Harian Metro: Global |
- 'Pil gemuk' untuk montel macam Aishwarya Rai
- Ulat bulu ancam pokok Oak
- Penduduk tak mahu pengebom Boston dikembumi di Cambridge
- Pesawat terhempas dalam pertunjukan udara
- Pengantin baru, 4 pengiring hangus
- Jokowi serah gitar dihadiah kumpulan Metallica kepada KPK
- Kastam rampas sumbu badak RM1 juta
- 142kg ganja dalam bas penumpang
- Suami datuk bandar dibunuh
- 28 korban kekacauan di Bangladesh
| 'Pil gemuk' untuk montel macam Aishwarya Rai Posted: 06 May 2013 09:23 AM PDT New Delhi: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, sering dianggap sebagai wanita tercantik di dunia tetapi pernah dikritik tahun lalu apabila dia gagal menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama. Walaupun sesetengah peminat mendakwa bekas model berusia 39 tahun itu memalukan India, sebahagian daripada wanita negara itu malah mahu meniru bentuk fizikal Aishwarya yang berisi itu. Antara mereka ialah aktres Bollywood sendiri, Vidya Balan dan Sonakshi Sinha AISHWARYA dikutuk kerana berat badannya naik selepas gambar ini disiarkan pada April 2012.
Kata Sanjeev Bagai, wanita muda menganggap badan yang berisi di sesetengah tempat lebih bersifat feminin. "Pada masa sama, tekanan daripada suami supaya mereka lebih menggiurkan mendorong sesetengah isteri mengambil pil tertentu yang merangsang selera seseorang," katanya. Menurut Sanjeev, pil itu menyebabkan kesan sampingan berbahaya seperti kegagalan buah pinggang, penyakit kuning, loya dan halusinasi. Sebuah majalah di India baru-baru ini menyiarkan rencana mengenai kecenderungan ramai wanita negara itu untuk kelihatan berisi.- Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Posted: 06 May 2013 09:14 AM PDT London: Saintis kini bertungkus-lumus untuk menyekat kebanjiran ulat bulu beracun daripada mengancam ribuan pokok oak. Cubaan untuk membunuh ulat bulu itu - yang disahkan berbahaya kepada manusia - setakat ini gagal, memaksa pakar meneliti semula strategi mereka untuk menghalang ia terus membiak. Larva ulat bulu itu sudah memusnahkan banyak pokok di sekitar London sejak bulan lalu selepas ia masuk ke Britain melalui pokok diimport dari Eropah. Ulat bulu itu memenuhi pokok oak dengan sarang sehingga menyebabkan tumbuhan itu menderita sebelum akhirnya mati.
Semalam, saintis mengakui mereka mungkin tidak mampu menghapuskan ulat bulu berkenaan.
|
| Penduduk tak mahu pengebom Boston dikembumi di Cambridge Posted: 06 May 2013 09:13 AM PDT New York: Penduduk bandar raya Cambridge, Massachusetts tidak mahu suspek pengeboman maraton Boston Tamerlan Tsarnaev dikebumikan di bandar raya itu. Tsarnaev, 26, dan adik lelakinya Dzhokhar, 19, yang kini dirawat di hospital dan berdepan tuduhan keganasan didakwa melakukan pengeboman 15 April lalu pada maraton Boston yang membunuh tiga orang dan mencederakan lebih 260 yang lain.
"Usaha rumit dan kesukaran penduduk di bandar raya Cambridge untuk kembali menjalani kehidupan aman akan terjejas dengan kekacauan, bantahan dan kehadiran media secara meluas ketika upacara pengebumiannya," kata kenyataan Healy.
|
| Pesawat terhempas dalam pertunjukan udara Posted: 06 May 2013 09:12 AM PDT Madrid: Sebuah pesawat jet bersejarah terhempas di landasan dan meletup dalam satu pertunjukan udara di barat daya ibu negara Sepanyol kelmarin, menyebabkan juruterbangnya cedera parah sebelum meninggal dunia di hospital, kata pihak berkuasa. Jurucakap Kementerian Pertahanan Sepanyol, berkata, juruterbang Ladislao Tejedor Romero, 35, seorang juruterbang jet yang berpengalaman dan pembantu kepada Menteri Pertahanan, Pedro Morenes maut akibat kecederaan di unit kebakaran Hospital Getafe. Kira-kira 3,00 orang berada di padang terbang Cuatro Vientos menyaksikan pertunjukan akrobatik udara dan pesawat vintaj apabila pesawat itu, satu daripada pesawat jet buatan Sepanyol yang pertama terhempas mengakibatkan kepulan bola api dan asap tebal hitam di udara.
Florenza berkata, punca nahas itu belum diketahui. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Pengantin baru, 4 pengiring hangus Posted: 06 May 2013 09:11 AM PDT San Francisco: Seorang wanita dan empat pengiring perkahwinannya rentung dalam satu nahas mengerikan apabila limosin yang disewa mereka terbakar dalam perjalanan ke sebuah parti di California untuk meraikan perkahwinannya, lapor media Amerika Syarikat semalam. "Pemandu limosin dan empat wanita lain bagaimanapun sempat keluar dan menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar itu, tetapi pengantin perempuan dan empat rakannya yang lain rentung dalam kebakaran tersebut, kata laporan berita.
