Harian Metro: Global |
- Bandar Samara 'diserang' tanah jerlus
- iPhone 6 tiada butang 'home'
- 15kg dadah dalam kotak susu
- Selesema burung jejas pengeluaran bulu tangkis
- Veteran tentera maut ditembak perompak
- Kapal nelayan China terkandas
| Bandar Samara 'diserang' tanah jerlus Posted: 09 Apr 2013 11:18 AM PDT Samara: Gambar ini seolah-olah dirakam dari sebuah filem yang mengisahkan malapetaka yang amat dahsyat. Tetapi, imej ini sebenarnya adalah realiti harian yang dihadapi penduduk di bandar raya Samara di tenggara Russia.
Kejadian dipercayai berlaku sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan kereta, bas dan sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh.
TANAH jerlus yang besar boleh menelan kereta dan mencetuskan kekecohan. SEORANG penduduk terbunuh akibat tanah jerlus di Samara, bandar raya keenam terbesar di Russia. Sehingga ini, sekurang-kurangnya seorang penduduk mati akibat ditelan bumi.
Kejadian tanah jerlus adalah perkara biasa di kawasan perlombongan.
|
| Posted: 09 Apr 2013 11:09 AM PDT New York: Apple mungkin memberikan iPhone 6 skrin melengkung pada kedua-dua belah permukaan, rekaan semula paling radikal pernah dilakukannya. Satu paten yang diambil oleh syarikat teknologi terkemuka itu pada 2011 menggambarkan bentuk baru berkenaan, yang turut menyaksikan butang 'home' ikoniknya ditanggalkan.
Reka bentuk itu mempunyai ciri-ciri besar, dengan permukaaan AMOLED (Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode) yang tidak mempunyai sempadan. Ia sebaliknya menyediakan ruang skrin dari atas hingga ke bawah.
"Ia rekaan yang menarik tetapi tidak mungkin memberikan Apple kelebihan yang berkekalan dalam persaingan.
|
| Posted: 09 Apr 2013 11:07 AM PDT Jakarta: Tiga warga Filipina mungkin berdepan hukuman mati di Indonesia selepas ditangkap ketika cuba menyeludup dadah syabu dengan nilai hampir RM6.4 juta, kata pihak berkuasa semalam. Ketiga-tiga suspek itu ditahan bersama 15.3 kilogram dadah berkenaan lapangan terbang utama Jakarta sejurus selepas tiba dari Hong Kong.
"Setiap seorang membawa lima kotak susu tepung berisi dadah dalam bagasi tangan masing-masing," katanya. Okto berkata, suspek terbabit berusia 40-an, 50-an dan 61 tahun.
|
| Selesema burung jejas pengeluaran bulu tangkis Posted: 09 Apr 2013 11:07 AM PDT Jakarta: Peminat badminton di Indonesia bimbang serangan wabak selesema burung boleh mengorbankan 'mangsa' yang tidak dijangka, iaitu industri bulu tangkis. Ekoran kes selesema burung yang kembali dikesan di China, Jakarta terpaksa menghentikan semua produk ternakan ayam dan itik - termasuk bulu itik kering - dari negara berkenaan.
Jurucakap PBSI, Ricky Subagja berkata, pihaknya berharap larangan import itu tidak berlanjutan lama kerana ia pasti memberi kesan. Selesema burung terbaru di China mengorbankan tujuh orang dan 24 lagi dimasukkan ke hospital di China. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/10 |
| Veteran tentera maut ditembak perompak Posted: 09 Apr 2013 11:06 AM PDT Phuket: Seorang veteran tentera yang cuba menghalang rompakan di sebuah kedai emas petang kelmarin maut selepas ditembak penjenayah, lapor media tempatan. Apichet Choo-kliang, 32, sedang melihat barang kemas yang dipamerkan di kedai berkenaan bersama tunangnya apabila perompak terbabit menyerbu masuk premis berkenaan. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan, perompak terbabit datang menaiki motosikal dan memasuki kedai itu jam 6 petang (waktu tempatan).
Memetik kenyataan saksi, Phuket News melaporkan, perompak itu juga membawa sepucuk pistol dan mengarahkan kakitangan serta pelanggan kedai itu mengikut arahannya. Saksi berkata, ketika perompak terbabit mengambil barang kemas yang ada dan memasukkannya ke dalam beg, Apichet menghampirinya untuk cuba menghalang.
|
| Posted: 09 Apr 2013 11:06 AM PDT Manila: Sebuah kapal dipercayai nelayan China bersama 12 anak kapal terkandas di kawasan lindungan terumbu karang di barat daya Filipina, kata pegawi kerajaan semalam. Komander Pengawal Pantai Wilayah, Enrico Efren Evangelista berkata, kapal itu berlayar di Taman Marin Negara Tubbataha di Laut Sulu ketika ia tersangkut pada lingkaran terumbu karang. "Tidak dapat dipastikan mengapa kapal berlayar ke kawasan itu," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment