Harian Metro: Setempat |
- Air paras bahaya!
- Rumah 15 keluarga tenggelam dek bah
- Kejutan suami atas katil
- Mayat dalam ladang sawit
- Mangsa perkosa cair SMS manis
| Posted: 08 May 2013 11:20 AM PDT Kuala Selangor: Seramai 110 mangsa banjir daripada 31 keluarga yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Rantau Panjang, dekat sini belum dibenarkan pulang selepas paras air sungai yang melimpah ke penempatan penduduk berada pada paras bahaya, sekali gus memungkinkan ia meningkat jika berlaku lagi hujan dalam masa terdekat. Setakat ini, paras air berada pada ketinggian 5.6 meter berbanding 7.3 meter kelmarin.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang dipindahkan semalam tidak dibenarkan pulang kerana air sungai masih berada pada paras berbahaya.
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Selangor menjalankan misi menyelamat mangsa banjir di Kampung Rantau Panjang. Katanya, penduduk kampung diharapkan sentiasa peka kepada keadaan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa selain mengambil tindakan segera dengan keluar dari rumah sekiranya hujan lebat masih berlaku.
Seorang mangsa, Junaidah Marasid 34, dari Kampung Rantau Panjang, berkata dia terkejut apabila air secara tiba-tiba masuk ke dalam rumah berserta arus deras sehingga memenuhi ruang tamu, bilik dan dapur.
|
| Rumah 15 keluarga tenggelam dek bah Posted: 08 May 2013 11:15 AM PDT Kajang: Hujan lebat lebih lapan jam menyebabkan kawasan penempatan penduduk di Batu 18, Dusun Tua dan Sungai Serai di Hulu Langat, di sini, dinaiki air menyebabkan lebih 15 keluarga terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat, kelmarin. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang Safiq Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada jam 9.52 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama anggotanya yang turut dibantu anggota bomba sukarela dari Batu 18 dan Dusun Nanding.
"Air naik secara mendadak sebelum beransur surut selepas jam 12 tengah malam," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, penduduk hanya dipindahkan di kawasan selamat disebabkan bilik gerakan banjir tidak dibuka. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/09 |
| Posted: 08 May 2013 11:14 AM PDT Kuala Lumpur: Amat malang nasib seorang isteri apabila suami yang dicintai bertindak ganas menarik rambut dan menghentak kepalanya menggunakan topi keledar, selain mengugut menetaknya dengan parang hanya kerana wanita itu mengejutnya bangun daripada tidur. Kejadian berlaku di rumah pasangan suami isteri itu di Dang Wangi di sini, Isnin lalu selepas mangsa yang berusia 23 tahun mengejutkan suaminya daripada tidur pada jam 12.30 tengah hari.
"Bagaimanapun, suspek yang berusia 20-an bukan saja tidak puas hati, malah tiba-tiba mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa. "Biarpun mangsa meminta maaf kerana tidak menyangka suaminya bertindak sedemikian, usaha itu tidak meredakan kemarahan suspek, sebaliknya lelaki itu bertindak lebih ganas," katanya.
Sumber itu berkata, akibat kejadian mangsa yang cedera di kepala dan badan menghubungi keluarganya meminta mereka membawanya keluar dari rumah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/09 |
| Posted: 08 May 2013 11:13 AM PDT Ledang: Seorang jurutera ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di badan di sebuah ladang sawit di Jalan Bekok, Tangkak, di sini, kelmarin. Muthu Pillai, 41, berasal dari Batu Berendam, Melaka ditemui orang awam pada jam 7.30 malam dalam keadaan masih berpakaian lengkap.
Sivan berkata, kakak iparnya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang memaklumkan penemuan mayat mangsa.
Bagaimanapun, menurutnya, pada jam 2.30 petang, mendiang dikatakan tergesa-gesa keluar rumah dan memberitahu mahu menemui rakan tanpa menyatakan lokasi pertemuan mereka.
"Kami sekeluarga terkejut dengan kejadian ini kerana Muthu tiada musuh selain tidak pernah mengadu diganggu mana-mana individu tidak dikenali," katanya.
|
| Posted: 08 May 2013 11:12 AM PDT Batu Gajah: Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya. Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, di sini, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.
"Mangsa yang menolak permintaan suspek ditarik masuk ke dalam kenderaan itu sebelum dibawa ke rumah suspek," katanya.
Beliau berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum remaja terbabit menceritakan kejadian kepada teman lelakinya.
Shaharon berkata, pihaknya menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani pemeriksaan doktor.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment