Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tikam paha drebar

Posted: 06 Oct 2014 12:10 PM PDT

Georgetown: Malang buat seorang pemandu bas Rapid Penang apabila dia terpaksa bertarung dengan maut selepas menjadi mangsa penumpang kurang siuman yang menikamnya ketika dia memandu bas terbabit di Bukit Paya Terubong, Relau, di sini , semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Aisyamudin Yaacob, 27, parah apabila paha kanannya ditikam penumpang wanita berkenaan yang dikatakan berang kerana mangsa tidak memberhentikan bas berhampiran kawasan rumahnya.

Mangsa mengalami pendarahan teruk kerana tikaman wanita berkenaan terkena urat saraf utamanya dan ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dia langsung tidak sedarkan diri.

Selain itu, pemandu bas berkenaan juga terpaksa menjalani pembedahan dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Foto

RAKAN sekerja membantu mangsa yang parah dalam bas sebelum ambulans tiba.


Difahamkan, mangsa yang masih bujang itu baru dua bulan bekerja sebagai pemandu bas di syarikat berkenaan dan dia tidak mengetahui penumpang wanita terbabit mempunyai masalah mental.


Penumpang itu pula dikatakan hampir setiap hari menaiki bas dan ketika kejadian dia menekan loceng untuk berhenti di kawasan rumahnya, namun pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di stesen berhampiran.

Tindakan pemandu bas terbabit menimbulkan kemarahan wanita berkenaan yang kemudian mengeluarkan senjata tajam dan menikam paha mangsa sebelum dia melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07

No comments:

Post a Comment