Harian Metro: Global |
- 'Mungkin ada mangsa lain'
- Penculik, perogol tiga wanita hilang kata-kata dalam mahkamah
- Militan tumpas di tangan polis
- Dua wartawan diserang kumpulan bermotosikal
- Cenderung cari pasangan dalam Internet
- Jarum dalam kapas lap bayi
- 20 pengganas terbabit dalam rompakan BRI
- Syria gempur kubu pejuang
- Israel mahu Russia tidak jual senjata canggih kepada Syria
- Bekas polis dipenjara kerana cuba jual maklumat sulit anak selebriti
| Posted: 09 May 2013 09:26 AM PDT Cleveland: Tulisan "R.I.P" yang dikesan pada sebuah dinding rumah tempat tiga wanita dikurung selama sedekad mencetuskan kebimbangan ada mangsa lain yang pernah ditawan di situ. Menurut sumber, tulisan berkenaan ditemui di sebelah satu nama wanita. "Pihak berkuasa bimbang jika ada tawanan keempat di situ yang meninggal dunia sebelum ini," katanya. Sebelum itu, tiga wanita yang dilaporkan hilang 10 tahun lalu, Amanda Berry, Gina DeJesus dan Michelle Knight berjaya diselamatkan beberapa hari lalu.
Ia berlangsung ketika suspek yang bertanggungjawab dalam penculikan itu, Ariel Castro, 52, didakwa atas empat tuduhan menculik serta tiga tuduhan merogol.
GINA mengangkat ibu jarinya sejurus tiba di rumah dan bertemu ahli keluarganya untuk kali pertama sejak 10 tahun lalu, semalam. ADIK-BERADIK Castro (dari kiri) Onil, Pedro dan Ariel berbaris di Mahkamah Perbandaran Cleveland dalam sebutan kes penculikan dan rogol tiga wanita, semalam. Dia bercadang membuat kenyataan kepada orang ramai yang berkumpul menyambut kepulangannya tetapi gagal kerana tidak dapat menahan emosi. Sebaliknya, kakak Amanda, Beth Serrano yang bercakap bagi pihaknya dan menceritakan bagaimana ibu mereka, Lowana, tidak pernah berputus asa mencari Amanda sehinggalah dia meninggal dunia pada 2006. Michelle, 32, masih dirawat di hospital bagi merawat kesan fizikal dan mental yang dialaminya, termasuk masalah pendengaran serta kecederaan pada mukanya yang dibelasah bertahun-tahun.
Bagaimanapun, kata sumber, Michelle tidak pasti kerana dia dikurung dalam bilik berasingan.
|
| Penculik, perogol tiga wanita hilang kata-kata dalam mahkamah Posted: 09 May 2013 08:59 AM PDT Cleveland: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah untuk dituduh memperkosa dan menculik tiga wanita yang hilang kira-kira sedekad lalu. Ariel Castro hanya menunduk dan menggigit kolar bajunya ketika hampir keseluruhan pertuduhan dibacakan.
Tiga wanita terbabit ditemui masih hidup selepas sedekad berada dalam tawanan dengan menjalani kehidupan penuh kesunyian dan kegelapan di kediaman yang sempit.
Pada masa sama, timbul pelbagai persoalan bagaimana Castro dapat mengawal ketat tiga wanita terbabit untuk tempoh yang lama sebelum seorang mereka berjaya melarikan diri Isnin lalu. Polis berkata, wanita berkenaan kadangkala diikat dengan tali dan rantai serta dikurung dalam bilik berasingan. Mereka menghadapi penderaan psikologi dan seksual secara berterusan dan pernah mengalami keguguran.
|
| Militan tumpas di tangan polis Posted: 09 May 2013 08:58 AM PDT Jakarta: Polis skuad antipengganas Indonesia bertungkus-lumus dalam memburu suspek militan yang membunuh tujuh orang dan menahan enam yang lain dalam tiga operasi berasingan yang dikaitkan dengan kegagalan rancangan untuk mengebom Kedutaan Myanmar di Jakarta. Dalam serbuan terbaru polis menembak mati tiga suspek militan awal pagi semalam selepas berbalas tembakan semalaman di kediaman di Kebumen, Jawa Tengah. Empat lagi ditahan, kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar.
Insiden sama turut berlaku di Kampung Cigondewah, Jawa Barat kelmarin, di mana tiga suspek pengganas ditembak mati selepas bersembunyi berjam-jam di dalam kediaman itu, kata Ketua Polis Nasional Timur Pradapo. "Mereka turut berbalas tembakan dan melontar bom ke arah pihak berkuasa tetapi tiada anggota polis yang cedera.
|
| Dua wartawan diserang kumpulan bermotosikal Posted: 09 May 2013 08:57 AM PDT Makassar: Dua wartawan diserang oleh kumpulan bermotosikal di Makkasar, Sulawesi Selatan dalam satu insiden yang cuba menarik perhatian keadaan yang tidak selamat dihadapi petugas media di bandar itu. Petugas TransTV dan FajarTV menjadi mangsa serangan ganas kumpulan bermotosikal ketika mereka pulang ke pejabat selepas membuat liputan mengenai pergaduhan kumpulan terbabit semalam.
"Saya ditikam beberap kali oleh anggota kumpulan itu. Mereka mencuri kamera dan telefon bimbit saya," katanya. Insiden berlaku apabila dua wartawan terbabit berada di tempat kejadian jam 3.40 pagi selepas mengunjungi beberapa balai polis untuk memperoleh maklumat mengenai pergaduhan kumpulan itu.
|
| Cenderung cari pasangan dalam Internet Posted: 09 May 2013 08:56 AM PDT Singapura: Golongan bujang cenderung untuk mengenali bakal pasangan masing-masing di Internet sebelum bertemu secara bersemuka, menurut kaji selidik terhadap tabiat berpacaran dilakukan agensi mencari jodoh yang utama di Asia, Lunch Actually. Penggunaan meluas media sosial dan kelajuan pantas jalur lebar mengubah cara orang bujang mencari cinta dengan 51 peratus di Singapura cuba mencari jodoh di Internet dan lebih 70 peratus menjejaki pasangan masing-masing secara digital.
Kaji selidik terhadap lebih 1,900 orang di tiga negara iaitu Hong Kong, Singapura dan Malaysia dijalankan pada Januari lalu. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/09 |
| Posted: 09 May 2013 08:55 AM PDT Singapura: Seorang ibu semalam terkejut apabila mendapati terdapat objek dua sentimeter panjang seperti jarum dalam kapas ketika mengelap perut anak lelakinya yang berusia lima bulan. Isabel Fernandez, 40, sedang mengelap bayinya di kondominium mereka di Paya Lebar petang kelmarin apabila bayinya tiba-tiba menjerit kesakitan.
"Bayangkan kecederaan yang dialami bayi saya jika terkena mata atau muka," katanya.
|
| 20 pengganas terbabit dalam rompakan BRI Posted: 09 May 2013 08:54 AM PDT Jakarta: Seramai 20 pengganas yang diburu skuad antipengganas Densus 88 dalam serbuan berasingan berhubung dengan rompakan bersenjata terhadap beberapa pejabat Bank Rakyat Indonesia (BRI) di tiga bandar raya, kata polis semalam. "Mereka mencuri 790 juta rupiah (RM 241,464) daripada BRI di Batang, Jawa tengah; 630 juta rupiah (RM 192,600) daripada BRI Grobogan dan 460 juta rupiah (RM140,629) di BRI Lampung. Mereka juga cuba membakar Pasar Glodok di Jakarta," kata jurucakap polis Nasional Boy Rafli Amar.
|
| Posted: 09 May 2013 08:52 AM PDT Beirut : Jet tentera Syria mengebom beberapa sasaran yang menjadi kubu pejuang antikerajaan di dua wilayah utara negara itu semalam ketika Presiden Bashar al-Assad terus menekan gerakan musuhnya. Serangan semalam dilakukan sejurus selepas AS dan Russia bersetuju untuk bekerjasama bagi membawa kedua-dua pihak bertelagah ke meja rundingan bagi menamatkan konflik selama 26 bulan itu. Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, tentera Bashar menggugurkan bom di Aleppo dan Idlib.
Sementara itu di Idlib, pertempuran sengit tercetus di luar beberapa pangkalan tentera berhampiran wilayah yang dikuasai kerajaan.
|
| Israel mahu Russia tidak jual senjata canggih kepada Syria Posted: 09 May 2013 08:50 AM PDT Baitulmaqdis: Israel meminta Russia tidak menjual sistem pertahanan udara canggih keluarannya kepada Syria kerana ia akan membantu Presiden Bashar al-Assad menghalang campur tangan negara luar bagi menamatkan konflik yang kini berlangsung lebih dua tahun. Memetik pegawai AS, Wall Street Journal melaporkan semalam, Israel memberitahu Washington bahawa Syria sudah membayar AS$900 juta (RM2.7 bilion) untuk membeli sistem pertahanan S-300 dan penghantaran awal dijadual bermula dalam tempoh tiga bulan akan datang. S-300 direka cipta untuk menembak jatuh kapal terbang dan misil pada jarak sehingga 200 kilometer.
Pegawai Israel berkata, mereka membangkitkan bantahan terhadap penjualan itu kepada Russia dan AS. Setakat ini tiada kenyataan balas yang dikeluarkan Moscow atau Damsyik. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/09 |
| Bekas polis dipenjara kerana cuba jual maklumat sulit anak selebriti Posted: 09 May 2013 08:49 AM PDT London: Seorang bekas sarjan polis warga tempatan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana cuba menjual maklumat mengenai anak perempuan pasangan selebriti serta maklumat sulit lain kepada akhbar The Sun. James Bower semalam dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas jenayah salah laku di pejabat awam. Pendakwa raya berkata, dia memberikan maklumat mengenai tiga insiden - satu membabitkan anak perempuan model Katie Price dan penyanyi Peter Andre yang berusia dua tahun kepada tabloid dimiliki Rupert Murdoch. Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sebagai sebahagian siasatan rasuah polis dikenali sebagai Operasi Elveden.
Kira-kira 20 orang didakwa dalam skandal itu, termasuk wartawan, pegawai polis dan bekas eksekutif Murdoch. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/09 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment