Harian Metro: Setempat |
- Cinta tak bersatu
- Tingkat had pinjaman
- Tambah baik cuti jaga anak
- RM30 juta untuk kit ujian denggi
- Minyak dikecuali
Posted: 10 Oct 2014 03:02 PM PDT Pasir Gudang: Sepasang tunang tidak sempat meniti hari bahagia bersama apabila mereka bersama tiga yang lain maut selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 33 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, semalam. M Surendran, 23, dan tunangnya J Priyadarshini, 22, dijadual melangsungkan perkahwinan mereka selewat-lewatnya awal tahun depan.
Rakan Surendran, K Jeevah, 24, berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa rakannya itu selain bersedih berikutan mendiang pernah menyatakan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan. Jeevah berkata, semua mangsa yang terbunuh kecuali Priyadarshini adalah pemain gendang tradisional masyarakat India dikenali sebagai Urumi.
"Kemalangan terbabit menyebabkan semua yang menaiki kereta itu maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan yang remuk teruk.
|
Posted: 10 Oct 2014 01:40 PM PDT Kuala Lumpur: Pembentangan Bajet 2015 jelas memperlihatkan usaha kerajaan untuk menambah baik kebajikan golongan penjawat awam menerusi beberapa pendekatan yang diperkenalkan terutamanya pengumuman kerajaan dalam meningkatkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapatkan pembiayaan rumah dan kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan daripada kadar RM80,000 kepada RM120,000.
"Bertolak dari sini, kerajaan juga komited untuk terus meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah sudah diluluskan pembinaannya," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 di Parlimen, di sini, semalam.
|
Posted: 10 Oct 2014 01:40 PM PDT Kuala Lumpur: Kerajaan akan menambah baik kemudahan cuti menjaga anak bagi penjawat awam wanita dengan meminda syarat pemberian supaya tidak terikat dengan tempoh cuti bersalin berkuat kuasa 1 Januari depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kemudahan ini terhad untuk tempoh setahun dan diperluaskan kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 semalam.
"Mulai Januari 2015 juga, majikan dibenarkan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua, tertakluk kepada syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.
|
RM30 juta untuk kit ujian denggi Posted: 10 Oct 2014 01:39 PM PDT Kuala Lumpur: Peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2015 untuk pengagihan 55,000 kit ujian denggi kepada semua klinik swasta adalah langkah yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada makmal swasta dan kerajaan untuk melakukan diagnosis darah awal demam denggi. Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Rose Nani Mudin berkata ia langkah yang antara lainnya juga menyingkatkan secara drastik tempoh diagnosis itu dilakukan.
|
Posted: 10 Oct 2014 01:38 PM PDT Kuala Lumpur: RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) antara bahan api yang mendapat pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam. Selain itu, 2,900 jenama ubat termasuk kegunaan rawatan 30 jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan juga tidak dikenakan GST.
"Antara penambahannya ialah semua buah-buahan tempatan dan import, roti putih dan wholemeal, serbuk kopi, teh dan koko, mi kuning, kuetiau, laksa dan bihun.
Beliau berkata, untuk memudahkan rakyat, kerajaan akan mengeluarkan buku panduan kepada pengguna bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST. Katanya, kerajaan sentiasa berusaha mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan negara untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal bagi mencapai bajet berimbang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment