Harian Metro: Arena |
- Guna polis di temasya Sukan SEA
- SMK Za'ba cemerlang
- Kim Boon ungguli heavyweight
- Kuantan sasar kutip 15 emas
- Kinta Utara benam Kuala Kangsar
- Pengalaman jadi senjata
- Dijamin selamat
- NS nak sekat Kijang
- Harimau naik dua anak tangga ranking FIFA
- Saingan Liga Super terbuka
| Guna polis di temasya Sukan SEA Posted: 09 May 2013 09:21 AM PDT Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan bantuan anggota polis bagi menjamin keselamatan kontinjen negara pada temasya Sukan SEA Myanmar, Disember ini. Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berkata, meskipun perkara itu masih belum diputuskan, MSN memandang berat mengenai isu itu dan akan mendapatkan nasihat serta pandangan daripada pihak Wisma Putra terlebih dulu.
"Buat masa ini kita belum putuskan sebab kita pun tidak tahu siapakah yang akan dilantik sebagai CDM (Chef de Mission) ke Sukan SEA.
ZOLKPLES (dua dari kiri) merasmikan laman web dan detik 50 hari SUKMA Kuala Lumpur ke-16 disaksikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Datuk Ab Jalil Abdullah (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Datuk Low Beng Choo. "Kalau ia menjadi keperluan, kita akan laksanakan. Apa yang penting keselamatan kontinjen kita," katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran laman web dan detik 50 hari Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, semalam.
"Jaminan untuk mengelakkan daripada berlaku pertindihan memang sukar kerana kita tidak pasti satu-satu atlet itu didaftarkan di bawah negeri mana dan sebagainya.
|
| Posted: 09 May 2013 09:17 AM PDT Seremban: Menepati ramalan apabila pasukan SMK Za'ba Kuala Pilah berjaya menewaskan SMK Pendeta Za'ba, Seremban, 7-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Gothia 2013 di padang SMK King George V, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Kejayaan itu membolehkan SMK Za'ba meraih RM200,000 dan bakal mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Akhir Piala Gothia 2013 di Sweden Julai depan.
"Status mereka sebagai Sekolah Sukan Negeri Sembilan jelas menunjukkan kemahiran yang mereka peroleh di situ dimanfaatkan dengan baik melalui persembahan mantap dipamerkan.
Kejohanan anjuran syarikat perkilangan dari Sweden, SKF Malaysia Industries yang berpangkalan di Nilai dan sudah memasuki edisi ketujuh selepas dimulakan pada 2007. Sebanyak 10 buah sekolah menengah di Negeri Sembilan mengambil bahagian.
"Saya berharap pasukan SMK Za'ba menerusi penghantaran pasukan perempuan kali ini akan mencatatkan keputusan yang lebih baik kerana setakat ini pencapaian terbaik pasukan negara ini di kejohanan itu ialah mara ke suku akhir membabitkan pasukan lelaki," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10 |
| Posted: 09 May 2013 09:16 AM PDT Kuala Lumpur: Dalam kesibukan melakukan persiapan untuk pilihan raya umum, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, sempat menganjurkan kejohanan Gusti Lengan di Pirate Park, 1 Mei lalu. Kejohanan bertujuan mencari bakat baru dan mempromosi lagi sukan itu, berjaya menarik lebih 50 penyertaan seluruh negara termasuk dari Singapura.
Kategori 75kg-85kg pula dimenangi peserta Singapura Valen Low yang mengalahkan Lee Yong Sheng (Melaka). Sementara bagi kategori 75kg ke bawah, peserta Selangor Zil Fadli Abdul Halim mengatasi peserta Singapura Melvyn Loh.
|
| Posted: 09 May 2013 09:16 AM PDT Kuantan: Sebagai tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-55 yang bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 19 hingga 23 Mei ini, kontinjen Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) menyasarkan kutipan 15 pingat emas. Kilauan emas disandarkan pada atlet kebangsaan dalam acara lontar peluru dan lempar cakera Chin Poh Kuan, Mahafizatul Abdul Manaf (100m, 200m) dan Mohd Safwan Saffri (110m, 200m). Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) Mohd Raauf Jali berkata, lebih 400 atlet akan membawa cabaran MSSP membabitkan 21 acara yang dipertandingkan.
"Selaku tuan rumah kali ini kita meletakan sasaran lebih tinggi terutama selepas melihat prestasi membanggakan beberapa atlet yang bersaing pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSP bulan lalu.
Sementara itu, Poh Kuan yang muncul olahragawati MSSP 2013 dengan pencapaian dua emas pada MSSM 2012 dalam acara lontar peluru dan lempar cakera, menganggap kejohanan kali ini lebih mencabar dan dia berharap dapat mengekalkan pencapaian dalam kejohanan sebelum ini.
"Dengan persediaan yang rapi termasuk pendedahan di kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, saya yakin sasaran meraih pingat emas serta memecah rekod kejohanan akan menjadi kenyataan," kata pelajar SBBJ. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10 |
| Kinta Utara benam Kuala Kangsar Posted: 09 May 2013 09:15 AM PDT Ipoh: Kinta Utara muncul juara Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) B-12 dan B-18 Tahun Lelaki 2013 di Stadium Hoki Manjung dan Stadium Hoki TLDM, Lumut, baru-baru ini. Dalam perlawanan akhir kategori B-18 tahun, jaringan Yazid Zua Zulazahar pada minit ke-13 separuh masa mencukupi buat Kinta Utara mengatasi Kuala Kangsar 1-0.
Kinta Utara mengatasi Batang Padang 4-1 diikuti seri 2-2 dengan LMS untuk muncul juara kumpulan. Di pusingan kedua pasukan itu membenam Kuala Kangsar 4-1 dan Hilir Perak 4-0 diikuti kejayaan 1-0 ke atas Manjung di separuh akhir.
|
| Posted: 09 May 2013 09:15 AM PDT Kuala Lumpur: Pengalaman menyertai pelbagai kejohanan dalam dan luar negara menjadi senjata 10 pelumba dari Kelab Berbasikal Chiru Endurance dalam saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di Putrajaya. Mengesahkan penyertaan dalam kejohanan berbasikal anjuran akhbar ini, kelab berbasikal itu yakin menang sekurang-kurangnya satu pencapaian berdasarkan pengalaman dimiliki selain strategi yang diatur.
Sambil melaungkan persaingan sihat terhadap pasukan lain, Seng Ho yakin pasukan itu mampu mempamerkan aksi terbaik kerana pelumbanya terbabit banyak kejohanan dalam dan luar negara.
Menurut Seng Ho, kejohanan anjuran Harian Metro usaha terbaik memartabatkan sukan berbasikal negara yang semakin diminati golongan muda.
Katanya, pada Oktober depan, seorang ahli pasukan akan dihantar menyertai Kejohanan Berbasikal X-Teria di Hawaii, Amerika Syarikat.
|
| Posted: 09 May 2013 09:13 AM PDT Putrajaya: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya turut bekerjasama bagi melancarkan saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1 Malaysia 2013 pada 1 dan 2 Jun ini. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Putrajaya Leftenan Muda (PA) Azulkarnain Awang@Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menyediakan 50 anggota dan dua ambulans bagi memastikan perjalanan program julung kali diadakan di sini itu berjalan lancar.
"Sebelum ini, kita sudah banyak terbabit dengan pelbagai program termasuk Karnival Wow! , Kayuhan Patriotik, Himpunan Jutaan Belia, Festival Belon Panas dan acara kayuhan lain, biasanya kami akan membantu dari segi perubatan serta keselamatan," katanya.
Sirkit kedua hingga kelima akan diadakan di Terengganu, Johor, Perak dan Selangor. Perlumbaan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM220,000 itu akan menggunakan format perlumbaan Olimpik merentas desa dan Jamboree, lebih menarik ia turut menawar pelbagai hadiah cabutan bertuah. Saingan acara elit mempertandingkan tiga kategori membabitkan peserta lelaki, wanita dan Master bagi peserta lelaki dan wanita berumur 45 tahun ke atas dengan setiap kategori berlangsung dengan format pertandingan berdasarkan Cross Country Olympic (XCO) membabitkan jarak sejauh tiga hingga tujuh kilometer.
|
| Posted: 09 May 2013 09:13 AM PDT Seremban: Negeri Sembilan mahu menamatkan penantian mereka memburu kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini pada pertemuan dengan Kelantan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini. Justeru itu, skuad Hoben Jang Hoben sudah bertekad untuk tidak akan memberi laluan mudah sebaliknya tentangan habis-habisan, dalam misi mereka merealisasikan sasaran itu.
Katanya, kelebihan beraksi di laman sendiri malam ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan misi melakar kemenangan pertama musim ini dapat direalisasikan.
Alves akui persiapannya sedikit terganggu kerana tidak dapat menurunkan tiga pemain berpengalaman iaitu penjaga gol Hamsani Ahmad, Eddy Helmi Manan (gambar) dan Mohd Alif Shamsuddin kerana penggantungan.
|
| Harimau naik dua anak tangga ranking FIFA Posted: 09 May 2013 09:11 AM PDT Kuala Lumpur: Ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan skuad bolasepak kebangsaan tidak menggugat kedudukannya dalam ranking dunia. Kedudukan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal (gambar) sebaliknya naik dua anak tangga kepada 161 bulan ini berbanding 163 bulan lalu, berdasarkan senarai ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam.
Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Aruba (152), Bangladesh (154), Lesotho (155) dan Nicaragua (157).
|
| Posted: 09 May 2013 08:37 AM PDT Putrajaya: "Saingan merebut kejuaraan Liga Super dijangka berterusan sehingga perlawanan terakhir". Itu pandangan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai saingan liga elit negara yang masih berlangsung sengit walaupun berbaki tujuh perlawanan.
"Kebiasaannya memang kami mahu memberikan piala kejuaraan di stadium namun kami perlu melihat situasi ketika ini ada mana sekurang-kurangnya lima pasukan masih berpeluang muncul juara.
"Saya jangkakan mungkin saingan sehingga ke saat akhir dengan dua atau tiga pasukan berebut menjadi juara berdasarkan senario awal liga sehingga ketika ini. Lima pasukan teratas masih berpeluang meraih kejuaraan.
Namun Hamidin menjelaskan, seandainya sudah terdapat pasukan mengesahkan kejuaraan sebelum perlawanan terakhir Liga Super, piala akan diberikan di stadium untuk diraikan bersama penyokong.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment