Harian Metro: Arena |
- Pertahan kritikan, tak musuhi FAM
- Petratos buru jaringan sulung
- Misi realisasikan kemenangan pertama
- Pahang yakin rampas takhta
- Piya tersenarai!
- Jangan ganggu pemain Harimau Muda A
- Jentera serangan T-Team tumpul
- Shabery kecewa kemelut makin parah
- Barcelona sah kunjungi Malaysia
- Tidak beri tekanan
| Pertahan kritikan, tak musuhi FAM Posted: Kota Bharu: "Saya fikir, saya tidak berniat untuk bermusuh dengan FAM dan sampai sekarang saya mempertahankan kritikan itu betul," kata Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini lantang memberikan pandangan berhubung Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kelmarin, kenyataan beliau dipetik melalui laman facebooknya, yang menjelaskan bahawa anggota gabungan mempunyai kuasa untuk meminda atau menghapuskan Artikel 88 untuk memajukan sukan bola sepak negara.
Beliau yang pernah menjadi mangsa Artikel 88 itu berkata, Tunku Ismail berhak bersuara demi kebaikan FAM sendiri malah kenyataan dikeluarkan itu tidak mengancam kuasa badan induk bola sepak negara itu.
Tan Sri Annuar Musa Turut hadir Pengurus Subsidiari Kumpulan Adabi, Syed Mahadzir Syed Mansor, Timbalan Presiden KAFA, Datuk Affendi Hamzah, Setiausaha Agong KAFA, Azman Ibrahim dan jurulatih Bojan Hodak.
Pada 20 Febuari lalu, Tunku Ismail meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga M yang boleh ditakrif masih berada pada tahap amatur ketika bola sepak negara sudah lama di era profesional.
|
| Posted: Kota Bharu: Penyerang import Kelantan Dimitri Petratos tekad memburu jaringan berdepan Maziya Sports & Recreation (Maziya SRC) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. Penggempur berusia 20 tahun itu yang sebelum ini diketepikan dalam saingan Liga M kerana memberi laluan kepada penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou akhirnya turun untuk aksi pertamanya.
Katanya, walaupun sebelum ini kecewa tidak dapat beraksi dalam Liga M namun ia tidak mematahkan semangatnya kekal bersama Kelantan selepas mengikat kontrak setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Katanya, kehadiran dua pemain berkenaan memberi ruang kepadanya membuat pilihan pemain selain dibantu empat awang import.
|
| Misi realisasikan kemenangan pertama Posted: Seremban: Negeri Sembilan mahu menjadikan perlawanan ke-10 saingan Liga Super menentang FELDA United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu ini, sebagai detik kejayaan mereka. Walaupun mengakui misi itu sukar sekali pun beraksi di gelanggang sendiri, pasukan berazam untuk memastikan misi itu dapat direalisasikan, bagi membolehkan pasukan keluar daripada kedudukan terbawah carta liga.
Katanya, dia yakin misi itu boleh direalisasikan namun perlu bekerja lebih keras dan meningkatkan lagi persembahan serta persefahaman kerana skuad bimbingan K Devan itu bukan calang pasukan apatah lagi mereka sudah membuktikan antara pencabar terkuat saingan musim ini.
"Ia sudah tentu menuntut kami memberikan sesuatu yang lebih baik sepertimana ketika berdepan Johor Darul Takzim tempohari," katanya semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Posted: Kuantan: Kapten Tok Gajah, Jalaluddin Jaafar percaya jurang dua mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) mampu dipintas skuad itu dalam misi merampas kembali kedudukan di persada liga. Justeru, pemain pertahanan itu mahu rakan sepasukan mengutip tiga mata penuh apabila melayan kunjungan PKNS FC di Stadium Darulmakmur Jumaat ini.
"Jika semua bahagian berfungsi baik, saya percaya kemarau kemenangan dapat direalisasikan dalam perlawanan ke-10 Jumaat ini.
Menurutnya, kejayaan mengikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuktikan bahagian pertahanan cukup bersedia mengukuhkan kedudukan.
Selain Jalaluddin dan Mohd Shahrizan, bahagian pertahanan turut dikawal Razman Roslan dan Saiful Nizam Miswan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Posted: Kuala Lumpur: Selepas dikritik hebat kerana tidak pernah memberi peluang kepada kapten Kelantan Badhri Radzi atau Piya, pengendali skuad negara, Datuk K Rajagobal akhirnya memanggil pemain itu untuk sesi latihan dan pemilihan pasukan kebangsaan sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015. Keputusan memanggil kapten The Red Warriors (TRW) yang mengetuai pasukan meraih tiga kejuaraan musim lalu itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana sepanjang membimbing skuad negara sejak 2009, Rajagobal tidak pernah memanggil pemain tengah itu.
Selain Piya, 26 lagi pemain turut dipanggil menjadi latihan dan pemilihan skuad negara dengan penyerang Norshahrul Idlan Talaha serta pemain tengah, Safiq Rahim dipanggil semula selepas tidak tersenarai untuk pertemuan kelayakan Piala Asia bertemu Qatar.
Sementara itu penyerang Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad yang sebelum ini diberi peluang beraksi di Qatar, tiada dalam senarai 27 pemain yang dipanggil semalam, termasuk dalam senarai menunggu.
Semua pemain yang terpilih perlu melaporkan diri pada Isnin ini di Wisma FAM.
|
| Jangan ganggu pemain Harimau Muda A Posted: Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengingatkan agar tiada persatuan negeri atau kelab cuba mengganggu tumpuan Harimau Muda A dengan menawarkan kontrak lumayan untuk memancing pemain skuad itu ketika mereka dalam persiapan menghadapi Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini. Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, adalah sukar untuk pihaknya membuat pemantauan terhadap mana-mana pihak yang cuba membuat rundingan tanpa pengetahuan mereka namun beliau berharap mana-mana pihak yang berminat mengikut prosedur dengan betul. "Perkara ini sukar buat FAM untuk memantau setiap pemain-pemain yang akan diburu oleh mana-mana pasukan. Mereka harus berunding dengan pihak FAM terlebih dulu tetapi ia bukan masa yang sesuai memandangkan mereka dalam persiapan untuk ke Eropah (Slovakia). "Saya minta mana-mana pihak tidak mengganggu pemain dalam tempoh enam bulan sebelum kontrak pemain tamat," katanya.
"Merujuk pendaftaran khas kerana rasuah mengikut Perkara 4.5.5 (iv), Peraturan Liga M 2013-2016, mana-mana pemain import bermasalah dengan disiplin boleh ditukarkan segera. "Chrappan berdaftar dengan Selangor untuk saingan Piala AFC dan dia akan menggunakan nombor lesen dan nombor jersi sama dengan pemain asal seperti yang termaktub di dalam Perkara 4.11.2 (viii) Peraturan Liga-M 2013-2016," jelasnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Jentera serangan T-Team tumpul Posted: Kuala Terengganu: Ketumpulan barisan penyerang terus menghantui skuad T-Team apabila sekadar seri 0-0 dengan Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam. Buktinya daripada sembilan perlawanan yang diharungi skuad dari Terengganu itu, hanya tiga jaringan diperolehi sementara sembilan kali bolos dengan memungut sembilan mata.
Bagaimanapun, bagi pengendalinya Peter Butler, situasi itu sedikitpun tidak mencemaskannya sebaliknya jurulatih berbangsa Inggeris itu yang dipecat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) musim lalu mengakui pasukannya belum berada dalam keadaan bahaya.
Ketika ditanya aksi penyerang importnya, Caleb Folan yang gagal menjaringkan gol sehingga kini biarpun sudah memasuki 11 perlawanan termasuk Piala FA, Butler tetap mempertahankan bekas pemain kelab Liga Inggeris, Hull City itu.
Dalam perlawanan itu, Folan memperolehi tiga peluang yang mampu menghasilkan jaringan, namun aksi longlai pemain itu mengecewakan pasukannya selain dicemuh kira-kira 1,000 penonton yang hadir.
|
| Shabery kecewa kemelut makin parah Posted: Chukai: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kecewa serta kesal kemelut dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum selesai. Keadaan ini berikutan kebanyakan ahli gabungan dalam FAM sendiri lebih gemar membuat kenyataan melalui media daripada menyelesaikan isu yang timbul melalui saluran betul.
"Saya kesal dan kecewa apabila isu ini berterusan diperkatakan secara terbuka melalui media oleh anggota badan gabungan FAM sendiri di mana sepatutnya perkara ini dibincangkan di peringkat dalaman secara tertutup.
Sehubungan itu, beliau meminta semua anggota gabungan terbabit supaya membincangkan isu ini melalui saluran betul dan tidak hanya disuarakan melalui media secara terbuka kerana ia boleh menjejaskan imej FAM itu sendiri. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Barcelona sah kunjungi Malaysia Posted: Kuala Lumpur: Kelab bola sepak gergasi Sepanyol Barcelona sudah mengesahkan akan membuat kunjungan pertama ke Malaysia pada 10 Ogos tahun ini namun apa yang menimbulkan tanda tanya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dimaklumkan mengenai perancangan itu. Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad, setakat ini segala urusan kunjungan kelab Catalans itu ke ibu negara sempena Jelajah Asia pada musim panas ini diatur oleh pihak luar tanpa membabitkan FAM.
"Setakat ini saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini. Mungkin pihak penganjur dilihat 'membelakangkan ' FAM selepas saya mendapat laporan bahawa Barcelona telah mengesahkan kehadiran mereka ke sini.
Menurut laman web rasmi kelab itu www.fcbarcelona.com melaporkan skuad kendalian Tito Vilanova itu akan berada di Kuala Lumpur selepas mengadakan perlawanan di Shanghai (China) pada 4 Ogos dan Bangkok (Thailand) tiga hari kemudian dalam rangka lawatannya ke Asia.
Rosell hanya mengesahkan Barcelona akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan di rantau Asia, yang menjadi sebahagian daripada persiapan pasukan itu untuk menghadapi musim 2013/2014.
|
| Posted: Kuala Lumpur: Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak mahu meletakkan tekanan terhadap jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang yang tampil dalam kejohanan kompetitif pertamanya pada tahun ini di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di India yang bermula esok. Presiden Datuk Abu Samah Wahab menjelaskan pihaknya menyedari keadaan semasa atlet Olimpik negara itu yang masih mencari rentak selepas berdepan masalah visa selama beberapa bulan sekali gus menjejaskan sesi latihannya bersama jurulatih kebangsaan, John Beasley di Australia selain terlepas beberapa kejohanan yang dirancang untuknya.
Namun beliau percaya prestasi pemenang pingat perak Kejohanan Trek Dunia 2010 itu tidak jauh ketinggalan serta masih mampu memberikan saingan yang sengit kepada pencabarnya kerana terus menjalani latihan di lebuh raya dan sebagainya bagi mengekalkan tahap kecergasan.
"Saya berharap mereka mampu mengekalkan persembahan dengan latihan berterusan dan konsisten yang diperoleh namun saya harus mengakui cabarannya bukan mudah. Paling utama adalah pelumba negara dapat memenuhi syarat yang ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dengan mengambil bahagian dalam kejohanan tertentu dalam memungut mata ke Olimpik 2016," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment