Harian Metro: Setempat |
- Gelap mata ditawar gaji RM1,200
- Rentung bersama
- Suami, dua anak cedera
- Kali pertama tak sempat rakam gambar bersama
- Kecoh monyet di dada Emma
Gelap mata ditawar gaji RM1,200 Posted: 08 Oct 2014 11:55 AM PDT Kajang: Tawaran gaji antara RM1,000 hingga RM1,200 dipercayai menjadi penyebab ramai warga asing memilih bekerja di premis judi haram walaupun sedar risiko ditahan pihak berkuasa. Perkara ini dikesan menerusi Op Dadu Khas oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sekitar Kajang dan Sepang, di sini, malam kelmarin.
Seorang penjaga premis warga asing yang hanya ingin dikenali sebagai Maya, 23, mendakwa sebelum ini dia adalah pembantu rumah.
ANTARA kaki judi yang ditahan polis dalam Op Dadu Khas. Sementara itu, Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) IPK Selangor Deputi Superintendan Abdul Ghaffor Ahmad berkata, pada Op Dadu Khas diketuai Ketua Pengawasan D7 Asisten Superintendan Sobri Baki itu, polis merampas wang RM2,167 dipercayai pertaruhan bersama 193 unit komputer dan lapan unit modem. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09 |
Posted: 08 Oct 2014 11:44 AM PDT Pekan: "Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman sebelum melihat sebuah kereta terperosok di depan bas yang saya pandu," kata Johar Shokin, 40, yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Pekan-Rompin, Nenasi, di sini, menyebabkan sepasang suami isteri rentung, awal pagi semalam. Menurutnya, dalam keadaan panik, dia segera mengarahkan semua penumpang keluar melalui pintu belakang sebelum bas ekspres dipandunya dan kereta Proton Persona dinaiki mangsa meletup dan terbakar. Mangsa yang terkorban dalam kejadian jam 4.55 pagi itu ialah anggota tentera, Mohd Safiuddin Mohd Sezali, 26, dari Kampung Panchor Merah, Setiu, Terengganu dan isterinya, Norfarina Rosli, 26, dari Kampung Kubang Edang, Melor, Kota Bharu, Kelantan. Mohd Safiuddin yang bertugas di 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Mahkota, Kluang, Johor dan Norfarina, jururawat di Klinik Desa Sungai Sayong, Kluang, Johor, rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar. KEMALANGAN maut membabitkan bas ekspres dan kereta di Kilometer 16, Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Sungai Miang, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09 |
Posted: 08 Oct 2014 11:38 AM PDT Trolak: Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki tujuh beranak merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 366.8, Lebuhraya PLUS berhampiran Sungkai, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Wan Markiah Wan Hamid, 35, penumpang di bahagian tempat duduk hadapan MPV berkenaan mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kemalangan membabitkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire dan sebuah treler jenis Nissan UD 40 tan yang membawa muatan simen mengakibatkan seorang mangsa maut manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan.
|
Kali pertama tak sempat rakam gambar bersama Posted: 08 Oct 2014 11:38 AM PDT Kangar: "Setiap kali tiba Aidiladha, kebiasaannya kami sekeluarga akan bergambar beramai-ramai, namun kali ini kami tidak berkesempatan untuk melakukannya seolah-olah memberi satu petanda," kata Wan Idris Wan Hamid, 49, abang kepada Wan Markiah, 35, yang maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama suami, Mohd Zahir Abd Rahman@Dahman, 41, bersama lima anak mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler, awal pagi semalam. Difahamkan, kejadian berlaku jam 2 pagi di Kilometer 366.8, Lebuhraya PLUS berhampiran Sungkai, ketika semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Perlis.
Menurutnya, hubungan mereka empat beradik begitu rapat, tambahan pula arwah yang bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bangi, Selangor adalah anak bongsu.
|
Posted: 08 Oct 2014 11:37 AM PDT Kuala Lumpur: "Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Itu kan binatang, bukannya orang! Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana," jawab pelakon Emma Maembong apabila gambarnya bersama anak monyet peliharaannya mengundang maklum balas berunsur seksual daripada sebahagian peminat di laman sosial, semalam. Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 22, yang dihubungi mengakui terkejut apabila beberapa gambarnya bersama anak monyet itu yang diletakkan di atas dadanya menimbulkan reaksi negatif dan lucah daripada segelintir peminat. "Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang-orang (berfikiran kotor) begini. Takkanlah monyet letak atas dada pun nak timbulkan isu? "Orang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena. Saya percaya kalau saya letak monyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment