Harian Metro: Arena |
- Desak pecat Butler
- Penalti penyelamat
- Emas suntik semangat juara
- Badminton medium erat hubungan
- Klinik hoki bantu mantap pasukan
- Awang import perkuat Pahang
- Tugas getir hantui Perlis di gelanggang lawan
- FAM selar media tempatan
- Pinda jadual Liga M demi pilihan raya
- Selangor tekad benam Saigon Xuan Thanh
| Posted: 08 Apr 2013 01:39 PM PDT Kuala Terengganu: Kemelut dalaman pasukan kelab T-Team sampai kemuncak apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said diminta memecat jurulatih Peter James Butler. Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata, pihaknya mempunyai beberapa alasan untuk meminta Menteri Besar berbuat demikian.
Beliau berkata, apa yang memalukan ialah tempat ke-11 dihuni T-Team dalam carta Liga Super selepas gagal mencatat sebarang kemenangan hingga pusingan pertama berakhir.
"Butler bagaikan tidak serius mencari pengganti Folan kerana cuma mengadakan latihan sesi pagi Jumaat dan Sabtu sebelum membuat keputusan untuk berehat pada Ahad," katanya.
"Kami di PBSDKT amat kecewa dengan tingkah laku Butler dan mahu pengurusan tertinggi T-Team melakukan sesuatu dengan segera agar pasukan ini tidak terus tercampak ke dasar carta liga dan akhirnya terpaksa turun ke Liga Perdana musim depan." Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09 |
| Posted: 08 Apr 2013 01:19 PM PDT Milan: Fiorentina yang ketinggalan dua gol dan sekadar beraksi dengan 10 pemain, menyempurnakan dua sepakan penalti untuk seri 2-2 dengan AC Milan pada saingan Serie A sementara hatrik Denis dalam tempoh 12 minit menyaksikan Atalanta menang 4-3 di Inter Milan selepas ketinggalan 1-3. Inter berada di landasan tepat untuk memintas Fiorentina dalam perebutan tiket ke saingan Liga Juara-Juara apabila Ricardo Alvarez meledak dua gol dalam tempoh empat minit untuk membolehkan Inter di depan 3-1 hinggalah Denis meranapkan impian lawan mereka itu.
Antonio Di Natale menjaringkan dua gol ketika Udinese menang 3-1 ke atas Chievo. Gol pertama hadir selepas penjaga gol Christian Puggioni melakukan kesilapan sementara gol kedua voli dari sudut sukar.
Dua pasukan teratas dalam Serie A automatik layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara sementara tempat ketiga perlu beraksi pada pusingan kelayakan.
Tommaso Rocchi meletakkan Inter di depan dua minit sebelum berakhir babak pertama di San Siro tetapi separuh masa kedua menyaksikan enam gol berjaya dihasilkan dalam tempoh 21 minit.
|
| Posted: 08 Apr 2013 01:18 PM PDT Kuala Lumpur: Mohd Muhaimin Ramazan dan Nurul Izzai Nasri mempamerkan semangat juang tinggi untuk dinobat atlet terbaik kategori lelaki dan perempuan di pusingan zon Selatan Kejohanan Taekwondo Nestle Koko Krunch Junior di Batu Pahat, kelmarin. Kedua-dua atlet kategori bantamweight itu mengharungi pelbagai rintangan sebelum memenangi pingat emas dan meraih anugerah atlet terbaik.
"Pingat emas dan anugerah atlet terbaik ini memberi suntikan semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras selepas ini," kata murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara itu yang menewaskan rakan sepasukan dari Kelab Koryo Taekwondo Muhd Hakimi Tokiman pada aksi final.
"Tapi bila berjaya melangkah ke final, saya beritahu kepada diri sendiri untuk cuba mendapatkan pingat emas dan melakukan yang terbaik," kata murid Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka yang turut mewakili Koryo itu.
|
| Badminton medium erat hubungan Posted: 08 Apr 2013 01:18 PM PDT Jempol: Perlawanan badminton persahabatan sempena sambutan Hari Polis ke-206 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol baru-baru ini, mendapat sambutan hebat sekali gus mencapai objektif penganjuran antara lain merapatkan hubungan dengan pengamal media dan masyarakat. Acara diadakan di Dewan Serbaguna IPPD itu disertai 40 peserta dari IPD Jempol, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, media dan orang awam. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias mengaku hubungan baik antara polis, pengamal media dan orang ramai perlu ditingkatkan kerana memberi banyak kesan positif.
"Sambutan yang diterima sangat baik tapi kita terpaksa mengehadkan penyertaan disebabkan dewan cuma ada dua gelanggang saja dan semua perlawanan diadakan secara beregu," katanya yang mewakili pasukan IPD.
|
| Klinik hoki bantu mantap pasukan Posted: 08 Apr 2013 01:17 PM PDT Sintok: Jawatankuasa Perwakilan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP) MAS Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan Klinik Hoki untuk memantapkan pasukan hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMJ), baru-baru ini. Pengarah Program Mohd Jazman Mohd Jamil berkata, klinik itu sebahagian daripada aktiviti dirancang JKPS DPP MAS selaras dengan hasrat Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak untuk membantu sekolah berdekatan dengan universiti.
"Hendak melentur buluh biar daripada rebungnya dan mereka ini perlu dididik, diberi semangat untuk belajar dan mempunyai impian ke menara gading," katanya.
Pada perlawanan persahabatan yang diadakan pasukan SMJ tewas 0-1 kepada pasukan UUM. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09 |
| Posted: 08 Apr 2013 01:06 PM PDT Kuantan: Pengendali Pahang Dollah Salleh percaya kehadiran dua pemain import baru akan memantapkan skuad kendaliannya itu menghadapi saingan Liga Super dan Piala FA. Bekas pemain kebangsaan itu berkata, setakat ini pemain pertahanan dari Jamaica Damion Delano Stewart sudah mengesahkan tempat dan menanti seorang penyerang mengisi kuota import itu.
"Saya akan pastikan penyerang import kali ini berkaliber. Semuanya akan terjawab sepanjang tempoh pemindahan pemain baru yang dibenarkan FAM," katanya.
"Saya harap dia cepat membentuk persefahaman bersama pemain lain bagi memantapkan pasukan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09 |
| Tugas getir hantui Perlis di gelanggang lawan Posted: 08 Apr 2013 01:05 PM PDT Kangar: Perlis akur bakal berdepan kesukaran apabila memulakan kempen pusingan kedua Liga Perdana, Jumaat ini kerana terpaksa beraksi dua perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan. Perlawanan pertama menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 12 April sebelum bertandang ke Stadium Negeri Kuching berdepan Sarawak 19 April.
Bagaimanapun, beliau tetap yakin semua pemain yang bakal diturunkan sedar tanggungjawab masing-masing untuk mengelak menjadi mangsa kekecewaan.
|
| Posted: 08 Apr 2013 01:05 PM PDT Kuala Lumpur: Selepas kredibiliti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dipersoal ramai pihak, badan induk bola sepak tanah air itu seperti mahu menjadikan media tempatan sebagai 'mangsa' untuk melepaskan diri dengan menyelar media tempatan kerana membuat laporan berdasarkan andaian yang tidak berasas. Menerusi satu kenyataan dikeluarkan semalam, FAM menganggap laporan media tempatan lebih menjurus kepada spekulasi hingga menjejaskan suasana arena bolasepak negara.
"Malahan didapati hanya segelintir akhbar yang sama sering membuat laporan berbentuk spekulatif ini. Laporan sedemikian menimbulkan suasana tidak sihat dalam bolasepak negara," menurut kenyataan itu.
Agak pelik dengan kenyataan FAM itu kerana jika media sengaja membuat andaian mengenai beberapa isu hangat kebelakangan ini pastinya laporan itu tidak benar dan tidak akan dibicarakan hingga ke peringkat Jawatankuasa Tatatertib FAM.
FAM yang kerap menyalahkan media mungkin tidak sedar Tunku Ismail bukan lagi presiden PBNJ seperti dinyatakan dalam kenyataan media itu kerana sudah meletak jawatan minggu lalu selepas digantung FAM selama enam bulan kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM.
|
| Pinda jadual Liga M demi pilihan raya Posted: 08 Apr 2013 01:04 PM PDT Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia meminda semua perlawanan Liga Malaysia (Liga M) andai perlawanan terbabit jatuh pada hari pilihan raya umum (PRU) ke-13. Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) berkata, pindaan itu akan dibuat selepas mengetahui tarikh pilihan raya yang dijangka bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
"Bagaimanapun pindaan ke tarikh baru itu akan dibuat selepas SPR mengumumkan tarikh pengundian. Kami melihat pindaan tarikh baru ini akan memudahkan semua pihak kerana hari mengundi itu membabitkan ramai pihak termasuk penyokong," katanya.
"Tiada lanjutan tempoh dan kita tidak akan melayan sebarang rayuan daripada mana-mana pasukan selepas pintu perpindahan pemain ditutup pada 22 April ini." Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09 |
| Selangor tekad benam Saigon Xuan Thanh Posted: 08 Apr 2013 01:04 PM PDT Shah Alam: Selangor tiada pilihan selain membenam Saigon Xuan Thanh pada aksi Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam malam ini bagi menghidupkan semula peluang untuk layak ke suku akhir. Selepas gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan awal peringkat Kumpulan H, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu kini terdesak untuk mengumpul tiga mata penuh ke atas wakil Vietnam itu yang menewaskan mereka 2-1 di Ho Chi Minh minggu lalu.
"Sebenarnya kami boleh seri dengan Saigon sebelum ini tapi kerana hilang fokus kami melepaskan gol kedua. Saya yakin pada perlawanan kali ini, kami boleh membuat sesuatu," katanya yang hadir ke sidang media dengan memakai cermin mata hitam kerana mengalami sakit mata.
Sementara itu, penolong pengurus Sai Gon Tran Tien Dai berharap mereka dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata untuk mengukuhkan peluang ke suku akhir.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment