Harian Metro: Global |
- Bahana minta kasut
- Perenang maut dibaham jerung
- MNLF nafi nak tawan Sabah
- 16 maut kemalangan bas
- Julia tidak dapat dikesan
- Sri Muliani akan disiasat KPK
- Anak SBY dikaitkan dengan rasuah
| Posted: London: Sebagai seorang daripada lima kumpulan muzik paling terkenal di dunia, Harry Styles sudah biasa dihujani limpahan hadiah. Tetapi remaja itu mengalami kesakitan kelmarin apabila hasrat peminat untuk memberinya hadiah bertukar menjadi insiden buruk.
Pada waktu itu, peminat membaling sebelah lagi kasut ke pentas dan mengenai kelangkangnya. Penyanyi berusia 19 tahun itu dilihat memegang bahagian kemaluannya sebelum rebah di pentas dengan anggota One Direction (1D) yang lain iaitu Liam Payne dan Zayn Malik bergegas ke arahnya.
|
| Posted: Auckland: Perenang Auckland dibaham hingga mati oleh seekor jerung berukuran 4.3 meter, dipercayai jenis Great White, semalam. Adam Strange, 46, diserang dan ditarik ke dalam air 200 meter dari pantai Muriwai di Auckland pada jam 1.30 petang di depan beratus-ratus pengunjung pantai. Lebih tiga lagi jerung dikatakan terbabit dalam serangan itu ketika anggota polis melepaskan 20 tembakan dari bot keselamatan dan helikopter dalam usaha menyelamatkan Strange. Polis berkata, mereka tidak tahu sama ada tembakan mereka mengenai jerung itu, tetapi haiwan itu berundur dan menghilangkan diri.
Menurut laman web stuff.co.nz, seorang nelayan, Pio Mosie yang menyaksikan serangan itu menyifatkan kejadian itu mimpi ngeri. "Kami melihat jerung muncul dan seminit kemudian ia menyerang mangsa dan kelihatan darah dekat permukaan air. "Mangsa bergelut dengan jerung itu sebelum ikan itu meninggalkan kawasan. Kemudian, beberapa lagi jerung datang menyerang mangsa. "Kami hanya dapat melihat ikan itu menarik mayat mangsa ke kawasan lebih jauh," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/28 |
| Posted: Zamboanga City: Seorang pegawai kanan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) semalam menafikan laporan anggotanya bersedia menawan Sabah bagi menyokong pengikut Sultan Sulu yang kini berada di Lahad Datu. Anggota kanan Jawatankuasa Pusat MNLF, Habib Mujahab Hashim, berkata anggota pertubuhan itu juga tidak diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. "Kami cuma menyokong cadangan penyelesaian secara aman daripada Sultan Jamalul Kiram melalui rundingan bagi menamatkan kebuntuan di Lahad Datu," katanya kepada media.
Dalam kenyataan itu, Gapul Hadjirul berkata, MNLF diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kemelut di Lahad Datu belum menampakkan penyelesaian. Habib Mujahab berkata, pemimpin tertinggi MNLF juga tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggotanya untuk bersiap sedia. "Selain menyokong cadangan penyelesaian melalui rundingan dibuat Jamalul Kiram, MNLF menafikan kenyataan sebelum ini," katanya.
|
| Posted: Cianjur: Seramai 16 orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dalam perjalanan ke sebuah kubur di Jakarta Barat, semalam. Menurut sumber, 12 orang lagi cedera parah, selain puluhan yang lain cedera ringan.
"Kemalangan berlaku di Kampung Parabon di Ciloto, Cipanas," katanya. Sumber itu berkata, sebahagian besar mangsa yang cedera ringan terpaksa dirawat di kaki lima hospital. - Antara News Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/28 |
| Posted: Jakarta: Sejak menjadi buruan pihak berkuasa, kedudukan Julia Perez (Jupe) kini dilaporkan menjadi misteri, termasuk di kalangan rakan karibnya. Seorang daripada sahabat paling akrab Jupe, Olga Syahputra, berkata dia tertanya-tanya di mana aktres terkenal itu.
"Kepada sahabat saya, Jupe, saya memang sedih dan prihatin kepada nasibnya," katanya. Jupe berdepan hukuman penjara tiga bulan selepas mahkamah Jakarta Timur mendapati dia bersalah menyerang rakan pelakonnya, Dewi Persik, ketika kedua-dua mereka menjayakan penggambaran filem Arwah Goyang Karawang.
|
| Posted: Jakarta: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia akan menyoal siasat bekas Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati, berhubung skandal menyelamatkan Bank Century, satu ketika dulu. Ketua KPK, Abraham Samad, berkata timbalan pendakwa raya mengemukakan surat soal siasat terhadap Sri Mulyani untuk ditandatangani.
Sri Mulyani didakwa menyalahgunakan dana kerajaan bernilai lebih RM2 bilion untuk menyelamatkan Bank Century ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan antara Disember 2005 sehingga Mei 2010. Di sebalik pengesahan soal siasat itu, Abraham tidak menyatakan bila siasatan akan dijalankan.
|
| Anak SBY dikaitkan dengan rasuah Posted: Jakarta: Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Amir Syamsuddin, dikaitkan dengan Setiausaha Agung Parti Demokrat, Edhie Baskoro Yudhoyono, dalam skandal rasuah sebuah projek pembinaan pusat sukan Hambalang. Nama kedua-dua tokoh itu dinyatakan bekas Pengerusi Parti Demokrat, Anas Urbaningrum, ketika dia diwawancara stesen televisyen RCTI, semalam.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment