Harian Metro: Global |
- 10 tahun dikurung penculik
- Gunung berapi meletus: 3 maut
- Tiket kereta api pulang sambut Aidilfitri dijual
- Ketua balai bunuh diri depan drebar
- Turki kecam serangan Israel ke atas Syria
- Negara Arab perlu pertahan Bashar: Iran
- Laman sesawang berita AS digodam 'Tentera Elektronik Syria'
- Padah suntikan minyak masak
- Tiga 'rahib' sorok 2kg kokain
| Posted: 07 May 2013 09:33 AM PDT Cleveland (Ohio): Tiga wanita yang diculik lebih sedekad lalu ditemui hidup dalam tingkat bawah sebuah rumah di Ohio yang menjadi tempat tahanan mereka selama ini. Amanda Berry, 26; Gina DeJesus, 23, dan Michelle Knight, 32, diselamatkan dari rumah berkenaan hanya beberapa kilometer dari tempat mereka disahkan hilang 10 tahun lalu.
Saudara Amanda mengesahkan seorang daripada kanak-kanak dalam rumah berkenaan adalah anaknya yang dilahirkan ketika dia dikurung.
Mangsa culik diselamatkan dari rumah ini. Berita kehilangan itu juga disiarkan secara berterusan dalam media tempatan.
Penculik mereka juga sering dilihat orang ramai dari semasa ke semasa. Sementara itu, Ramsey berkata, dia ternampak Amanda - tetapi tidak mengenalinya - di pintu yang terkuak sedikit.
|
| Posted: 07 May 2013 08:19 AM PDT Manila: Tiga pelancong Jerman dan pemandu pelancong warga tempatan maut apabila satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina memuntahkan kepulan abu dan ketulan batu semalam, kata pihak berkuasa. Seramai 20 rakyat asing dan pemandu pelancong mereka berada di lereng Gunung Mayon ketika ia meletus dan petugas penyelamat dikejarkan dengan helikopter bagi mencari mangsa.
Tiga warga Jerman dan seorang pemandu pelancong daripada kumpulannya terbunuh, manakala wanita Austria berkenaan mengalami cedera ringan.
Gunung itu terkenal dengan bentuknya yang hampir menyerupai kon, tetapi mempunyai sejarah letusan yang panjang.
"Antara 300 hingga 1,000 pendaki datang ke sini ketika musim puncak dari Mei hingga Ogos," katanya.- AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Tiket kereta api pulang sambut Aidilfitri dijual Posted: 07 May 2013 08:18 AM PDT Jakarta: Pengendali keretapi kebangsaan Pt Kereta Api Indonesia (PT KAI) mula menerima tempahan tiket kereta api pada Jumaat ini untuk perjalanan ketika musim cuti hari raya Aidilfitri. "Tempahan boleh dibuat hingga tiga bulan lebih awal di Internet, melalui pusat bayaran atau di stesen kereta api. Tidak akan ada lagi barisan panjang orang beratur di stesen," kata jurucakap PT KAI, Surano. Aidilfitri dijangka jatuh pada 8 dan 9 Ogos tahun ini.
Aplikasi PadiTrain, Aeroticket dan Finchannel boleh dimuat turun di telefon pintar untuk membuat tempahan.
"Seorang penumpang boleh membuat tempahan hingga empat tiket dalam setiap tempahan dan perlu mengisi maklumat pengenalan diri untuk tujuan perjalanan," katanya. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Ketua balai bunuh diri depan drebar Posted: 07 May 2013 08:17 AM PDT Pattani: Ketua balai polis daerah Kapo di Pattani semalam menembak dirinya sendiri di depan pegawai bawahan ketika menunggu untuk bertemu pakar psikiatri bagi membincangkan masalah tekanan berkaitan kerja. Insiden tembakan itu berlaku dalam kereta dipandu Korporal Tawan Saikiri, ketika Kolonel Adul Peenaba-ngo, 45, dalam perjalanan dari Pattani ke wilayah Yala dengan isterinya untuk bertemu pakar psikiatri di sebuah klinik di Siroros. Tawan memberitahu polis bahawa dia memarkir kereta itu kira-kira 50 meter dari klinik dan isteri Adul keluar untuk bertemu dengan petugas di dalam klinik itu, meninggalkan suaminya menunggu di dalam kereta.
Adul yang berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke Hospital Yala, di mana dia kemudian disahkankan meninggal dunia. Tawan berkata, tekanan berkaitan kerja mungkin menjadi punca kejadian bunuh diri itu kerana Adul begitu serius dengan kerjanya. - Bangkok Post Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Turki kecam serangan Israel ke atas Syria Posted: 07 May 2013 08:09 AM PDT Ankara: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) semalam menyifatkan serangan udara Israel ke atas Syria 'tidak dapat diterima' walaupun beliau turut menggesa komuniti antarabangsa bertindak terhadap pembunuhan rakyat negara itu oleh rejim Presiden Bashar al-Assad. Kata Recep, tiada sebarang alasan dapat menghalalkan serangan rejim Zionis itu.
Recep berkata, Bashar cuba menutup keganasan berlaku di Banias - sebuah bandar di pinggir Laut Mediterranean - beberapa hari lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang awam.
|
| Negara Arab perlu pertahan Bashar: Iran Posted: 07 May 2013 08:07 AM PDT Amman: Menteri Luar Iran berkata, jiran Syria adalah pihak yang perlu bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas negara itu. Menurut Ali Akhbar Salehi, negara Arab mesti bertindak mempertahankan saudara mereka di Damsyik. "Insiden itu juga mungkin menyebabkan berlaku kesan serius berpunca daripada kekosongan politik jika rejim Presiden Bashar al-Assad tumbang," katanya kepada media ketika melakukan lawatan ke ibu negara Jordan, semalam. Mengulas lanjut, Ali berpendapat, Tel Aviv tidak akan berani menyerang tapak yang didakwa rejim Zionis itu sebagai loji nuklear Iran.
|
| Laman sesawang berita AS digodam 'Tentera Elektronik Syria' Posted: 07 May 2013 08:05 AM PDT Washington: Catatan Twitter sebuah laman sesawang berita satira Amerika Syarikat, The Onion, digodam sekumpulan individu Syria semalam dalam usaha mereka mengelirukan orang ramai mengenai konflik di negara mereka. Cetakan skrin yang dipos eHacking News menunjukkan sebuah kumpulan menggelar diri mereka sebagai 'Tentera Elektronik Syria' mengawal catatan, komen dan gambar seperti pencerobohan pada pertubuhan berita lain. Satu daripada catatan itu bertulis: "PBB menarik balik laporan penggunaan senjata kimia Syria: Ujian makmal mengesahkan ia adalah bau badan pemberontak." - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Posted: 07 May 2013 08:00 AM PDT Seoul: Seorang wanita yang ketagihan pembedahan plastik menyuntik minyak masak ke wajahnya apabila doktor enggan memberikan suntikan silikon lagi. Bekas model Hang Mioku mengalami kecacatan kekal ekoran rawatan kecantikan yang dilakukan sendiri itu.
Kegetirannya itu disiarkan televisyen Korea dan penonton memberi sumbangan jutaan won bagi bayaran pembedahan memulihkan wajahnya.
Hang menjalani prosedur pembedahan plastik pertama ketika berusia 28 tahun dan kemudian berpindah ke Jepun, di mana dia mendapatkan rawatan berulang kali. Dia serta-merta ketagih untuk memperoleh kulit yang lembut dan licin. Doktor akhirnya enggan melakukan pembedahan terhadapnya selepas wajahnya membesar dengan ketara.
Wajahnya jauh berubah hinggakan ibu bapanya tidak dapat mengenalinya dan kanak-kanak menggelarnya 'kipas angin berdiri' kerana wajahnya amat besar berbanding dengan tubuhnya yang kecil. Pelbagai pembedahan yang dibayar dengan wang sumbangan berjaya mengecilkan saiz wajah dan lehernya, tetapi dia masih mengalami kecacatan.
|
| Posted: 07 May 2013 07:57 AM PDT Bogota: Kelakuan tiga rahib wanita yang kelihatan cemas mendorong polis Colombia mengarahkan mereka ditahan sebaik tiba di Pulau San Andres di Caribbean melalui penerbangan dari Bogota. Pegawai kanan polis Kapten Oscar Davila berkata, tiga wanita itu kelihatan gementar dan pakaian mereka nampak tidak bersesuaian.
Davila berkata, ketiga-tiga mereka mula menangis apabila disoal siasat dan medakwa mengalami masalah kewangan.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment