Harian Metro: Global |
- Belut jalan dalam perut
- Lekat syiling RM47,650 pada kereta
- Ganja 13kg dirampas
- Mahkamah kekal undang-undang larang hubungan seks sama jenis
- Arkitek Belanda, Indonesia bantu bina bangunan terapung
- Ikan berwajah buaya ditangkap
| Posted: 10 Apr 2013 03:41 PM PDT Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat. Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.
"Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.
IMEJ sinar-X menunjukkan belut dalam perut lelaki itu. |
| Lekat syiling RM47,650 pada kereta Posted: 10 Apr 2013 03:33 PM PDT Dubai: Anda mestilah orang kaya jika mahu memandu kereta ini. Pemiliknya, Ali Hassan Gharib, 29, melekatkan syiling 57,412 dirham (RM47,650) pada keretanya yang berharga RM210,000.
Walaupun selepas dilekat dengan setengah tan syiling, Range Rover ini masih boleh meluncur selaju 120 kilometer sejam.
|
| Posted: 10 Apr 2013 03:33 PM PDT Bali: Polis merampas 13.1 kilogram marijuana didakwa milik seorang penduduk Jakarta di sebuah bilik sewa di Denpasar, semalam. Ketua Unit Narkotik Polis Denpasar, Joko Hariadi berkata, polis menyerbu bilik sewa di Jalan Glogor Carik itu dan menemui lima beg plastik mengandungi daun marijuana kering dan basah.
Polis percaya bungkusan itu tidak diperiksa anggota keselamatan di satu daripada pintu masuk utama ke pulau peranginan berkenaan. Kata Joko, polis percaya Andre sempat menjual dua kilogram dadah itu dan bakinya masih disimpan di bilik sewanya. "Andre seorang pengedar dadah dan berada di Bali selama dua bulan.
|
| Mahkamah kekal undang-undang larang hubungan seks sama jenis Posted: 10 Apr 2013 03:32 PM PDT Singapura: Aktivis hak asasi manusia berang semalam selepas Mahkamah Tinggi Singapura menolak petisyen supaya undang-undang melarang hubungan seks sejenis dipinda. Dalam keputusan dikeluarkan kelmarin, hakim Quentin Loh berkata, terserah kepada Parlimen untuk meminda peruntukan kontroversi dikenali sebagai Seksyen 377A - dalam Kanun Acara Jenayah Singapura.
Seksyen 377A digubal pada zaman British dan kini ia dipertikaikan kumpulan gay di Singapura.
|
| Arkitek Belanda, Indonesia bantu bina bangunan terapung Posted: 10 Apr 2013 03:32 PM PDT Jakarta: Arkitek dari Belanda dan Indonesia menawarkan bantuan membina bangunan terapung sebagai penyelesaian kepada bandar raya seperti Jakarta yang berdepan masalah banjir serta kesempitan ruang. Arkitek Belanda yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni bina dalam air, Bart Van Bueren berkata, Jakarta dan Belanda berkongsi masalah sama seperti banjir dan kenaikan paras air. "Bangunan amfibia boleh menjadi penyelesaian pintar bagi kawasan yang mudah dinaiki air," katanya di sidang media bersama, semalam.
Justeru, ia menjadi kawasan paling kurang didiami ketika musim hujan. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
| Posted: 10 Apr 2013 03:32 PM PDT Phitsanulok (Thailand): Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam. Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.
Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya.
Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment