Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Malu digelar pelarian

Posted:

Shah Alam: "Saya pernah mendapat rawatan di hospital kerajaan menggunakan kad pengenalan kawan yang simpati. Ia berikutan saya tiada dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan sejak kecil," kata remaja, Nor Fazlin Moh Mashuri, 21, dari Kampung Batu Belah, Klang.

Tidak cukup dengan pengalaman itu, dia yang diserah kepada keluarga angkat sejak kecil turut berdepan pelbagai penghinaan termasuk segelintir kawan yang mengejeknya sebagai pelarian.


"Banyak pengalaman sedih terpaksa saya lalui kerana tiada dokumen pengenalan. Nak dapat rawatan tak boleh, nak bekerja tak boleh dan nak bersekolah pun tak boleh. Saya hanya bersekolah setakat tadika sahaja. "Apabila keluarga angkat mahu memasukkan saya ke sekolah rendah, permohonan ditolak kerana tiada dokumen," katanya.

Sedih dengan kehidupan yang dianggap tidak menentu di tanah kelahiran sendiri, Nor Fazlin ditemani bapa angkat barunya, Samsidin Pama, 55, menemui wakil Harian Metro merayu pertolongan agensi kerajaan atau pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan kemelut dihadapinya itu.


Menurut Nor Fazlin, beliau difahamkan keluarga kandungnya menyerahkan dia kepada keluarga angkat sebaik dilahirkan, tetapi keluarga angkatnya itu menyerahkannya kepada satu lagi keluarga angkat, Mohd Mashuri Salimin dan Noriah Abu Hasan yang menetap di Kampung Batu Belah, Klang.


"Kini keluarga angkat saya itu sudah meninggal dunia dan saya bertemu keluarga angkat baru, Samsidin dan isterinya (juga tinggal di kampung yang sama). Sejak kematian keluarga angkat, saya terus hilang arah. "Saya merayu kepada Perdana Menteri, tolonglah saya. Saya hidup dalam kesedihan meneruskan masa depan.

Foto

NOR Fazlin menunjukkan dokmumen dimiliki kepada Rosli (kanan).

"Saya perlukan kad pengenalan kerana mahu bekerja. Saya percaya kerajaan mampu membantu," katanya.


Samsidin yang menemani Nor Fazlin semalam, turut berharap masalah anak angkatnya itu dapat diselesaikan kerana dia gadis yang cerdik walaupun tidak bersekolah.

Menurutnya, kini Nor Fazlin bekerja di sebuah stesen minyak atas ihsan pemiliknya yang bersimpati, tetapi anak angkatnya itu memerlukan dokumen pengenalan diri.


"Setakat ini dia hanya ada satu salinan akuan sumpah keluarga angkat pertama kepada keluarga angkat kedua yang menjadi dokumennya untuk bergerak ke sana ke sini," katanya.


Sementara itu, Bendahari UMNO Bahagian Kota Raja Datuk Rosli Mohd Amin yang simpati dengan masalah itu berharap semua pihak dapat membantu Nor Fazlin mendapatkan dokumen diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

Cekup pelesit kota

Posted:

KUALA LUMPUR: Kumpulan remaja motosikal digelar `pelesit kota' kerana sering bermaharajalela di ibu kota setiap malam minggu selepas azan maghrib berkumandang tumpas selepas Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur menjalankan operasi samseng jalan raya di petang semalam.

Difahamkan, kumpulan remaja bermotosikal ini akan menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya tanpa menghiraukan pengguna jalan lain selain membunyikan ekzos secara keterlaluan.

Kumpulan bermotosikal dipercayai sanggup datang dari sempadan Kuala Lumpur dan Selangor semata-mata untuk menunjukkan aksi mereka

Ketika ditemubual, seorang remaja berusia 19 tahun yang baru terbabit dalam kemalangan sebulan lalu dan patah tulang keting mengaku masih tidak serik dan sanggup menunggang motosikal lebih 30 kilometer untuk lepak di ibu kota.


Ketua Unit Kuat Kuasa Trafik Kuala Lumpur Asisten Superintendan Ahmad Ridha Hariri berkata, operasi yang bermula jam 4 petang itu dijalankan selepas mendapat aduan orang awam mengenai samseng jalan raya yang menguasai ibu kota selepas maghrib.


"Hasilnya dua lelaki berusia 18 dan 19 tahun ditahan selepas melakukan aksi `whillie' di ibu kota dan mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"46 motosikal disita selepas 250 motosikal ditahan dan diperiksa dalam operasi yang tamat jam 12 pagi," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, sejumlah 114 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

Katanya, operasi berkenaan membabitkan dua pegawai dan 15 anggota yang memberi tumpuan di Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

Pondan 'melawan' dicekup

Posted:

Kuala Lumpur 'Gari saya. Gari saya'. Itu kata seorang pondan yang seolah-olah mencabar anggota polis yang membuat operasi di Taman Tasik Permaisuri, Cheras di sinil awal pagi semalam.

Operasi Bersepadu pada jam jam 1.30 pagi itu turut disertai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur ( U3K ).


Ketika didekati, pondan berusia 33 tahun yang dipercayai datang ke kawasan berkenaan untuk melakukan kegiatan tidak bermoral pada mulanya cuba melawan, namun akhirnya memberi kerjasama.

Dia antara lima pondan berusia 25 hingga 30 tahun yang ditahan dalam operasi itu kerana berkelakuan tidak sopan.


Penguasa Penguat Kuasa DBKL, Mohd Hisham Izhar, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan mengenai kawasan rekreasi itu yang menjadi sarang golongan dua alam seperti pondan dan gay melakukan aktiviti tidak bermoral.


"Lima pondan itu ditahan mengikut Seksyen 29 Akta 559 Undang - Undang Jenayah Syariah ( Wilayah Persekutuan ) 1997," katanya.

Menurutnya, dalam operasi yang sama U3K mengesan sebuah kereta yang menggunakan cukai jalan palsu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, "katanya. Mohd Hisham berkata, U3K turut menyita 18 motosikal dan sebuah kereta atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

Pelopor ajaran sesat miliki jet persendirian

Posted:

Kuala Lumpur: Lelaki dikenali sebagai Ustaz Harun yang ditahan kerana mempelopori satu ajaran sesat di Kuantan, Khamis lalu sebelum ini dilaporkan hidup mewah termasuk memiliki sebuah syarikat jet persendirian, selain deretan kereta mewah seperti Nissan FairLady, Subaru Impreza, Toyota Alphard dan BMW.

Kisah penipuan lelaki berusia 47 tahun mula dilaporkan Harian Metro pada 28 Mei 2011 selepas namanya tersenarai sebagai antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Disember 2008 berhubung penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram mencecah RM200 juta.


Ustaz Harun yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu juga dipercayai menjadi dalang bagi 'projek pelaburan' dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

Bukan lagi rahsia Nas-T, Nabila Huda

Posted:

Kuala Lumpur: "Memang rasa pelik apabila bercinta dengan kawan baik, tetapi hakikatnya, kami lebih memahami satu sama lain," kata pelakon Nas-T mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Nabila Huda.

Nas-T atau nama sebenar, Nas Muammar Zar Nasruddin, 29, berkata, hubungan mereka bukan lagi rahsia selepas masing-masing menyimpan perasaan cinta sejak sebulan lalu.


"Kami sudah lama kenal sejak zaman sekolah menengah di Subang Jaya. Memang dari dulu, apabila kami berkawan saya dan dia saling memahami sikap masing-masing," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta dengan Nabila, tetapi selepas setahun putus cinta dan melihat anak penyanyi rock popular Amy Search itu kembali solo, dia memberanikan diri untuk berkawan rapat.


"Sebelum ini, saya pernah nampak dia bercinta dengan orang lain dan begitu juga dia melihat saya dengan wanita lain. Namun, apabila masing-masing kembali solo, saya ajak dia lepak bersama.


"Ketika dia (Nabila) terbabit dalam satu penggambaran di Brunei, baru-baru ini dan saya pula berlakon di Kuala Lumpur, saya dapat rasakan perasaan rindu antara kami semakin kuat," katanya.

Nas-T yang terbabit dengan drama What If Your Mother Is A Serial Killer, ketika itu mengakui hubungan cinta mereka semakin serius dan saling berhubung setiap hari menerusi laman sosial, WhatsApp.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08

No comments:

Post a Comment