Harian Metro: Arena |
- Dua gol James julang Gladiators
- Kena tunggu dua bulan lagi
- Atiq mahu balas kepercayaan Lee
- KLHC tak pandang mudah TNB
- Daren sasar suku akhir
- Boleh 2 kali cabar keputusan
- Muizzuddin mantap di Itali
- Terengganu gagal kaut kesempatan
- Tok Gajah ikat Selangor
- TRW capai misi buru 3 mata
| Dua gol James julang Gladiators Posted: 07 May 2013 09:55 AM PDT Seremban: Marlon Alex James memastikan ATM terus mengekori rapat pendahulu Liga Super, LionsXII apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Gladiators menewaskan pasukan bertaraf bintang, Johor Darul Takzim, 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Penyerang St Vincent & Grenadines itu nyata menampilkan aksi yang menjadikannya penjaring terbanyak liga apabila menguji benteng Johor DT seawal minit ke-6, namun impian ATM untuk mendahului awal tidak menjadi apabila tandukan penyerang import itu tersasar.
Ketika aksi separuh masa pertama menghampiri penamat James sekali lagi berdepan dengan peluang untuk meletakkan ATM di depan tapi usahanya sekali lagi gagal sehingga kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
JAMES (tengah) cuba menanduk bola tetapi dihalang oleh pemain JDT. Begitupun Johor DT yang cuba meletakkan diri mereka dalam kelompok pencabar, memperoleh peluang terbaik untuk memperbaiki jurang, namun sepakan penalti Leonel Nunez pada minit ke-66 diselamatkan penjaga gawang, Farizal Harun.
|
| Posted: 07 May 2013 09:49 AM PDT Kuala Lumpur: Tiga pelumba basikal negara yang berdepan dengan masalah visa sekurang-kurangnya perlu menunggu dua bulan sebelum kembali menjalani latihan bersama ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley di Melbourne, Australia. Masalah itu bagaimanapun akan cuba diselesaikan secepat mungkin pegawai penyelaras sukan berbasikal Majlis Sukan Negara (MSN), Rahimi Ahmad Sulaiman dengan cuba mendapat bantuan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi Timbalannya, Datuk Naim Muhamad. Muhd Arfy Qhairant Amran, Mohd Fattah Amri Zaid dan Ummi Hamimah Mohamad yang baru dinaikkan taraf sebagai pelumba elit dijadualkan ke Australia, pada 21 April lalu, namun berdepan dengan masalah visa kerana syarat ketat Kedutaan Australia. Katanya, masalah itu sudah dibangkitkan kepada PKBM yang sedia menghulurkan bantuan bagi membolehkan mereka kembali menjalani latihan bersama pelumba elit negara, Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapa yang sudah berada di Melbourne ketika ini.
Bagaimanapun Rahimi berkata, beliau akan tetap berusaha mempercepatkan proses itu dan kini segala dokumen berkaitan sudah disiapkan. Sementara itu, Naim berkata, beliau tidak berdepan dengan masalah membantu dengan menghubungi Kedutaan Australia agar mempercepatkan kelulusan visa itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| Atiq mahu balas kepercayaan Lee Posted: 07 May 2013 09:47 AM PDT Kuala Lumpur: Harapan dan kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih negara, Lee Jae-Hyung tidak akan dipersia-siakan pemanah muda negara, Atiq Bazil apabila tampil pada sirkit pertama Piala Dunia di China minggu depan. Sebaliknya pemanah berusia 19 tahun itu mahu menggunakan kesempatan itu untuk terus memikat hati Jae-Hyung selepas mempamerkan aksi cemerlang di sirkit pertama Grand Prix Asia di Thailand awal bulan lalu dengan memenangi pingat emas recurve berpasukan.
Pemanah kelahiran Kuala Lumpur itu menjelaskan dia kini menjalani latihan lebih kerap sebagai persediaan kerana peperiksaannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil sudah berakhir minggu lalu.
"Perasaan gemuruh memang masih ada kerana masih baru di peringkat senior namun saya yakin sudah bersedia untuk menghadapi tekanan," katanya.
|
| Posted: 07 May 2013 09:46 AM PDT Kuala Lumpur: Juara bertahan Kejohanan Hoki Piala TNB, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yang memburu hatrik pada edisi 2013, tidak memandang mudah pasukan Sapura pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, Jumaat ini. KLHC meraih gelaran juara dua kali berturut-turut saingan Piala TNB pada 2011 dan 2012.
Sementara itu, jurulatih pasukan Sapura, Tai Beng Hai berkata beliau mahu anak didiknya memberi persembahan terbaik dan lebih konsisten sepanjang perlawanan.
|
| Posted: 07 May 2013 09:45 AM PDT Kuala Lumpur: Sejak menjuarai gelaran Terbuka Perancis Oktober tahun lalu, ranking Liew Daren (gambar) meningkat mendadak kepada kedudukan ke-13 daripada 28, namun sejak itu juga, prestasinya tidak meningkat selari dengan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Pemain yang menjengah usia 26 tahun pada Ogos depan terus mempamerkan prestasi tidak konsisten di setiap kejohanan disertai, sekali gus menerbitkan persoalan ke mana hala tuju pemain ini serta apakah dia mampu maju ke tahap lebih baik, apa lagi selepas tersingkir di suku akhir GP Emas Terbuka Malaysia minggu lalu, meskipun kejohanan itu tidak mendapat sambutan pemain bintang dunia.
"Saya sasarkan ke suku akhir Kejohanan Dunia nanti kerana baru kali pertama layak ke kejohanan ini. Masa masih ada untuk saya memperbaiki kelemahan dalam permainan," kata Daren mengenai aksi tidak konsisten yang dipamerkannya sehingga tewas kepada pemain muda China, Chen Yuekun di suku akhir, Khamis lalu.
Pada kempen Piala Sudirman nanti, Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Jerman serta Taiwan dan sebagai tuan rumah, Malaysia perlu mengatasi pencapaian terbaik di kejohanan itu pada 2009 apabila skuad yang diketuai Chong Wei melangkah ke separuh akhir.
"Setiap kali berdepan mana-mana pemain sekalipun, saya turun seperti biasa, tidak fikir saya akan kalah. Ini terbukti apabila saya pernah menang ke atas pemain China, Wang Zhengming." Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| Posted: 07 May 2013 09:44 AM PDT Mumbai: Pemain badminton hanya akan dibenarkan untuk mencabar keputusan yang diragui sebanyak dua kali apabila sukan itu menggunakan teknologi bagi menentukan keputusan meragukan yang buat kali pertama diuji di Terbuka Indonesia, bulan depan. Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan semalam berkata, menerusi sistem itu yang menggunakan kamera gerak perlahan ultra akan membenarkan pemain untuk melihat semula sama ada keputusan penjaga garisan serta pengadil perlawanan, tepat.
Menerusi kaedah terbaru itu, badminton kini menyertai tenis, ragbi dan kriket dalam mengguna pakai sistem berkenaan.
Pemain badminton terkemuka termasuk Datuk Lee Chong Wei (gambar), Taufik Hidayat dan Saina Nehwal, mengalu-alukan penggunaan sistem baru itu yang dianggap boleh membantu mengurangkan perbalahan mengenai keputusan penjaga garisan.
|
| Posted: 07 May 2013 09:44 AM PDT Kuala Lumpur: Pelumba muda berbakat besar, Muizzuddin Musyaffa (gambar) mempamer pemanduan mantap apabila mencatat dua podium pada perlumbaan pusingan ketiga Siri Masters WSK di Udine, Itali. Ia podium kedua buat pemandu pasukan Gamoto Racing Team itu bagi menamatkan dua saingan final di tempat ketiga kelas Mini 60 Mini. Dia tiba di garisan penamat dengan berada di belakang pemenang, Martinez Eliseo dan Costantinos di trek sepanjang 1.1 kilometer di Sirkit Antarabangsa Friuli Venezia Giulia, kelmarin. Bermula dari barisan kedua grid permulaan, Muizzudin mengekalkan kedudukan mengekori rapat dua pendahulu hingga ke garisan penamat, ketinggalan tidak sampai sesaat di belakang dua pelumba itu.
Pada tiga sesi saringan penyingkiran, dia mencatat masa sepusingan kedua terpantas, dua kali berada di tempat kelima dan sekali, ketiga. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| Terengganu gagal kaut kesempatan Posted: 07 May 2013 09:41 AM PDT Kuala Terengganu: Gol sendiri pemain pertahanan, Hasmizan Kamarodin pada masa kecederaan menghancurkan harapan Terengganu untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata selepas tewas 1-2 kepada LionsXII dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam. Kemenangan berharga pasukan negara jiran itu membolehkan pasukan pelawat terus mendahului liga dengan mengutip 31 mata manakala tuan rumah kekal dengan 20 mata hasil 15 perlawanan.
Tersentak jaringan tuan rumah, pasukan pelawat menggandakan asakan dan pada minit ke-78, tendangan sudut kapten Mohd Shahril Ishak mudah ditanduk pemain pertahanan, Baihakki Khaizan untuk menyamakan kedudukan.
Lebih menimbulkan kemarahan penonton apabila pengadil lewat meniup wisel dalam insiden minit ke-30 yang menyebabkan pasukan tuan rumah gagal menghasilkan jaringan menerusi Abdul Manaf Mamat yang ketika itu hanya berdepan dengan penjaga gol.
Selain itu, Elavarasan berkata, ketumpulan jentera serangan yang gagal mencipta gerakan menarik menyebabkan pasukannya gagal menghasilkan jaringan.
|
| Posted: 07 May 2013 09:26 AM PDT Kuantan: R Surendran membuktikan kehadirannya dalam kesebelasan utama Pahang memberi impak besar apabila membantu skuadnya mengutip satu mata apabila seri 2-2 ketika bertemu Selangor di Stadium Darulmakmur malam tadi. Keputusan itu sudah cukup melegakan skuad kendalian Dollah Salleh itu daripada terlepas mata kepada Selangor yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim.
Empat minit kemudian, Forkey Doe mempunyai peluang untuk menambah jaringan tetapi sepakan penyerang import Selangor itu melepasi palang tuan rumah.
Akhirnya, minit ke-39, gol penyamaan yang dinantikan Pahang berhasil menerusi Surendran selepas menerima hantaran daripada Shahrizan Salleh di dalam kotak penalti.
Begitu juga tandukan pertahanan Selangor, Adam Grif fiths pada minit ke-53 yang sedikit melepasi palang tuan rumah ketika Rosfaizul Azuar sudah pun tertewas.
|
| Posted: 07 May 2013 09:25 AM PDT Kota Bharu: Kelantan mencapai misi mengutip tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan Liga Super apabila berjaya menewaskan FELDA United 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. Tiga jaringan itu turut menyaksikan The Red Warriors (TRW) menghadiahkan kemenangan kepada Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang baru saja memenangi kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum (PRU-13), selain hadiah untuk hari lahir jurulatih, Bojan Hodak semalam. Bermula babak pertama, kedua-dua pasukan tidak banyak mengatur gerakan berbahaya meskipun terdapat beberapa percubaan tetapi tidak menepati sasaran. Bagaimanapun, tuan rumah mula menemui rentak pada minit ke-25 apabila penyerang, Indra Putra Mahayuddin melakukan hantaran lintang namun tandukan pemain baru, Ahmad Fakri Saarani sekadar melewati tiang gol.
Tiga minit berselang, Kelantan terus mengukuhkan kedudukan apabila Indra Putra sekali lagi menjaringkan gol apabila menanduk masuk hantaran lintang pemain pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim. FELDA United berpeluang merapatkan kedudukan pada minit ke-42 menerusi hantaran lintang, Ahmad Fauzi Shaari tetapi gagal ditanduk pemain importnya, Emmanuel Mazowa meskipun penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat sudah tergamam. Minit ke-81 Indra Putra hampir melakukan hatrik namun terkena rembatannya terkena palang gol sebelum pemain pertahanan lawan mengeluarkan bola ke kawasan selamat. Kemasukan penyerang berbisa Kelantan, Dickson Nwakaeme pada minit ke-83 menggantikan Ahmad Fakri menambahkan sengat jentera serangan malah sentuhan pertamanya hampir menjaringkan gol namun percubaannya leretnya sedikit tersasar ke kanan gawang. Dua minit masa tambahan memberi peluang kepada ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi untuk menjaringkan gol ketiga TRW selepas menerima lorongan cantik daripada Nwakaeme sebelum pengadil perlawanan Zamzaidi Katimin meniupkan wisel penamat. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment