Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Sarip Dol naik minyak

Posted: 03 Oct 2014 02:41 PM PDT

Permaisuri: Perselisihan faham penjualan lembu korban, seorang lelaki dikenali sebagai Sarip Dol gagal mengawal marahnya apabila merempuh dua rakannya dengan kereta sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Kampung Jelapang, di sini, kelmarin.

Selain menyebabkan Rohadi Yaacob, 44, dari Kampung Bukit Loyat, Chalok, terbunuh, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut menyebabkan Zakaria Taib, 43, dari Kampung Jelapang, di sini, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, Rohadi bertengkar dengan suspek berusia 40 tahun di sebuah kedai kopi berhampiran jambatan di pekan Jelapang yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham penjualan lembu.

Katanya, dua rakan Rohadi, termasuk Zakaria yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan.

Foto

KEADAAN kereta yang digunakan suspek untuk melanggar mangsa.


"Sebaik tiba di kedai kopi itu, mangsa dan suspek masih bertengkar sebelum dua rakan mangsa mengajaknya pulang kerana bimbang kejadian lebih buruk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Lelaki rompak guna kereta adik diberkas

Posted: 03 Oct 2014 01:26 PM PDT

Kajang: Seorang perompak yang juga perokok tegar ditumpaskan selepas dikesan melakukan jenayah samun menggunakan kereta milik adiknya.

Suspek berusia 22 tahun itu didapati gemar meminjam kereta milik adiknya untuk melakukan jenayah rompakan bersendirian di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek bagaimanapun dijejaki polis dan ditahan di sebuah rumah di Taman Mas, Cheras petang kelmarin.

Menurutnya, suspek sebelum itu dikesan melakukan samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bandar Mahkota Cheras di sini, petang Rabu lalu.

"Dalam kejadian jam 5.48 petang itu, suspek meluru ke kedai berkenaan sebelum mengacukan pisau ke arah juruwang.

"Suspek melarikan wang tunai dan puluhan kotak rokok dari dalam premis itu.

Mangsa bagaimanapun sempat melihat nombor plat kereta digunakan suspek," katanya.

Beliau berkata, polis mengesan alamat rumah suspek di Taman Mas di sini, berdasarkan nombor plet kenderaan itu.

"Polis menahan adik suspek sebelum menemui kereta yang digunakan itu.

Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemui kotak rokok yang dicuri sebelum ini.

"Lelaki berusia 20 tahun terbabit mendakwa kereta itu digunakan abangnya sebelum ini.


Dia turut memberikan alamat rumah abangnya," katanya.

Rashid berkata, pihaknya yang melakukan intipan memberkas suspek pada jam 5.30 petang kelmarin.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 17 kotak rokok, beg silang, wang tunai dan pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan samun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Kaya paip cetak rompak

Posted: 03 Oct 2014 01:22 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan paip air memperoleh keuntungan berpuluh ribu ringgit sebulan hasil kegiatan menjual paip 'cetak rompak' menggunakan label dan jenama tempatan bermutu tinggi.

Lelaki berusia 40-an itu yang membuka premis di Segambut di sini, dikesan membawa masuk paip jenis Polyethelene Aluminium Composite (PAC) buatan China sebelum ditampal dengan label jenama tempatan untuk mengelirukan pelanggan.

Suspek yang melakukan penipuan licik itu dikesan menjual paip 'cetak rompak' itu pada harga lebih murah berbanding paip jenama tulen di pasaran.

Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur susulan aduan pemilik cap dagang tulen yang mengalami kerugian kesan dari penipuan itu.

Seramai 14 pegawai KPDNKK bertindak menyerbu premis suspek itu jam 3 petang semalam.

Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, sebanyak 750 gelung paip berjaya dirampas daripada premis terbabit selepas didapati menggunakan jenama tempatan dipalsukan.

Katanya, paip itu dibawa masuk daripada negara China, tetapi dilabelkan menggunakan jenama tempatan sebelum dijual kepada peniaga tempatan.

"Jumlah rampasan paip bermutu tinggi ini dianggarkan bernilai RM524,200 berdasarkan kepada harga pasaran semasa.

"Penjualan barangan tiruan kini bukan sahaja menjurus kepada pakaian ataupun aksesori seperti beg dan kasut, tetapi kini beralih kepada produk peralatan pembinaan seperti paip air ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan operasi dari semasa ke semasa untuk mencegah kegiatan penjualan produk tiruan daripada berleluasa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Hanya DBKL boleh tutup

Posted: 03 Oct 2014 01:21 PM PDT

Oleh Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim, Yusmizal Dolah Aling dan Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Kuasa untuk menutup serta menyita premis persundalan di Lorong Haji Taib, Jalan Thambipillay, Jalan Pudu dan Jalan Alor bukan terletak di bawah kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik ketika dihubungi Harian Metro berkata, pihaknya hanya menjalankan operasi dan menangkap mereka yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan di kawasan berkenaan.

"Kuasa menutup sesebuah premis itu sebenarnya tertakluk undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekiranya merujuk kawasan di Kuala Lumpur," katanya.

Diminta menjelaskan lanjut tindakan yang diambil pihaknya dalam membanteras kegiatan pelacur jalanan, Roslee berkata, pihaknya akan menjalankan serbuan di lokasi terbabit dan menahan mereka yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan.

Foto


"Selepas ditahan, wanita ataupun lelaki (bapa ayam) akan dibawa ke balai polis berhampiran untuk ujian saringan air kencing, dokumentasi dan lain-lain. Mereka yang disyaki terbabit dalam aktiviti itu akan disiasat sebelum kertas siasatan dihantar kepada pendakwa raya untuk pertuduhan," katanya menerangkan ringkas tindakan yang dilakukan pihaknya.


Ditanya mengenai lambakan warga asing di Jalan Pudu, Roslee berkata, kuasa menangkap warga asing sebenarnya terletak di bahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Lengkap enam sekeluarga

Posted: 03 Oct 2014 01:16 PM PDT

Petra Jaya: "Kami sentiasa berdoa untuk melihat mereka sekeluarga 'bersatu'. Doa kami akhirnya dimakbulkan walaupun mereka 'bertemu' di alam barzakh," kata Madzalina Ghazalee, 48, ibu saudara Muhammad Afruz Tambi, 13, yang selamat dikebumikan, semalam.

Ketibaan Muhammad Afruz yang juga jenazah terakhir 'melengkapkan' enam sekeluarga yang terbunuh selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 yang dinaiki dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, Belanda ditembak di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu.

Madzalina yang juga adik kepada arwah Ariza berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana anak saudaranya itu selamat disemadikan bersebelahan ibu bapa serta abang dan kakaknya.

"Sejak kejadian itu, kami sekeluarga tidak putus berdoa supaya jenazah adik sekeluarga dikenal pasti dan dibawa pulang segera untuk disemadikan.

Foto

PUSARA enam sekeluarga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.


"Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah (Ariza) yang dia mahu berhijrah ke tanah air. Dia cukup gembira sebaik mendapat tahu suaminya, Tambi Jiee, 49, dapat berpindah ke sini (Kuala Lumpur).


"Namun, tidak disangka mereka pulang dalam bentuk jenazah. Kejadian itu menyebabkan dia sekeluarga terkorban," katanya ketika ditemui selepas pengebumian Muhammad Afruz di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini, semalam.

Suasana hiba di tanah ketika menyambut ketibaan jenazah Muhammad Afruz yang selamat disemadikan tepat jam 2.30 petang bersebelahan pusara lima ahli keluarganya lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

No comments:

Post a Comment