Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


6 batang besi tusuk leher

Posted: 10 Oct 2014 09:50 AM PDT

Xiangyang: Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya.

Xie Mo yang dijangka pulih sepenuhnya terselamat kerana besi itu tidak mengena saluran darah utama atau tenggoroknya.

Kejadian berlaku ketika Xie Mo bekerja membina jambatan di Xiangyang di wilayah Hubei, timur China minggu lalu.

Xie Mo berada di atas jambatan itu apabila mesin yang digunakan untuk meluruskan besi di depannya tidak berfungsi.

Foto

KEADAAN Xie Mo sebelum menjalani pembedahan.

Foto

BESI yang dicabut keluar dari leher Xie Mo.


Dia tidak sempat mengelak apabila besi itu melayang dan menusuk bahagian kanan lehernya.


"Leher saya tiba-tiba kebas sebelum saya rebah. Mujur saya tidak jatuh terus ke tanah," katanya.

Dia dikejarkan ke hospital sambil memegang besi itu bagi mengelak ia bergerak.

Doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong sebahagian besi itu, lima daripadanya lebih satu meter.

Xie Mo kemudian menjalani pembedahan untuk membuang baki besi itu dan dijangka pulih dalam masa beberapa minggu lagi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Pemegang 'ijazah' merompak dijel

Posted: 10 Oct 2014 09:41 AM PDT

Kent: Seorang pencuri yang bercakap besar dengan mendakwa mempunyai ijazah sarjana dalam merompak, memecah rumah dan mencuri, dipenjara, semalam.

Ashley De Luca, 27, mengaku mencuri arak, manisan dan makan dari pasar raya di seluruh bandar Faversham di Kent sejak Mac lalu.

Dia juga memakai pakaian seragam polis pada 13 Mac lalu untuk mencuri dari sebuah garaj tetapi melarikan diri selepas gagal melakukannya.

De Luca mengaku bersalah terhadap tujuh tuduhan mencuri, merompak dan dua tuduhan gagal menyerah diri serta memakai pakaian seragam polis dengan niat untuk menipu di Majkamah Majistret Mid Kent bulan lalu.

Foto

DE Luca bergaya seperti penjenayah dalam gambar yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Foto

DE Luca.


De Luca dipenjara 119 hari dan diarah membayar denda sebanyak £150 (RM785).


Dalam laman Facebooknya, De Luca bercakap besar mengenai gaya hidupnya sebagai penjenayah.

Dalam ruang pekerjaan dan pelajaran, dia menulis: 'Ijazah sarjana dalam merompak dan mencuri.'

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Anak kerdil bongkar rahsia

Posted: 10 Oct 2014 09:36 AM PDT

Valencia: Rahsia seorang wanita yang melakukan seks dengan seorang penari bogel kerdil sehari sebelum majlis perkahwinannya terbongkar selepas dia melahirkan anaknya, kelmarin.

Wanita terbabit terpaksa mengaku curang terhadap suaminya selepas anak yang dilahirkan itu kerdil seperti penari itu.

Suami wanita itu selama ini percaya anak yang dikandung isterinya adalah anaknya sehingga anak itu dilahirkan.

Wanita itu dikatakan melakukan seks dengan penari kerdil itu pada majlis praperkahwinannya awal tahun ini.


"Tidak ada wanita yang meniduri penghibur pada majlis praperkahwinannya akan mendedahkan perbuatan mereka. Mereka sudah pasti akan merahsiakan kejadian itu hingga mati.


"Tetapi dalam kes ini, wanita itu tidak ada pilihan lain kecuali mengaku kerana anak yang dilahirkannya kerdil, sama dengan penghibur kerdil pada malam sambutan praperkahwinannya," kata laporan sebuah akhbar temparan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Merah Putih nafi hambat Jokowi

Posted: 10 Oct 2014 09:35 AM PDT

Jakarta: Timbalan Ketua Dewan Pembina Parti Gerindra, Hashim Djojohadikusumo menafikan laporan media pihak Gabungan Merah Putih akan "menghambat" kerajaan Joko Widodo (Jokowi) - Jusuf Kalla.

Menurut Hashim Djojohadikusumo, laporan berkenaan tidak tepat dan sangat mengelirukan persepsi orang ramai terhadapnya secara peribadi atau gabungan pimpinan abangnya, Prabowo Subianto.

Katanya, berita yang dimuatkan dalam media nasional diterjemah daripada wawancara disiar beberapa media asing.

"Isinya sangat berbeza daripada wawancara asal yang dilakukan dalam bahasa Inggeris, sama ada daripada aspek kandungan atau konteks," katanya.


Kelmarin Jokowi mengulas laporan berkenaan dengan menasihati Gabungan Merah Putih supaya berhati-hati menggugat pemerintahannya yang akan bermula 20 Oktober ini.


Kata Jokowi, jika Gabungan Merah Putih - yang dikalahkannya dalam pemilihan presiden Julai lalu - mahu menguasai kerajaan, ia perlu dilakukan melalui 'pertarungan' dalam pilihan raya umum 2019.

"Saya juga hairan bagaimana Hashim tergamak mengeluarkan kenyataan bersifat mengancam sedangkan saya tidak ada sebarang masalah dengan Prabowo atau Hatta Rajasa," katanya.

Kata Hashim, laporan mendakwa dia atau Gabungan Merah Putih akan menghambar kerajaan Jokowi adalah manipulasi besar yang tidak bertanggung jawab.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Debu Gunung Sinabung selimut langit Sumatera Utara

Posted: 10 Oct 2014 09:34 AM PDT

Medan: Debu dan asap daripada letusan Gunung Sinabung masih menyelimuti sebahagian Kota Binjai, Pematangsiantar, Medan, Tebing Tinggi, Langkat, Serdang Bedagai, Deli Serdang, Simalungun dan Dairi.

Tinjauan media pagi semalam mendapati kehadiran debu itu menyebabkan suasana di luar rumah - terutama di jalanan - seperti diselimuti kabus.

Seorang penduduk Medan, Suryo, 43, berkata kewujudan debu itu lebih jelas dilihat pada bumbung kenderaan.

Penduduk Binjau, Andi, 28, berkata keadaan semasa menyebabkan penduduk setempat terpaksa mengurangkan aktiviti luar rumah.

Foto

ANGGOTA pengurusan bencana mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada penduduk Kano, semalam.


"Jika ada yang mahu keluar, kami terpaksa menggunakan penutup hidung bagi mengelak risiko diserang penyakit," katanya.


Sementara itu di Pematangsiantar dan Simalungun, abu gunung berapi dilaporkan semakin berkurangan.

Penduduk setempat berkata, mereka lebih bernasib baik kehadiran debu itu juga tidak merosakkan tanam-tanaman.

Abu juga mulai berkurang di Deli Serdang, Serdang Bedagai dan Langkat.

Medan menjadi kota paling banyak terkena kesan abu gunung berapi itu dan keadaan menjadi lebih buruk kerana tiada hujan turun sejak Gunung Sinabung meletus. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Titik api makin meningkat

Posted: 10 Oct 2014 09:33 AM PDT

Jakarta: Jumlah kawasan kebakaran hutan dan ladang di Sumatera Selatan didapati meningkat mendadak dan berada di tahap paling buruk semalam.

Agensi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata, wujud sehingga 449 titik api dikesan dengan kebanyakannya berada di kawasan gambut di Telung Selapan, di daerah Ogan Komering Ilir.

Di situ, kata BMKG, sebanyak 199 titik api dikesan.

Sementara itu pegawai agensi itu berkata, cubaan memadamkan kebakaran itu menggunakan kaedah pengeboman air melalui helikopter belum cukup berkesan.


"Keadaan sama juga dialami melalui pemadaman darat," katanya.


Cubaan melakukan pembenihan hujan pula, kata pegawai berkenaan, sering terhalang kerana berdepan masalah kekurangan awan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

'Pembunuh' pelancong tarik balik kenyataan

Posted: 10 Oct 2014 09:32 AM PDT

Bangkok: Dua lelaki Myanmar yang didakwa mengaku membunuh dua pelancong Britain di Koh Tao dilaporkan menarik balik kenyataan mereka, semalam.

Media di England melaporkan, kedua-dua suspek mendakwa mereka dipukul polis untuk mendapatkan pengakuan membunuh berkenaan.

Dua lelaki terbabit - Zaw Lin dan Win Zaw Htun - dituduh membunuh Hannah Witheridge serta David Miller di pulau peranginan berkenaan pada bulan lalu.

Zaw dan Win ditangkap polis Thailand minggu lalu dan hasil soal siasat, pihak berkuasa berkata, mereka mengaku membunuh Hannah dan Miller.


Kedua-dua suspek kemudian dituduh membunuh, merogol dan merompak.


Bagaimanapun akhbar Bangkok Post melaporkan seorang peguam dan pegawai Kedutaan Myanmar di Bangkok mengesahkan kedua-dua tertuduh menukar pengakuan mereka.

Kata Aung Myo Thant, Zaw dan Win mengaku bersuka-ria di pantai pada malam Hannah dan Miller dibunuh.

"Mereka kini merayu kerajaan Myanmar melihat kes berkenaan dan mencari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

NAIA kembali ungguli carta lapangan terbang terburuk

Posted: 10 Oct 2014 09:31 AM PDT

Manila: Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) sekali lagi mengungguli senarai 10 lapangan terbang paling teruk di dunia, lapor sebuah laman sesawang AS.

Wallstcheatsheet.com melaporkan, kegagalan banyak kemudahan berfungsi, layanan biadap kakitangan dan tempoh menunggu yang lama membolehkan NAIA 'memenangi' anugerah berkenaan.

Rangkaian CNBC pula melaporkan, NAIA bergelut mengendalikan 32 juta penumpang di lapangan terbang yang dibina untuk digunakan hanya enam juta orang itu.

Lebih memburukkan keadaan, saluran pembetungan najis yang pecah dan kakitangan sering bermain video ketika bertugas melayakkan NIAI dianggap lapangan terbang paling teruk di dunia.


Blog kembara The Guide to Sleeping in Airports berkata, NAIA dianggap sebagai lapangan terbang paling buruk pada 2011 dan 2013.


Filipina kini sedang merancang membina lapangan terbang baru dan dijangka beroperasi dalam tempoh lima tahun akan datang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

2 Korea berbalas tembak

Posted: 10 Oct 2014 09:31 AM PDT

Seoul: Tentera Korea Utara dan Korea Selatan semalam berbalas tembakan mesingan, tiga hari selepas kedua-dua negara bermusuhan itu bertempur di kawasan perairan yang menjadi rebutan.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, Korea Utara memulakan serangan dengan menyasarkan sasaran di Yeoncheon, sebuah bandar di sempadan sebelum tentera Korea Selatan bertindak membalas serangan itu.

Bagaimanapun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Serangan Korea Utara itu berpunca daripada tindakan aktivis Korea Selatan melepaskan belon berisi risalah mengecam rejim Pyongyang dari bandar itu ke wilayah di utara.

Korea Utara Khamis lalu memberi amaran, tindakan Seoul membenarkan aktivis negara terbabit melepaskan belon berkenaan akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara, beberapa hari selepas satu perwakilan peringkat tinggi Pyongyang melawat Seoul dan bersetuju untuk menyambung semula dialog.

Korea Utara sebelum ini pernah menyelar pengguguran risalah oleh aktivis Korea Selatan yang mengecam rejim Pyongyang sambil memberi amaran akan menyerang Korea Selatan.

Bagaimanapun, serangan itu tidak pernah dilakukan.

"Ini kali pertama Korea Utara benar-benar bertindak terhadap risalah itu.

Foto

AKTIVIS Korea Selatan bersedia melepaskan belon berisi risalah anti-Korea Utara berhampiran sempadan keduadua negara, semalam.


"Ia sudah pasti memberi kesan negatif kepada hubungan kedua-dua negara selepas kunjungan perwakilan peringkat tinggi dari Pyongyang.


Ia akan memburukkan lagi hubungan Pyongyang-Seoul," kata profesor di Universiti Pengajian Korea Utara di Seoul, Yang Moo-jin.

Selasa lalu, kapal tentera laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran terhadap sebuah bot peronda Korea Utara selepas ia melintasi sempadan perairan kedua-dua negara.

Bot Korea Utara itu membalas tembakan sebelum berundur.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

Nelayan China ditembak mati

Posted: 10 Oct 2014 09:29 AM PDT

Seoul: Seorang nelayan China ditembak mati dalam satu pergelutan selepas pengawal pantai Korea Selatan menaiki beberapa kapal China yang disyaki menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram.

Jurucakap pengawal pantai Korea Selatan mengaku anggotanya melepaskan tembakan mengguna peluru hidup dalam kejadian yang berlaku kira-kira 130 kilometer ke barat pulau Wangdeung di Laut Kuning.

Menurut laporan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Song, berusia 45 tahun.
Menurut jurucakap itu, anggota pengawal pantai menaiki kapal mangsa di zon eksklusif ekonomi Korea Selatan.

Dia dibawa ke hospital di Mokpo tetapi diisytihar mati sebaik tiba.

Kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan Korea Selatan adalah perkara biasa dan sejumlah besar bot atau kapal nelayan China dirampas setiap tahun.

Pada Disember 2010, sebuah bot China karam di Laut Kuning selepas merempuh kapal pengawal pantai Korea Selatan. Dua nelayan China mati dalam kejadian itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11

No comments:

Post a Comment