Harian Metro: Arena |
- 'Saya akur'
- Jumpa Maria
- Hamilton nadi cabaran Mercedes
- Final epik!
- Perak Junior Kids rangkul Piala Domino Pizza
- Tiket Kedah, KL percuma
- Resah 3 tonggak tak beraksi
- Irfan lega anak buah bebas kecederaan
- Tafakur seminit sebelum beraksi
- Impian Perak tak sampai
| Posted: Johor Bahru: Akur dan sedia terima apa saja keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), itulah keterbukaan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar selepas anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail bakal berdepan hukuman badan induk bola sepak negara itu. Ia gara-gara kritikan Tunku Ismail yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang boleh ditakrifkan masih berada di tahap amatur ketika bola sepak Malaysia sudah lama di era profesional.
"Tunku Ismail juga akur dengan keputusan FAM, badan itu juga diminta mengenakan tindakan sewajarnya dan tidak double standard (berat sebelah) walaupun dia adalah anak raja.
SULTAN Ibrahim berkecuali. Ia dianggap perkembangan positif selepas lebih 22 tahun terkubur dan melalui detik suram.
"Saya memberi dorongan dan semangat kepada Tunku Ismail untuk menaikkan bola sepak negeri Johor, Alhamdulillah cara Tunku Ismail mengendalikan pasukannya menampakkan hasil dalam masa singkat." Penyokong Johor DT juga diingatkan supaya sentiasa menjaga adab sopan dan tatatertib ketika menyaksikan perlawanan dan tidak mencemarinya dengan melakukan apa juga tindakan yang menyalahi undang-undang. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Posted: Indian Wells, California: Bekas juara Terbuka Perancis, Francesca Schiavone mengalahkan rakan senegara dari Itali, Flavia Pennetta 7-5, 6-1 semalam untuk menempah pertemuan dengan pilihan kedua, Maria Sharapova pada kejohanan Terbuka BNP Paribas. Francesca, juara di Roland Garros pada 2010, memperbaiki rekod pertemuan 5-2 ke atas Flavia, yang baru saja kembali daripada pembedahan pergelangan tangan baru-baru ini.
Juara bertahan, Victoria Azarenka adalah pilihan utama kategori wanita.
Jelena berdepan kesukaran pada pusingan kedua menentang juara Grand Slam dua kali, Svetlana Kuznetsova, yang memerlukan hanya 71 minit menundukkan pemain Republik Czech, Andrea Hlavackova 6-3, 6-1.
Pernah menghuni ranking kedua dunia, Svetlana merudum ke tangga ke-85 namun kembali melonjak ke tangga ke-46 hasil kejayaan mara ke suku akhir di Sydney dan Terbuka Australia.
|
| Hamilton nadi cabaran Mercedes Posted: London: Lewis Hamilton boleh menjadi penggerak pasukan Mercedes musim ini selepas persembahan mantap pada sesi ujian, menurut prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner. Sama ada pasukan itu akan kekal konsisten sepanjang 19 perlumbaan Formula Satu (F1) selepas jauh ketinggalan bagi kebanyakan perlumbaan pada 2012 dan berakhir di kedudukan kelima keseluruhan, masih menjadi persoalan.
"Jentera mereka kelihatan pantas dan dengan Lewis menyertai pasukan, mereka pasti melangkah setapak lagi. Dia mampu melakar catatan terpantas sepusingan, itulah sebabnya mereka mengambilnya.
Namun ujian masa mungkin tidak boleh diambil kira kerana beberapa pasukan menggunakan bahan api lebih banyak daripada pasukan lain selain menggunakan program berbeza. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Posted: Kejohanan Bola sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSDKTS) berakhir dengan pertembungan dua pasukan yang sekian lama 'bermusuhan', SMK Sultan Sulaiman (SMKSS) dan SMK Sultan Ahmad (SMKSA) pada perlawanan akhir. Padang becak akibat hujan beberapa hari lalu tidak menghalang pemain kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan bermutu.
Hamdan berkata, meskipun pemain diturunkan tahun ini kurang berpengalaman dan ada yang pertama kali mewakili sekolah, mereka masih mampu mengekalkan reputasi sebagai pasukan elit daerah Kuala Terengganu.
"Alhamdulillah kami akhirnya berjaya juga dan ini hadiah bermakna buat Pengetua baru, Hashim Abd Rahman," katanya.
|
| Perak Junior Kids rangkul Piala Domino Pizza Posted: Melaka: Pasukan Perak Junior Kids muncul juara Karnival Bola Sepak Melaka Baru Bawah 12 Tahun selepas mengatasi Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rambai, 3-0 pada aksi final di Taman Melaka Baru, Batu Berendam baru-baru ini. Pada separuh akhir, Perak Junior Kids mengatasi Ombak FC (2-0) dan SK Bukit Rambai menewaskan MBFA juga 2-0 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.
Pemain terbaik kejohanan milik Mohd Ainul Hakim Roslan dari SK Bukit Rambai dan penjaga gol terbaik diraih Mohamad Hafizal Ponimin dari pasukan MBFA.
"Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Hashim Isa turut menjadi tanda sokongan terhadap pembentukan pemain berpotensi menerusi projek akar umbi seperti ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Posted: Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan memberi tiket percuma kepada orang ramai bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana antara Kedah dan Kuala Lumpur (KL) di Stadium Darulaman, malam ini. Keputusan itu diumum Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Presiden KFA. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohamad Helmi Mohamad Khalid dalam satu kenyataan berkata, tiket percuma ini boleh didapati di kaunter tiket Stadium Darulaman bermula 5.30 petang ini.
"Kami juga mahu mengimbau nostalgia persaingan dramatik antara pasukan Kedah dan Kuala Lumpur pada perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Posted: Kangar: "Saya agak terkilan kerana tidak dapat menurunkan tiga tonggak untuk pertemuan menentang Johor di Pasir Gudang, esok (hari ini), namun tetap optimis pemain lain mampu memikul tugas jika diturunkan," kata jurulatih Yunus Alif. Beliau memberikan reaksi demikian mengulas perlawanan yang bakal diharungi anak didiknya pada perlawanan ke-10 Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.
Mohd Rizal dan Md Badrul diketepikan selepas digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning manakala Okinne Emmanuel pula ditinggalkan di Kangar selepas mengalami kemerosotan prestasi sejak akhir-akhir ini.
|
| Irfan lega anak buah bebas kecederaan Posted: Kuala Lumpur: Di sebalik keresahan menghadapi masalah jentera serangan yang tumpul, jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim (gambar) masih boleh menarik nafas lega apabila dapat menurunkan semula kesebelasan utama impiannya menjelang pertembungan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (DT) esok. Aksi di Stadium Shah Alam itu penting buat pasukan di tangga ketiga Selangor bagi mengelak daripada terus keciciran mata selepas gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.
"Saya mahu pemain mula menjaringkan gol kerana dalam empat perlawanan terakhir termasuk satu perlawanan Piala AFC sebelum ini kami gagal menjaringkan gol. Pemain perlu bermain habis-habisan untuk memastikan tiga mata di laman sendiri Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
"Kami hormati pasukan Johor kerana memiliki ramai pemain bintang dan saya ingatkan pemain supaya berhati-hati terutama penyerang (Daniel) Guiza kerana pada saya dia adalah perancang kepada pasukan itu," katanya.
|
| Tafakur seminit sebelum beraksi Posted: Kuala Lumpur: Semua perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) akan dimulakan dengan upacara bertafakur selama seminit sebagai menghormati dan memperingati anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Sabah. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan arahan 'One Minute Silence' dilaksanakan sebelum sepak mula perlawanan iaitu sebaik saja selesai nyanyian Lagu Negaraku.
"Bagi menghormati perajurit yang gugur di medan pertempuran di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negara, penonton dan hadirin diminta berdiri dan menghadiahkan Al-Fatihah bagi yang beragama Islam serta bertafakur bagi yang bukan beragama Islam selama satu minit." Dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, seramai lapan anggota polis terbunuh manakala 32 pengganas militan terkorban dalam operasi pasukan keselamatan setakat ini. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
| Posted: Ipoh: Hasrat Perak menurunkan sayap lincah S Chanturu pada pertemuan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lumut, malam ini tidak kesampaian apabila pemain itu gagal sembuh daripada kecederaan. Berikutan itu Chanturu tidak dibawa jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah ketika berlepas ke Lumut, pagi semalam.
Ketiadaan pemain itu bagaimanapun bukan perkara baru kerana turut tidak beraksi ketika Perak menentang Kelantan di Kota Bharu, 1 Mac lalu.
Justeru jurulatih itu menuntut persembahan terbaik daripada kesebelasan permulaan yang diturunkan dalam usaha memburu kemenangan di hadapan penyokong sendiri, malam ini.
Sementara itu, kesibukan menghadapi perjuangan kancah Liga Super 2013 tidak menghalang Perak mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anggota pasukan keselamatan yang terkorban serta yang bertugas menghadapi ancaman pengganas dari Sulu di Sabah, pada masa ini.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment