Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bunuh 100 bayi dengan gunting

Posted:

Philadelphia: Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia.

Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu.

Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi yang masih hidup di klinik Perubatan Wanita Philadelphia.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Foto

Gambar menunjukkan himpunan beg plastik yang berisi bahagian tubuh bayi dalam peti sejuk di klinik Gosnell.


Massof yang menantikan hukuman selepas mengaku bersalah membunuh dua bayi baru lahir di klinik itu mendedahkan bahawa dia menyaksikan pengguguran bayi pada usia 26 minggu - dua minggu melepasi had 24 minggu yang dibenarkan.


Dia juga mendakwa melihat 100 bayi yang baru dilahirkan digunting di belakang leher bagi memastikan mereka mati.

Massof turut menceritakan mengenai adegan mengerikan di klinik itu yang begitu kotor dan peralatan pembedahan yang berkarat.

"Ia penuh dengan janin. Janin dan darah ada di merata tempat. Ada yang kepalanya sudah tanggal dengan otak dari tubuh," katanya kepada NBC.

Dia juga mendakwa mesin ultra bunyi di klinik itu dimanipulasi bagi membolehkan janin kelihatan kecil dan lebih muda.

Graduan perubatan itu juga menjelaskan dia memperoleh ijazah perubatan dari Grenada di Hindia Barat dan tidak menamatkan latihan doktor pelatih ketika bekerja dengan Gosnell pada 2003.

Tetapi Massof berkata, dia yakin niat ketuanya jujur dan doktor itu percaya dia membantu wanita miskin yang selalu datang ke kliniknya.

"Saya percaya Gosnell jujur mahu membantu wanita dan melindungi mereka daripada didera dan diabaikan," katanya.

Perbicaraan itu kini masuk minggu ketiga dan dijangka selesai akhir bulan ini.

Lapan pekerja klinik sudah mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan, manakala pekerja kesembilan masih dibicarakan dengan Gosnell.

Massof bekerja lima tahun di klinik itu sebelum meninggalkan tempat itu pada 2008 kerana bertelingkah dengan pekerja lain.

"Saya rasa macam anggota bomba di neraka. Saya tidak dapat memadamkan kebakaran," katanya.

Dia menghadapi tuduhan membunuh tiga tahun kemudian selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terhadap pemberian ubat tahan sakit Gosnell mendorong kepada serbuan di klinik itu dan kes pengguguran lebih serius.

Pendakwa raya menuduh Gosnell mengaut keuntungan lebih AS$1 juta (RM3.1 juta) setahun di klinik itu. Dia mengenakan bayaran sebanyak AS$3,000 (RM 9,168) untuk setiap pengguguran. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

Hubungan cinta Lindsay, Snow sudah berakhir

Posted:

Hollywood: Hubungan cinta aktres Lindsay Lohan dengan kekasih barunya, Avi Snow dikatakan sudah berakhir walhal mereka baru beberapa minggu menjalin hubungan.

Sebagaimana dipetik daripada E! News semalam, satu sumber berkata, Lindsay sudah tidak bersama pemuzik itu sejak dia bercuti ke Brazil akhir minggu lalu.


Hingga saat ini tidak diketahui mengapa mereka putus hubungan. Kedua-dua pihak belum mengulas mengenainya.

Hubungan antara Lindsay dan Snow tersebar selepas mereka dilihat berciuman di kelab 41 Ocean di Santa Monica. Lindsay ke kelab itu untuk menyaksikan konsert kumpulan muzik Snow, City of the Sun.


Ketika diwawancara E! minggu lalu, Snow turut memuji Lindsay. Dia berkata aktres itu adalah wanita yang sangat menyenangkan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

11 hari tinggal di atas pokok

Posted:

Taipei: Seorang aktivis, Pan Han-chiang yang mendiami sebatang pokok sejak 11 hari lalu berikrar tidak akan turun selagi sebuah majlis tempatan menggugurkan rancangan untuk menebang pokok berkenaan.

Pihak berkuasa itu merancang membina sebuah kolam renang dan tempat meletak kereta bawah tanah di kawasan itu.


Meskipun dibantah oleh pencinta alam, penduduk sekitar, seorang kontraktor sudahpun mula mengalihkan 5 daripada 32 pokok yang sudah berusia 40 tahun sejak bulan lalu.-AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

AS tangguh uji peluru berpandu

Posted:

Washington: Amerika Syarikat (AS) menangguhkan ujian misil balistik antara benua bimbang ia akan meningkatkan ketegangan di Korea Utara.

Pengumuman Pentagon bahawa ia menjadualkan semula ujian yang sepatutnya diadakan di California minggu depan dibuat ketika masyarakat antarabangsa semakin cemas mengenai kemungkinan Pyongyang memulakan peperangan.


Seorang pegawai pertahanan AS berkata, Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel menangguhkan ujian Minuteman 3 di Pangkalan Udara Vandenberg sehingga bulan depan kerana bimbang ada pihak yang menganggap ia bertujuan memburukkan krisis sedia ada dengan Korea Utara.

"Kami mahu mengelak salah faham atau manipulasi. Kami tetap komited untuk menguji misil itu bagi memastikan ia selamat dan ia senjata nuklear yang berkesan," katanya.


Korea Utara yang berang dengan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan ujian nuklear dan misilnya serta latihan tentera AS dan Korea Selatan, mengeluarkan beberapa ancaman untuk memulakan perang nuklear sejak beberapa minggu lalu.


Ia juga dilapor memasang peluru berpandu jarak sederhana pada pelancar bergerak dan menyembunyikannya di kemudahan bawah tanah di pantai timur negara itu, sekali gus meningkatkan spekulasi bahawa ia sudah bersiap untuk melancarkan serangan.

Diplomat asing di Pyongyang semalam berbincang mengenai amaran Korea Utara bahawa keselamatan mereka tidak terjamin selepas 10 April depan jika peperangan meletus.


Bagaimanapun, kebanyakan kerajaan menjelaskan, mereka tidak merancang mengundurkan kakitangan kedutaan dan ada yang berpendapat amaran Pyongyang itu hanya retorik untuk menarik perhatian saja.

Penasihat kanan keselamatan Presiden Park Geun-Hye semalam menyifatkan amaran itu sebagai satu helah untuk memaksa Seoul dan Washington menawarkan tolak ansur kepada Korea Utara. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

Wanita seksi di Zambia berdepan hukuman berat

Posted:

Kampala: Wanita berskirt mini di Zambia berdepan dengan hukuman penjara dan denda berat menurut satu undang-undang yang hendak diperkenalkan.

Jika diluluskan, undang-undang itu juga akan menyebabkan drama televisyen dan filem diharamkan.


Rang Undang-Undang Anti-Pornografi 2011 mencadangkan mereka didapati bersalah mendorong ke arah pornografi akan didenda 10 juta syiling Uganda (RM12,500) atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

Menteri Etika dan Integriti Simon Lokodo berkata: "Mana-mana pakaian yang mendedahkan bahagian tubuh yang boleh menaikkan nafsu adalah diharamkan. Apa juga pakaian yang di atas lutut diharamkan. Jika seorang wanita memakai skirt mini, kami akan menangkap mereka." Rang Undang-Undang itu yang disokong Timbalan Peguam Negara Fred Ruhindi juga akan melihat banyak filem dan drama televisyen diharamkan dan penggunaan Internet diawasi.


"Ini bermakna selebriti seperti Beyonce dan Madonna akan diharam daripada disiarkan menerusi televisyen Uganda. Televisyen tidak sepatutnya menyiarkan orang seksi.


"Kami akan mengawasi Internet supaya kami tahu siapa yang melihat laman web apa dan kami akan tahu siapa yang menonton bahan pornografi," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

Musharraf dibenar bertanding kerusi Parlimen

Posted:

Chitral: Pihak berkuasa pilihan raya Pakistan semalam membenarkan bekas diktator tentera Pervez Musharraf bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang walaupun terdapat dia didakwa dengan kesalahan undang-undang.

Musharraf yang memerintah Pakistan selama sembilan tahun selepas merampas kuasa tanpa ertumpahan darah pada 1999, kembali ke negara itu selepas hidup dalam buangan pada 24 Mac lalu.

Dia berikrar bertanding dalam pilihan raya 11 Mei akan datang di empat wilayah.

"Kertas pencalonannya mengikut syarat ditetapkan. Memandangkan dia belum didapati bersalah, kami tidak boleh menolak permohonannya," kata pegawai pilihan raya di Chitral, bandar berhampiran sempadan dengan Afghanistan.


Permohonannya untuk bertanding di bandar kelahirannya di Karachi bagaimanapun ditolak atas dakwaan melanggar perlembagaan dan tindakannya memecat beberapa hakim kanan ketika menjadi presiden.


Kertas pencalonan Musharraf turut ditolak di bandar Kasur, Punjab Jumaat lalu dan permohonannya untuk bertanding di Islamabad belum diputuskan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

No comments:

Post a Comment