Harian Metro: Setempat |
- 20 kawasan 'merah'
- Cedera langgar kereta buat pusingan U haram
- Beras bertaburan
- Tanam janin belakang rumah
- Helah buang air besar sebelum perkosa
| Posted: 10 May 2013 11:17 AM PDT Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti 20 kawasan awam yang sering berlaku banjir terutamanya setiap kali berlakunya hujan lebat. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, hampir semua kawasan berkenaan bertumpu di jalan raya yang sering dilalui orang ramai.
"Ini menyebabkan saliran air seperti longkang tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dalam satu masa sehingga menyebabkannya melimpah, sekali gus menyebabkan banjir kilat," katanya kepada Harian Metro, di sini semalam.
BANJIR kilat di sekitar Jalan Pantai Baharu, baru-baru ini. "DBKL kini memantau semua lokasi itu dan akan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku runtuhan pada dinding longkang.
"Selain itu, DBKL juga bekerjasama dengan Alam Flora dalam melakukan kerja pembersihan longkang yang tersumbat untuk mengurangkan kesan banjir kilat di sini," katanya.
|
| Cedera langgar kereta buat pusingan U haram Posted: 10 May 2013 10:18 AM PDT Kuala Lumpur: Akibat tindakan seorang pemandu kereta membuat pusingan 'U' di kawasan dilarang di Jalan Semarak, di sini dua penunggang motosikal cedera di kepala dan kaki dalam kejadian kemalangan petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kereta jenis Kia Spectra dipandu seorang lelaki berusia 30-an yang baru keluar dari Lebuhraya Duke pada mulanya berlanggar dengan motosikal jenis Yamaha Lagenda dipandu pemuda berusia 20-an.
Jurucakap polis berkata, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal itu cedera di bahagian kepala dan kaki manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
|
| Posted: 10 May 2013 10:09 AM PDT Putrajaya: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan yang membawa muatan beras itu terbalik akibat tayar belakang pecah dan tercabut di kilometer 29.5 Lebuhraya Elite selepas susur keluar Putrajaya, dekat sini semalam. Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, S Ramasamy, 27, bersama dua kelindan dalam perjalanan dari Rawang ke Bahau, Negeri Sembilan dengan membawa muatan tiga tan beras.
Akibat kejadian itu, ratusan kampit beras yang dibawa berteraburan di tepi dan atas jalan raya, namun tiada kesesakan berlaku.
"Tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
| Posted: 10 May 2013 10:07 AM PDT Arau: Tanda tanya kehadiran anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di belakang sebuah rumah di Pauh, dekat sini, terjawab selepas penemuan janin berusia hampir lima bulan ditanam di kawasan itu, semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang, sepasukan anggota polis menggali tanah di kawasan itu sebelum menemui janin dalam keadaan sudah berbau selepas menerima maklumat.
Sumber berkata, lelaki berusia 26 tahun berkenaan menghantar teman wanitanya ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar sebelum membawa pulang janin berkenaan ke rumahnya.
"Hasil soal siasat, lelaki terbabit membawa anggota polis ke belakang rumahnya sebelum menemui janin yang ditanam di situ," katanya.
|
| Helah buang air besar sebelum perkosa Posted: 10 May 2013 10:06 AM PDT Petaling Jaya: Seorang lelaki menggunakan helah untuk membuang air besar di rumah rakan wanitanya di sebuah flat di Sungai Way, di sini, sebelum bertindak seperti binatang apabila merogol mangsa dalam kejadian Ahad lalu. Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang juga pengawal keselamatan dihubungi lelaki terbabit memaklumkan dia mahu bertandang ke rumah wanita berkenaan.
"Wanita itu membenarkan suspek masuk rumah untuk menggunakan tandas. Pada masa sama, mangsa dihubungi tunangnya menerusi panggilan video 3G.
"Mangsa mendakwa suspek membuka pintu bilik dan walaupun mangsa menegah suspek supaya jangan masuk, tetapi tidak dihiraukan.
Sumber berkata, lelaki terbabit mencabul bahagian dada mangsa dan mengarahkan wanita itu supaya melucutkan pakaian.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment