Harian Metro: Global |
- Tatu biji mata
- Pencuri kereta cekik bayi hingga mati
- Kereta hibrid pertama Ferrari RM5j
- 5 tahun perkosa ibu kandung
- Thai mahu bincang dulu
- Panglima tentera nafi pilih kasih
- 21 polis, 14 tentera bakal dituduh membunuh
- Gunung berapi Tangkuban Perahu meletus
| Posted: London: Kira-kira 80 peratus daripada badannya dipenuhi tatu dan dianggap orang paling banyak bertatu di Britain. Bagaimanapun, keunikan itu tidak menguntungkan Mathew Whelan apabila dia terpaksa bergelut mencari pekerjaan.
Kata Whelan, ketika ini dia menjadi sukarelawan di pejabat Ahli Parlimen Parti Demokrat Liberal di Yardley, Birmingham.
GAMBAR terbaru Whelan (kiri) dan gambar sebelumnya. "Ia diikuti hampir menyamai ketaatan beragama," katanya. Whelan berkata, dia mahu mendidik orang ramai mengenai keyakinannya kepada tatu. Menurut Whelan, pengetahuannya yang mendalam mengenai sejarah tatu membolehkan dia dihormati ramai. "Tatu adalah seni dan budaya.
Ketika itu, katanya, dia ternampak tatu pada badan bapa dan bapa saudaranya. "Tatu pertama saya ialah seekor anjing Bulldog yang dibuat ketika berusia 16 tahun," katanya. Selain anjing, imej lain yang menghias badan Whelan ialah ular, kala jengking, biji mata dan pontianak. Membuktikan kecintaannya kepada Seni itu, Whelan turut mentatu satu daripada biji matanya. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Pencuri kereta cekik bayi hingga mati Posted: Beijing: Seorang pencuri kereta mencekik seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas mencuri sebuah kereta dengan kanak-kanak berkenaan di dalamnya. Kanak-kanak itu berada di dalam kenderaan dicuri Zhou Xijun, 48, di wilayah Jilin, timur laut China, Isnin lalu. Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh China. Gerakan memburunya membabitkan ribuan polis dan pemandu teksi dilancar sehingga dia menyerah diri dan mengaku melakukan kekejaman itu kelmarin.
Tiada maklumat mengenai sama ada mayat itu sudah ditemui semula.
|
| Kereta hibrid pertama Ferrari RM5j Posted: Geneva: Ferrari semalam melancarkan kereta hibrid pertamanya dengan syarikat berkenaan membutikan teknologi alam sekitar masih mampu menyediakan keseronokan bagi mereka yang sukakan kelajuan. Kereta berkelajuan tinggi itu diberi nama LaFerrari atau 'The Ferrari' adalah kereta paling laju pernah dikeluarkan Ferrari dan bernilai £1 juta (RM5 juta). Ia dilengkapi dengan motor elektrik yang disambung kepada enjin petrol 6.3 liter.
Syarikat itu berkata, LaFerrari, yang muncul kali pertama di Pameran Motor Antarabangsa Geneva semalam, adalah kereta terpantas dalam sejarah Maranello serta kereta hibrid pertama dalam sejarah Ferrari.
|
| Posted: Yogyakarta: Seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama singkatnya, TG, ditangkap kerana memperkosa ibu kandung dan empat adik tirinya. Peliknya perbuatan keji itu dilakukan sejak lima tahun lalu. "Saya melakukannya sambil baring ketika menonton televisyen bersama-sama," kata TG ketika disoal polis, semalam. Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak ingat berapa kali dia melakukan perbuatan terkutuk itu.
"Saya tidak pernah mengancam atau mengajak mereka. Mereka yang menggoda dan mengajak saya melakukannya," katanya. Seorang adiknya itu ialah lelaki berusia 16 tahun sementara yang lain, perempuan, berusia empat, 10 dan 12 tahun. Ketua Polis Yogyakarta, Dodo Hendro Kusumo berkata, TG ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada sepupunya. - Lensa Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Posted: Bangkok: Kerajaan Thai akan berunding dengan Malaysia mengenai cadangan memansuhkan undang-undang darurat di lima daerah wilayah selatan negara itu. Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yoobamrung berkata semalam, keadaan di lima daerah itu semakin baik. Bagaimanapun, negara itu perlu berbincang dengan rakan sejawat mereka di Malaysia bagi mencari penyelesaian sebelum melaksanakan langkah itu di kawasan berkenaan.
Sementara itu, di Yala, seorang pekerja di pejabat Jabatan Lebuh Raya ditahan kerana disyaki menjadi pembuat bom.
|
| Panglima tentera nafi pilih kasih Posted: Bangkok: Ketua Tentera Thai, Jeneral Prayuth Chan-ocha semalam menafikan sebarang pilih kasih terhadap adik lelakinya, Leftenan Jeneral Preecha yang dilapor dinaikkan pangkat kepada Komander Jeneral a dalam rombakan pertengahan tahun bulan depan. "Karier ketenteraan Preecha berkembang atas usahanya sendiri," kata Prayuth. Dia menyelar kumpulan yang mempertikaikan kenaikan pangkat Preecha dengan bertanya, perlukah adiknya menukar nama keluarga untuk memperoleh jawatan baru itu.
Spekulasi itu tersebar apabila Menteri Pertahanan Sukumpol Suwanatat menetapkan Jumaat depan sebagai tarikh akhir untuk tentera menyelesaikan senarai rombakan anggota mereka. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| 21 polis, 14 tentera bakal dituduh membunuh Posted: Manila: Seramai 21 pegawai polis dan 14 anggota tentera bakal berdepan tuduhan membunuh berkait dengan kes pembunuhan 13 suspek jenayah di pusat pemeriksaan polis Januari lalu. Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima semalam berkata, siasatan yang diarah oleh Presiden Benigno Aquino III terhadap kes pembunuhan 6 Januari lalu menyimpulkan bahawa mangsa dibunuh oleh anggota polis dan tentera terbabit. Dia berkata, Biro Siasatan Nasional mendapati pembunuhan itu adalah rancangan pemimpin pasukan keselamatan, pegawai polis berpangkat kolonel untuk menyingkirkan seterunya dalam operasi perjudian haram. Kolonel polis terbabit bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata, dia cedera dalam insiden tembakan di pusat pemeriksaan polis di bandar Atimonan, Quezon kira-kira 120 kilometer di tenggara Manila itu. -AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
| Gunung berapi Tangkuban Perahu meletus Posted: Bandung: Gunung berapi Tangkuban Perahu meletus Isnin lalu dan berlarutan hingga semalam selepas statusnya daripada normal ditingkatkan kepada waspada tahap kedua pada 21 Februari lalu. Gunung itu memuntahkan abu dan pasir gunung berapi dari dalam kawah utamanya. Ketua Pusat Bencana Valkanologi dan Geologi (PVMBG), Surono berkata, letusan yang berlaku menandakan kegiatan lahar gunung berapi naik setiap hari. Sama seperti letusan Isnin lalu, letusan semalam juga memuntahkan abu dan pasir gunung berapi.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment