim 2013 di Stadium Batu Kawan, hari ini. Pelumba pasukan Yamaha Maju Motor Racing yang sinonim dengan jentera berwarna biru sepanjang beberapa musim lalu kini kembali menggunakan warna merah sebagai warna utama jentera, seperti memberi amaran awal mengenai kebangkitan mereka pada musim ini selepas melalui beberapa musim mengecewakan.
"Sebenarnya memang warna baru ini memberi semangat baru kepada seluruh pasukan. Sewaktu saya memenangi gelaran juara keseluruhan Novis 2008, jentera kami ketika itu berwarna merah.
Menyentuh saingan daripada pelumba lain, Muhaimin mengaku ia cukup sengit berdasarkan sesi ujian masa semalam.
"Jentera yang laju sahaja tidak boleh menjamin kemenangan. Kami perlu memikirkan strategi perlumbaan tepat dan juga dapat menyediakan jentera yang mampu bertahan lama pada kelajuan konsisten.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Penembak elit negara, Haslisa Hamed yang kini bergelar LK 1 TNL dalam angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki sasaran tersendiri, menjawat jawatan pegawai tinggi TLDM jika tidak lagi bergelar atlet. Soalan: Siapakah anda jika tidak bergelar atlet? Jawapan: Buat masa ini saya hanya memegang jawatan Lans Koperal, lepas ini saya ingin meletakkan tumpuan penuh dalam kerjaya dan bergelar Leftenan.
Mungkin ada sesiapa yang mendorong anda meminati bidang kerjaya ini? Tiada. Jujurnya saya memang meminati kerjaya ini sendiri. Tiada sejarah dalam keluarga saya seorang tentera, malah saya juga tidak menerima dorongan sesiapa.
Apa aktiviti riadah di masa lapang? Saya suka menghabiskan masa terluang dengan bermain snuker bersama rakan skuad menembak negara. Kadang-kala kami juga gemar berkaraoke.
Apakah pengalaman paling manis sepanjang kerjaya bergelar atlet negara? Pengalaman paling manis ialah di Sukan SEA Korat pada 2007. Waktu itu saya bersama Nur Suryani Mohd Taibi dan Nur Ain Ibrahim berjaya membidik pingat emas pertama Malaysia di temasya kali ke-24 itu. Kami juga berjaya mengungguli acara trio raifal prone 50 meter pada hari pertama menembak waktu itu. Lebih hebat, Korat menjadi penampilan sulung saya di peringkat antarabangsa dan saya pulang dengan pingat emas. Pengalaman paling manis! Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| Jadikan 'mereka' motivasi terbaik Posted: Kuala Lumpur: Benarkah pemain import dalam liga tempatan menyebabkan Malaysia kekurangan penyerang kaliber? Apabila pasukan tewas, pemain disalahkan tetapi bila menang, pengurus atau jurulatih disanjung dan mendapat pujian. Senario seperti nampaknya tidak lagi relevan kerana bolasepak semakin maju ke depan dan pendekatan menganalisis serta membimbing pemain seharusnya menjadi tanggungjawab jurulatih atau pengurus pasukan. Menariknya, apakah wajar bentuk pemikiran suka menuding jari kepada pemain apabila sesebuah pasukan kalah mesti diterima dalam semua keadaan? Hakikatnya tidak begitu kerana mentaliti bola sepak negara mempunyai ramai pemain import berbeza. Jika dilihat kepada aspek pengurusan sesebuah kelab di Eropah, apabila pasukan kalah, pengurus akan dipecat dan pemain terus dikekalkan. Ini kerana dalam falsafah bola sepak moden, pengurus atau jurulatih perlu bertanggungjawab jika pasukannya tewas atau penyerang tidak mampu menjaringkan gol pada perlawanan dilalui mereka setiap minggu atau pada perlawanan antarabangsa.
"Mereka seharusnya lebih peka dan cuba memperbaiki setiap kelemahan untuk menyaingi pemain luar dan membuktikan mereka juga setanding dengan mereka.
Apakah wujud jurang pemain import dan penyerang kebangsaan? Kata Azman:" Penyerang kita seperti Matlan Marjan lebih digeruni berbanding Scott Ollenrenshaw, Dollah Salleh mengimbangi Alistair Edwards dan Abbas Saad atau Hashim Mustapha yang hebat dengan karakter dan ketajaman di depan gol. "Isu pemain import bukan topik atau masalah kerana jika pemain tempatan tidak menyerlah dalam beberapa perlawanan, jurulatih dan pengurusan juga perlu memberi motivasi kepada pemain, bukan ambil jalan mudah mengkritik dan menyalahkan mereka. "Pemain import hadir untuk memeriahkan liga kita dan bukan membayangi pemain kita. "Bagi saya, kita perlu maju ke depan dan melihat mentaliti bola sepak luar. Apabila kalah, sering kita lihat jurulatih atau pengurus dipecat atau disingkir tetapi pemain kekal dalam sesebuah pasukan. Kita perlu memandang ke depan.
Azman berkata, pemain juga perlu mengambil inisiatif menjalani latihan untuk meningkatkan kualiti sebagai penyerang dan sentiasa mahu memajukan diri. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment