Harian Metro: Arena |
- Tumpu aspek fizikal
- Tingkat jati diri staf
- Misi KKP berjaya!
- Sejarah hitam bolasepak
- Perlu hormati tugas media: KAWAT
- Terengganu enggan ambil import baru
- Nwakaeme julang Kelantan
- Conti lengkap import Tok Gajah
- Singa Utara kekal skuad
- Azzuddin 'orang kuat' baru AFF
| Posted: 10 Apr 2013 03:30 PM PDT Kuala Lumpur: Rashid Sidek menegaskan penekanan latihan akan lebih kepada menyediakan fizikal pemain yang lebih kuat dan tahan beraksi dalam tempoh lama, selepas menyaksikan aksi pemain muda China di Terbuka Australia minggu lalu. "Saya bersama Hendrawan sudah berbincang dan kami dapati, ketahanan pemain muda China itu disebabkan persiapan fizikal yang amat baik," kata Rashid.
"Sepatutnya pemain kita menjalani latihan fizikal lebih berat di peringkat remaja, bagi membentuk asas kekuatan dalam diri pemain yang bakal membolehkan seseorang pemain badminton, bermain dalam tempoh panjang dengan daya tahan tinggi." Meskipun Rashid mempunyai andaian sebegitu, Institut Sukan Negara (ISN) sebelum ini pernah menafikan keperluan latihan membentuk kekuatan fizikal atlet di peringkat remaja kerana bimbang membantut pertumbuhan badan atlet badminton.
HOUWEI pamer peningkatan mendadak. "Saya memang memantau pemain ini dan berdasarkan rekod penyertaan kejohanan antarabangsa tahun lalu, dia langsung tidak menunjukkan prestasi yang baik melainkan tewas di pusingan awal.
|
| Posted: 10 Apr 2013 03:27 PM PDT Sintok: Pasukan Nurul Huda dinobat juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Universiti Utara Malaysia (UUM) Kali Keenam 2013 di Stadium UUM, baru-baru ini. Mereka mengumpul 347 mata diikuti pasukan Nicol David, 329 dan ketiga pasukan Jegathesan, 312.
Acara 4x400m lelaki dimenangi kuartet pasukan Nurul Huda manakala wanita disandang pelari pasukan Nicol David. Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kejohanan tahunan bermula 7 Februari hingga 8 April itu menyaksikan staf universiti dibahagikan kepada lima pasukan iaitu Nurul Huda, Mokhtar Dahari, Jegathesan, Misbun Sidek dan Nicol David.
Tambahnya lagi, kejohanan ini adalah persiapan awal kontinjen UUM menghadapi Kejohanan Sukan Badan Berkanun pada 24 Jun hingga 2 Julai ini di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kejohanan Sukan Staf Antara IPTA ke-38.
|
| Posted: 10 Apr 2013 03:27 PM PDT Kepala Batas: Pasukan Kolej Komuniti Pahang (KKP) menewaskan Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) 3-0 dalam Kejohanan Liga Bola Sepak IPT 2013 di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini. Ketua pasukan KKP Nik Shahrul Nik Mohamad berkata, kemenangan di tempat lawan itu amat bermakna.
Katanya, bukan mudah mengalahkan tuan rumah kerana mereka membuat persiapan rapi sebelum ini.
|
| Posted: 10 Apr 2013 03:26 PM PDT Kuala Terengganu: Tindakan kasar jurulatih T-Team Peter Butler serta pemain import George Boateng yang melepaskan kemarahan dan mengasari pihak media menggambarkan sikap tidak profesional, selain cuba menutup kelemahan diri sendiri. Butler sepatutnya menghargai peranan dilakukan petugas media yang memainkan peranan cukup besar hingga beliau mendapat simpati penyokong ketika krisisnya dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tahun lalu.
"Sebagai seorang jurulatih berpengalaman dan pernah melatih beberapa kelab bola sepak bertaraf antarabangsa, Butler sepatutnya bersikap lebih profesional dengan petugas media.
Ketika mengulas tindakan untuk merehatkan Butler, Rozi berkata, sebelum ini, kerajaan negeri sudah memberi amaran supaya memperbaiki mutu permainan dan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada pengurusan tertinggi T-Team.
Amaran keras itu ditujukan bukan saja kepada Butler tapi pengurusan, pegawai dan pemain supaya kembali meraih kemenangan pada pusingan kedua Liga Super bermula dengan aksi di Kuantan, Sabtu ini.
|
| Perlu hormati tugas media: KAWAT Posted: 10 Apr 2013 03:26 PM PDT Kuala Terengganu: Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) kesal tindakan jurulatih T-Team Peter James Butler dan pemain import George Boateng mengasari seorang jurugambar akhbar, kelmarin. Menyifatkan ia sebagai melampau, presiden Ayob Mamat berkata, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan seorang jurulatih dan pemain bertaraf profesional.
"Saya harap pihak terbabit memandang serius hal ini dan mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara seperti ini tidak berulang," katanya mengulas insiden yang menimpa jurugambar New Straits Times Press (NSTP) Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail.
Berikutan insiden itu, Tengku Mohd Syamim membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
| Terengganu enggan ambil import baru Posted: 10 Apr 2013 03:26 PM PDT Kuala Terengganu: Ketika skuad 'adik' T-Team masih terkial-kial mencari pemain import baru menggantikan penyerang Caleb Folan selain kemelut dalaman skuad itu, skuad Terengganu terus menyuarakan keyakinan dengan dua awang import dari Cameroon Jean Emmanuel Effa Owona yang bertindak di posisi serangan dan Vincent Bikana yang beraksi di bahagian pertahanan. Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata, pihaknya tidak bercadang mengambil import baru sebaliknya puas hati dengan persembahan dipamer membantu pasukan dalam kempen liga dan Piala FA.
"Selain itu, keserasian yang semakin terserlah antara pemain import dan tempatan hingga mampu membentuk pasukan mantap biarpun bermula agak lembab pada awal musim adalah antara faktor PBSNT masih mengekalkan dua pemain dari Cameron itu," katanya yang yakin dua pemain mampu memberikan persembahan terbaik hingga hujung musim.
"PBSNT sudah mengenal pasti pemain yang boleh beraksi dengan baik dan sebaliknya selepas hampir lima bulan bersama, justeru dengan pemain sedia ada kita akan memperkemaskan pasukan terutama dalam misi mengulangi pencapaian juara Piala FA 2011," katanya.
"Saya percaya strategi yang bakal direncanakan jurulatih E Elavarasan mampu menjinakkan Johor DT dan memperbaiki kedudukan liga." Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
| Posted: 10 Apr 2013 03:25 PM PDT Kuala Lumpur: Jaringan tunggal penyerang import dari Nigeria Dickson Nwakaeme memastikan Kelantan mengekalkan rentak kemenangan pada saingan Piala AFC apabila menewaskan kelab Vietnam SHB Da Nang, 1-0, semalam. Kemenangan itu membolehkan The Red Warriors kekal mendahului Kumpulan G selepas mengumpul 10 mata dengan baki dua perlawanan dan kini berpeluang cerah menjadi salah satu pasukan yang melangkah ke pusingan kedua.
Penyerang berusia 26 tahun itu tenang mengatasi dua pertahanan lawan untuk menyambut hantaran Zairo dan menolak masuk bola sekali gus terus menambah kekecewaan lawan yang turut tewas di Kota Bharu pada minggu lalu dengan keputusan 5-0 dan kini hanya mengumpul enam mata.
Kemenangan terbabit pastinya satu suntikan moral kepada The Red Warriors selepas dikhabarkan tidak diberikan layanan sempurna pasukan tuan rumah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11 |
| Conti lengkap import Tok Gajah Posted: 10 Apr 2013 03:25 PM PDT Kuantan: Bekas pemain kelab Tristan Suarez dari Liga Primera B Argentina Matias Conti melengkapkan kuota pemain import skuad Pahang bagi mengharungi Liga M musim ini. Conti, 23, dari Reconquista diharap membantu menajamkan lagi jentera serangan yang dilihat gagal menyerlah pada saingan Liga Super.
Menurutnya, pengalaman Conti boleh menambah sengat skuad itu bersama penyerang tempatan Mohd Fauzi Rozlan.
Setakat ini, urusan berkaitan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) akan diselesaikan secepat mungkin bagi mendapatkan lesen daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
|
| Posted: 10 Apr 2013 03:24 PM PDT Kangar: "Kami akan menurunkan barisan sama tanpa pemain import baru untuk pertemuan dengan Sabah di Likas, Jumaat ini tapi tetap yakin pemain mampu mengharungi pertemuan itu biarpun bukan mudah mengutip sekurang-kurang satu mata," kata jurulatih Yunus Alif. Beliau mengulas pertemuan pertama pusingan kedua Liga Perdana antara anak didiknya dengan skuad kendalian David Mccreery di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, esok.
"Lawan bukan calang-calang kerana mereka mantap di semua bahagian dan diperkuat beberapa tonggak berpengalaman serta tenaga import berwibawa.
|
| Azzuddin 'orang kuat' baru AFF Posted: 10 Apr 2013 03:24 PM PDT Kuala Lumpur: Selepas lebih lima tahun menerajui sekretariat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad bakal melepaskan jawatannya hujung bulan depan untuk mengisi posisi Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF). Perkara itu disahkan sendiri oleh Azzuddin yang bersedia mengambil tempat ditinggalkan Datuk Seri Paul Mony Samuel selepas namanya dicadangkan Presiden AFF Sultan Ahmad Shah.
"Keputusan awal ini penting bagi memudahkan FAM mencari Setiausaha Agung yang baru," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.
Sementara itu Azzuddin turut mengumumkan FAM sudah menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2019.
Menurut Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Datuk Hamidin Mohd Amin, tambahan kuota seorang lagi pemain import itu hanya dihadkan kepada pemain dari benua Asia saja.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment