Harian Metro: Global |
- Kekasih jadi juadah anjing
- Air mani disangka pelembap muka
- Dibaham singa ketika asmara
- Dua amah jadi jutawan
- Tangkuban Perahu makin bahaya
- Filipina tunggu berita 21 askar ditahan
- 20 pejuang pemisah akan serah diri
| Posted: Brasilia: Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing. Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.
Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.
DE SOUZA menangis ketika menceritakan bagaimana Eliza dibunuh kepada mahkamah. ELIZA Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. "Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ," katanya.
De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Air mani disangka pelembap muka Posted: Beijing: Kerana terlalu minat kepada seorang pelajar perempuan, Gou Wen bertindak meluahkan perasaannya dengan memberi gadis itu sebotol air maninya, mencontohi filem lakonan Cameron Diaz, There's Something About Mary. Tetapi Gou Wen ditangkap tidak lama selepas itu selepas pelajar perempuan berkenaan, Zeng Lin, 19, yang menyangka hadiah itu pelembap muka, menyapu pada mukanya dan bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.
Zeng Lin dikatakan sudah menyapu separuh daripada cecair itu pada mukanya sebelum bertanya rakan serumah mengenai bau ganjil 'pelembap' berkenaan.
|
| Posted: Harare: Seorang wanita maut dibaham singa ketika dia asyik mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, lapor media semalam. Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera.
Sumber berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit. "Sharai mati di tempat kejadian," katanya. Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan. "Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara," katanya. Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Posted: Jeddah: Dua wanita Indonesia yang datang ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah menjadi jutawan selepas mewarisi jutaan riyal daripada suami masing-masing yang sudah meninggal dunia. Lelaki Saudi terbabit mulanya mengambil mereka sebagai pembantu rumah tetapi kemudian mengahwini mereka.
"Kedua-dua wanita itu menerima bahagian kekayaan suami masing-masing menerusi sistem undang-undang Syariah yang dilaksanakan di negara ini," kata jurucakap kedutaan Indonesia di Riyadh, Shabda Thian.
Dalam kes pertama, wanita terbabit tiba di Saudi 11 tahun lalu untuk bekerja dengan jutawan hartanah, Ali Ayami di Taif. Mereka berkahwin dua tahun selepas itu.
Wanita Indonesia itu menetap di Arab Saudi sehingga dia memperoleh harta peninggalan suaminya itu.
|
| Posted: Jakarta: Saintis Indonesia memantau rapi gunung berapi Tangkuban Perahu di Bandung dan menggesa orang ramai menjauhi lereng gunung itu. Ahli volkanologi Hendra Gunawan semalam berkata, gunung itu mengeluarkan asap dan debu hampir 500 meter ke udara sejak Isnin lalu. Ahli sains meletakkannya pada tahap berjaga-jaga kedua tertinggi.
Gunung berapi setinggi 2,084 meter itu antara tarikan pelancong paling terkenal di Jawa. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Filipina tunggu berita 21 askar ditahan Posted: Manila: Kerajaan Filipina dalam proses perbincangan untuk mendapatkan pembebasan 21 anggota tenteranya yang berkhidmat dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas mereka ditawan kumpulan penentang Syria di Bukit Golan. Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez berkata, pasukan pengaman itu selamat dan dilayan dengan baik.
Terdahulu, Presiden Benigno Aquino berkata, beliau diberitahu tentera Filipina itu akan dibebaskan dalam masa 24 jam selepas berunding. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| 20 pejuang pemisah akan serah diri Posted: Bangkok: Kira-kira 20 pejuang pemisah di selatan Thai dijangka menyerah diri di bawah rancangan tolak ansur rayuan. Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yoobamrung berkata, pemerintah Tentera Kawasan Empat kini dalam proses cuba memujuk 20 tokoh pejuang untuk menyerah diri dan menyertai rancangan itu.
Chalerm juga memberitahu, beliau akan berunding dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hujung bulan ini.- The Nation Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment