Harian Metro: MetroPlus |
- Peniaga ambil mudah
- Kedai tak promosi pakej
- Jejas imej negeri terbersih
- Keistimewaan kacip
- MPPD usaha tingkat imej Bandar Tentera Darat
Posted: 09 Feb 2012 06:45 AM PST KUALA LUMPUR: Tidak perlu logo halal kerana semua pelanggan tahu hidangan disediakan memenuhi standard masakan Muslim. Itu antara alasan yang diberikan segelintir pengusaha restoran apabila ditanya mengenai logo halal di kedai mereka. Walaupun berulang kali diuar-uarkan pihak berkaitan mengenai penggunaan logo halal baru, ia seperti tidak dipedulikan mereka dan menganggapnya tidak memberi kesan kepada keuntungan berikutan perniagaan sudah dikenali ramai.
"Sebelum ini, kami tidak menggunakan atau menampal sebarang logo halal di premis kerana pelanggan yakin dengan makanan disediakan dan kami tidak pernah mendapat rungutan berkaitan logo itu.
Pengguna, Zahari Muhammad, 47, berkata, penggunaan logo halal di premis makanan belum tentu menjanjikan makanannya halal kerana segelintir peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk menarik pelanggan.
"Justeru, pihak berkaitan harus memantau perbuatan itu kerana logo tidak boleh menjamin kebersihan makanan dan sepatutnya pelayan perlu memakai tag nama bagi mengenal pasti identiti mereka," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
Posted: 09 Feb 2012 06:44 AM PST KUALA LUMPUR: Tiada promosi mahupun tanda pengenalan yang jelas. Itu antara komen diberikan pengguna ketika ditanya mengenai Menu Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu. Walaupun ia menawarkan harga lebih berbaloi selaras peningkatan kos hidup ketika ini, perkara itu ibarat masih baru di kalangan pengguna, malah ada langsung tidak mengetahui kewujudan menu itu.
Pelanggan, Ahmad Saiful Bahari, 27, berkata dia sendiri langsung tidak mengetahui kewujudan apatah lagi mencuba menu itu yang sepatutnya boleh dimanfaatkan rakyat sejak awal.
Bagi Mohd Azlan Dollah, 22, penggunaan media elektronik terutama televisyen menjadi medium terbaik menghebahkan menu berkenaan untuk mengurangi beban golongan berpendapatan rendah.
"Saya yakin inisiatif kerajaan ini membantu golongan bekerja serta pelajar yang menghadapi peningkatan kos sara hidup di bandar raya," katanya.
|
Posted: 09 Feb 2012 06:44 AM PST MELAKA: Sampah yang bertaburan di tepi jalan utama di Jalan Bacang, berhadapan Taman Pasir Puteh, Bachang, di sini, mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan. Keadaan itu sekali gus menjejaskan imej negeri Melaka yang diiktiraf negeri maju, malah negeri terbersih di negara ini.
Lebih teruk apabila sampah yang dibuang di tepi jalan bertaburan akibat dikais ayam sehingga mencemarkan lokasi terbabit yang juga laluan utama.
"Kita meminta kerjasama dan keprihatinan orang ramai supaya menjaga kebersihan di mana jua tempat termasuk kawasan awam atau terbuka," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
Posted: 09 Feb 2012 06:43 AM PST PETALING JAYA: Sebut saja kacip, pasti terbayangkan besi yang mempunyai bahagian tajam seperti pisau bersama pemegang dan sering dikaitkan dengan aktiviti mengunyah sirih. Namun, pernahkah kita terfikir fungsi kacip sebenarnya melangkaui peredaran masa yang menggambarkan era perkembangan tamadun manusia serta budaya suatu ketika dulu.
Penolong Kuratornya, Bonny Eddy berkata, pameran sehingga 31 Mac depan bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai alat tradisional ini.
Katanya lagi, antara yang paling menarik perhatian di ruang Pameran Thematik ini ialah kacip berbentuk kuda dipercayai berusia hampir 100 tahun.
Turut dipamerkan beberapa kacip direka khas untuk mempunyai dwifungsi seperti gabungan antara kacip dan playar, menunjukkan kacip tidak hanya tertakluk pada kegunaan memotong buah pinang sahaja.
|
MPPD usaha tingkat imej Bandar Tentera Darat Posted: 09 Feb 2012 06:43 AM PST PORT DICKSON: Usaha memberikan imej yang baik dan memperhebatkan lagi status bandar ini sebagai Bandar Tentera Darat terus dilakukan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menerusi pelbagai aktiviti bukan saja berkaitan kebudayaan malah landskap. Ia bertujuan memberi kelainan dan menarik perhatian pengunjung kerana daerah itu turut menjadi destinasi pelancongan terkenal di negara ini.
Menurut beliau, sejak pengisytiharan itu, jumlah pelancong dan pengunjung termasuk di Muzium Tentera Darat semakin menunjukkan peningkatan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, pihaknya menyambut baik langkah MPPD itu. Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: MetroPlus To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment