Harian Metro: Global |
- Castro cuma layak dihukum mati
- Pendakwa cadangkan bunuh
- Nelayan Taiwan ditembak mati
- Gesa kerajaan tarik balik petugas keamanan
- Ramai isteri main kayu tiga di Singapura
- Syria siap sedia perangi Israel
- Israel sengaja sabotaj rundingan damai
- Turki dakwa Bashar guna senjata kimia ke atas musuh
| Castro cuma layak dihukum mati Posted: 10 May 2013 09:40 AM PDT Cleveland: Seorang daripada anak perempuan kepada lelaki yang dituduh menculik tiga remaja perempuan selama 10 tahun termasuk kawan baiknya sendiri menggesa agar bapanya diberikan hukuman mati, lapor media semalam. Arlene Castro berkata, bapanya Ariel Castro patut dihukum mati atas apa yang telah dilakukan terhadap tiga wanita terbabit. Pendedahan mengenai pembabitan bapanya dalam kes kehilangan Gina DeJesus memang mengejutkan kerana Arlene dan Gina adalah rakan sekelas dan mereka kawan baik sebelum itu. Bagi Arlene, hanya hukuman mati layak dan boleh membuat Castro "menderita dengan perbuatannya" kerana mengurung Gina, Amanda Berry dan Michelle Knight sebagai tawanannya selama satu dekad. Akhbar turut mendedahkan bahawa lima anak Castro berikrar untuk tidak melawatnya di penjara kerana mereka sangat jengkel dengan perbuatannya. ARLENE tidak dapat menahan sebak ketika diwawancara stesen televisyen semalam. ELIDA Caraballo menceritakan pelbagai penderitaan dan seksaan dialami kakaknya, Grimilda Figueroa ketika menjadi isteri Castro, semalam.
Polis berkata, Castro kemudian menawarkan untuk menumpangkan Gina pulang, tetapi sebaliknya membawa remaja terbabit ke kediamannya di Cleveland, Ohio di mana mangsa menjadi hamba seksnya selama 10 tahun. Arlene adalah seorang daripada empat anak dilahirkan isteri pertama Castro, Grimilda Figueroa yang mati tahun lalu selepas dipukul selama bertahun-tahun lelaki terbabit. Castro dan Grimilda tinggal di tingkat dua apartmen ibu bapa Grimilda selama lima tahun mulai 1986. Satu daripada pintu yang ditutup Castro bagi menjauhkan Grimilda daripada ibu bapa wanita itu masih berkunci selama bertahun-tahun selepas mereka berpindah keluar kerana Castro membawa bersama satu-satu kuncinya, kata kakak ipar Grimilda, Nancy Figueroa. Castro dan Grimilda atau nama gelarannya Nilda berpindah keluar pada 1992 apabila dia membeli rumah di Seymour Street. Rumah itu juga menjadi tempat dia mengurung tiga wanita terbabit selama sedekad. Bapa Grimilda, Ismael Figueroa berkata, dia bersemuka dengan Castro sejurus selepas dia berpindah dengan anak perempuannya kerana mendengar pasangan pengantin baru itu terus bergaduh, tetapi selalu sentiasa dihalang. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
| Posted: 10 May 2013 09:34 AM PDT Cleveland: Pendakwa raya akan mencadangkan Ariel Castro dihukum mati atas kesalahan mengurung tiga wanita di kediamannya selama sedekad. Polis juga bakal mendakwa Castro menghamilkan seorang daripada tawanannya sekurang-kurangnya lima kali dan membuatkan mangsa keguguran dengan membiarkan wanita itu kelaparan dan menumbuk perutnya.
Pendakwa Timothy McGinty berkata, pejabatnya akan memutuskan sama ada untuk mengenakan tuduhan membunuh yang membawa kepada hukuman mati.
McGinty berkata, Castro akan didakwa untuk setiap perbuatan keganasan seksual, serangan dan jenayah lain yang dilakukan terhadap wanita, mencadangkan pertuduhan itu mungkin disenarai ratusan hingga ribuan. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
| Posted: 10 May 2013 09:34 AM PDT Manila: Insiden seorang nelayan Taiwan yang ditembak mati oleh pengawal pantai Filipina menjadi insiden terbaru yang meningkatkan ketegangan ekoran perebutan wilayah di sekitar Laut China Selatan. Taipei semalam menggesa Manila meminta maaf terhadap kejadian itu yang menyebabkan kematian nelayan Taiwan berusia 65 tahun di perairan yang dituntut oleh kedua-dua negara berkenaan. Bercakap kepada wartawan di Taipei, Menteri Luar David Lin menyalahkan pengawal pantai Filipina kerana melepaskan tembakan ke arah bot nelayan di Selat Bashi yang terletak di antara selatan Taiwan dan utara Filipina. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tembakan ke atas rakyat Taiwan yang dilakukan pihak berkuasa Filipina.
Manila mengakui dakwaan Taiwan tetapi berkata, kakitangannya bertindak untuk membela diri.
"Jika seseorang maut akibat kejadian itu, mereka berhak mendapat simpati kami tetapi bukan kemaafan," katanya. - Philippines Inquirer Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
| Gesa kerajaan tarik balik petugas keamanan Posted: 10 May 2013 09:33 AM PDT Manila: Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert del Rosario semalam berkata, dia menyarankan kepada Presiden Benigno Aquino III agar menarik balik semua petugas keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa negara itu dari Bukit Golan ekoran penculikan empat anggotanya oleh pemberontak Syria, insiden kedua dalam dua bulan. Del Rosario berkata, kerajaan percaya pendedahan 342 petugas keamanan negara itu telah "melebihi batasan tolak ansur".
|
| Ramai isteri main kayu tiga di Singapura Posted: 10 May 2013 09:33 AM PDT Singapura: Ramai wanita berkahwin di republik ini didapati menipu suami mereka dan lebih ramai lelaki bertemu pakar runding perkahwinan bagi menyelamatkan rumah tangga masing-masing. Peguam perceraian dan perunding perkahwinan di Singapura berkata, terdapat peningkatan 20 peratus kes khususnya yang membabitkan isteri bermain kayu tiga. Sementara itu, beberapa pusat khidmat keluarga menunjukkan bahawa bilangan lelaki yang menggunakan khidmat nasihat pakar perunding perkahwinan meningkat sekali ganda sejak beberapa tahun lalu. - AsiaOne Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
| Syria siap sedia perangi Israel Posted: 10 May 2013 09:32 AM PDT Damsyik: Syria mengancam bertindak balas "serta-merta" kepada sebarang serangan baru Israel ketika pejuang Hizbullah di Damsyik berjanji menyediakan senjata yang bakal "mengubah suasana" perang itu. Dalam temubual dengan AFP, Timbalan Menteri Luar Syria Faisal Muqdad berkata, arahan telah dibuat supaya pasukan keselamatan negara itu bertindak serta-merta terhadap sebarang serangan Israel.
Faisal turut menafikan dakwaan Tel Aviv kononnya serangan udara itu disasarkan kepada bekalan senjata yang sedang dihantar untuk Hizbullah.
Sebelum ini, Israel berkali-kali memberi amaran untuk campur tangan bagi mengelak sebarang senjata canggih dibekalkan kepada Hizbullah yang menjadi sekutu politik Bashar. Di beberapa tempat di Syria, pejuang Hizbullah turut memerangi pejuang antikerajaan bersama tentera Bashar. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
| Israel sengaja sabotaj rundingan damai Posted: 10 May 2013 09:32 AM PDT Baitulmaqdis: Ketua perunding Palestin mendakwa, kerajaan Israel cuba melakukan sabotaj terhadap langkah AS menghidupkan semula rundingan damai dengan menandatangani kebenaran membina hampir 300 kediaman baru berhampiran Ramallah. Menurut Saeb Erakat, tindakan Tel Aviv itu adalah mesej jelas kepada Washington membuktikan negara Yahudi itu tidak berminat menyambung rundingan damai yang tergendala sejak 2010. "Kami mengutuk keputusan Israel yang cuba melakukan sabotaj dan memusnahkan usaha Rumah Putih ," katanya. Semalam, Israel mengumumkan kerajaan memberi lampu hijau kepada projek pembinaan 296 unit rumah haram di kawasan Beil El.
|
| Turki dakwa Bashar guna senjata kimia ke atas musuh Posted: 10 May 2013 09:32 AM PDT Washington: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memberitahu sebuah stesen televisyan AS, dia percaya Syria menggunakan senjata kimia ke atas musuh Presiden Bashar al-Assad. "Adalah jelas rejim itu menggunakan senjata nuklear dan misilnya," katanya kepada NBC News malam kelmarin.
Justeru, katanya, AS perlu mengambil tindakan lebih tegas ke atas Bashar. "Turki mahu AS lebih bertanggungjawab dan bertindak lebih jauh.
Katanya, 'serpihan misil' yang digunakan dalam serangan itu juga ditemui di beberapa tempat. Sementara itu, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berkata, pihak berkuasa menjalankan ujian darah pada mangsa perang yang masuk ke negara itu.
"Ujian itu masih berjalan dan keputusannya akan didedahkan sebaik saja ia selesai," katanya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/11 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment