Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Selamat tinggal Yaman

Posted: 06 Oct 2014 12:13 PM PDT

Putrajaya: Kumpulan pertama membabitkan 43 rakyat Malaysia yang dihantar pulang ke tanah air berikutan krisis dan pergolakan politik di Yaman dijangka tiba ke tanah air jam 8.55 pagi hari ini.

Menerusi status dimuat naik Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dalam akaun Facebook persatuan itu, kumpulan pertama berlepas dari Sana'a, Yaman jam 3 pagi waktu tempatan, semalam.

Pada masa sama, PERMAYA turut memuat naik status kepulangan kumpulan kedua rakyat Malaysia dari Sana'a membabitkan 20 orang terdiri tiga lelaki, lapan wanita dan sembilan kanak-kanak.

Menurut status berkenaan, kumpulan kedua itu berlepas jam 8.30 pagi waktu tempatan, semalam dari Sana'a, Yaman dan mereka berpecah kepada dua kumpulan di Abu Dhabi.

Foto

SEORANG lelaki bersenjata diperiksa sebelum memasuki kawasan pemberontak ketika menyambut Aidiladha di Sana'a.

Foto

PEMBERONTAK yang bersenjata berat berkawal di Sana'a.


Katanya, dua kumpulan terbabit menaiki pesawat Qatar Airways dan masing-masing dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 8.25 pagi dan 8.50 pagi, esok.


Semalam, Kementerian Luar menerusi kenyataan media berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama pihak kementerian akan membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Yaman berikutan pergolakan politik di negara itu.

Kedutaan Malaysia di Sana'a sudah menyediakan penginapan sementara kepada 449 rakyat Malaysia yang berada di negara itu sejak 19 September lalu.

Katanya, kerajaan juga membuat keputusan untuk membawa rakyat Malaysia pulang ke tanah air secepat mungkin dan kumpulan pertama dijangka bertolak dari Sana'a ke tanah air pada 6 Oktober.

Menerusi kenyataan itu juga, Kementerian Luar menyambut baik Perjanjian Keamanan dan Usahasama Yaman yang ditandatangani bagi mengembalikan keamanan kepada negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07

Tikam paha drebar

Posted: 06 Oct 2014 12:10 PM PDT

Georgetown: Malang buat seorang pemandu bas Rapid Penang apabila dia terpaksa bertarung dengan maut selepas menjadi mangsa penumpang kurang siuman yang menikamnya ketika dia memandu bas terbabit di Bukit Paya Terubong, Relau, di sini , semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Aisyamudin Yaacob, 27, parah apabila paha kanannya ditikam penumpang wanita berkenaan yang dikatakan berang kerana mangsa tidak memberhentikan bas berhampiran kawasan rumahnya.

Mangsa mengalami pendarahan teruk kerana tikaman wanita berkenaan terkena urat saraf utamanya dan ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dia langsung tidak sedarkan diri.

Selain itu, pemandu bas berkenaan juga terpaksa menjalani pembedahan dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Foto

RAKAN sekerja membantu mangsa yang parah dalam bas sebelum ambulans tiba.


Difahamkan, mangsa yang masih bujang itu baru dua bulan bekerja sebagai pemandu bas di syarikat berkenaan dan dia tidak mengetahui penumpang wanita terbabit mempunyai masalah mental.


Penumpang itu pula dikatakan hampir setiap hari menaiki bas dan ketika kejadian dia menekan loceng untuk berhenti di kawasan rumahnya, namun pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di stesen berhampiran.

Tindakan pemandu bas terbabit menimbulkan kemarahan wanita berkenaan yang kemudian mengeluarkan senjata tajam dan menikam paha mangsa sebelum dia melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07

Datang 300km buat maksiat

Posted: 06 Oct 2014 12:07 PM PDT

Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.


"Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07

Hanyut 10km

Posted: 06 Oct 2014 12:05 PM PDT

Rantau Panjang: Mayat Wan Nurdina Nalia Wan Ahmad Azli, 10, yang hilang selepas bot dinaiki bersama ibu dan adik perempuannya terbalik di Sungai Golok, Sabtu lalu ditemui di Kampung Bakong, semalam.

Mayat mangsa ditemui jam 9.30 pagi kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian oleh orang awam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Rahmat Kamaruzzaman berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di permukaan air oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan di sungai berkenaan.

Foto

PASUKAN penyelamat membawa naik mayat Wan Nurdina Nalia yang ditemui terapung di Kampung Bakong, semalam.


"Nelayan itu kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.


Harian Metro kelmarin melaporkan seorang wanita ditemui lemas, manakala dua anaknya turut dikhuatiri mengalami nasib sama selepas bot dinaiki mereka terbalik di Sungai Golok, Bukit Lata, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, bot dinaiki Rosniwati Zakaria, 37, bersama dua anaknya, Wan Nurdina dan adiknya, Wan Norhabib Naufal, 6, serta 12 penumpang lain yang dalam perjalanan pulang selepas membeli-belah di Pekan Mundok, Thailand terbalik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/07

No comments:

Post a Comment