The Chronicle melaporkan wanita terbabit yang ingin pergi ke parti meraikan perkahwinannya baru berkahwin dan merancang untuk kembali ke negara asalnya di Filipina bagi satu lagi majlis bulan depan.
|
| Jokowi serah gitar dihadiah kumpulan Metallica kepada KPK Posted: 06 May 2013 09:10 AM PDT Jakarta: Gabenor Jakarta Joko Widodo semalam melapor dan menyerahkan sebuah gitar diberikan kepadanya oleh kumpulan heavy metal Amerika, Metallica kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) bagi mengelak sebarang pelanggaran undang-undang rasuah. Pemain bass Metallica, Robert Trujillo memberikan gitar Ibanez kepadanya menerusi penganjur Jonathan Liu yang merancang mengadakan konsert Metallica di Jakarta tahun ini. Trujillo menulis mesej peribadi di gitar itu mengatakan "Balasan pemberian kepada Jokowi! Selamat bermain gitar bass yang hebat ini". Jokowi (gambar) menafikan gitar itu diberikan kepadanya sebagai ganjaran terhadap pengeluaran permit konsert.
|
| Kastam rampas sumbu badak RM1 juta Posted: 06 May 2013 09:09 AM PDT Hanoi: Lebih tujuh kilogram sumbu badak dirampas oleh pegawai kastam di Vietnam, lapor media kerajaan semalam berikutan tekanan dihadapi negara komunis itu bagi membendung permintaannya yang semakin meningkat. Dua sumbu itu dipercayai datang dari Afrika dan dianggarkan bernilai AS$365,000 (RM1.08 juta) ditemui disembunyikan dalam bagasi penumpang yang tiba di bandar raya Ho Chi Minh dalam penerbangan dari Doha kelmarin, lapor akhbar Phap Luat.
|
| 142kg ganja dalam bas penumpang Posted: 06 May 2013 09:08 AM PDT Bandar raya Quezon: Polis semalam merampas 142 kilogram ganja bernilai lebih 700,000 pesos (RM 50,972) selepas dadah itu ditemui ekoran nahas di stesen bas di Edsa, di sini. Ketulan ganja kering yang dibungkus ke dalam enam kotak besar itu dialamatkan kepada Dolores Pakay dan Renato Peralta, kata Ketua Sektor Trafik kamuning balai polis bandar raya Quezon, Inspektor Manuel Laderas. Menurutnya, dadah itu ditemui kira-kira jam 9 pagi selepas satu daripada kotak berkenaan jatuh terburai ketika dipunggah dari bas Victory Liner yang baru tiba dari bandar raya tabuk di wilayah Kalinga. "Beberapa daun kering jatuh dari kotak berkenaan menyebabkan kakitangan terminal bas curiga. Mereka kemudian menemui ketulan daun ganja ketika membuka kotak berkenaan," katanya kepada media sambil menambah barangan itu tidak dibawa ke metro Manila oleh bas penumpang. - Philippines Inquirer Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| Posted: 06 May 2013 09:07 AM PDT Lemery (Filipina): Suami kepada seorang datuk bandar ditembak mati dan empat lagi cedera dibom dalam insiden keganasan yang berasingan dikaitkan dengan pilihan raya pertengahan penggal di Filipina minggu depan, kata polis semalam. Serangan itu berlaku ketika polis meningkatkan tahap berjaga-jaga ekoran bimbang lebih banyak keganasan tercetus sebelum hari undian pada 13 Mei depan. Kumpulan lelaki bersenjata menembak mati John Apura dalam satu serang hendap ketika dia berkempen untuk isterinya di Pulau Panay di tengah negara itu, kata Ketua Polis pulau itu, Cif Superintendan Agrimero Cruz dalam satu kenyataan. Menurutnya, seorang pembantu turut terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam serangan itu.
"Ia serangan bermotifkan politik kerana suami saya ada menerima ancaman bunuh sebelum itu," katanya yang akan bertanding di bawah gabungan pembangkang.
Rakyat Filipina akan menghadapi pilihan raya minggu depan bagi mengundi lebih 18,000 jawatan daripada datuk bandar hingga kepada anggota Parlimen. Persengketaan politik adalah perkara biasa terutama di kawasan luar bandar. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07 |
| 28 korban kekacauan di Bangladesh Posted: 06 May 2013 09:05 AM PDT Dhaka: Polis Bangladesh meleraikan protes disertai puluhan ribu orang pengikut kumpulan konservatif dan menutup operasi sebuah stesen televisyen Islam semalam selepas 28 orang terbunuh dalam keganasan berterusan di jalanan Dhaka. Dalam keganasan terburuk yang menggegarkan ibu negara Bangladesh itu sejak merdeka empat dekad lalu, ratusan orang dilaporkan cedera ketika polis bertindak meleraikan perhimpunan berhampiran pusat komersial menjelang subuh semalam.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment