Harian Metro: Arena |
- Rekod tercalar!
- Erat persefahaman alumni, mahasiswa
- Kuantan A gah di gelanggang sendiri
- PSKK UiTM, Wira Perkasa tentu juara
- Khairul Azhar lakar sejarah
- Sabit Ho FC pamer belang
- Fesol, Jaronah hebat
- Wajib menang
- Perlis yakin benam Johor
- Baljit, Norhizzat isi dua slot terakhir
| Posted: Kuala Lumpur: Rekod konsisten skuad Bawah 23 Tahun negara kendalian Ong Kim Swee yang mencatatkan keputusan seri menentang Myanmar dan Laos sebelum ini disentap skuad kebangsaan Kemboja apabila tewas 1-3 dalam aksi persahabatan di Stadium Olimpik Nasional, semalam. Kekurangan komunikasi antara pemain membawa padah kepada barisan muda negara apabila melepaskan dua gol pada separuh masa pertama untuk membolehkan lawan mendahului selepas 45 minit pertama sebelum penyerang A Thamil Arasu merapatkan kedudukan pada awal babak kedua apabila menggegar gawang lawan.
Antara pemain yang pertama kali diturunkan adalah pertahanan kanan, Muhamad Hazwan Rahman selain ketiadaan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan terutamanya perancangan tengah yang juga kapten pasukan, Irfan Fazail.
Misi melakar hatrik pingat emas Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini menjadi buruan Kim Swee selepas cemerlang mempertahankannya pada edisi 2011 di Indonesia. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Erat persefahaman alumni, mahasiswa Posted: Melaka: Sebanyak 32 pasukan remaja bersaing pada Kejohanan Futsal Terbuka Politeknik Melaka di gelanggang futsal Cheng, baru-baru ini. Kejohanan anjuran alumni politeknik itu menyaksikan pasukan Kampung Bahagia A dan B muncul juara dan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 serta hamper dan sijil penyertaan.
"Penganjuran bertujuan membentuk persefahaman antara alumni, mahasiswa dan remaja setempat mendedahkan bakat cemerlang dimiliki setiap pemain.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, Ariffin Aman berkata, program itu pentas pembentukan generasi cergas selain menjurus amalan gaya hidup sihat.
|
| Kuantan A gah di gelanggang sendiri Posted: Kuantan: Beraksi di gelanggang sendiri memberi kelebihan buat pasukan Kuantan A untuk muncul juara kategori wanita Kejohanan Futsal Sukan Remaja Pahang 2013 di Dewan Sukpa, Kuantan, baru-baru ini. Cetek pengalaman bukan penghalang kepada pemain untuk mencatat kejayaan pada saingan yang berlangsung secara liga membabitkan tiga pasukan iaitu Maran dan Kuantan B.
Menurutnya, disebabkan hanya tiga pasukan saja bertanding, skuadnya gagal mempamerkan persembahan terbaik berbanding beberapa kejohanan futsal peringkat daerah sebelum ini.
Majlis penyampaian hadiah dilakukan Pengarah MSP Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi. Turut hadir Setiausaha PBNP Fuzzeimi Ibrahim. Sementara itu, Nik Nasarudin berkata, sebanyak 17 acara seperti ping pong, polo air, futsal, bola tampar, boling padang dan ragbi akan dipertandingkan pada mini Sukan Malaysia (SUKMA) XV1 Kuala Lumpur.
|
| PSKK UiTM, Wira Perkasa tentu juara Posted: Ipoh: Pasukan PSKK UiTM dan Wira Perkasa FC akan bertemu pada perlawanan akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Daerah Perak Tengah (PBDPT) di Padang Seri Iskandar, Sabtu ini. Pengerusi Kejohanan yang juga Timbalan Presiden PBDPT, Khairul Shahril Mohamed berkata, perlawanan berlangsung pada jam 8.45 malam.
Pasukan itu adalah Bota FC, MAYC Parlimen Parit, Ultras FC, Kubang Aji Fc, Dary FC, Mectten FC, Bandar U FC, Ganjaran FC, Junior FC, Rakan Cop, MDPT, Parit FC, Lambor FC dan Three Junction.
Bagi memeriahkan lagi final itu, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api turut diadakan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Posted: Nilai: Aksi mantap Khairul Azhar Mohd Sahudi untuk mengutip 38 mata membantunya menjuarai Kejohanan Golf Tuanku Muhriz 2013 di Kelab Golf Nilai Springs, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Pemain amatur dari Seremban yang memegang handicap 15, mengenepikan 120 pemain lain yang menyertai kejohanan itu.
"Kemenangan pertama ini menyuntik semangat saya untuk menyertai lebih banyak kejohanan terutama membabitkan pemain profesional. Pengalaman menyertai beberapa kejohanan tempatan sebelum ini banyak membantu saya melakukan aksi terbaik.
Kejohanan anjuran Persatuan Tuanku Muhriz Shield Negeri Sembilan (PTMSNS) diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan ke-65 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 14 Januari lalu.
Pengerusi jawatankuasa kejohanan, Dauk Rusli Harun puas hati dengan penganjuran itu namun berazam meningkatkan lagi mutu penganjuran dan menjadikannya lebih meriah pada masa depan.
|
| Posted: Seremban: Peluang terhad namun dimanfaatkan dengan bijak membantu pasukan Sabit Ho FC menewaskan SBK.Com FC, 3-1 untuk muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah 2013 merebut Piala Kenangan Menguzik Jiwa di Sekolah Kebangsaan Pantai Seremban, baru-baru ini. Selaku juara, mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM400 manakala SBK.Com FC, RM300.
Pasukan yang layak ke separuh akhir masing-masing menerima RM100.
"Matlamat saya adalah memberikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan dan kali ini berjaya membantu pasukan kekal tanpa kalah sekali gus muncul juara kumpulan sebelum mara ke perlawanan akhir," katanya.
"Saya puas hati dengan persembahan setiap pasukan kerana mereka berjaya mempamerkan semangat berpasukan tinggi dan kesungguhan mereka amat membanggakan.
|
| Posted: Sungai Petani: Mohamad Fesol Mansor dan Jaronah Hamid gah muncul juara kategori lelaki dan perempuan Pertandingan Bowling Tertutup Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri (SKSK) di Pusat Bowling Sejati Park Avenue, Sungai Petani, baru-baru ini. Mohamad Fesol berjaya mengetepikan 33 pesaing lain selepas melakukan 164 jatuhan pin pada permainan pertama dan 150 jatuhan pin pada permainan kedua untuk mengumpul 314 jatuhan pin.
Kategori jatuhan pin keseluruhan terbanyak satu permainan dimiliki Mohamad Rizuan Che Hat apabila melakukan jatuhan 168 jatuhan pin manakala Rohaizad Zakaria merebut tempat kedua (165 pin) diikuti tempat ketiga, Mohamad Fesol (164 pin). Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Posted: Ipoh: Perak perlu menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium TLDM, Lumut, malam esok jika ingin berada dalam kelompok tiga pasukan teratas pusingan pertama Liga super 2013. Perak yang mengutip 11 mata berkongsi mata dengan Kelantan, PKNS dan Terengganu setakat ini menduduki tempat kesembilan gara-gara perbezaan jaringan.
"Kami hanya dibezakan dengan empat mata saja dengan pasukan kedua dan ketiga setakat ini. Justeru apa yang perlu dilakukan ialah mengutip mata penuh di Lumut bagi memperbaiki kedudukan," katanya.
"Peluang untuk menang tetap ada dengan syarat pemain bermain dengan semangat dan komitmen tinggi. Selain itu sokongan padu penyokong sendiri mampu memainkan peranan untuk mendorong semangat pemain Perak." Namun pada masa jurulatih itu sedar tugas itu tidak semudah diungkapkan kerana ATM juga bukan calang-calang pasukan kerana menduduki tangga kedua liga.
"Pemain perlu hati-hati serta tidak melakukan sebarang kesilapan yang membolehkan lawan menghukum kami." Bagi tujuan itu, jurulatih itu menegaskan Perak akan mempamer permainan biasa tetapi tajam di barisan depan memburu gol. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Posted: Kangar: Perlis yang berkunjung ke selatan tanah air menentang Johor pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang yakin membawa pulang mata. Pengurus, Shahruddin Ismail berkata, misi itu tidak mustahil berdasarkan peningkatan memberangsangkan skuad kendalian Yunuf Alif pada aksi Liga M selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan termasuk terbaru menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 3-1, Jumaat lalu.
Shahruddin berkata, kemenangan ketiga aksi Liga Perdana ke atas PDRM secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pemain untuk terus memburu kemenangan.
"Bagi memastikan impian itu tidak tersasar, pemain bukan saja perlu meneruskan rentak persembahan hebat malah mempamerkan semangat juang selain keyakinan tinggi." Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Baljit, Norhizzat isi dua slot terakhir Posted: Kuala Lumpur: Pemain pertahanan, Baljit Singh dan penyerang, Norhizzat Sumantri mengisi dua slot terakhir skuad kebangsaan bagi menggalas cabaran negara pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, bermula Sabtu ini. Menurut kenyataan Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) semalam, kedua-dua pemain menjadi pilihan jurulatih Paul Revington selepas aksi cemerlang pada dua perlawanan ujian menentang juara bertahan New Zealand di Melaka.
Isnin lalu, New Zealand menang 3-2 pada perlawanan ujian pertama manakala Malaysia menebus kekecewaan dengan jaringan sama pada ujian kedua, kelmarin.
Sebanyak enam pasukan menyertai edisi ke-22 kejohanan itu dengan juara lima kali, Australia, kembali selepas tidak beraksi tahun lalu.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment