Harian Metro: Arena |
- Farizal pikul tugas berat
- Luiz macam 'angsa mati'
- Benitez teruja selepas menang di United
- 'Pengadil silap!'
- Rodgers mahu tambah penyerang
- Juventus bergaya!
- Kemasukan Messi cetus kemenangan
- Gelaran pertama
- Serena bangkit benam Yulia
- Aspek keselamatan diutamakan
| Posted: 06 May 2013 11:24 AM PDT Kuala Lumpur: Sejauh mana kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mencabar kedudukan peneraju Liga Super LionsXII bakal teruji apabila berdepan perlawanan cukup getir menentang Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Abdul Rahman Paroi malam ini. Ia pertembungan cukup penting buat kedua-dua pasukan untuk memberi tekanan ke atas pasukan dari Singapura itu yang akan turun lebih awal hari ini menentang Terengganu di gelanggang lawan.
Ini kerana dia menjangkakan skuad The Gladiators perlu berkerja keras khususnya di bahagian pertahanan untuk menyekat jentera serangan pasukan pelawat yang dibarisi pemain bintang tempatan dan luar negara.
ATM yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan B Sathianathan kini beraksi lebih satu perlawanan berbanding LionsXII selepas mengalahkan T-Team 1-0 untuk menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata, satu mata di belakang pendahulu liga itu.
"Jurulatih memberi pemain-pemain cuti rehat selama dua hari dan saya rasa ia cukup untuk kami kembali cergas. Kami perlu menang perlawanan esok (hari ini) kerana kami tidak boleh ketinggalan jauh dengan LionsXII," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Posted: 06 May 2013 11:15 AM PDT London: Pengurus Manchester United Alex Ferguson mendakwa pemain pertahanan Chelsea dari Brazil David Luiz berlakon seperti 'angsa mati' dalam insiden yang menyebabkan pertahanan United Rafael da Silva dibuang padang pada pertemuan di Old Trafford, semalam. United tumpas 0-1 kepada kelab dari London itu, keputusan yang mengukuhkan kedudukan Chelsea dalam kelompok empat pasukan teratas bagi meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka berjaya mengalahkan Tottenham Hotspur di laman sendiri esok.
Pemain Brazil itu melakukan kekasaran terhadap rakan senegaranya Luiz namun pemain pertahanan Chelsea itu dilihat tersenyum apabila terbaring di atas padang ketika pengadil Howard Webb melayangkan kad merah.
"Dia (Rafael) disiku dan bertindak balas. Biasanya pemain yang bertindak balas akan dikenakan hukuman lebih berat tapi Luiz dengan jelas menyikunya sebanyak dua kali.
|
| Benitez teruja selepas menang di United Posted: 06 May 2013 11:14 AM PDT London: Pengurus sementara Chelsea Rafael Benitez (gambar kiri) yakin skuadnya kian menghampiri kelayakan Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 1-0 mengatasi Manchester United. Kejayaan itu meletakkan Chelsea di tangga ketiga Liga Perdana dan The Blues kini boleh mengesahkan kedudukan empat teratas jika menewaskan Tottenham di tempat sendiri, awal pagi Khamis ini. Menentang Tottenham satu lagi perlawanan penting buat kami. Jika kami boleh menang, kami berada dalam kedudukan empat teratas," kata Benitez. "Tiga mata menentang Manchester United begitu berharga buat kami." Kemenangan Chelsea di gelanggang juara Liga Perdana pada pertemuan ke-65 musim ini, hadir menerusi percubaan bola lewat permainan oleh Juan Mata yang terkena pemain pertahanan United, Phil Jones. Keputusan itu meletakkan Blues satu mata di depan pasukan tempat ketiga, Arsenal yang bermain lebih satu perlawanan dan memiliki kelebihan tiga mata di depan Spurs. Kemenangan ke atas Tottenham akan menyebabkan skuad kendalian Andre Villas-Boas tercicir enam mata di belakang Chelsea, memiliki perbezaan gol lebih banyak ketika saingan berbaki dua perlawanan. "Bukan perlawanan mudah menentang United," kata Benitez. "Rentak permainan tidak terlalu tinggi. "Anda boleh faham apabila sudah memenangi gelaran juara, ia membuat mereka bermain lebih tenang. "Bagaimanapun, bukan mudah bermain rentak tinggi sepanjang masa mengharungi 65 perlawanan. Saya rasa kami bermain baik dan menang, perkara paling penting buat kami." Beliau menambah: "Mata seorang pemain hebat. Dia memiliki kepintaran permainan, kebolehan dan kualiti untuk memberikan perbezaan dan dia melakukannya."- Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Posted: 06 May 2013 11:11 AM PDT London: David Moyes (gambar) menegaskan pengadil silap tidak membenarkan gol yang mengakibatkan beliau terlepas peluang mencatat kemenangan pertama di Everton selaku pengurus pasukan sekali gus menjejaskan peluang mereka beraksi di Eropah musim depan. Pengadil Michael Oliver tidak mengesahkan gol tandukan Sylvain Distin kerana Victor Anichebe dikatakan terlebih dulu menolak penjaga gol Liverpool Pepe Reina dalam pertembungan setempat yang berkesudahan 0-0.
Pengurus Liverpool Brendan Rodgers melahirkan simpati terhadap Moyes kerana insiden itu tapi beliau memahami kenapa Olvier membuat keputusan berkenaan.
Meskipun Everton dilihat boleh menamatkan penguasaan Liverpool dua kali berturut-turut dalam liga utama buat kali pertama sejak 1937, Moyes berkata kejayaan dalam pertembungan setempat itu boleh menjadi sagu hati buat mereka jika tersingkir dalam perebutan aksi ke Eropah.
"Ia sesuatu yang mengecewakan jika kami tidak mendapat sebarang hasil tapi kami akan cuba memenangi dua lagi perlawanan terakhir." Selepas tiga keputusan seri tanpa jaringan dalam lima perlawanan, Rodgers dilihat akan mengakhiri kempen di tangga ketujuh dalam musim pertamanya sebagai pengurus Reds.
|
| Posted: 06 May 2013 11:10 AM PDT Liverpool: Pengurus Liverpool Brendan Rodgers (gambar) merasakan skuad kendaliannya perlu menambah seorang atau dua penyerang pada penghujung musim selepas gagal memecahkan pertahanan Everton dalam pertemuan setempat Merseyside yang berakhir dengan seri tanpa jaringan. Daniel Sturridge, Steven Gerrard dan Daniel Agger terlepas peluang terbaik untuk tuan rumah yang kini hampir pasti menamatkan saingan di bawah kelab setempat itu dalam Liga Perdana apabila mereka kini ketinggalan lima mata ketika berbaki dua perlawanan.
"Kami tidak mempamerkan yang terbaik ketika menentang Everton, namun anda perlu memastikan berada dalam keadaan kompetitif. Sekali lagi kami tidak dibolosi, iaitu yang ke-15 musim ini.
|
| Posted: 06 May 2013 11:09 AM PDT Napoli: Juventus merangkul gelaran Serie A kedua berturut-turut ketika saingan berbaki tiga perlawanan apabila menewaskan Palermo 1-0, kelmarin, sekali gus melengkapkan takhta musim dalam apa disifatkan oleh jurulatih Antonio Conte sebagai "perarakan kejayaan." Miroslav Klose menjaringkan lima gol ketika Lazio membenam Bologna 6-0 sementara jaringan hatrik Edinson Cavani melonjak pasukan tempat kedua, Napoli mencipta kemenangan 3-1 mengatasi Inter manakala Pescara tersingkir selepas hanya satu musim berada dalam saingan liga utama. Juventus mencatat kejayaan liga kali kelapan, mengumpul 83 mata daripada 35 perlawanan, 11 di depan Napoli. Milan mengutip 65 mata dan Fiorentina, 61. Pemain tengah Chile, Arturo Vidal, penjaring terbanyak Juve dengan 10 gol, melengkapkan rekod kali ke-29 dan kejayaan musim kedua Conte di kelab itu, menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-59 sekalipun dibantah Palermo selepas Mirko Vucinic ditolak Massimo Donati.
"Ia menjadi perarakan kejayaan daripada setiap sudut pandangan," kata Conte, menyaksikan skuadnya mendahului saingan kejuaraan daripada awal hingga penghujung. "Perbezaan berbanding tahun lalu adalah kami tidak rugi apa-apa kerana kali ini kami perlu mencari kemenangan kerana selain daripada itu, ia dianggap kegagalan," kata penjaga gol Gianluigi Buffon kepada saluran Mediaset Premium. "Banyak tanggungjawab perlu dipikul di bahu kami kerana tidak mudah buat kami menang dalam situasi itu." Kekalahan Palermo meletakkan mereka terperosok semula ke zon penyingkiran dengan 32 mata, bertukar kedudukan dengan Genoa yang mengumpul 35 manakala Torino 36. Siena di tangga ke-19 dalam kedudukan 20 pasukan, mengumpul 30 dan Pescara 22.- Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Kemasukan Messi cetus kemenangan Posted: 06 May 2013 11:07 AM PDT Madrid: Lionel Messi yang masuk sebagai pemain gantian menyumbang dua gol ketika membantu Barcelona mencatat kemenangan 4-2 di Real Betis sekali gus semakin hampir untuk memenangi La Liga. Pemain Terbaik Dunia itu tidak dapat beraksi ketika Barcelona dimalukan Bayern Munich pada saingan separuh akhir Liga Juara-Juara minggu lalu kerana masih bergelut dengan kecederaan hamstring.
Pemain antarabangsa Argentina itu yang meledak dua gol sebanyak 16 kali sekali gus mengumpul 46 koleksi gol, hanya kurang empat gol untuk menyamai rekod jaringan musim lalu.
"Kami perlu meletakkan tekad untuk mencari dua mata lagi kerana Real mungkin akan terus meraih mata," katanya pada sidang akhbar.
"Jika kami tidak membuat keputusan dengan tepat, sudah pasti dia tidak akan dapat beraksi cemerlang ketika bertemu Betis dan membantu kami mencatat kemenangan.
|
| Posted: 06 May 2013 11:05 AM PDT Charlotte, Carolina Utara: Pemain baru Derek Ernst (gambar) melengkapkan minggu penuh bermakna apabila dinobatkan sebagai juara selepas melakarkan par pada lubang pertama saingan penentuan untuk menewaskan pemain Britain David Lynn pada Kejohanan Wells Fargo di Quail Hollow, Charlotte, Carolina Utara. Ernst, 22, membenam birdie dari jarak empat kaki di lubang ke-72 untuk muncul sebagai pendahulu sekali gus merangkul kejuaraan yang pertama dalam siri jelajah PGA menerusi tap-in par di par empat lubang ke-18 selepas Lynn naib juara tahun lalu di Kejohanan PGA berdepan dengan masalah pukulan tee ketika saingan penentuan. "Ia rasa yang menakjubkan," kata Ernst. "Sesuatu yang sukar dipercayai. Satu perasaan yang mengagumkan.
Ernst dan Lynn, kedua-duanya menamatkan pukulan terakhir dengan dua di bawah par 70 untuk berkongsi kedudukan lapan di bawah par 280, menyaksikan pemain memulakan aksi seawal jam 6.45 pagi dengan harapan untuk mengelak berdepan cuaca ribut yang dijangka turun lewat petang itu.- Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Posted: 06 May 2013 11:04 AM PDT Madrid: Pemain nombor satu dunia Serena Williams bangkit selepas permulaan hambar dalam usaha mempertahankan gelaran Terbuka Madrid apabila mencatatkan kemenangan selesa 7-6, 6-1 ke atas pemain remaja yang mara menerusi saingan kelayakan, Yulia Putintseva dari Kazakhstan. Hari pertama dalam saingan gelanggang tanah liat itu turut menyaksikan kejutan berlaku ke atas pilihan kelima, Li Na di Magic Box namun juara Terbuka Perancis itu tidak mampu mengubah keputusan ketika menentang Madison Keys dari Amerika Syarikat.
Madison tewas di pusingan terakhir kelayakan Sabtu lalu namun melangkah ke saingan utama selepas Tamara Paszek menarik diri dan hanya mengetahui dia akan menentang Li Na kira-kira 10 minit sebelum perlu tampil di gelanggang.
Serena yang memburu gelaran keempat tahun ini, diuji pemain ranking ke-88 dunia, Yulia pada awal permainan namun kehebatannya membolehkan dia menamatkan saingan lawan yang berusia 13 tahun lebih muda darinya.
|
| Posted: 06 May 2013 11:02 AM PDT Kuala Lumpur: Aspek keselamatan amat dititikberatkan penganjur Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 yang bakal membuka tirai pada sirkit pertama di Putrajaya awal bulan depan. Individu yang berminat untuk bersaing dinasihatkan tidak perlu bimbang atau ragu-ragu mengenai aspek keselamatan walaupun sukan berbasikal bukit sememangnya mempunyai risiko tersendiri.
"Penganjuran kejohanan ini mengikut peraturan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan sememangnya kami akan melaksanakan segala syarat dan kehendak berdasarkan ketetapan dikehendaki badan dunia itu.
Pengarah Kejohanan Noor Azam Ab Aziz (gambar) pula menasihatkan peserta supaya sentiasa mengutamakan kecergasan fizikal selain keselamatan diri.
Beliau sekali lagi memberi jaminan pihak penganjur memang mengutamakan keselamatan peserta dengan menyediakan petugas perubatan di samping perlindungan insuran sepenuhnya kepada peserta.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment