Harian Metro: Arena |
- Chong Wei jadi bahan ujikaji
- Salehan terbaik!
- Pengalaman jadi penentu
- TABS 1 ratah Rhinos Jr
- Semarak gaya hidup sihat
- Minda Inovatif tetap ampuh
- Mahalia FT, Thalia FT sama hebat
- Misi makin hampir
- Peluang masih terbuka: Dollah
- Laluan getir buat skuad Jang
| Posted: Kuala Lumpur: Sejak kekalahan kepada pemain nombor dua dunia Chen Long di Seluruh England, Mac lalu, segala kekuatan yang ada pada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sememangnya dijangka akan menjadi bahan analisa penting untuk China gunakan kepada semua pemain pelapisnya, sebelum Lin Dan bersara. Hakikat itu ternyata benar apabila pemain berusia 21 tahun, Tian Hou Wei berjaya menterjemahkan apa yang pernah dilakukan Chen Long dan Lin Dan ketika menewaskan Chong Wei di separuh akhir Terbuka Australia, bukannya Du Pengyu dan bukan juga Wang Zhengming.
"Mengapa BAM menghantar Chong Wei ke Australia sedangkan kejohanan itu berstatus GP Emas, malah Chong Wei sendiri dalam keadaan tidak sihat sepenuhnya kerana demam," kata bekas pemain kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara.
Datuk Lee Chong Wei "Saya tidak nampak keperluan menghantar Chong Wei, begitu juga Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Mereka tidak perlu memburu mata untuk menempatkan diri ke Kejohanan Dunia. Tindakan menghantar mereka ke kejohanan kecil sebegini akan mendedahkan lagi kekuatan kepada pemain lawan.
Bekas pemain itu juga mahu BAM menjawab jurulatih manakah yang membuat analisa pemain negara dan juga lawan.
|
| Posted: Kuala Pilah: Aksi mantap Salehan Othman yang mengutip 38 mata berjaya mengenepikan cabaran 60 pemain lain untuk dinobatkan juara Kejohanan Golf Amal Piala Datuk Hasan Malek 2013, berlangsung di Kelab Golf Seri Menanti, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Pemain amatur dari Seremban itu yang memegang handicap 15, mengakui tidak menyangka menang dalam kejohanan itu berikutan saingan sengit daripada pemain lebih berpengalaman, tetapi menyifatkan pengalaman yang ditimba melalui penyertaan dalam banyak kejohanan tempatan, turut membantunya.
"Walaupun hanya berkelebihan satu mata daripada pencabar lain, saya sangat berpuas hati kerana pukulan banyak menjadi ,namun saya akui saingan kali ini amat mencabar, tambahan pula dalam keadaan cuaca panas," katanya selepas kejohanan.
Tempat ketiga hingga kelima diraih Mohd Nor Alias, Nor Azizi Idris dan Mazli Mohd Nor, yang masing-masing berkongsi 37 mata.
|
| Posted: Muadzam Shah: Pentas Grand Final Kejohanan Sofbol Inter-Politeknik masih baru buat pasukan sofbol Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang, khasnya bagi skuad muda kategori wanita. Ini jelas terbukti semasa berlangsung Grand Final yang dilangsungkan di Politeknik Sultan Azlan Shah( PSAS ), Perak, baru-baru ini. Hakikat itu terpaksa diterima kerana rata-rata pemain muda PMS telah mencuba pada tahap terbaik, namun atas padang faktor pengalaman menjadi kayu pengukur pasukan mana yang lebih hebat.
Dalam keadaan padang yang keras ditambah dengan cuaca panas terik sedikitpun tidak menghalang barisan jurulatih PMS Mohd Rizal Azman Rifin untuk memberikan saingan.
"Kami sebenarnya sudah menepati sasaran awal menjadi wakil Zon Timur setelah muncul sebagai naib juara," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08 |
| Posted: Kota Kinabalu: Pasukan TABS 1 Safa Bandaraya mencatat kemenangan besar 11-0 ketas Rhinos Jr dalam perlawanan Liga Bolasepak Junior Kota Kinabalu bawah 13 tahun di padang SUKMA baru-baru ini. Perlawanan itu adalah yang kelima bagi TABS 1 dalam liga yang dijadual berakhir Jun ini.
Mohd Hizaz Lokman meledakkan empat gol manakala Mufizal Madlan menjaringkan satu gol.
Gol-gol itu diperoleh menerusi jaringan Muhammad Aiman Azhari, Sapri (dua gol), Eddy dan Yusfadzly.
|
| Posted: Melaka: Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka menganjurkan program santai belia tiga bulan berturut-turut tanpa henti dalam misi menyemarakan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri terbabit. Program berkenaan antaranya termasuk klinik tenis yang dianjurkan Yayasan Melaka membabitkan peserta bawah 10 tahun dan junior dari 11-16 tahun di Komplek Tenis Ayer Keroh bermula sejak 23 Mac lalu sehingga tiga bulan berikutnya.
Beliau berkata, latihan kayak di muara Sungai Melaka dan Dataran 1Malaysia Klebang membabitkan pelajar pengajian tinggi, pekerja industri, kakitangan agensi awam dan swasta selain pertunjukan silat bermula 1 April lalu turut memberi impak berkesan terhadap pembentukan generasi aktif dan cergas.
Program yang bermula 16 Mac lalu disertai 2021 peserta pada minggu pertama penganjuran yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd ALi Rustam. Turut diadakan Melaka Go Kart Challange membabitkan kategori wanita, veteran dan agensi kerajaan dan pusat pengajian tinggi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08 |
| Posted: Sungai Petani: Walaupun dibarisi pemain berusia melebihi 40 tahun, pasukan Minda Inovatif (MI) masih ampuh apabila mampu mengikat skuad Jururawat Lelaki (JL) Hospital Sultan Abdul Halim pada perlawanan bola sepak persahabatan di padang Pusat Serenti, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini. MI pimpinan Fuad Latif yang menampilkan guru sebagai pemainnya mengikat lawannya 3-3.
"Kami puas hati dengan keputusan ini kerana skuad JL mempunyai rama pemain muda yang bertenaga," katanya.
|
| Mahalia FT, Thalia FT sama hebat Posted: Sungai Petani: Skuad futsal Mahalia FT dan Thalia FT, kedua-duanya dari Bandar Seri Astana berlainan fasa memiliki kehebatan serupa apabila seri 5-5 pada perlawanan persahabatan di Gelanggang Multimaxx, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini. Kapten Mahalia FT Asrul Nizam Ahmad berkata perlawanan persahabatan itu menguji tahap stamina pemain dalam membentuk pasukan mantap menjelang kejohanan tertutup Bandar Seri Astana menentang tiga lagi fasa tidak lama lagi.
Mahalia FT yang wujud sejak tahun lalu sebelum ini banyak menyertai kejohanan domestik dan pengalaman berkenaan bakal digunakan mereka sebaik saingan bermula. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08 |
| Posted: Kuala Terengganu: Misi Terengganu mengulangi kejayaan mara ke separuh akhir musim lalu semakin hampir apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin. Jurulatih E Elavarasan menyifatkan kebangkitan pemainnya cukup menakjubkan apatah lagi selepas ketinggalan kepada tuan rumah pada minit ke-73 dan penalti yang diambil penyerang import Effa Owona m-87 berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.
"Sikap tidak putus asa harus dibawa ke gelanggang sendiri pada suku akhir kedua nanti dengan menggandakan lagi asakan," tegasnya.
"Kemenangan penting ini sudah pasti memberi kelebihan kepada Terengganu apatah lagi bermain di depan penyokong sendiri dalam misi melayakkan diri ke separuh akhir sebagaimana musim lalu," katanya.
|
| Posted: Kuantan: Jurulatih Pahang Dollah Salleh menjelaskan keputusan seri dengan Sime Darby FC malam kelmarin, tidak akan memadamkan impian skuad Tok Gajah untuk layak ke separuh akhir Piala FA. Dollah berkata, peluang ke pusingan seterusnya masih terbuka tetapi pemain tidak boleh lagi mempamerkan corak permainan seperti dipersembahkan kelmarin.
"Saya juga percaya prestasi lebih baik dapat dipersembahkan pemain dengan kemasukan dua pemain import baru untuk memperkasakan pasukan," katanya.
"Mereka gagal mengucar-kacirkan kubu lawan dan pada masa sama terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Ini kerugian kita," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08 |
| Posted: Seremban: Negeri Sembilan menganggap peluang untuk mara ke separuh akhir belum tertutup sekali pun tewas 1-3 kepada Terengganu dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin. Kekalahan itu membuatkan mereka terpaksa melalui laluan berliku apabila membuat perhitungan terakhir pada suku akhir kedua di gelanggang lawan, 16 April nanti.
Katanya, usaha akan dilipatgandakan bagi membaiki segala kelemahan untuk membolehkan kemenangan dapat dicapai pada aksi suku akhir kedua nanti.
Menurutnya, selepas mendahului pada minit ke-73 hasil jaringan Mohd Nazrin Mohd Nawi, pemain gagal mengekalkan rentak dan mempertahankan kubu pasukan sehingga dihukum Terengganu dengan tiga gol berturut-turut untuk mendapatkan bekalan selesa.
"Akibatnya mereka terus hilang tumpuan hingga membolehkan Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol kedua pada minit ke-90 diikuti gol ketiga oleh Ahmad Nordin Alias, dalam masa kecederaan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment