Harian Metro: Setempat |
- Seksa lif rosak
- Shell tawar RM500,000
- 4 ditipu lelaki bermulut manis
- Suspek tetak ditahan di hotel
- 'Mereka rakan bukan pengawal'
| Posted: 10 Apr 2013 04:29 PM PDT Subang Jaya: "Sudah lebih dua minggu penduduk dibebani masalah kerosakan lif dan terpaksa menggunakan tangga sehingga ke tingkat 18," kata penduduk yang juga orang kelainan upaya (OKU), Masayu Hassan, 30 yang kecewa dengan pihak pengurusan Pangsapuri Lagoon Perdana kerana gagal menangani masalah lif rosak di situ. Masayu berkata, dia yang tinggal di tingkat dua blok enam kediaman berkenaan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang menjanjikan pembaikan lif pada 2 April lalu, tetapi sehingga sekarang masih tidak diselenggara. "Kedua-dua lif rosak pada penghujung Mac lalu dan pihak pengurusan berjanji untuk membaikinya pada 2 April lalu kerana ketiadaan alat ganti namun sampai sekarang tiada tindakan," katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan, di sini, semalam. Menurutnya, sudah banyak kali dia mengajukan pertanyaan itu namun jawapan sama diberikan kepadanya oleh pihak terbabit. MASAYU menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya di tingkat dua rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana. MASAYU dibantu jiran untuk menaiki tangga.
Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, dia tidak tahan dengan keadaan itu jika ia berlarutan kerana keadaannya yang menghidap asma. "Saya tinggal di tingkat 15 dan terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik setiap hari. Saya risau dengan tahap kesihatan saya," katanya. Dalam pada itu, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Asfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, ia tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk menguruskan penyelenggaraan pangsapuri namun pihak MPSJ akan melihat tindakan yang boleh dilakukan jika JMB gagal bertindak. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
| Posted: 10 Apr 2013 04:26 PM PDT Kuala Lumpur: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd kini menawarkan hadiah wang tunai lebih RM500,000 bagi pelanggan setia yang menyertai peraduan 'Shop to Win!' yang dibuka sehingga penghujung bulan ini. Pengurus Jualan Peruncitannya Leslie Ng berkata, peraduan terbuka kepada pelanggan Shell yang menggunakan kad Bonuslink di kedai serbaguna Shell dengan pembelian 17 barangan yang tersenarai.
Leslie berkata, pelanggan setia Shell yang tidak mempunyai kad berkenaan boleh mendapatkannya di kedai serbaguna Shell.
|
| 4 ditipu lelaki bermulut manis Posted: 10 Apr 2013 04:26 PM PDT Subang Jaya: Hasrat seorang ibu tunggal menggandakan wangnya dengan melabur dalam perniagaan bersama seorang lelaki yang dikenalinya terkubur apabila dia kerugian lebih RM30,000 selepas lelaki terbabit gagal memulangkan wang dilaburnya sejak 2011. Wanita terbabit yang ingin dikenali sebagai Fatimah, 42, membuat pendedahan mengenai rakan kongsinya itu selepas dia mengetahui ramai wanita terutama penjawat awam serta ibu tunggal menjadi mangsa lelaki bermulut manis itu membabitkan kerugian lebih RM50,000.
"Lelaki terbabit menawarkan saya peluang untuk menjana pendapatan dengan membekal barangan seperti komputer riba dan sebagainya ke pejabat kerajaan di Melaka dan menjanjikan keuntungan lumayan.
"Mac lalu, saya pergi ke rumah lelaki itu dan memberitahu isterinya mengenai penipuan terbabit. Lelaki terbabit berang dan mengugut akan melakukan sesuatu yang buruk terhadap saya," katanya.
Beliau berkata, daripada aduan diterima pihaknya percaya kebanyakan mangsa adalah rakan atau saudara yang mengenali suspek terbabit dan pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk mengesan lelaki itu.
|
| Posted: 10 Apr 2013 04:24 PM PDT Petaling Jaya: Seorang suspek kes samun dan tetak dengan parang oleh empat lelaki bertopeng yang memecah masuk sebuah kedai motosikal di Jalan PJS 1/26, di sini Sabtu lalu berjaya ditahan polis di sebuah hotel, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, lelaki terbabit berusia 31 tahun ditahan jam 6.30 petang di sebuah hotel di Petaling Jaya bersama beberapa senjata yang digunakan dalam rompakan terbabit.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, semalam.
Selepas mangsa rebah dan tidak sedarkan diri, kumpulan penjenayah terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga dianggarkan bernilai RM50,000. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
| Posted: 10 Apr 2013 04:21 PM PDT Kuala Lumpur: Pelakon drama popular, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin mendakwa laporan sebuah portal hiburan berhubung kononnya dia memasang pengawal peribadi untuk tujuan keselamatan adalah salah faham. Laporan disiarkan semalam itu dikatakan adalah kesilapan yang disalah tafsir atas gurauannya ketika menjawab persoalan diajukan.
"Maklumlah saya memang gemar bergurau dan tidak pula menyangka perihal itu disalah tafsir sesetengah pihak. Jujurnya lelaki yang bersama saya di satu majlis baru-baru ini adalah kawan baik saya dan bukannya dibayar sebagai pengawal peribadi," katanya ketika dihubungi semalam. "Saya tidak mahu ada pihak lain salah anggap atau mengeksploitasi kenyataan sebegitu," katanya ketika dihubungi semalam. Aktor berusia 34 tahun yang popular dengan drama rantaian Nur Kasih itu turut menafikan desas-desus kononnya menerima ancaman atau ugutan hingga membuatkannya mengambil keputusan menggunakan pengawal peribadi.
"Sekali lagi saya tekankan yang lelaki bersama saya di majlis rasmi atau mana-mana acara hiburan itu adalah kawan saya. Kebetulan mereka punya masa terluang dan ingin menemani saya ke acara tertentu, bukannya dibayar," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment